“Bagus…minggu ini kau dapat habuan yang amat banyak..aku suka”Jelas kegirangan pada wajah si tua.Mendapat habuan atas bantuan saka pusaka kepunyaan arwah bapanya. Jelas terlihat pada mata halus, seorang wanita berbaju putih sedang tunduk hormat, patuh atas arahan si tua. Dia hanya dapat mengangguk,menjadi hamba sahaya kepada tuan yang syirik kesudahannya.
Si tua berterusan memandang kemenyan yang berasap. Sedang asyik mengira habuan yang diterima, terdengar deringan telefon dari ruang tamu rumahnya. Kaki tuanya berdiri tegak, tangannya mencapai tongkat berkaki empat, dengan segala kudrat yang ada, perlahan-lahan dia menekan punat.
“Assalamualaikum Maarof…aku ni Salmah…cucu kau ni sakit dua tiga hari semenjak dia tinggalkan rumah kau hari itu.…risau aku..”
“Waalaikumussalam…biarlah! Itulah, baru sahaja aku pesan jangan baca alquran, jangan solat, jangan berzikir…sekarang kan dah kena!” Tegas Maarof dalam bersuara.
“Kau buat apa sebenarnya Maarof…biarlah dia solat, biarlah dia membaca alquran…bukannya dosa, bukannya pantang larang yang patut dijauhi semua!” Salmah pula berterusan memaksa Maarof menyatakan hal sebenar.
“Aku sebenarnya sudah beri dia ilmu kebal, biar dia kuat sedikit…tidaklah selalu dibuli budak budak sehingga lembik kudratnya!”
“Innalillah…kau ni dah syirik Maarof… sanggup engkau sihir cucu kau sendiri!” Salmah terkejut dengan tindakan Maarof yang dianggap melampau.
“Kau biadap Mah! Tunggu kau!…”Maarof segera mematikan talian. Dia berasa cukup marah atas tindakan Salmah mengatakan dirinya tersimpang jauh. Kemarahan Maarof kian hilang, diganti dengan senyuman dan ketawa berselang. Dipandangnya saka pusaka arwah bapanya, ditenung hinggalah kaki tuanya pergi kembali ke bilik upacara.
!@#$%
“Muzaffar.. aku tak tahu kenapa dengan bapa kau tu….dia hantar ilmu kebal dekat si Muhammmad…sanggup dia…aku tak tahulah Zafar..”
Petang itu, Muzaffar terkejut apabila ibu angkatnya itu tiba tiba memberitahu anak tunggalnya, Muhammad disihir. Sebelum tiba di rumah lagi, Muzaffar tahu itu semua angkara bapanya.
“Muhammad..tahan ya…nanti abah bawa berubat”
“Tidak apa ayah…Mu…Hammad… boleh jaga diri..sendiri…” Muhammad terbatuk batuk berselang dengan percakapannya. Kerana terlalu sakit, dia tidak mahu bercakap banyak, dia sudah berada di tahap tenat dan tahap paling tidak sihat.
“Mak Mah…tolong jaga Muhammad ya..saya nak pergi rumah ayah jap” Pesan Muzafafar.
“Kau hati hati Zafar… Dah malam ni.. lagipun kau tahulah ayah engkau tu macam mana”
Memang seluruh Kampung Rahmat mengetahui kegiatan terkutuk Pak Maarof. Sanggup menggunakan sihir dalam membuat pelbagai perkara. Asetnya, tentulah saka turun temurun dari arwah bapanya. Ayah Maarof, Abu La’Bah yang berasal dari Timur Tengah, menuntut ilmu ketika berada di Mesir. Pelajarannya kebanyakan dipelajari dari sihir purba Firaun dan buku ahli nujum. Dengan skil dan kemahiran yang dia peroleh, dia akhirnya mendapat satu saka untuk membantunya.
Bukannnya orang kampung tidak menghalang, tetapi takut disihir atau dirasuk saka. Minggu lepas, seorang imam dari masjid kampung sebelah cuba membanteras kegiatan Maarof ini. Walaupun sudah dihalang beberapa kali, mereka tetap berkeras, malah memanggil orang kampung sebagai rakan subahat. Kesannya,seluruh rombongan itu kini dalam keadaan nazak,tetapi tidak meninggal dunia.
Malah Mak Mah juga pernah disihir apabila dia memukul tangan Muzaffar kerana nakal. Maarof yang amat menyayangi anaknya terus menghantar sihir pada Mak Mah. Kesannya, Mak Mah tidak boleh bersuara, orang kata kotak suaranya bergayut si saka pusaka.
“Assalamualaikum…Ayah…oh ayah…”
Maarof perlahan lahan membuka daun pintu yang kusam seribu.
“Ayah…”
“Aku tahu kau nak apa… kau nak aku hentikan sihir aku dekat cucu aku kan…tak payah nak berharap…” Jawab Maarof degil.
“Ayah…tolonglah ayah.. lepaskan anak saya.. apa lagi sebab ayah nak sihir anak saya… ayah nak saya terima saka itu… baiklah, saya terima, tapi jangan sesekali cederakan anak saya” Jawab Muzaffar. Dia tahu itu merupakan risiko, namun demi anak tunggalnya,dia sanggup.
“Tak nak… saka tu aku akan simpan, dan aku takkan m**i kerana saka itu merupakan tangkal kekuatan aku!.. Aku nak keturunan kau jadi pelajar aku, aku nak legasi pawang kita berterusan” Kata Maarof dalam nada tinggi. Sememangnya misinya hanyalah satu ,dalam menjadikan cucunya penyambung legasi ilmu hitamnya.
“Tidak boleh…itu sahaja keturunan saya yang tinggal…tak ada cara lainkah ayah?” Bidas Muzafafar.
“Hmphh…boleh!…aku nak d***h 20 orang anak perempuan yang masih kecil… dengan d***h itu, lengkaplah ritual aku sebagai seorang pengamal ilmu hitam yang legenda” Kata Maarof diikuti segaris senyuman penuh pengharapan..
“Astaghfirullah…ayah..tolonglah!”
“Kalau perangai kau la macam ni, Muzaffar, aku nak engkau keluar dari rumah ini…keluar”
“Tapi ayah..”
“Anak derhaka, aku tak harap anak macam kau” Maarof segera menolak Muzaffar. Muzaffar jatuh sehingga terduduk.
“Tolonglah ayah.. lepaskan anak saya dari dishir ini ayah…”
“Sama je kau dengan si Mah durjana itu…aku tak perlukan korang ni la…aku ada saka pusaka…aku berkuasa…akulah tuhan!”
“Allahuakbar…Subnahallah”
Jerit Muzaffar dalam nada sesal. Sesal kerana ayahnya kini berani mengaku tuhan. Tidak sedar, manusia hanyalah berada dalam golongan hamba. Golongan dalam peringkat terbawah dalam sistem hierarki agama.
“Ayah..berucaplah…bawa berucap”
Tiba tiba tujuh keris berterbangan di udara dengan berasap asap keadaannya. Pintu dan tingkap berkeriut keriut berbunyi kuat menggegar rumah dengan kekuatan yang menakutkan jiwa.
“Akulah Tuhan yang berkuasa!!!”
“Allah…Astaghfirullah!”
Dengan kuasa saka, badan Muzaffar terangkat di udara. Muzaffar meronta ronta melepaskan diri dalam keadaan begitu. Mulutnya hanya boleh berkata, Ahad, Ahad… Ahad, seruan kepada Tuhan Yang Maha Esa.
!@#$%
“Allah!Maarof”
Mak Mah yang baru sahaja tiba terus menjerit nama lelaki itu.
“Allahu Lailahailla…”
Mak Mah membaca ayat ayat kursi dan ruqyah berselang seli. Ketakutannya makin menggegar jiwa, Maarof pula ibarat dikuasai syaitan yang secara total menyesatkannya.
“Jangan ganggu aku, lepaskan aku” Tiba tiba,Maarof terangkat dirinya,ibarat dirasuk roh berkuasa.
“Allah! Allah!” Salmah yang merupakan bekas ustazah berterusan membaca ayat ayat pnentang syaitan. Pantang anak cucunya dibodohkan, apatah lagi besannya yang kini menduakan tuhan, malah mengaku tuhan dengan sengaja. Ala ala Firaun di zaman Nabi Musa pula.
Muzaffar pula semakin sakit, dadanya ibarat dihimpit, sakitnya hanya Tuhan Yang Mengetahui. Dia tidak mampu bercakap apa-apa, anak tekaknya seperti sudah hilang, akibat dihimpit syaitan durjana.
“Salmah…berhenti!” Maarof menjerit kuat. Dadanya penuh saka yang menyesatkan, bertuankan iblis, ketua para jin dan syaitan. Tujuh keris kini berterbangan di atas kepala Maarof, berasap asap, berbau kemenyan.
“Hai saka Abu La’Bah… berhenti engkau dari sesatkan manusia!”
Tiba tiba,entah dari mana satu suara tiba. Suara itu kuat,namun sedikit lunak.
“Mu..Hammad!” Muzaffar terjerit apbila anaknya itu bersuara kuat.
Mendengarkan nama Abu La’Bah, Maarof terhenti. Dia turun perlahan lahan manakala Muzaffar kini dilepaskan,jatuh terjelapuk di atas lantai hutan tersebut.
“Hai saka Abu La’Bah, sudah selesai urusanmu bertandang, pergilah engkau dari sini dengan nama Tuhan Yang Maha Kekal Abadi dan Maha Berkuasa” tambah Muhammad lagi.
“Hai saka, aku telah memberimu makanan, minuman dan ganjaran, apakah engkau tidak memberikanku kuasa.. turunkan kuasamu, agar aku dapat melunaskan hasratku, warisan Abu La’Bah yang unggul” Maarof dengan sisa baki tenanganya kini bercakap dengan kudrat sedia ada.
Mendengarkan hal itu, badan Maarof tiba tiba naik ke aras bumbung. Nampaknya, syaitan itu kembali mempersutujui apa yang Maarof katakan.
“Aarghh!”
Tiba-tiba, Maarof menjerit… kelihatan asap berkepul kepul di udara…Serentak itu, Maarof jatuh ke tanah dan kemudiannnya pengsan. Rupanya, Muhammad menemui tangkal datuknya itu semasa memerangi roh fasik itu.
“Hai Muhammad! Sesungguhnya engkau merupakan golongan yang fasik lagi mungkar di jalan Allah SWT” Kedengaran suara garau yang memenuhi pelusuk hutan itu. Tidak diketahui mana sumbernya, hanya mendengar suara yang kuat lagi menyeramkan.
“Astaghfirullah…engkaulah yang sebenarnya lebih fasik, sanggup bertuankan manusia berbanding bertuhankan Allah semata ”Jawab Muhammad kuat.
“Akan datang seseorang dari kamu, namanya Dajjal Al-Masih, takutlah kamu kepadanya kerana ia tuhan yang nyata bagi kamu”
“Janganlah engkau menyesatku wahai syaitan yang dicelakakan seluruh makhluk, dengan iman dan ketakwaan, insya-Allah, aku akan termasuk dalam golongan yang dijauhkan fitnah Dajjal… Sudahhh, pergi engkau dari sini!” Kata Muhammad tegas.
“Hahahah!”
Akhirnya suara itu hilang setelah gelak tawa yang agak menakutkan. Muhammad juga pengsan setelah itu.
!@#$%^
“Muhammad…. bangun!”
Muhmmad bangun. Matanya dijamu suasana hospital dan bau ubat ubatan.
“Alhamdullah..Muhammad dah sedar”
Kelihatan Muzaffar dan Mak Mah meraup kesyukuran atas kepulihan Muhammad. Muzaffar sefara memgang tangan anak tunggalnya.
“Abah..mana atuk” Tanya Muhammad naif.
“Atuk sudah dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Setelah bangun dari pengsan dia bercakap seorang diri malah m******h seorang lelaki di jalanan kerana mendakwa lelaki itu mencuri kuasanya, sepatutnya dimasukkan ke penjara, namun kerana sakit mental, atuk dipindahkan ke Hospital Bahagia”
“Berapa lama saya tidur abah?”
Termasuk hari ini sudah tiga minggu Muhmmad tidak sedarkan diri, kerana sihir kebal yang atuk buat pada Muhammad amat sukar mahu pulih.. jadi, Muhammad maafkan atuk ya” Muzaffar menerangkan kepada anaknya.
“Dah lama Muhmmad maafkan atuk” kata Muhammad gembira.
“Alhamdulillah, kita bina kehidupan baharu ya,kita doakan atuk cepat sembuh dan nanti kita lawat atuk sekali… ok?” Kata Muzaffar.
“Baiklah ayah!” Muhammad mengiyakan.
!@#$%
Setelah dua bulan…. Di dalam Hospital Bahagia…
“Kepadamu aku berserah…jadikan aku sebagai hambamu…”
Kata Maarof seorang diri.
“Kepadamu aku berserah…jadikan aku hambamu”
Ulang Maarof.
Pada pandangan pembukaan hijab, jelas terdapat seorang wanita berpakaian putih tersenyum bangga. Usaha menyesatkan manusianya sekali lagi mengena. Orang yang sama, perangai yang sama… tunggulah…hai Allah, tugasku kepada keturunan syaitan iaitu menyesatkan manusia sehingga kiamat tetap ku tepati. Mereka mesti diperalatkan dan dijauhkan dari jalan yang benar supaya tempat persinggahan mereka yang terakhir tentulah Neraka Jahanam dan Saqar yang menyakitkan dan kekal nan abadi.
Sekian dan terima kasioh.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Blh thn
hebat