Pontianak & Mangsa B***h

Assalamualaikum.. Suka untuk aku kongsikan petikan dari seorang doktor dan seterusnya kisah dari salah seorang makcik.

“Almarhum Tuan Guru Haron Din dulu pernah bagitahu bila kita boleh nampak benda halus, bukan bermakna kita ada kelebihan. Tapi mintalah dengan Allah supaya sembuhkan kita dari penyakit tu, bila sampai tahap kita boleh nampak macam-macam benda ghaib bermakna kita sedang dalam sakit. Jangan berbangga dengan benda-benda macam ni. Kalau boleh carilah perawat dari pusat rawatan islam minta rawat penyakit ni. Takut menjadi mudarat dengan diri kita nanti.”

Nama makcik Narimah. Ketika itu makcik mendapat perkerjaan di Singapura pada tahun 80an. Oleh kerana kilang tempat makcik bekerja menyediakan perkhidmatan bas disekitar bandar Johor Bahru saja.

Makcik dan adik makcik, Zie terpaksa menumpang dirumah abang kandung kami yang dipanngil Ude. Kebetulan pula waktu itu abang ude baru saja pindah rumah di jalan Mahmoodiah. Setiap hari makcik terpaksa menunggu bas kilang seawal jam 4 pagi seorang diri di jalan tersebut yang agak sunyi. Yelah tahun 80an, tak banyak pembangunan dan tak ramai orang. Asal saja ada kematian yang tragis pasti akan heboh dikejiranan kami. Zie pula bekerja kilang di Johor Bahru saja.

Setiap kali nak pergi kerja, makcik dah terasa seram. Apatah lagi balik kerja yang sudah tentu pada waktu malam. Perasaan tersebut bukan direka atau dibuat-buat tapi naluri makcik secara automatik. Mungkin kerana situasi semulajadi kawasan tersebut. Demi nak mencari rezeki, makcik tabahkan hati dan sentiasa ingat Allah. Sampailah pada suatu hari makcik diduga.

Bas kilang yang membawa makcik acapkali lewat sehinggakan makcik terpaksa menunggu agak lama dibahu jalan. Dalam keadaan gelap dan geram menunggu bas, makcik terpandang seseorang dibawah pokok. Pada mulanya makcik sangkakan pekerja hospital yang berhampiran kerana pakaiannya berwarna putih. Tapi apabila diteliti fizikalnya, makcik tahu itu bukan manusia sebenar.

Apatah lagi dengan rambut panjang mengurai serta pakaiannya melayang-layang bak selembut sutera putih. Lebih meyakinkan makcik apabila teringat akan kata-kata seseorang. Pontianak tak kan menunjukkan wajah pada manusia kerana diwajah kita tertulis perkataan Alif Lam Lam Ha. Ya! pontianak itu tak memandang ke arah makcik, dia mengiring menyembunyikan wajah.

Lupakan saja hasrat nak menunggu bas kilang. Makcik terasa tengkuk makcik seperti dicengkam sesuatu. Kaki pula tak terasa jejak ke tanah. Dalam keadaan separuh sedar itu, entah macam mana makcik sudah pun berada dalam rumah dan dipeluk Zie. Waktu itu baru terasa seluruh tubuh badan makcik sakit.

Kedua-dua tangan dan kaki luka berdarah. Begitulah tahap keseraman makcik sehingga tak sedar makcik berlari dan jatuh beberapa kali sehingga mengakibatkan tali ampaian putus. Pontianak itu bukan saja mengejar makcik bahkan dia turut mencakar pintu rumah kami sebaik saja pintu ditutup.

Semangat makcik mula hilang. Fikiran makcik sedikit terganggu sehingga tak mampu mendengar tangisan budak kecil. Ikhtiar kami, makcik dipulihkan semula dengan bantuan seorang ilmuan iaitu pakcik Man, berlandaskan ajaran islam. Atas izin Allah, semangat makcik kembali pulih dan masih tinggal dirumah tersebut. Penampakkan pontianak sudah tiada namun kami diganggu dengan bunyi-bunyian. Tugas pontianak itu diciptakan untuk menakut-nakutkan manusia dan begitu besarnya kekuasaan Allah S.W.T.

Untuk pengetahuan kalian, dalam hari yang sama makcik terserempak dengan pontianak, terdapat satu kejadian tragis berlaku. Dimana salah seorang pelajar m**i akibat terjatuh dari bangunan asrama berhampiran. Pada minggu yang sama juga, sebatang pokok berhampiran rumah makcik telah ditebang. Mungkin saja pontianak tersebut marah pokok yang menjadi tempat persinggahannya sudah tiada.

Seperti yang makcik maklumkan diawal tadi, setiap kali ada kematian tragis, pasti akan heboh dikawasan kejiranan kami. Almaklomlah rumah kami sangat berhampiran dengan rumah mayat dan tanah perkuburan. Kali ini heboh berita seorang pemandu teksi m**i d*****h. Makcik tak pasti gangguan seterusnya berkait atau cuma kebetulan semata-mata. Sejak dari hari kematian pemandu teksi tersebut, makcik dan Zie terdengar suara orang meminta tolong. “Tolong..tolong..tolong saya”.

Meremang kami berdua dibuatnya. Belum reda bunyi pintu dicakar, kami dihantui pula suara sayup orang meminta tolong diluar rumah. Bukan itu saja bahkan bunyi-bunyi lain juga turut menyusul umpamanya bunyi hentakan dibahagian bumbung dan bunyi tangisan. Semuanya berlaku selepas jam 12 malam sehingga awal pagi dan kebiasaannya pada setiap malam jumaat.

Sejak dari peristiwa pontianak tempohari. Hanya kami berdua saja dirumah tersebut manakala abang Ude anak beranak kerap balik ke rumah mak mertuanya. Apakan daya, kami berdua terpaksa harunginya sehinggalah kami dah tak tahan dengan gangguan demi gangguan. Makcik dan Zie berpindah ke rumah sewa lain di sekitar bandar Johor Bahru. Manakala abang Ude dimurahkan rezeki dapat membeli rumah di kawasan Tampoi. Tak sampai setahun pun kami duduk di jalan Mahmoodiah tersebut. Sekian. Terima kasih.

Scasper.

Scasper

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

31 thoughts on “Pontianak & Mangsa B***h”

    • Minat benar diorg dgn nama awak Mamat. Beza dia guna huruf m kecik. Kita dh kenal Mamat penulis Pengalaman Mamat. Mamat lain buat penambahan Mamat Letup ke Mamat Lingkup. Ada kelainan sikit.

      1 lg kelainan mamat bukan penulis guna bahasa kesat.

      Reply
  1. Saya amat bersetuju dgn para ke 2 makcik. Itu bukan kelebihan kecuali bagi org2 alim yg Allah SWT bukakan hijab mereka. Selain dari yang atas, itu adalah sakit.

    Reply
  2. Allahu…..getirnya pukul 4 pagi sudah mula menunggu bas. Cekal sungguh. Terima kasih kongsi pengalaman ya. Tolong kongsi lagi kalau ada, okay?

    Reply
  3. Ok je cita makcik ni.. Budak2 yg mulut longkang ni dah kenapa.. Hormatla org tua sikit.. Mak bapak Korang x ajar adab ke hah!!

    Reply
    • Bkn mulut longkang dah tp.mulut loji tahi. Org sakit jiwa ja yg ckp perkataan kesat2 dan mentohmah org lain.lebih sakit dari org2 yg ad depression . X fikir gamaknya ..dok tulis semua perkataan menyakitkan hati org, tetiba Allah perintah cabutkan nyawa ….nau’zubillahiminzaliq.

      Reply
  4. Geram plk akak baca. Korang yg komen bajet2 juri jemputan ni xpyh menjuri cerita2 dlm ni. Asik nak kecam je.Sekurangnya macik tu menulis pengalaman dia. Boleh dibuat memori , simpan untuk kenangan. Yang xsuka tu g main jauh2. Xsuka babenor akak tengok perangai korang eyh..

    Reply
  5. ‘Assalamualaikum.. Suka untuk aku kongsikan petikan dari seorang doktor dan seterusnya kisah dari salah seorang makcik.’

    Bukan makcik tu yang tulis cerita ni. makcik tu kongsi dan scasper olah dalam bentuk penulisan. yang budak budak kurang adab kata makcik tu tak best menulis apesal pulak hmm hahaha siap cakap makcik buang masa menulis alahai. nak tunjuk rude tapiii hmmmmmmm pikir la sendiri ><

    btw best story you scasper, ayat tersusun. thumbs up! buat mamat si penulis, saya peminat story anda dan saya suka anda tak melatah dengan manusia yang busuk hati. teruskan berkarya semua!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.