#Potters- Bercuti di kampung

#Potters. Terima kasih kepada admin fs jika menyiarkan cerita ni (intro wajib). Bercuti di kampung. Okey ke tajuk ni? Maaf kalau cara penulisan tak menarik sebab baru first time ni. Mohon admin letak gamba nenek kebayan bagi menambah efek cerita. First name aku Arry dan umur aku 19. Oh ya aku lelaki tak handsome pon. Tanpa buang masa lagi meh aku intro sikit. This story is about my friend and i. Aku dengan kawan aku ni calon spm 2015. Kirenye result keluar dalam bulan 3/2016 camtu. Oh ye aku ni budak account. Sekarang jadi cashier mcd (alhamdulillah rezeki). Biase lah budak-budak lepas spm ni mesti cari bende nak buat sementara tunggu result keluar. So aku dan 5 orang kawan aku iaitu boy, akim, nab, jet dan alia plan nak melancong ke negeri perlis sebab teringin nak menikmati suasana kampung gitu.

Jadi, as bekas ketua tingkatan aku rasa bertanggungjawab untuk cari homestay. Cari punya cari jumpe lah satu website ni yang offer 2 buah rumah papan yang dah dicantikkan jadi kampung hipster. Kira perfect lah jugak sebab kiteorang memang impikan rumah papan yang menambahkan lagi suasana kampung(lain impian kiteorang kan). So bincang punya bincang dengan geng-geng semua kiteorang setuju je nak sewa homestay tu. Kiteorang setuju untuk menyewa selama 4 hari 3malam.

Kiteorang bergerak hari jumaat dalam pukul 2 petang macam tu sebab tanak lah malam-malam sangat kan. Kiteorang bergerak menggunakan 2 kereta. Satu kereta aku dan kawan lelaki (boy, akim) lagi satu kawan kawan perempuan aku (jet, nab, alia). Perjalanan ambik masa lebih kurang 8 jam dari melaka ke perlis (kampung ape biarlah dirahsiakan bagi menjaga sensetiviti). Pusing-pusing jugak kiteorang nak cari homestay tu.

Alhamdulilah kami berenam sampai tanpa apa-apa perkara pelik yang berlaku. Lepas aku deal dengan tuan rumah sekejap bayar sewa semua dia pon bagi dua kunci rumah. Yang pelik nya dia macam nak cepat je pergi dari situ. Okey biar aku describe macam mana homestay ni. Dua buah rumah papan tapi dalam satu kawasan. Kiranya sebelah-sebelah je lah homestay kiteorang. Jam pon dah pukul 10 malam, kiteorang mengambil keputusan untuk berehat disebabkan perjalanan yang panjang.

Jadi geng geng perempuan pergi ke rumah disebelah kanan dan kami lelaki disebelah kiri. Nasib homestay kiteorang sebelah-sebelah je. Aku sempat pesan dekat kawan perempuan aku “weh korang kalau ade ape ape call lah mesej ke jerit dekat tingkap ke”.

Keadaan rumah takdelah seindah di website yang aku cari. Rumah ni bagi aku cam suram. Rumah ni ada dua bilik tapi memang luas gila maybe sebab rumah kampung. Alhamdulillah rumah ni takdelah macam kampung dulu sangat bilik air dekat luar ke ape. Bilik air ade disediakan disetiap bilik. Kiteorang yang lelaki decide nak gune satu bilik je atas sebab sebab munasabah seperti takut dan lain-lain.

Lepas letak beg je boy dengan akim lepak dulu dekat ruang tamu. Tapi aku baru teringat belom jamak maghrib dengan isyak. Tanpa buang masa aku pon mandi bersihkan diri untuk solat. Masuk bilik air kompem lah seram dah lah sorang sorang (boy dengan akim dekat ruang tamu). Tengah mandi-mandi tiba-tiba bunyi bende jatuh dekat bumbung zink. “eh ****, ape pulak ni, takkan awal sangat benda-benda ni nak tegur” tapi at first aku decide nak positif dulu. Maybe tu perasaan je. “shower lah ni bising sangat kan dah dengar bende ntah pape.” hatiku berkata-kata gitu.

Pastu habis gune shower nak gosok gigi, biase lah kan kita akan pergi dekat cermin pastu tengok diri sendiri gosok gigi. Waktu ni pon dan macam macam terfikir kalau ade hantu dekat cermin macam mane ni. Tapi teruskan juga gosok gigi. But suddenly “papp” lampu bilik air terpadam. Otak tak sempat pikir ape-ape terus jerit “woi boy, akim janganlah main-main, nanti korang kene betol-betol baru tahu” pastu dengar macam suare perempuan bisik “kena ape cu? Hihihi” tak sempat nak menjerit ke ape lampu terbukak balik. Aku teros lari keluar berkemban dengan ade kesan buih ubat gigi pastu jerit dekat boy dengan akim “weh korang asal dengki sangat tutup lampu” pastu akim jawab “eeh sedap je kau tuduh kiteorang.

Aku dengan boy ade dekat sini kot main phone” malas nak panjang kan cerita aku pon berlalu pergi positif kan diri then solat jamak.

Alhamdulillah lepas solat tenang sikit. Akim dengan boy dah terlena atas katil penat sangat agaknye. Tapi hati aku kembali berdebar bile tengok phone dapat notification dari alia “weh tadi jet kata dia nampak ada nenek bongkok jalan pergi homestay kau.

Tuan rumah ke tu? Buat ape dia pergi rumah korang?” ah sudah nenek ape pulak ni setahu aku tuan rumah yang aku deal bayar sewa ni muda dan dia ada cakap ni rumah peninggalan nenek moyang dia and mak bapak dia dah meninggal. Nak sedapkan hati aku pergi dekat kawan lelaki aku yang dah tidur lepastu call kawan aku alia siap loud speaker supaya dengar suare jet dan nab (supaya meriah). “weh hai okey tak rumah tu” tanya aku dekat jet, nab dan alia. “okey je. Weh kau bace tak mesej aku tadi. Eh kejap mane akim dengan boy?” – alia. “akim dengan boy ade ni tapi dh tidur. Mesej kau yang pasal jet nampak nenek tu ke? Silap nampak kot jet takde siape-siape pon datang rumah kiteorang” -jawab aku. “ouh ye kot aku silap nampak. Eh dah lah kau ni kacau kiteorang nak tidur je” – jawab jet.

Perbualan kiteorang tamat dekat situ. Cerita dalam bilik air tu aku malas nak kecoh kecoh dulu.

Keesokan pagi nya waktu sarapan dekat warung. Boy bersuare “weh arry sebenarnye waktu kau solat semalam aku dengan akim dengar orang ketuk pintu bagi salam. Kiteorang of course lah ingat alia, jet ke nab yang datang. Akim mule-mule nak bukak tpi baru kiteorang perasan suare tu suare orang tua. Kiteorang jadi takot nak buka sebab terfikir sape lah pulak nak datang malam-malam ni. Tu yang kiteorang teros masok bilik waktu kau solat pastu tido” tak sempat aku jawab, jet bersuare “ha kan betol aku cakap ada nenek pergi rumah korang. Tuan rumah lah tu buat ape lah nak takot. Kesian orang tua tu korang tak bukak pintu.” “eh aku solat eh semalam.

Aku mane dengar. Tapi kan actually tuan rumah ni muda, dia cakap ni rumah peninggalan nenek moyang die and mak bapak dia pon dah meninggal. Sape pulak eh orang tua semalam?” “alah jiran-jiran lah kot nak tanye khabar mungkin?” -nab bersuara. Nab ni memang jenis positif abis. Kiteorang pon setuju jelah sebab malas nak pikir bukan-bukan. Okey ni kisah malam pertama kiteorang dekat situ.

Malam kedua pulak eh. Lepas sarapan tadi kiteorang dah buat aktiviti-aktivti yang dirancang. Seharian kiteorang tak balik homestay. Memang kiteorang balik malam tuje. Kiteorang sampai homestay tu dalam pukul 9.30 malam. Memang penat gila kiteorang buat aktiviti harini. Kawan perempuan balik ke homestay dorang dan kami yang lelaki balik ke homestay kami. Aku, boy dengan akim lepak dekat ruang tamu dulu sambil main-main phone sampai lah tertidur.

Dalam pukul 11.30 aku tersedar dan aku kejut boy dengan akim nak masuk tidur dekat bilik. Tapi malangnya hanya akim yang bangun. Boy ni jenis tidur m**i susah nak kejut. So aku dengan akim sebab dah penat sangat, decide tinggal jelah boy dia bukan sedar pon. Esok pagi aku dengan akim tengok boy takde dekat ruang tamu.

Cari punye cari dia tertido dekat dapur. “eh kau dah kenapa tidur dekat dapur ni? Lapar sangat ke?” – tanya akim kepada boy. “weh kite nak pergi sarapan luar kan. Jom lah keluar dulu ade bende aku nak cerita.” -boy membalas. “ha okey jom cepat lah kau siap kiteorang tunggu” -balas aku. Ha waktu dekat kedai makan boy pon memulakan cerita dia “aku tersedar dalam pukul 3 pagi tengok-tengok korang dah takde.

Dalam hati dah maki habis-habis dah korang sebab tak kejut aku sekali masok bilik. Dah lah gelap, hujan lebat pulak tu. Sebelom nak masok bilik aku haus, so aku nak pergi dapur jap minum air. Malas nak bukak lampu aku guna jelah flashlight handphone. Tiba-tiba bunyi kilat berdentum dekat atas bumbung. Aku takut lah jugak sebab orang kata kalau kilat ni maknenye ade setan jin ke ape-ape lah. Tapi aku teruskan gak pergi dapur. Tengah minum air tu sambil pegang flashlight aku tersuluh satu sudut ni aku nampak ade nenek bongkok gila muke pon buruk camne eh nak describe.

Muke die mmg buruk,hitam,berkedut,mata putih je sume. Baju jenis kurung kedah kaler putih lusuh. Memang hardcore nye nenek lah senang cita. Sebab takot agaknya, handphone dengan cawan air aku teros jatuh. Agaknye handphone aku dengki, flashlight dah tertutup waktu tu. Aku teros lah raba-raba cari handphone sebab dh gelabah gelap hujan ape sume. Then suddenly tetibe aku rase seram sejuk sebelah aku.

Aku dah dapat capai phone aku. Aku waktu tu gune screen nye lampu je suluh sebelah tengok tengok nenek tadi ade sebelah aku sambil cakap “cu nenek haus, nak air sikit boleh?” pastu aku rase aku pengsan kot sampai pagi.” “lah patut lah aku nampak kau kat dapur terbaring pagi tadi. Ingatkan kau m**i kelaparan” -akim bersuare. “eh kau main-main eh orang tengah serius ni. Weh actually rumah kiteorang pon ade something jadi malam tadi. Jet lah yang kena. Jet go jet cerita jelah takya simpan lama-lama elok jugak kite bagitau dorang.” -alia bersuare.

“haah sebenarnye kiteorang pon ade cerita. Aku terbangun dalam pukul 3 nak pergi tandas malam tu. Dalam mamai dekat atas katil tu. Eh kejap lupe nak cakap katil bilik kiteorang ni katil dua tingkat tu ape org panggil double decker eh? Ha aku tidur dekat atas. Alia dengan nab kongsi katil dekat bawah. Berbalik waktu aku mamai waktu atas katil tadi tiba-tiba nab berdiri dekat sebelah aku sambil tanye “nak pergi tandas ke?” sambil cam ketawa sinis. Aku jawab lah, haah nab kau ni kenape tanye siap ketawe camtu, kau ingat aku takut lah eh. Dah ketepi kau hantu. Kasar kan gurauan aku? Tanpa buang mase aku pon turun tangga katil nak pergi tandas.

Dalam tandas tu baru aku terfikir “eh katil kan dua tingkat macam mane nab boleh berdiri camtu je” waktu ni dh start dh rase seram sejuk. Nak cepat-cepat keluar dari tandas nyorok dalam selimut. Tibe-tibe bunyi orang ketuk bumbung zink. “ah ya allah ape ni” getus hati aku.

Aku cepat cepat habiskan hajat. Then elok nak keluar dengar cam perempuan bisik dekat aku “takut ke? Tadi marah kita” mendayu k guys suara tu. Meremang bulu romanaku. Aku ape lagi lari terus keluar bilik air tidur dengan dorang dekat katil bawah. Ingatkan dah abis. Tapi aku dengar orang mengilai. Dah bace macam macam tapi ada juga bunyi atas bumbung sume tu.

Then aku ambik keputusan kejut nab dengan alia dan elok bunyi tu hilang.” aku masih pertahankan lagi cerita yang aku kene kacau malam pertama tu. Sebab tanak burukkan keadaan. “so macam mane ni korang kita kene tinggal situ lagi semalam, aku takut jugak sebenarnye.” – alia berkata-kata. “takpe-takpe kite balik awal sikit eh hari ni sebelom maghrib. Masok rumah tu bace-bace lah sikit. Then jangan takot sangat tapi jangan berani sangat”- akim menenangkan kiteorang semua.

Okey kire ni malam ketiga kan guys. Ah malam ni agaknye bende tu tau kiteorang last day. So hardcore lah sikit. Okey aku cite pasal kejadian di rumah perempuan dulu eh. Pukul 12 pagi dorang ni still tak tidur sebab main phone chating sume dan maybe sebab macam takot nak tido pasal kejadian malam tadi. Keadaan dekat luar berangin kuat.

Dan macam nak dekat hujan. Tiba-tiba dorang dengar tingkap diketuk. Guys korang tau tak rumah kampung kan style tinggi sikit sebab ade ruang bawah rumah tu (pls lah paham). So dorang terus tertanya-tanya macam mane orang bole ketuk sedangkan rumah ni tinggi. Alia cakap waktu tu dia dah start call aku. Tapi malanye aku, boy, akim sume dah tido. Dorang keluarkan lah segala bacaan yang dorang tau. Alhamdulillah bunyi tu stop.

Dorang decide nak masok bilik then usaha lelapkan mata. Ingat tak katil bilik perempuan ni double decker kan? Tapi malam tu dorang tidur bertiga dekat katil bawah sebab takut. Elok dorang dah macam selese nak tido. Alia yang baring tepi katil sekali nampak macam rambut tergantung dari atas dan rambut tu of course lah kan terkena dia.

Alia speechless, dia siku nab yang tido dekat tengah. Yes alhamdulillah bukan alia je nampak jet dengan nab pon nampak rambot tu. Tapi dorang macam tak tau nak buat ape. Dalam keadaan gelap tu. Takkan nak bukak lampu? Karang bende tu sergah muka buruk macam mane. So dorang tutup diri dengan selimut sambil bace ape yang patut. Tapi start je dorang bace surah katil tu bergegar lepas tu alia yang tepi sekali rase kaki macam kene tarik. Alia terjatuh. Waktu ni nab tekad lari pergi bukak lampu.

Sambil jerit allahuakbar. Alhamdulillah bende tu tak tunjukkan diri depan dorang. Dorang rilek lagi waktu ni. Jet cakap dia dh maki kiteorang yang lelaki sebab tak angkat call sume. Okey dorang memang tak boleh tidur lah kan dan lampu dipastikan sentiase terbukak. Tapi tingkap tu lagi sekali diketuk kuat-kuat sambil suara perempuan mengilai. Time ni dorang cakap memang dh tak pikir lari teros ke rumah kiteorang. Alia cakap waktu dia lari dia perasan cam bende putih melintas atas kepala.

Tapi dorang sume memang lari tanak pandang belakang. Ha waktu ni dorang ketuk rumah kiteorang yang lelaki ni sambil nangis. Nasib aku dengan akim senang bangun kiteorang pergi bukak pintu tanye kenape. Then dorang cerita satu persatu. Aku kesian tengok dorang sebab mengigil nangis sume. Then bincang “weh korang kite tak bole ni duduk satu rumah nnti ape pulak orang cakap, camni kite tido dalam kereta masing-masing. Atleast kereta kita bole lari kalau bende..” ayat aku d******g alia ” weh aku setuju bawak sekali weh segala kain yang ade nak tutup tingkap” so dalam pukul 2 pagi kiteorang dh selamat tidur dalam kereta.

Okey ni cerita akim pulak. “aku terbangun dalam pukul 3.30 macamtu nak pergi tandas. Aku macam rase malas nak kejut korang. Sebab teringat cerita hantu yang ajak kawan gi tandas tapi rupanya bukan kawan. Tapi tulah aku ni bodoh jugak. Ingat cerita hantu tu je tak ingat yang kita baru kene sepanjang bermalam dekat sini.

So aku dengan yakin masuk lah rumah kejap nak gi tandas. Alhamdulillah perjalanan aku ke tandas dan proses aku dalam tandas takde masalah. Aku pulak memang korang tau kan jenis gila-gila, positif, malas nak ambik port sume ni. Tapi tulah aku rase sebab berani sangat lah kot. Aku bukak pintu tandas dan yes aku nampak nenek yang macam boy describe tu dekat satu sudut tapi membelakangkan aku.

Aku siap masok balik tandas tutup pintu. Tapi aku rase bodo. Sebab nak bace ape dalam tandas. Tempat syaitan pastu nak bace lagi ayat-ayat ape sume. Okey time ni aku tekad nak lari keluar sebab teringat tadi lampu dapur , ruang tamu sume aku dh bukak waktu otw gi tandas tadi. Aku bukak pintu mengintai sikit alhamdulillah nenek tu dah takda. Tapi tulah aku badluck malam tu. Fikiran positif aku sume dikalahkan nenek tu.

Aku lari ke ruang tamu lampu dh tertutup. Waktu tu aku lebih kepada maki dalam hati daripada bace ayat ayat. Jahil kan. Aku dh pergi dah dekat pintu nak bukak tapi tiba tiba mata aku tertangkap dekat kerusi malas yang bergerak tu. Nenek tu ade dekat atas tu. Yes masih pakai baju sama. Mata putih, muke hitam berkedut. Aku kaku waktu tu. Aku pandang je dekat nenek tu. Sampai dia tanye ” asal cepat-cepat ni cu.

Meh sini datang dekat nenek ” okey waktu die ckp ni aku pon dh sedar aku lari teros ke bawah siap jatuh tangga. Waktu tu nenek tu buat ending show dia diri dekat depan pintu then pintu tu terhempas. Ha tu yang aku lari kejut korang dalam kereta.”

Lepas je akim kene kacau tu. Kiteorang sume terus gerak keluar pergi cari tempat yang terang. Dan kiteorang memilih station minyak. Kiteorang lepak dekat situ sambil beli air ape sume. Tenangkan diri. Esok nye kiteorang masok ramai ramai dalam rumah tu packing barang. Kunci pon aku tak jumpe tuan rumah, aku call aku ckp aku letak dekat tangga.

Kiteorang memang gerak balik awal pagi tu jugak. Alhamdulillah perjalanan balik kiteorang lancar. Dan yes tamat sudah cerita aku ni. Harap-harap dapat menakutkan korang sume.

 

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Arry potter

21 thoughts on “#Potters- Bercuti di kampung”

  1. nenek ko ni sama macam nenek yang aku selalu jumpa..tapi dia ni mmg ikut aku balik rumah..duduk ujung katil duk tenung aku. masalahnya bila aku tanya tak mau jawab.. diam je.. geram ko tau x.. sebab kalau dia ikut je aku balik aku nak tido pun susah.. aku m**i lampu ke, idup lampu ke bilik aku tetap terang.macam mana aku nak tido

    Reply
    • Pesan kat nenek tu next time pakai baju security wane putih tu pastu g jaga kt depan pagar…
      Selamat sket umah…
      Dah rajen benor nk jd jaga…
      Heheheheh…

      Reply
      • Yg tu xsempat nk pesan kak..sebab asik pesan kat nenek tu kalau nk dtg xpayah nk mcm red carpet sangat lampu disini sana.. Orang nk tdo pun silau…! Hahahaha

        Reply
  2. Kuajaaqqqqq…
    Owner pon x sanggup berlame2 kat umah tu lg ko pedajai g sewakan kat oghang ekkk…
    Patot korg bakor je umh tu dgn alasan mempertahankan diri pastu termelatah terpegang mancis tercucuh kat tong gas pastu terbakar…

    Reply
    • Xyahleeerrr…
      Umah akk dh ade guard…
      Kang guard jatuh cinta ngan nenek udah angau pastu x terkawal umah akk ni plak…
      Makan gaji membuta namenye tu…
      Hehehehhehe…

      Reply
  3. part gegirls tengok rambut tergantung tuh tetiba mak aku bukak pintu bilik. giler terkejot ko!! naseb je x terkojol

    Reply
  4. Macam tahu je homestay ni…sebab kalo search kat booking.com nak cari penginapan kat perlis ada je keluar penginapan rumah kayu cmni…gmba mmg nmpak menarik…rupanya…scary yerr…

    Reply
  5. Part aku baca “tiba-tiba bunyi kilat berdentum” tu,aku terkejut gila coz tiba² hujan n kilat berdentum juga.
    Seram..siang² pn aku rasa seram??

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.