Pontianak Gendong Anak Di Sungai Petani

Ini kisah benar yang berlaku kepada aku lebih 10 tahun dulu. Ketika itu aku dan isteri kerja di KL, rumah kami di Ampang (sekarang kami dah pindah ke Alor Setar, Kedah). Ceritanya bermula apabila satu hari boss tunjuk surat dari HQ yang mengarahkan aku ikuti satu kursus di sebuah institusi latihan di Sungai Petani. Ia adalah kursus wajib kenaikan pangkat. Kalau tak hadir melepaslah aku naik pangkat, hilang seniority, kenaikan gaji dan kenaikan elaun juga terjejas!

Sebenarnya aku agak keberatan nak pergi kursus tu kerana ia bukan kursus 3 hari, bukan juga 3 minggu tapi 3 bulan! Isteri pula ketika itu sedang mengandung 5 bulan anak pertama kami. Kalau aku pergi kursus di Sungai Petani bermakna selama 3 bulan berkursus, isteri yang sarat mengandung perlu menghadapi segalanya bersendirian di KL. Kecuali hari Jumaat dan Sabtu saja tak ada kursus, 2 hari itu kami diberi peluang balik ke rumah masing-masing.

Tapi selepas berunding dengan isteri, aku akhirnya terpaksa terima juga tawaran berkursus tu kerana ia adalah kursus wajib. Demi masa depan keluarga. Dipendekkan cerita, walaupun berjauhan dengan keluarga, tapi kursus tu memang agak interesting juga. Dapat rakan-rakan baru dari seluruh Semenanjung yang sebahagiannya seperti aku, dah pun berkahwin. Setiap hujung minggu (petang Khamis) kami yang tinggal di KL dan negeri-negeri lain yang dah berkeluarga ni akan balik ke rumah masing-masing. Hari Sabtu (malam) kami akan balik ke Sungai Petani semula dan tiba di asrama pada hari Ahad kira-kira jam 6 hingga 7 pagi. Ada yang balik naik bas, ada yang naik kereta secara bergilir-gilir.

Yang paling best, kerana ketika itu tak banyak kursus, kami peserta kursus (lebih kurang 30 orang) diberi bilik single room yang biasanya disediakan untuk pegawai atasan. Bilik single room yang kami dapat tu siap dengan bilik air dan sebuah freezer kecik di dalamnya. Aku dapat sebuah bilik di tingkat 4 (tingkat paling atas), lot nombor 2 dari hujung. Bilik paling hujung di sebelah bilik aku kosong tak berpenghuni. Yang agak pelik tentang bilik sebelah yang kosong tu, kadang-kadang macam dengar orang bersembang di dalamnya. Kadang-kadang macam bunyi orang mandi yang biasanya berlaku dalam pukul 2-3 pagi. Tapi bila aku cuba buka telinga betul-betul, bunyi-bunyi tu hilang pula. Akhirnya aku bersangka baik, ia mungkin bunyi dari bilik penghuni tingkat bawah yang bersembang atau sedang mandi…

Kawan-kawan sekursus kebanyakannya kerja di KL, Selangor, Perak, Penang dan Kedah. Kebanyakannya memang sangat friendly, kecuali seorang yang bernama Kay yang aku tak berapa berkenan dengan perangainya. Kay yang berbadan besar (berat badan lebih 100 kg) dan berkepala botak selalu tunjuk pandai, gemar ‘mengena’ orang, suka buat bising dalam kelas dan yang paling aku benci dia suka bercakap besar. Dah la badan besar, cakapnya lagi besar dari badan. Semuanya berjalan OK sepanjang kursus selama 3 bulan tu. Hinggalah satu hari kira-kira 2 minggu sebelum kursus 3 bulan tu habis, berlakulah peristiwa ini:

Pagi tu ketika aku turun untuk breakfast di cafe asrama, ramai kawan-kawan kelihatan duduk berkumpul membincangkan topik yang sama: HANTU. HANTU dan HANTU!! Kumpulan hujung sana cakap pasal hantu, kumpulan hujung sini pun cakap pasal hantu dan semua orang lelaki pompuan tiba-tiba dah seperti fobia dengan hantu, topiknya cuma tentang hantu dan hantu. Apa yang sebenarnya dah jadi? Mengapa tiba-tiba aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku di sini?

“Apa yang jadi wei..awat semua orang cakap pasal hantu??”, tanya aku kepada seorang rakan.

“Laa..hang tak tau ka?” jawab seorang kawan yang ketika itu bertugas di sebuah pejabat di Komtar, Penang, “Ramai kawan kita malam tadi kena kacau”.

“Ramai kena kacau…sapa kacau depa?”, tanya aku.

“Semua bilik di tingkat bawah diganggu lembaga misteri. Dia mai ketuk pintu bilik pukul 2.00 pagi di semua bilik tingkat bawah. Bila depa buka, tak dak orang pula. Setiap bilik di tingkat bawah kena gangguan tu, tak terkecuali… hantu tu mengetuk dari bilik ke bilik dengan kuat. Bukan ketuk sekali tapi tiga empat kali setiap bilik..”

“Depa yang biliknya diketuk tu buka ka pintu bilik depa?”

“Bila depa buka tak dak sapa-sapa pun di luar bilik. Yang ada cuma angin kuat dan bau yang sangat busuk. Bila nak tidur, pintu diketuk lagi dan kalau buka tak ada sapa-sapa pula.”

“Ada orang nak bergurau kot!” kata aku cuba menyedap hati kawan tu.

“Nak bergurau apanya pukul 2.00 pagi. Lagi pun bila dibuka memang tak dak orang. Tapi yang paling teruk kena kacau Kay lah”

“Awat dengan Kay?” (dalam hati: padan muka dia!!)

“Kerana tak tahan berkali-kali pintu biliknya diketuk dia naik geram dan mencabar: ‘Hoiiii….kalau berani hang tunjuklah muka hodoh hang tu…tunjuk kat aku, biar aku terajang masuk longkang!!!” kata Kay sambil membuka pintu bilik dengan kasar..”

Dan apa yang Kay nampak selepas membuka pintu bilik mengikut rakan aku tu sangat menyeramkan: seorang wanita berpakaian serba putih menggendong seorang budak kecik tanpa kepala sedang berdiri di depan pintu biliknya. Wanita berambut panjang hingga ke kaki itu kata Kay mempunyai gigi yang sangat hodoh dan mata merah menyala yang menyebabkan dia menjerit histeria mengejutkan penghuni asrama lain di tingkat bawah dan tingkat dua.

Malam itu dan sehingga kursus habis Kay tak berani lagi tidur berseorangan dalam biliknya. Dia menumpang rakan di sebelah biliknya. Selama seminggu juga Kay diserang demam panas. Bila kami tanya hal itu kepada seorang pensyarah ketika sama-sama makan di cafe, pensyarah Melayu yang kami panggil Encik Roger (sebab dia selalu sebut perkataan ‘Roger’ di bilik kuliah) kelihatan terkejut. Mula-mula dia tak mau bercerita, tapi akhirnya membuka mulut juga:

“Saya ingatkan ‘benda’ tu dah tak ada dah. Kali terakhir pompuan rambut panjang dengan anaknya datang kacau penghuni asrama ni 3 tahun lepas. Kami dah panggil ustaz pindahkan lembaga tu ke tempat lain. Tapi macam mana dia boleh mai balik errrr? Tak pa lah, nanti saya beritau Pengetua, kita akan selesaikan masalah ni”, janji Encik Roger.

Bila kami dok cuba korek-korek lagi misteri lembaga tu, Encik Roger bagitau sebenarnya di asrama tu selain dari gangguan perempuan dan anak kecik tak berkepala tu, ada satu lagi cerita misteri di situ…

Kata encik Roger ada satu bilik misteri di asrama tu yang sengaja dibiarkan kosong kerana sapa yang duduk di situ tak pernah bertahan sampai 3 hari mesti pindah bilik punya. Mana tak pindahnya, bilik tu sekejap berbau harum wangi semerbak, sekejap berbau busuk macam bangkai… Suhu biliknya pula kadang-kadang panas mengalahkan gurun Sahara dan kadang-kadang lebih sejuk dari Antartika sampai menggeletar bergoncang katil..

Berdebar dada aku bila Encik Roger bercakap tentang bilik kosong tak berpenghuni, macam bilik sebelah aku je..

“Encik Roger..sebelah bilik saya tu pun kosong juga.. Ntah-entah bilik tu yang encik Roger sebut tadi tak?” kata aku dengan suara sedikit cemas.

“You dok bilik mana?” tanya Encik Roger.

“Saya dok bilik tingkat 4, nombor 2 dari hujung. Bilik hujung sebelah bilik saya tu memang kosong dari dulu sampai sekarang”

Agak lama juga Encik Roger merenung muka aku. Hati aku mula cuak.

“Jangan takutlah..bukan bilik tu yang saya kata tadi. Bilik yang saya kata tu dekat ofis… yang bangunan lama 2 tingkat tu. Bilik tu yang berhantu. Bilik you duduk tak ada apa-apalah..”

Alhamdulillah, bisik hati aku, lega seleganya… Sekurang-kutangnya malam ni aku dapat tidoq dengan nyenyak..

Malam tu ramai peserta kursus yang tak berani tidur berseorangan, mereka berkongsi bilik. Hanya beberapa orang, termasuk aku yang masih memberanikan diri tidur bersendirian dalam bilik masing-masing. Mujur juga peristiwa tu berlaku di minggu-minggu terakhir sebelum kursus habis. Bayangkan jika gangguan itu berlaku di minggu pertama, bagaimana nak menghadapi baki 14 minggu seterusnya?

Hari terakhir kursus ketika aku sedang berada di ofis asrama untuk serah kunci bilik, Encik Roger yang kebetulan ada di situ menghampiri aku.

“You ingat tak tentang bilik kosong yang saya sebut minggu lepas, bilik berhantu tu..”.

“Mesti la ingat, bilik tu encik Roger kata di asrama sebelah yang dekat ofis ni kan?”, kataku sambil jari menunjuk ke asrama sebelah ofis.

“Bilik yang saya kata tu sebenarnya bukan bilik dekat ofis ni. Sebenarnya saya nak sedapkan hati you saja..” kata Encik Roger.

“Bilik kosong sebelah bilik you tu lah yang sebenarnya berhantu tu!”, balas encik Roger sambil tergelak kuat. “Kalau saya cerita betul-betul tentu you dah pindah bilik kan? Hari ni last day, malam ni you balik tidur dengan bini, jangan pikir lagi dengan bilik kat sini…”.

Patutlah kadang-kadang macam dengar ada pergerakan kat bilik sebelah aku duduk tu. Kadang-kadang pula dengar macam suara orang bercakap atau bunyi orang mandi, rupanya memang ada “sesuatu” di situ!

Mujurlah sepanjang 3 bulan di situ aku tak pernah alami apa-apa gangguan. Mungkin kerana makhluk tu kesian dengan aku kot yang tak pernah kacau orang, lalu dia pun juga malas nak kacau aku, hahaha…

JABIHA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

13 thoughts on “Pontianak Gendong Anak Di Sungai Petani”

  1. Mujurla writer tak dikacau.. kita kalau pergi tmpat orang kena la beringat..jgn ckp besar.. itula selalu sy ingat ke mana pun kita pergi

    Reply
  2. Mujur writer ni lelaki, tak over thinking macam pompuan. I think if I was in your situation, Bila en roger pusing cakap kata bilik berhantu tu kat ofis pun aku memang tak caya. “Instinct melalut gituh” hahaha.

    Reply
  3. Jalan cerita menarik. Dah boleh predict sebelah bilik awak memang berpenghuni. Nak tanya kenapa kena mention berat badan lebih 100 kg? Bila cakap berbadan besar tu orang dah boleh bayangkan la gemuk. Rasa offensive tau. Orang gemuk pun manusia, ada hati perasaan. Jangan sebab awak tak suka Jay, awak nak benci dan pandang orang lain yang gemuk hina. Orang gemuk ni baik hati tau. Ubah stigma awak tu okay? Thank you ?

    Reply
    • hekeleh.dia bukan hina org badan besar pun.habis tu kenapa ckp org gemuk baik hati?yg kurus ni hati jahat la?jgn nk cepat sentap boleh?

      Reply
  4. writer…tu sikit je tu..saya anak pekerja institut tu…kan ada kuarters kat belakang kan… masa awal2 baca writer cakap tingkap 4 blok ke 2 dh senyum dah macam asrama tu jer..hahahha mmg nasib ler… tp paling bahaya adalah bilik B28 atas pejabat domestik tu… bilik tu mmg dikosongkan kecuali level ustaz2 sahaja boleh masuk…

    mak saya pernah cakap pasal bilik sebelah writer duduk tu..dia jaga anak kecil..hehehehhehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.