Pulangkan Kakak Aku

Assalamualaikum, dah lama dah aku baca fs ni, dah tergerak hati nak share cerita, cerita ni aku dengar daripada kawan aku sendiri ‘An’ bukan nama sebenar.

‘Aku’ dalam story ni ialah si ‘An’ supaya mudah korang faham.

Benda ni terjadi bila kakak aku dibawa lari oleh warga Indonesia yang dulu hot pasal perempuan kena bawak balik lombok tu. Dah 2 minggu kakak aku hilang tanpa berita so family aku pun cari alternatif lain bincang dengan family belah ayah aku belah Perak.

Tempat: ipoh, Perak
Sehari tidur kat kampung esoknya ada tok sedara aku nak balik rumah dia malam tu jugak, tapi jam dah berganjak pukul 12 malam lebih. Disebabkan tok aku tu mendesak, so semua orang decidelah nak pergi hantar tok tu balik and sekali tidur dekat rumah tok tu dekat Langkap.

Sini aku explain dulu transport dari Ipoh ke Langkap supaya korang mudah faham.
* 1 kereta (mak, abah, opah, pakcik)
* 1 van (aku, pakcu, tok sedara and 5 orang budak bawah 6tahun)
* motor 1 – makcu and angah
* motor 2 – cik akak and along

kejadian 1 : kitorang semua gerak daripada ipoh dalam pukul 1 pagi, first keluar rumah je dah diganggu. Kereta tetiba boleh hilang kawalan and langgar kereta jiran, nampak dah kat situ ada yang ganggu kitorang. So dalam 20minit jugak bincang dengan tuan kereta, walaupun tak sedap hati kitorang teruskan jugak sebab tok sedara nak jugak balik.

kejadian2 : masa kitorang sampai dekat petrol station, motor along dengan cik akak pulak tak ada angin, tapi masa tu kitorang tak ada syak apa-apa so kitorang teruskan jugak perjalanan lepas pam tayar.

Ipoh nak ke langkap kitorang ada lalu satu gua musang, aku tak arif sangat pasal jalan so aku cerita apa yang aku tahu berdasarkan mata kasar. Lepas je daripada gua musang tu ada sekatan jalan raya (roadblock polis), kitorang nampak motor makcu and angah stop tepi jalan, kereta pun ada, van kitorang pun stop tunggu. Makcu kata motor along dengan cik akak tak sampai lagi. So makcu call lahh along, along kata dia ada betul2 depan gua musang tayar motor tak ada angin so terpaksa tolak sebab badan cik akak agak besar so tak boleh tampung, hahhahahah.

Makcu decide pergi amik cik akak dengan along, dan kitorang yang lain pun tunggulah dekat situ. Dalam setengah jam baru makcu, cik akak dan along sampai. Bermulalah kes kerasukan, turun je cik akak daripada motor terus cik akak jadi keras pastu buat bunyi, ” cip cip cip cip” dengan muka yang seram gila. Pada masa yang sama lampu jalan jadi blackout tapi yang peliknya black out dekat area kitorang je. Area petrol station yg 500m daripada kitorang tu elok je..

Dalam family besar ni ramailah yang jahil bab agama, cuma mak and abah aku je yang boleh dikatakan ada agama. So maklah yang membantu cik akak baca apa doa yang patut sampai cik akak tenang. Then mak dengan cik akak naik van dengan kitorang ni, plus dalam kereta ni ada 2orang anak cik akak. Kiranya aku budak paling besarlah dalam form 3 time tu. Sepanjang perjalanan tu nasib baik dia tak mengamuk and diam je maybe sebab kitorang pasang surah yassin dekat hp.

Dalam pukul 3 lebih, sampai je dekat langkap masa turun daripada van terus cik akak lari, nasib baik pakcik dapat tangkap then terus dua2 kena jirus 1badan luar rumah sebelum dibenarkan masuk rumah. Kebetulan malam tu ramai perempuan yang kotor termasuk aku, so mak aku je yang sembahyang baca yassin tepi cik akak, aku hanya mampu menyorok belakang pakcik aku je sebab takut, hahhaha. Cik akak duduk depan sejadah mak sambil kacau mak, ikut mak baca yassin. Bila dah bosan dia bangun masuk bilik yang ramai budak kecil and unexpected dia boleh duduk atas budak setahun yang tengah tidur. Gila betul hantu nih..

And sorang makcik aku ni kira pandai jugaklah berubat orang tapi bukan yang islam punya so korang faham2 lah ek. Dia tanya cik akak nak apa datang sini? Benda tu jawab dia datang ada tuan dia hantar nak kacau family aku, nak buat aku tak jumpa kakak aku. Kiranya hantu jahat lomboklahh, dia banyaklah mengamuk dalam rumah tu tapi dapat kawal lagi lah.

Hantu jahat tu dah slow, tetiba muncul hantu kedua hantu baik tapi still dalam badan cik akak. Dia kata dia datang nak tolong. Dia tolong urut kaki sedara aku yang memang dah lama sakit then terus elok. Dia bagitahu kakak aku ada dekat mana – katanya ada dekat Pulau Pinang tapi sebelum jambatan. Bila dia dah buat baik tu, hantu tu mintak pertukaran, dia nak bawak along balik duduk dengan dia dekat gua musang sebab dia kata along baik.

Yang kelakarnya, along dah menyorok takut belakang makcu, then pakcu suruh along kata kat benda tu dia taknak ikut, dia nak jaga mak, jaga opah, nak meniaga. Nasib baik benda tu baik walaupun dia bukan islam, so nak dia keluar dia just minta kemenyan dengan rokok kertas je. Dia pun keluar and tinggallah hantu jahat lombok tu je. Hantu lombok tu lama stay dalam badan cik akak walaupun ustaz dah sampai lepas subuh sebab benda tu degil nak keluar. Seminggu jugaklah ambik masa untuk proses sembuhkan cik akak.

Kitorang pun bergerak balik ke ipoh tinggalkan cik akak berubat dekat langkap. And mak abah aku dah call polis Penang untuk cari kakak aku dekat sana. Aku ditinggalkan di ipoh dengan sedara lain sementara mak abah pakcu makcu pergi Penang cari kakak. Alhamdulillah dorang jumpa kakak walaupun keadaan kakak macam mamai tak tahu pape..

Ni kisah yang berlaku sebalik daripada peristiwa,

1- pasal tayar tak ada angin tu, bawak pergi bengkel then orang bengkel pun pelik macam mana besi halus gila tu boleh masuk dalam tayar, siap betting lagi kalau dapat masukkan besi tu, dia bagi rm100.

2- malam dekat langkap tu, ada jiran2 kata nampak 2 makhluk berbaju putih duduk bertenggek tepi rumah tapi dia tak kacau oranglahh, just datang singgah agaknya..

3- ada pakcik aku yang pergi rumah ustaz untuk ambik air masjid yang dah dibaca ayat quran, tapi banyak kali dekat 50 kali bagi salam ustaz tu tak dengar, then angin dekat luar punyalah kuat macam nak hujan. Ustaz bukak pintu then suruh pakcik masuk, ustaz kata “kenapa tak bagi salam, nasib baik saya tergerak hati nak tengok awak dah sampai ke tak” ——

4- kitorang ada panggil ustaz tapi ada hal yang tak dapat di lakkan so hanya mampu ambik air penawar je dulu.

Alhamdulillah semua dah selesai, kakak aku sekarang pun dah selamat berumah tangga and ada anak. Pengajaran dekat sini, berhati-2lah dengan siapa kita berkawan atau bercinta, takut orang tu ada niat lain dengan kita. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

yennnnnn

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

5 Comments on "Pulangkan Kakak Aku"

avatar
natt

mungkin selama ni yang kes-kes anak dara ikut balik lombok tu sebab diorang sebenarnya kena benda macam ni kot. kena pukau/sihir sampai tak sedar.

Kak Yulie

“* 1 kereta (mak, abah, opah, pakcik)
* 1 van (aku, pakcu, tok sedara and 5 orang budak bawah 6tahun)
* motor 1 – makcu and angah
* motor 2 – cik akak and along

kejadian 1 : kitorang semua gerak daripada ipoh dalam pukul 1 pagi..”

Coopppp…
Akk nak tanye sikit…
Kenapa utk antar Tok Sedara tu blk Langkap segala org+segala motor bagai rombongan Cik Kiah ikot ngantor…??
Pkol 1pagi plak tu…

IzZaTi

“Dalam family besar ni ramailah yang jahil bab agama, cuma mak and abah aku je yang boleh dikatakan ada agama ” – ayat ada agama tu kena ubah sket dik….lebih arif tentang agama….yg lain tu kurang arif…..pe pn nice story ^_^

paris jackson

bosan la

Pengamal ilmu

Ipoh nak ke langkap dah kenapa lalu ke gua musang ..langkap tu bkn kelantan..pelik betul cerita ni..
Dah tu rombongan cik kiah plak tu pkul 1 pg aje nye ye..cite ni..
Umur ko skng bp dik non?.

wpDiscuz