Saodah menceritakan bahawa dia adalah keturunan yang mampu memulihkan sumpahan serigala jadian. Menurutnya lagi, dia dan Mikael anaknya sudah lama mengetahui hal sebenar mengenai Aiza.
Kebolehan itu terhad kepada Saodah sahaja manakala anaknya Mikael tidak boleh menyembuhkan sebarang sumpahan.
Dulu hal yang sedemikian pernah terjadi. Pada waktu itu Aiza masih kecil, dalam lingkungan 6 atau 7 tahun. Saodah sebenarnya adalah orang gaji kepada ayah Aiza, Raikal.
Raikal juga merupakan serigala jadian dan semasa peristiwa orang kampung ingin m******h Raikal, Raikal menyuruh Saodah dan Mikael melarikan diri.
Suami Saodah telah berkorban nyawa demi menyelamatkan Raikal tapi tidak berjaya dan d*****h kejam oleh orang kampung ketika itu.
Tiada pilihan lain mereka pergi meninggalkan kampung itu. Masa terus beredar, Mikael pun dah berumur 24 tahun ketika ini. Mereka kembali ke bandar yang dulunya kampung itu dan tak menyangka bahawa mereka akan menemui Aiza kembali.
Sekarang Mikael sudah jatuh hati pada Aiza tanpa dirancang, begitu juga Aiza. Ini memudahkan lagi niat Saodah untuk kembali berkhidmat kepada keluarga itu. Baginya keluarga Aiza terlalu banyak membantu Saodah dan saodah telah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Kalau bukan kerana Raikal menyuruh mereka dua beranak melarikan diri, tidak mungkin mereka akan selamat dari serangan orang kampung ketika itu.
Aiza tidak mengingati siapa Saodah, mungkin kerana dia telah banyak menempuh peristiwa hitam sepanjang hidupnya. Aiza merasa lega kerana dia telah berjumpa orang-orang yang tahu akan diri nya dan tidak mengapa-apakan dirinya
Mikael mula bertanya “Siapa mereka yang menyerang awak tu Aiza?” sekali lagi Aiza hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu siapa mereka.
Mereka semua manusia yang telah berpakat dengan satu makhluk yang juga serigala jadian, tapi satu makhluk ini sangat dahsyat kerana ia tidak bukan lagi jadian kerana ia tidak boleh bertukar kembali ke rupa manusia, Dia lebih dikenali sebagai Haikal.
Haikal merupakan abang Raikal ayah kepada Aiza, dan secara tidak langsung Haikal itu adalah pak cik kandungnya.
Mikael hanya mampu menelan air liur mendengar apa yang ibunya ceritakan, tak tercapai dek akal bila memikirkan ikut logik akal semata. Zaman tu ada mahluk-mahluk sedemikian rupa.
Aiza mula membuka mulut, “kalau dia pak cik Aiza, kenapa dia nak b***h Aiza?”
“Sebab dia nakkan kuasa yang ada pada Aiza. Kuasanya akan bertambah jika dia m******h manusia-manusia dari kalangannya.” balas Saodah.
Saodah menambah setelah dia m******h Raikal dia cuba m******h Aiza dan Ray. Tapi dia tak sempat m******h kedua beradik kerana orang kampung telah campur tangan, dan Haikal mengambil peluang menyamar sebagai orang kampung dan turut menghasut mereka untuk m******h keduanya. Hanya Aiza yang sempat melarikan diri ketika itu.
Ketika Aiza membalas dendam terhadap orang kampung, Haikal telah lama meninggalkan kampung itu. Sekarang kuasanya bertambah kuat dan tidak lagi boleh berubah menjadi manusia biasa.
Dengan kehadiran Saodah dan Mikael, Aiza merasa sedikit aman bila mereka bersama. Dia takut Haikal dan kumpulan nya akan kembali.tapi dengan kehadiran Saodah kuasa Haikal juga tidak akan memberi apa-apa kesan.
Cuma mereka perlu khawatir tentang manusia-manusia suruhan Haikal yang akan datang lengkap bersenjata.
Mikael memberi idea untuk Aiza tinggal dirumah mereka untuk beberapa ketika, memandangkan Aiza takkan berubah menjadi serigala jadian bila dekat dengan mereka, ini memberikan jaminan untuk Aiza terus selamat dari mereka semua itu.
“Boleh tapi bukan sekarang. Kita bertahan disini sehingga pagi kerana mereka telah menunggu diluar” kata Saodah.
“Tapi jangan risau, mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah kerana Mak telah menutup hijab mereka untuk melihat apa yang berlaku disini.” tambah Saodah.
Selepas berbual panjang, mereka semua kembali kebilik utama dan tidur di atas katil manakala Mikael hanya tidur di sebuah kerusi panjang dalam bilik itu. Mereka tak nak berjauhan kerana sekiranya berlaku apa-apa mereka akan segera dapat bertindak dengan pantas.
Mikael bangun awal pada pagi itu. Menjadi kebiasaan bila dia bangun tidur, terus menuju ke dapur untuk membuat sarapan untuk ibunya.
Pagi yang aman buat mereka bertiga. Melihat ke luar rumah, tiada tanda-tanda kumpulan penjahat itu.Saodah memberi cadangan mereka memalsukan kematian Aiza supaya Haikal dan konconya tidak mencari lagi Aiza.
Aiza setuju dengan cadangan itu cuma mereka sedar cadangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tahu Haikal akan mengetahui hal itu bila merasakan tiada perubahan pada dirinya.
“Haikal akan kembali juga kesini mak.” soal Mikael.
“Sebab tu kita kena cepat” balas Saodah.
“Cepat apa mak?tanya Mikael.
Laju Saodah membalas “Cepat untuk korang kahwin!”…
Bersambung…
Penulis – SyamSyidee
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit