Pulang

Zhaf dan Sha baru sahaja berkahwin. Tak sampai 3 bulan usia perkahwinan mereka. Mereka menetap di sebuah banglo yang sangat mewah. Zhaf ni kaya, bos kilang, duit banyak. Jadi tak hairanlah dia dapat membeli sebuah banglo mewah khas untuk isterinya sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Satu malam tu, Zhaf dapat panggilan dari stafnya. Kilang mereka ada masalah teknikal dan perlu diperbaiki dengan segera. Oleh kerana Zhaf memegang kunci kilang, mahu tak mahu, Zhaf harus pergi juga. Jika tidak, kilang tidak dapat beroperasi kerana masalah teknikal datangnya dari dalam stor utama yang berkunci. Masalah juga buat Zhaf bila terpaksa nak kena tinggalkan isterinya. Sudahlah hujan di luar sana.

Tapi, Zhaf berjanji akan segera pulang apabila semuanya selesai. Sha nak ikut, tapi Zhaf melarang kerana bimbang Sha akan rasa bosan pula nanti. Maklumlah, kerja-kerja teknikal berinjin ni rumit sikit dan bergelumang dengan minyak hitam pula. Tentu memakan masa. Lebih baik duduk di rumah, boleh tidur, rehat dan bersantai-santai. Dengan berat hati, Zhaf bergerak menuju ke kilangnya yang sejauh 30 km itu.

Ini bukan kali pertama Sha ditinggalkan. Suaminya selalu saja keluar tak kira masa jika sesuatu berlaku di kilang. Cuma, malam ni Sha rasa lain macam sikit, seperti ada yang memerhatikannya. Bulu romanya meremang! Sha terperasan ada kelibat hitam melintas di jendela, Sha tergamam.

Cepat-cepat Sha ke ruang tamu lalu buka suis TV. Segala bayangan yang dilihat tadi agak menghantui fikirannya. Apapun, Sha berjaya memujuk hatinya. Mungkin apa yang dilihatnya tadi khayalan sahaja. Bila dah takut, perasaan yang tak best datang. Sha tertidur di atas sofa. TV yang terpasang sengaja tidak ditutup supaya dapat mengurangkan rasa takut.

Bunyi seperti pinggan pecah telah mengejutkan Sha. Kuat betul bunyinya dari dalam dapur sana. Sha bangun perlahan-lahan menuju ke dapur untuk memastikannya. Gentar hatinya bukan kepalang time tu. Apabila lampu dibuka, Sha tidak melihat sebarang benda yang pecah. Bersih sahaja lantai, tiada kaca. Mungkin perasaannya saja barafikirannya. Lampu dapur ditutup dan Sha kembali ke ruang tamu dan menonton TV semula.

Pelik, perasaan Sha tidak tenteram. Kejadian-kejadian tadi mula mengganggu fikirannya. Kali ini, Sha betul betul rasa takut. Rasa meremang itu sangat lama. Sha teringat kata orang2 tua. Jika meremang begitu, maknanya makhluk halus, jin atau syaitan ada berdekatan dengan kita. Memikirkan itu, rasa dingin, meremang, seram sejuk bertambah di hati Sha.

Dalam ketakutan yang sedang memuncak itu, tiba tiba saja kedengaran bunyi loceng pintu ditekan, banyak kali. Zhaf terus melangkah masuk ke dalam rumah setelah Sha membuka pintu. Sha terus memeluk Zhaf dengan erat. Lega benar hatinya melihat suami kesayangan sudah pulang. Zhaf tidak berekspresi, wajah bersahaja, mungkin penat di kilang tadi.

Sha dapati wajah Zhaf agak lain, pucat. Mungkin suaminya keletihan dan kesejukan. Sha menyediakan teh panas untuk suaminya. Bimbang pula suaminya demam nanti. Sha berasa tangan Zhaf sangat sejuk semasa dipegang tadi. Zhaf tidak berkata apa2. Hanya duduk menunduk dengan wajah muram, pucat lesi mukanya.

Bagi Sha, malam itu sangat dingin sekali. Di luar, hujan sedang turun renyai renyai. Suasana sejuk dan muram itu membuatkan Sha menjadi tidak tenteram. Entah kenapa, sejak ditinggalkan suaminya awal malam tadi sehinggalah sekarang, hatinya sentiasa berdebar debar. Walaupun suaminya sudah pulang dan berada di sisi, tapi perasaan tidak enak itu terus saja membelenggu dirinya. Rasa seram, meremang dan dingin tidak hilang. Sha tidak dapat melelapkan mata.

Sha melihat suaminya sudah tidur tidak bergerak gerak lagi di sebelahnya. Semasa bersentuhan tadi, Sha dapar rasakan betapa dinginnya tubuh suaminya itu. Apapun, Sha berfikiran positif. Mungkin suaminya demam. Tiba tiba Sha tersentak, dia terdengar bunyi loceng pintu berulang kali.

Entah siapa pula yang datang waktu begini? Jangan jangan staff suaminya datang. Mungkin ada masalah lagi di kilang yang perlu diselesaika. Agak marah Sha jadinya. Sha melangkah pantas ke arah pintu. Siapa pun yang datang, pasti akan dimarahinya. Apapun masalah, besok kan ada? Kenapa mesti datang waktu waktu begini?

Terlopong Sha! Mau saja dia rebah ke lantai apabila melihat orang yang datang itu. Ternyata yang datang itu suaminya sendiri. Zhaf baru pulang? Habis, siapa pula yang pulang tadi? Yang sedang tidur di dalam bilik? Yang sejuk sekali tubuhnya? Ternyata, tiada sesiapa di bilik tidur apabila mereka pergi melihatnya.

P/S: Cerita ini diceritakan oleh senior universiti aku ketika kami berjumpa di reunion tahun lalu. Aku bercerita semula kepada semua agar kita berhati-hati. Mana tahu, selepas ini mungkin terjadi kepada kamu semua.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Diana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

6 thoughts on “Pulang”

  1. dah nama big boss bagi la orang lain pegang kunci.
    staff maintenance takkan takde.
    big boss duduk rumah je la rilek – rilek.
    sepanjang aku kerja tak pernah tgk lagi biss boss datang bukak kan kunci.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.