Qarin Din

Assalammualaikum pembaca fiksyen Shasha.. Nama aku Sri ( bukan nama sebenar) Kisah ini dah lama ingin aku karangkan tetapi aku tak tahu nak mulakan dari mana. Beginilah, kisah ini diceritakan dari arwah mak mentua kawan aku. (aku namakan cik Tura). Masa itu ditahun 1997 dan aku masih lagi di tingkatan 5..

Anak cik Tura ( suami kawan aku, aku namakan dia Din ) nak keluar ke pekan Ipoh. Oh ya, lupa aku nak cerita. Rumah cik Tura ni berhadapan dgn sungai kinta. Kami panggil kampung tu Kampung Paloh. Mana orang Ipoh tau la kampung tu dimana. Orang Kampong Paloh ni kalau nak ke pekan Ipoh, ikut tebing sungai tu je, jalan kaki dalam lebih kurang 15-20 minit dah sampai. Kisahnya bermula begini.

Masa ni aku dengan member aku Sue (sekarang isteri Din) saja lepak2 kt rumah cik Tura.. Kami berdua ni panggil Cik Tura ni mak.. Makan minum kat situ dah biasa pada kami, hahaha.. Aku lepak sekali bukan apa, abang si Din ni syok kat aku, aku pun syok kat dia. Tapi tiada jodoh antara kami. Si Sue ni je yg kekal hubungannya sampai sekarang.. (Aku doakan hubungan korang kekal hingga ke Jannah, aamiin). Sorry ye Su, takde rezeki nak berbiras. hahaha..

Masa ni la cik Tura ceritakan kisah beliau pada kami. Cik Tura ni ternampak anaknya din tengah bersiap-siap bagai, dia agak Din tu mungkin nak keluar ke pekan ( waktu tu tengahari rembang ). Dah siap semua, Din bagitahu la cik Tura ni yang dia nak keluar sekejap ke pekan. Cik Tura pesan la pada din, hati2 berjalan, jangan balik lewat malam, macam yang mak2 pesan pada kita tu, begitulah..

Tak sampai 5 minit, Din balik rumah semula dengan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. ( masa din siap2 tu, kemas, baju kemeja, berseluar jeans, wangi2 lagi).. Cik Tura pun hairan la kan, tadi masa keluar, elok je berpakaian. Masa tu cik Tura dah dapat agak, yang balik ni bukannya Din.. ( Cik Tura ni banyak cerita misteri, maklum la kan, rumah depan sungai ). Sebab masa Din balik, mukanya serabai, rambut kusut masai, mata menyala2 merah, badannya berkilat2 sebab peluh ( Takkan dalam masa 5 minit, boleh jadi macam tu).. Aku yang tengah taip ni pun, meremang bulu tengkuk aku bila ingat balik.

Cik Tura ni orangnya memang berani. Dia buat biasa2 je bila nampak ‘Din’ macam tu. Benda ni kalau kita takut, dia lagi kuat mengacau kan so cik Tura ni tanya kat ‘Din’.
Cik Tura : Kamu ni kenape tetiba je balik Din? Tadi kata nak pegi pekan.
‘Din’ hanya diam je. Mata melilau tengok kiri kanan. Dia naik atas rumah macam cari sesuatu benda. Habis semua diselongkarnya. Cik Tura masa ni masih steady lagi tengok ‘Din’ ni. Tak serupa Din anak dia. Kalau aku la, dah lama aku blah. Hahahaa

Dalam 10 minit ‘Din’ berkeadaan macam tu. Apa yang ‘Din’ ni cari tak tahu la kata cik Tura. Lepas habis dia selongkar semua tempat, dia turun bawah balik.. Rumah cik Tura ni rumah atas bawah. Bawah tu ada kolong. Best kalau lepak bawah kolong tu, sejuk je. Kiranya dari atas rumah ni dah boleh nampak sungai dan tebing tu. Lepas ‘Din’ ni turun dari rumah, (offcourse tangga la kan), cik Tura nak tengok melalui tingkap, kemana ‘Din’ tu nak pergi.. Bila cik Tura tengok, ‘Din’ tu dah takde. Cepat sangat dia ghaib. Dalam hati cik Tura cakap, mujur la dia tak kacau aku. Cik Tura cerita macam tu, aku yang seram oii.

Dalam petang lepas Asar camtu, Din balik.. Dia balik macam biasa je.. Pakaian yang dia pakai macam dia nak keluar tadi (kemeja dengan seluar jeans). Cik Tura ni ambik masa nak tanya Din tentang kejadian tadi. Dia tunggu Din dah mandi, bersiap semua, terus cik Tura ni tanya Din.

Cik Tura : Kamu tadi kenapa balik tak berbaju Din?
Cik Tura sengaja tanya Din untuk tengok reaksi dia.
Din : Apa mak ni, bila masa orang balik ? Orang lepak kat Y** F***g tu je.
Cik Tura : “Tadi ada orang macam kamu balik sini, tak berbaju, seluar pendek, mata merah, entah apa yang dicarinya, mak pun tak tahu”.
Masa ni Din dah terkebil2, telan air liur.
Din : “Mak ni biar betul, orang ade kat sana je tadi, keluar tadi terus pegi sana, takde orang nak balik2 aihh”.
Cik Tura : “Humm, mak tahu dah, saja nak cerita pada kamu. Agaknya dia saja nak uji mak la tu”.
Din : “Mak baca je apa2 yang patut.. Tengahari buta pun nak kacau orang”.
Din ni pun banyak jugak pengalaman2 mistik ni kata kawan aku Sue. Ye la , rumah berhadapan sungai kan, macam2 la orang buang ilmu saka kat situ. Aku pun ada jugak pengalaman kat rumah cik Tura tu. Kisahnya cik Tura nampak ada perempuan ‘ballet’ kat tengah2 sungai. Ada masa nanti aku ceritakan..

Itu je la kisah aku buat masa ni. Maaf ye andai karangan aku berkecamuk.
Terima kasih Fiksyen Shasha sebab sudi keluarkan cerita ni.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Haziatun Azia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 22 Average: 3.8]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.