PUSING

“Dah jom” ajak arwah abahku.
“Eh? Lewat dah nih bah, orang tak nak bukak pintu nanti” jawabku.
“Abah kan abang, berani dorang tak nak bukak pintu?” tegasnya pula.
Walaupun agak berat hati, aku tetap mengikut. Mama dan adik-adik hanya diam dan bersiap untuk keluar. Sebenarnya, malam tu adalah malam raya pertama, 31 tahun lalu.

Arwah abahku berdarah campuran dan menetap di negara jiran. Memang jarang sekali dapat pulang ke tanah air. Setahun adalah beberapa kali arwah pulang kerana mencari rezeki di negara orang. Kiranya ajakannya malam itu adalah kerana arwah baru je pulang ke tanah air. Maklum, memang arwah susah nak dapat cuti, sekalipun hari raya.

Perjalanan kami tak jauh sebenarnya, kalau diikutkan, adalah dalam sejam perjalanan macam tu. Cuma yang buat aku berat hati, malam dah lewat. Kalau kira plus minus pun akan sampai ke Batu Gajah dalam pukul 1 pagi. Tapi yelah, pasti arwah rindukan keluarganya kan, yang dah lama tak jumpa kan. Hari raya pulak tu. Takpelah, kita follow je. Aku pun sekolah lagi, bukannya aku yang drive pun. Yang paling best, sebab aku nih jenis mabuk kereta, aku duduk kat depan. Anak manja la konon. Padahal arwah nak elakkan aku dari muntah tengah jalan. Apo? Ha ha ha.

Dalam perjalanan tu, walaupun aku mengantuk, aku tahankan je mata untuk temankan arwah drive. Usai keluar dari satu simpang, kami lalu di sebatang pokok yang akak besar tapi rendang, depan pokok tu jelas boleh nampak signage PUSING. Ye rakan-rakan sekalian, kami berada di Perak. So aku pun baca je la signage tu dalam hati. Aku memang jarang ke sana. Baru sekali dua rasanya. Menunggu arwah yang balik dan bawakkan.

“P U S I N G” tiba-tiba terdengar adikku sebut dan ketawa. Terkejut kami, tak tidur lagi rupanya dia. Ingatkan dah tidur sebab senyap je kan. Tapi entah kenapa dalam hatiku terdetik “abeslah, berpusinglah kita”. Aku pandang arwah, tapi arwah abahku diam je fokus memandu. Aku terus kunci mulut dan lebih fokus pada jalan. Dalam hati “Dah kenapalah malam raya nih sunyi dan gelap sangat? Lampu jalan rosak ke apa?” tak sedar la konon masa tu dah tengah malam. Konon lah kan… konon.

Selang beberapa Ketika… “P U S I N G”

“Eh? Kenapa sama macam signage dan pokok tadi je?” Aku dah pelik. Tapi aku diam je tak nak sebut apa-apa. Aku nih memang ada masalah hijab. So aku lebih suka diam kalau rasa pelik-pelik.

“P U S I N G”

Ah sudah aku x sedap hati, takkanlah kawasan tu ada signage dan pokok yang sama dalam jarak beberapa ketika ja. 3 kali dah kot. Memang sebijik2 la sama pokok-pokok dan belukar serta lampu jalannya pun. Lampunya pun malap dan suram je. Lepas hampir 2 jam, aku dapat rasakan arwah abahku menarik nafas yang panjang & terus berhentikan kereta. “Ish abah ni, dah kenapa berhenti tengah jalan, gelap pulak tu” ngomel aku dalam hati. Masih lagi tak berani bersuara.

”Kita kena patah balik ni” tiba-tiba je arwah bersuara sampai mulutnya terkumat-kamit. Aku panjangkan leherku dan memandang ke hadapan. Kereta kami berhenti betul-betul sejengkal daripada satu jambatan kayu. “Eh, sejak bila pulak ada jambatan kayu kat sini?” aku masih lagi bermonolog sendiri. Yelah, setahu aku jalan kami lurus je. Tak perlu nak lalu jambatan segala.

Aku pandang ke muka arwah. Selepas menghempus ke kiri sekali & ke kanan sekali. Arwah undur kereta dan kami teruskan perjalanan. Dalam beberapa saat sahaja kami jumpa lampu-lampu jalan. Elok je terang walaupun jarak jauh-jauh kan. Sampai sahaja ke rumah pakcikku, belum sempat kami turun dari kereta, aku terus bertanya tentang apa yang baru berlaku pada arwah.

“Depan kita tadi gaung Long (nama panggilanku). Kalau kita teruskan mungkin kita tak kan balik lagi.” Allahu… terkedu aku mendengar kata-kata arwah. Yang herannya, aku dan arwah je yang sedar tentang ke-SESAT-an kami yang ber-PUSING tu. Adik-adik dan ibuku masing-masing mamai dan tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Wallahualam.

Al-fatihah buat arwah abahku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 68 Average: 4.7]
Aez

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.