Raja Dimensi Sana: 16 November 2020

Assalamualaikum kepada para pembaca. Kali ini aku ingin berkongsi kisah yang patut diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Ada yang patut dan ada yang tidak patut dilakukan.

Aku baru berkenalan dengan Z, dia lebih tua berbelas tahun dari aku. Tapi tiadalah formaliti antara dia dan aku. Bermesej dengan dia tidaklah aku membahasakan dia dengan panggilan abang. Lebih selesa dengan bereng kau aku.

Dalam beberapa bulan yang lepas, dia bertanyakan hal berkaitan mistik. Ibu si Z mengalami gangguan, kata dialah. Aku mengambil keputusan untuk tidak ingin ambil pusing. Merasa ralat sedikit ingin menjawab pertanyaan-pertanyaan yang sedemikian.

Kisah dibuka, arwah datuk tiri Z adalah seorang bomoh. Di sini aku tidak ingin menilai atau menghukum. Mengadu si ibu adakalanya mengerang. Tapi bukan mengerang kesakitan, lebih kepada mengerang ketika sedang membuat hubungan badan ( maaf andai tidak sopan ), membuatkan Z agak risau mengenai hal tersebut.

Sebenarnya pada petang tersebut, Z adalah orang ketiga yang aku bimbing secara astral untuk tubuh eteriknya ke Masjidil Haram. Kerana apa? Kerana sebelum itu dia aku bimbing secara hipnosis untuk melihat keadaan di kampung.

Yang dilihat adalah pada masa mungkin 70-an atau mungkin 80-an. Ibu Z sedang mandi berkemban di tepian telaga. Marahlah aku jadinya, aku suruh ke present time, bukannya masa lampau. Entah macam mana dia boleh hack Akashic Records ke masa lampau, terus kucar-kacir.

Mendapatkan kepastian tentang gangguan yang menimpa ibu Z, aku bertanya dengan lebih lanjut. Benda licik tersebut ada di kawasan belakang rumah. Telahan dibuat bahawa benda itu tidak bertuan. Rumah juga ada bunyi seperti dicakar pada waktu tertentu.

Banyak kali cuba dibetulkan ketika sesi menerawang tersebut berlangsung, tapi tetap sama. Tetap ke masa lampau di mana Z melihat ibunya ketika masa muda. Aku pun jadi pelik. Adakah apa yang dilihat mampu memberikan penunjuk tentang kaitan kes gangguan yang dialami ibu Z?

Teleport diaktifkan, tubuh eterik Z disedut. Dia meninjau ke dalam rumah, makhluk pengganggu yang dicari tiada. Jantung mula berdegup kencang. Z merasa tidak enak, merasa seram. Vortex kelihatan seperti cermin yang telah pecah. Lemah semangat sebenarnya Z, sedikit penakut.

Aku mencadangkan supaya tubuh eterik Z dihantar ke Masjidil Haram. Cadangan tersebut disambut persetujuannya. Teleport diaktifkan, tubuh eterik Z disedut vortex untuk terus ke sana. Katanya jemaah dalam anggaran beratus orang. Dan dapat dilihat pekerja di situ sedang mengendalikan mesin pembersih lantai. Z merasa tenang.

Aku mencadangkan supaya Z menunaikan solat sunat, dia pergi mencari kawasan untuk berwudhu’. Dia sembahyang di tingkat 2. Selepas selesai, aku menghentikan sesi astral tersebut.

Kami banyak berbincang dan menganalisis keadaan sewaktu astral travel berlangsung tadi. Aku cuba mencari petunjuk, tapi tiada apa yang dapat dikaitkan. Aku bertanya kalau ada mangsa lain juga yang yang pernah diganggu makhluk tersebut. Z kurang pasti. Kenapa pertanyaan tersebut muncul? Pertama kerana arwah datuk tiri Z telah lama tiada. Kedua, Z telah keluar dari jalur d***h dengan arwah, kalau bersambung pastilah isteri Z menjadi mangsa. Tapi tiada gangguan yang terjadi pada isteri Z.

Pada malamnya kami bersepakat untuk meneruskan sesi, waktu ketika itu adalah pukul 11 malam lebih. Ada masalah lain pula yang berlaku. Disebabkan Z orangnya agak penakut, aku mencadangkan sebelum memulakan sesi, dia pergi ke Masjidil Haram dulu untuk mendapatkan kekuatan secara moral, mental, emosi dan rohani. Tapi gagal.

Dicuba lagi hasilnya tetap sama. Aku teleport dia ke wilayah astral aku, pun sama juga keputusannya. Kata Z sewaktu dia di dalam vortex, malah tubuh eteriknya berpatah balik kembali. Trafik astral nyata sedang dalam proses refresh. Maksud aku, vibration dan frekuensi trafik astral sedang dalam mod refresh pada ketika itu. Jadi Z tidak dapat masuk ke kawasan Masjidil Haram dan juga ke alam astral.

Tidak lupa aku pesan kepada Zul supaya membaca ayat kursi. Sesi dimulai, kali ini ke kampungnya. Z kerap mengadu matanya tidak berhenti berkelip, agak menyampah dengan omelan dia. Mujurlah dia sangat fokus. Pada petang sebelumnya kami menghadapi isu gagal hadir di present time, kali ini sama. Dia terlajak lagi seperti sebelumnya.

Rumah ibunya ditinjau, tubuh eterik mampu tembus. Tiada orang di dalam. Z memberitahu ibunya tinggal di rumah kakak. Aku tetap ragu, ragu andai dia terlajak di hari yang lain. Z aku arahkan supaya pergi ke rumah sesiapa untuk melihat waktu jam. Pada waktu itu jam adalah pukul 12:06 pagi, tapi jam rumah jiran ibunya menunjukkan jam pukul 10:50 malam. Aduhai, betul seperti jangkaan aku, terbabas lagi.

Dia melihat jiran ibunya sedang bersembang. Kalendar segera dicari, tarikh yang terlihat adalah 19 September 2020. Meluat aku dibuatnya. Melihatkan keadaan macam kurang positif, aku mengarahkan Z pergi ke rumah yang lain untuk memeriksa kalendar, dia mengatakan bahawa kalendar jiran yang dilihatnya tadi mungkin lupa dikoyakkan ke tarikh terkini.

Banyak rumah yang telah bergelap, Z ingin ke masjid. Untuk memeriksa jam digital masjid yang berserta tarikhnya sekali. Bagus cadangan tersebut. Jam masjid diperhatikan. Pukul 12:12, tapi rupanya 16 Oktober 2020. Makin tipis harapan optimis. Aku cuba dengan ikhtiar yang lain. Pergi ke Masjidil Haram gagal, wilayah astral aku pun sama.

Nafas Z terasa berat. Aku memberikan dia masa untuk bertenang dulu sebelum cadangan baru diutarakan. Ayat kursi dibaca lagi. Selepas ini Z akan mengunci tubuh eteriknya untuk terus ke makhluk tersebut. Lokasi dikunci dan teleport dilancarkan.

Tubuh eterik Z telah sampai ke sana. Terlihat kelibat hitam berambut panjang. Dengan sepantas kilat makhluk tersebut lesap! Mulanya nampak di tandas lama. Aku berang dan marah kepada Z untuk mengejar! Memang tidak dapat dikesan, makhluk tersebut lari ke hutan di belakang rumah ibu Z.

Kami berhenti seketika, analisis siasah mula dilakukan. Aku segera bertanya ciri-ciri makhluk tersebut. Jawapan Z adalah makhluk tersebut berambut panjang dari kepala hingga kaki, bertelinga mirip anjing dan sebesar lelaki dewasa. Aku meminta Z untuk tunggu sebentar, aku fokus dan teleport serigala astral aku untuk membantu. Z menjelaskan hutan di belakang rumah adalah dusun terbiar milik penduduk kampung itu.

Serigala astral aku dipanggil dengan nama Hitam. Hitam sangat pakar dalam pengesanan. Sayangnya kelibat Hitam tidak kelihatan oleh Z. Tapi tidak mengapa, berbalik kepada makhluk gelap berbulu yang telah lari tadi, aku mendapat idea. Aku tanyakan kepada Z apa senjata yang difikirkannya pada waktu itu juga. Dia memikirkan tombak. Aku meminta dia membaca ayat kursi lagi dan cuba munculkan tombak ghaib tersebut. Andai dimakbulkan, akan muncul, andai tidak, maka bukan rezeki.

Alhamdulillah para pembaca, permintaan Zul dikabulkan. Tombak yang dihajat muncul samar-samar. Melihatkan keadaan positif tersebut, aku meminta dia berdoa supaya penglihatannya dicerahkan untuk dapat mengesan makhluk tersebut. Penglihatan Z masih sama, tiada penglihatan tembus pandang atau pengesanan automatik. Tapi Allah itu maha berkuasa, gerak hati digerakkan dan Z terus memandang ke sebuah pokok yang tinggi.

Katanya pokok pulai. Z yakin bahawa makhluk tersebut sedang menyorok di atas pokok tersebut walaupun dia tidak nampak. Tombak yang ada pada Z, aku mencadangkan supaya ditetapkan fungsi letupan dan pengejar automatik, dan jangan lupa diiringi doa sekali. Z fokus. Nampak tekad dari dirinya yang benar bersungguh-sungguh.

Sasaran mula dikunci, gerak hati Z masih kuat merasakan makhluk tersebut ada di pokok tersebut, di dahan yang paling tinggi. Sebelum direjam, aku mengingatkan supaya tombak direjam sekuatnya diikuti dengan laungan takbir sekuatnya di dalam hati.

Aku mengucapkan Bismillah dan semoga berjaya kepada Z. Tombak direjam dan Z terlihat api di atas pokok! Sasaran mengena! Sasaran dikejar! Tubuh Z tersentak, makhluk tersebut sedang lari dalam keadaan terhincut-hincut! Tombak dimunculkan lagi, aku suruh Z tikam, dan makhluk tersebut meraung sekuatnya.

Drama mula dimainkan, minta dikasihani. Soal siasat dimulakan. Makhluk berbulu tersebut terduduk. Z mengambil nafas. Ini kali pertama dia bertarung secara ghaib, jadi banyak tenaga dalaman yang digunakan. Jasad jasmani Z masih dalam keadaan selamat dan sedar. Z mengambil nafas, dia tercungap-cungap.

Z berdialog dengan makhluk itu. Tidak ingin mengucap, sombong dan angkuh. Aku meminta Z menyampaikan pada makhluk tersebut kalau dia ingin ke wilayah aku? Jawapan yang disampaikan buat aku hilang sabar dan berang!

Dia lebih rela masuk dan m**i di neraka berbanding berada di wilayah aku! Dan yang lebih mendatangkan marah aku, dia mengatakan dia telah berjanji dengan tuhan ( iblis ) dia untuk masuk neraka.

Apa yang bermain di fikiran Z telah ditanyakan pada makhluk yang ditangkap tadi. Kadang-kadang Z hilang sabar juga kerana makhluk tersebut sentiasa bermain drama dan memprovokasi Z. Di kampung itu bukan hanya ibu Z sahaja yang menjadi mangsa, malah isteri-isteri orang di kampung tersebut juga pernah dijamahnya!

Bila disoal apa sebabnya dia berbuat demikian, katanya kerana banyak perempuan di kampung berkenaan yang mandi telanjang secara terbuka *( akan dikupas nanti dengan lebih terperinci puncanya ).

Dapat maklumat yang paling yang membuat aku mengeluh. Nama makhluk itu Rowo, berusia ratusan tahun dan berasal dari tanah Jawa. Kenapa aku mengeluh? Kerana ilmu hitam Jawa antara yang paling gila, ilmu hitam Siam juga tidak kurang gilanya. Di Siam terkenal dengan debu mayat dan minyak dagu, kalau Jawa macam-macam ada.

Itu juga antara sebab aku berhati-hati dengan pekerja dari Indonesia terutamanya orang Jawa. Maaf, aku bukan ingin menyebarkan prejudis tapi rata-rata mereka yang berkerja di sini bukan kosong dalamannya. Aku harap pembaca berhati-hati.

Rowo juga pernah bergaduh dengan arwah datuk tiri Z dan dihalau. Aku mengingatkan Z supaya jangan cepat terpedaya apa yang dikatakan Rowo. Pada setiap soalan yang dijawab, aku menyuruh Z menikam Rowo. Rowo hanya meraung kesakitan. D***h Rowo yang terpercik berwarna hitam.

Z tertanya-tanya kenapa ibunya yang telah tua itu masih dijadikan mangsa? Rowo membalas dengan ketawa menjawab di mata Z ibunya memang zahir tua, tapi di mata Rowo, ibu Z adalah muda baginya. Cuba pembaca bayangkan perasaan Z sebagai anak yang mengetahui ibu sendiri dinoda makhluk sampah seperti Rowo?

Jelaslah hati Z berkecamuk. Aku meminta Z menyampaikan pada Rowo bahawa dia sombong dengan aku. Rowo meminta ampun dari aku melalui apa yang disampaikan Z. Rowo tidak ingin ditahan di wilayah astral aku. Z mengugut Rowo bahawa Hitam akan menangkapnya.

Z ingin memasung Rowo kerana tidak tahan lagi dengan drama yang dimainkan Rowo. Tombak ghaib yang dipakai Z ditetapkan fungsi pemasung dan aku mengarahkan Z menikam deras sambil diiringi laungan takbir yang kuat di dalam hati. Secara tiba-tiba dengan izin Allah, tombak tadi bertukar kepada rantai yang bercampur batu besi yang berat.

Aku arahkan Hitam mengawasi Rowo. Belum masanya untuk aku teleport Rowo ke wilayah aku kerana Rowo ada mengatakan bahawa bukan dia seekor yang ada di situ, yang lain juga ada. Jadi makhluk-makhluk pengganggu seperti Rowo yang lalu lalang akan lihat keadaan Rowo yang telah pun dipasung sebagai pengajaran dan keras!

Z mula nampak kelibat Hitam, dan sesi astral dihentikan. Sampai dahaga Z dibuatnya. Tangan Z terketar-ketar. Kami berborak hingga jam 2:02 pagi. Aku tidur kerana mengantuk. Tapi pada jam pukul 2:22 pagi ada kemasukan mesej dari Z tentang adakah makhluk seperti Rowo memang benar-benar bersetubuh dengan perempuan manusia? Aku menjawab ringkas, “ya…”

Aku menjawab soalan Z pada jam pukul 4:44 pagi. Kemudian aku tidak boleh tidur lagi, mata terasa segar. Dan aku bosan lalu mencari maklumat di internet mengenai kerajaan-kerajaan alam astral yang lain. Ditakdirkan Allah, apabila scroll ke bawah aku terjumpa tentang Genderuwa! Baru aku teringat tentang Genderowo yang sangat sinonim dengan budaya mistik Jawa. Aku lampirkan Wikipedia tentang Genderowo tersebut kepada Z pada jam tepat 7:30 pagi.

Rowo = Genderowo? Aku terus membaca, mampu menyamar menjadi manusia dan sangat bernafsu kepada perempuan manusia! Hadir jawapan kepada teka-teki yang melanda selama ini. Ternyata di Jawa dikenali dengan panggilan Genderowo, manakala dalam alam Melayu pula dengan istilah saka. Dua-duanya spesis mawas juga.

Aku berborak dengan Y mengenai perkara tersebut. Yang mengejutkan, Y mengatakan bahawa dia pernah nampak makhluk Genderowo di wilayah astral aku setelah aku tunjukkan ilustrasi gambaran Genderowo. Astaghfirullah…

*Di kampung-kampung masih ada yang mandi berkemban di tepian telaga. Ada juga yang bilik airnya di luar rumah, andai ada pembaca yang di mana kampung halamannya masih lagi mandi cara demikian, berhentilah. Dikhuatiri akan diintai dan dijadikan sasaran makhluk seperti Rowo dan seangkatannya.

Aku tidak kisah lagi buat mereka yang prejudis dan berprasangka buruk kepada aku dengan tuduhan yang tidak jelas. Allah yang lebih maha mengetahui.

Kejadian berlaku pada 16 November 2020. Aku meminta para pembaca mendoakan keselamatan ibu Z dan yang lain kerana kami akan melakukan pemburuan terhadap makhluk-makhluk durjana tersebut. Doakan juga keselamatan kami berdua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Moon

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

8 thoughts on “Raja Dimensi Sana: 16 November 2020”

  1. Moon, dalam article sebelum ni kau kata kau seorang agnostic betul ? Soalan aku adakah kau masih seorang agnostic sehingga kini atau kini tidak lagi.

    Aku harap kau sudi jawab soalan ni. Terima Kasih.

    Looking forward.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.