Puteri Gunung Ledang (Bhg. 2)

Ini merupakan sambungan cerita Puteri Gunung Ledang.
P/s: Pastikan anda sudah baca yang bahagian satu untuk mudah faham jalan cerita.

So, lets begin…

Di atas takhta singgahsana Kerajaan Melaka, Sultan Mahmud Syah tersenyum girang apabila menerima kepulangan rombongan peminangan setelah berberapa hari meredah hutan di Gunung Ledang demi menyampaikan hasrat peminangan untuk Puteri Gunung Ledang. Namun apabila mendengarkan sembah dari Tun Mamat tentang syarat-syarat peminangan yang diletakkan oleh Puteri Gunung Ledang sebagai hantaran perkahwinan, Baginda Sultan terdiam sebentar. Didalam benaknya, Baginda berfikir. Melaka sebuah kerajaan yang gagah. Jajahan takluknya menjangkaui hingga seberang Selat Melaka dan sempadan Kerajaan Siam. Luasnya tak terkata dan dipenuhi pula oleh orang cerdik pandai. Dikunjungi pedagang segenap pelusuk dunia dan tak kurang juga pahlawan yang gagah perkasa. Kenapa perlu risaukan tentang tujuh syarat peminangan ini? Berapa banyak raja-raja dan pahlawan-pahlawan tunduk kepada Melaka, inikan pula hanya seorang perempuan?

Pecah khabar diseluruh Kerajaan Melaka yang Sultan Mahmud memerintahkan sekelian hamba rakyat berhempas pula membina jambatan emas dan jambatan perak yang menyambungkan Istana Mahligai dan Gunung Ledang. Seluruh gedung perbendaharaan dikosongkan, seluruh isinya, emas dan perak dilebur untuk digunakan untuk membina kedua-dua jambatan tersebut. Tidak cukup dengan itu, cukai dinaikkan dan hamba rakyat dikerah untuk menyerahkan segala emas dan perak milik mereka. Selain dari itu, para gadis dikerah berkurung didalam kawasan istana dan dipaksa menangis, untuk memenuhi tujuh tempayan antara syarat hantaran tersebut. Sementelah itu sebahagian rakyat dikerah pula untuk mendapatkan buah-buah pinang muda untuk di dapatkan airnya walhal semua orang tahu, pinang muda tidak berair.

Rungutan dan pemberontakan berlaku dimana-mana demi menentang akan penganiayaan yang berlaku, namun, jika dibandingkan dengan pahlawan-pahlawan baginda Sultan, siapalah mereka, hamba rakyat biasa. Meraka hanyalah terdiri dari petani dan pesawah, nelayan dan peniaga-peniaga biasa yang hanya tahu serba sedikit ilmu mempertahankan diri. Tapi pahlawan-pahlawan baginda Sultan berilmu tinggi, gagah perkasa dan kebal pula, masakan tidak, takkanlah sebegitu besar kuasa dan jajahan takluk Kerajaan Melaka?

Mahu atau pun tidak mereka tidak punya pilihan melainkan menurut dan jalankan sahaja titah Baginda Sultan untuk menyempurnakan semua syarat hantaran perkahwinan yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang. Hendak jadi berani biarlah bertempat, jika tidak buruk padahnya!

Setahun sudah berlalu dan Sultan Mahmud Syah menjadi semakin berahi dan tidak sabar menantikan lengkapnya sekelian hantaran-hantaran perkahwinan tersebut. Tambahan pula saban malam, Puteri itu muncul didalam mimpinya memanggil-manggil dan membelai Baginda Sultan, memujuk rayu seakan Puteri itu juga seperti Baginda, tidak sabar-sabar untuk bersama Baginda.

Pada suatu hari, Baginda yang sudah tidak sabar-sabar lagi mengunjungi gedung perbendaharaan tempat dimana disimpan segala hantaran yang telah siap. Tersenyum puas baginda melihatkan segalanya hampir sempurna. Berbaloi benar penantian selama lebih setahun ini dan apa yang diimpikan hampir menjadi kenyataan. Dan jambatan emas dan perak berkilauan dipanah cahaya matahari, melingkari bukit dan lembah yang dibina menyambungkan Istana Mahligai dan puncak Gunung Ledang.

Segalanya cukup sempurna tapi….apakan bekas yang masih kosong itu? Soalan itu diajukan Sultan kepada Bendahara. Dan bekas yang kosong itulah sepatutnya dipenuhi syarat hantaran perkahwinan yang terakhir-d***h dari zuriatnya sendiri, Raja Ahmad. Pewaris takhta yang tunggal tapi kini….akan menjadi sebahagian dari syarat perkahwinan baginda? Berbaloikah?
Kasih anak yang selama ini ditatang dan dibelai, bakal ditukar ganti dengan kasih seorang perempuan yang selama ini hanya muncul didalam mimpinya?

Ahh…..! Semua yang diusahakan ini takkan lagi menjadi sia-sia! Alang-alang berdakwat, biar sampai hitam, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Apa yang dah dimulakan, beta akan sudahkan! Puteri Gunung Ledang tetap akan menjadi milik beta! Itulah yang terus mengasak fikiran baginda. Sekali ini baginda nekad…

Menjelang malam, Baginda Sultan Mahmud Syah menyusup masuk ke kamar peraduan anaknya itu, Raja Ahmad. Apabila dihampiri tempat peraduan tersebut dan dilihat oleh baginda akan wajah Raja Ahmad, hati baginda berubah menjadi sayu. Wajah Almarhumah Permaisuri Tun Kecil jelas terbayang….dan sudahnya baginda meninggalkan kamar tersebut.

Pada malam yang kedua, baginda Sultan sekali lagi menyusup masuk ke kamar peraduan Raja Ahmad, dan kali ini keris sudah terhunus di tangannya tapi entah mengapa, sebaik terpandang wajah kecil itu yang sedang tidur lena dan dadanya yang turun naik, baginda terduduk dibirai katil. Keris yang sepatutnya dibenamkan ke dada kecil itu diletakkan ditepi, sebaliknya tangannya mengulas pipi kecil yang mulus itu…dan sekali lagi Baginda berjalan meninggalkan kamar peraduan itu, sambil Raja Ahmad masih sedang lena dibuai mimpi.

Malam ketiga, baginda membulatkan tekad. Malah sebelum dari memasuki kamar peraduan Raja Ahmad lagi, baginda telah mempersiapkan diri dengan keris terhunus ditangan, sementara mangkuk yang bakal dipenuhi dengan d***h raja yang masih kecil itu siap tergenggam ditangan kiri. Rancangannya baginda akan terus masuk ke kamar tersebut dan terus membenamkan mata keris tersebut didada kanak-kanak itu. Namun bukan itu yang terjadi! Hanya berberapa inci lagi mata keris itu bakal menyentuhi dada Raja Ahmad, entah dari mana angin yang maha kencang menyerbu masuk ke kamar itu, berpusar-pusar dan bergulung-gulung dihadapan baginda. Baginda Sultan Mahmud terkesima dan terpaku. Dari dalam deruan angin yang kencang itu muncul sesusuk tubuh yang amat dikenalinya…Puteri Gunung Ledang sedang berdiri dihadapannya!

Puteri itu amat murka dan kecewa dengan perilaku Sultan Mahmud. Demi kerana nafsu, baginda menukarkan wajah Kerajaan Melaka yang selama ini dikenali sebagai sebuah kerajaan yang diagungkan dan disegani diseluruh dunia, bertukar, menjadi sebuah kerajaan yang menakutkan dan menggerunkan! Dan kerana gilakan seorang perempuan yang belum tentu budi dan kasihnya, baginda sanggup mengorbankan d***h daging sendiri, satu-satunya bakal penyambung zuriat dan keturunan baginda. Dan Puteri Gunung Ledang juga membongkar rahsia disebalik syarat-syarat hantaran perkahwinan. Tidak lain tidak bukan, syarat itu tidak lebih dari kata-kata penolakan secara halus dari Puteri itu.

Seakan satu tirai hitam yang mengaburi pandangan mata baginda hilang sebaliknya baginda seakan dapat melihat satu bentuk kekejaman yang amat hebat sedang berlaku dihadapannya, yang dilalukannya olehnya sendiri. Puteri Gunung Ledang benar-benar telah membukakan mata dan hatinya tentang apa yang dilakukan oleh baginda terhadap rakyatnya, malah lebih buruk lagi penganiayaan yang mungkin berlaku ke atas anaknya sendiri Raja Ahmad. Dan disaat itu juga, cahaya matahari pagi yang memancar menyimbahi wajahnya menyedarkan baginda. Lalu dirangkul tubuh anaknya itu, dipeluk dan dicium mesra.

Baginda amat bersyukur yang baginda masih belum terlajak jauh. Dan setelah dari peristiwa itu, Baginda Sultan Mahmud Syah menginsafi akan keterlajuran kerana ketamakan menurut nafsu baginda yang terlalu menggilai Puteri Gunung Ledang, tapi sebaliknya Puteri Gunung Ledang telah menyedarkan baginda untuk lebih menghargai akan apa yang lebih berhak menerima kasih dan sayang dari baginda. Bukannya bayangan cinta seorang wanita yang hadirnya hanya didalam mimpi. Kerajaan Melaka kembali aman dan sentosa, makmur dan terus kekal sebagai sebuah kerajaan agung.
Dan, Gunung Ledang terus kekal megah berdiri, hingga ke hari ini, terus-terusan diselubungi awan berarak dan kabus saban waktu dan hari. Hingga kini cerita dan kisah mengenai seorang puteri yang cantik jelita yang mendiami puncaknya, masih kekal dan pastinya akan terus abadi hingga ke akhir zaman.

Tamat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

113 thoughts on “Puteri Gunung Ledang (Bhg. 2)”

  1. Kejatuhan empayar Melaka pun pasal Sultan Mahmud ni la!! Sultan bertunjang nafsu. Nak tau sebab apa? Bukan pasal Portugis super power. Bukan. Tapi pasal penolakan dalaman dan krisis kepimpinan. Tarikh keramat 1511. Hilangnya empayar melayu di dunia!

    Bertitik tolak atas kematian Datuk Bendahara Sri Maharaja yang sebelumnya mentadbir (level prime minister la kira waktu tu) Melaka dan menepis DUA kali serangan Portugis tahun 1504 dan 1508.
    Sebab hebatnya Datuk Bendahara memimpin Melaka, beliau lebih popular dan jadi sebutan rakyat. Sultan Mahmud pun menyimpan rasa iri hati.

    Satu hari anak Bendahara bernama Tun Fatimah hendak ditunangkan dgn seorang pemuda Tun Ali, tetapi menjadi kebiasaan jika ada anak pembesar yg ingin melangsungkan perkahwinan, dia perlu diperlihatkan kpd Sultan dahulu sebagai tanda restu. Akan tetapi hal sebaliknya berlaku, Raja ni berkenan pulak dgn Tun Fatimah dan nak amek jadi isteri terus (kan tgh gersang nak tackle Puteri G. Ledang kena reject plak).Datuk Bendahara tak bagi la sebab kawan tu dah tunang. Maka lagi sekali rasa sakit hati dekat Bendahara, tapi takleh hukum sebab nanti nampak Raja jahat plak. So dia simpan dalam hati.

    Melaka waktu tu tgh pesat membangun, pembangunan merata ceruk sehingga perlu mengorbankan tanah2 dan kawasan2 persendirian untuk pembangunan. Maka terjadi perilaku rasuah antara rakyat dengan bendahara waktu itu (kes nak alihkan laluan jangan bagi kena rumah mamak sorang ni, Naina Sri Dewana). Naina rasuah Bendahara suruh alihkan ke tempat lain, so bila alihkan, terkena plak tanah mamak yg bernama Si Kitol. Si Kitol ni lah yg report dekat Datuk Syahbandar (Chiefport Raja Mendeliar) pasal rasuah Bendahara. Tapi dia tambah garam sikit la nak bagi convincing, dia kata Naina rasuah Bendahara utk bagitau Raja suruh gulingkan Syahbandar atas kesalahan tertentu. Mau tak terkejut beruk si Syahbandar ni! Apa lagi dia terus pi report dekat orang kanan raja ‘Khoja Hassan’. Nak tau apa yg dia report? Dia tambah lagi kot ataih, nak bagi power! Kali ni konfem Bendahara mampus. Dia report kata ‘Bendahara tengah komplot nak guling Raja sebab dia lebih hebat mentadbir Melaka dari Sultan sendiri’!

    Dapat tau kat Raja, apa lagi..seronok la Raja. Dendam dia dapat dilunas. Tun Fatimah akan jadi milik dia. Dan dah tak ada dah seorang yang boleh challenge kepimpinan dia. Maka dihantarnya dua pengawal istana (Tun Indra & Tun Sura Diraja) untuk execute Bendahara. Pertarungan berlaku antara dua unit pembunuh tu dgn Bendahara dan dua orang yang melindungi (Temenggung Hassan – cucu Hang Tuah & Tun Ali – bakal menantu) di dalam rumah beliau. Temenggung Hassan dan bakal menantu Tun Ali akhirnya t******h dalam pertarungan itu. Datuk Bendahara dihukum b***h di rumahnya pada waktu itu juga selepas beliau memohon agar diberikan peluang untuk solat sunat dahulu.

    Maka tamatlah riwayat Datuk Bendahara, arkitek pertahanan Melaka akibat fitnah, dendam dan nafsu manusia….

    Dan akhirnya Melaka ‘dihukum’ dengan kehadiran Laksamana Alfonso de Alburqueque tanggal Julai 1511..
    Dengan senang saja menembus pertahanan Melaka :((

    maaf ye saya tak pandai berbahasa ni..main tulis bahasa keluar dari otak. rojak lah sikit.

    Reply
      • Dapat. Tapi disebutkan Tun Fatimah tak pernah senyum, jauh lagi ketawa sepanjang perkahwinan. Mau tak nyer…ayah dia kena b***h dgn suami kot..Setiap kali Tun Fatimah dapat tahu dia ada isi, dia akan gugurkan. Sampaikan Sultan (yg masa tu mungkin dah menyesal) berjanji akan tabalkan anak yg lahir sebagai pewaris, baru dia berhenti buat abortion.

        Sedikit sambungan. Sebelum kedatangan Portugis:

        Selepas selesainya hukuman ke atas Bendahara Sri Maharaja, maka bendahara baru pun dilantik (tak ingat plak nama). Dalam pada itu Raja melakukan penyitaan/confiscate rumah Bendahara tetapi tak jumpa plak bukti rasuah ke treason ke apa2 yg dikatakan dulu tu. Selepas diselidiki (baru nak selidik, tu la perangai raja melayu dulu2), maka rupanya adalah fitnah. Menyesal sebab dah b***h orang nombor satu, maka diarahkan hukuman kpd tiga manusia ni:
        1. Raja Mendeliar a.k.a Syahbandar – D*****h tak didetailkan cara
        2. Si Kitol – disebutkan d*****h secara “Horizontally Impaled”
        3. Khoja Hassan – dihukum “Castrated”

        *Sumber yg saya sebut ni semua ialah berdasarkan ceramah yg aku dengar dari seorang ustaz muda, dan kendian aku cross reference dgn Classical Malay Literature. Hampir seiring. Selari. Lari pun sikit2 saja.

        Ada lagi kisah yg lagi best. Contohnya di ambang kejatuhan Melaka. Bagaimana Portugis terkesima terjumpa kapal nala punya besaq (milik siapa??) sewaktu belayar di perairan Pasai utk menyerang Melaka. Kendian bagaimana retaliation oleh Sultan bila dah kalah. Siapa yg volunteer utk tolong sedangkan Sultan2 lain pakat jaga periuk sendiri?
        Kendian…apa reaksi Maharaja China bila dapat tahu Melaka kena serang? Hahaa… boleh buat mini series dohh…

        Tapi takpa, saya rasa Cik Nana boleh buat artikel kot…saya menempek camni ja laa…

        Reply
          • Tanak la…saya hormat tuan rumah. Dia buat artikel nampak cun sikit, saya buat tunggang langgang bahasa hahahaha. Tempek kot sini sudah la… ada yg sudi baca gak. TQ semua…

        • Kadiaq aih..hang pi buat satu entry pasai nih la. Naik syeh aku baca ceghita hang nih. Takpa bahasa tunggang langgang ka, melintang pukang ka, hang buat cara hang takpa. Aku paham apa yang hang coba nak sampaikan. Aku rasa yang lain pon paham kot. Biaq yang muda belia seronok baca sejarah. Kalau aku yang tua bangka nih naik syeh baca, aku rasa yang muda2 atau yang perasan muda laagiii suka kat hang no.

          Reply
  2. tumpang post kejap.

    Just want to wish

    HAPPY BIRTHDAY KAK YULIE

    OUR LEGEND IN FS

    OUR KAK LONG KAWASAN

    SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZKI

    OK..bye

    Reply
  3. Kecantikan sebenar adalah dari dalaman. Rupa paras tidak menjanjikan kebahagiaan. Betul bak kata iklan, kejelitaan itu adalah hak milik setiap insan.

    Selamat hari lahir kak yulie!
    ?????

    Reply
  4. Puteri Gunung Ledang ada 7 orang, ada 7 level atau tingkat kesemuanye. Stiap level ada panglima yg jaga dan level yg teratas adalah tempat untuk persidangan alam ghaib yg terbesar di dunia. Kalau ada niat tak baik, baru sampai kt level satu je dh kena pepah dgn panglima yg jaga kt situ. Makin tinggi level atau tingkat, makin garang panglimanye. Orang yg berilmu tinggi saja dapat naik ke level 7.

    Reply
  5. Aku tak minat sejarah. Tak kira sejarah pasal apa. Semua aku tak minat. huhu.

    Lepas aku baca pasal sejarah, tak sampai 5 minit aku dah lupa balik apa yg aku dah baca.

    Tapi, sejarah pasal ex boyfriend sampai 5 tahun akan datang pun aku masih ingat. Kenapa? Eh? huhu

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    Reply
  6. Siapa lagi hendak kenang Sejarah dan lagenda Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri.Betul tak?Kata-kata takkan melayu hilang di dunia pun macam hampir musnah saja. Orang Melayu sekarang dah tak macam Melayu dah. Apa pun terbaik la Cik Nana

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.