Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha. Aku ingin berkongsi kisah pengalaman diri aku sendiri. Mungkin apa yang akan dibaca sebentar lagi di luar logika akal, namun ikhlas dari hati ini adalah kisah benar dan mungkin boleh membuat kita berfikir dengan lebih dalam.
Mulanya aku bingung, kenapa mesti aku? Kenapa aku mesti ada peranan di alam sana, tanggungjawab pula sangat-sangat besar. Bagi yang berfikir aku mengarang cerita fantasi, terpulanglah. Sebagai seorang agnostik, aku sangat mengutamakan logik. Tapi dalam beberapa tahun aku mengalami perkara-perkara yang di luar batasan akal, penilaian logik aku terasa dicabar. Lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan ghaib.
Dalam beberapa tahun yang lepas, aku mengkaji tentang Lucid Dreaming dan Astral Projection. Banyak dapatan menarik yang telah aku temui secara peribadi. Dapatkan yang didapati aku kongsi dan bincangkan dengan orang-orang yang intelektual dan kritis tidak kisah dari segi budaya, agama dan saintifik.
Terjadi suatu peristiwa yang sangat membingungkan. Dulu pernah di Facebook, heboh diperkatakan tentang Deep Web/Dark Web. Kejahatan dan ranah gelap yang dibawa sangat menarik perhatian aku. Aku jadi lincah ingin mengetahui apakah benar tentang kejahatan dari Deep Web tersebut?
Jadi aku cubalah melihat koleksi gambar-gambar seram, ngeri yang dikongsikan. Laptop dibuka dan gambar-gambar diteliti dari segi ketulenan kerana aku sangat kritis dalam bab-bab yang seperti ini. Gambar-gambar tersebut membuat aku rasa sangat murung. Dan aku semacam tidak boleh berhenti.
Seperti aku cuba ditarik ke dalam dunia Deep Web tersebut. Bayangkan aku tengok benda-benda tersebut pada sekitar dalam lebih kurang jam 3 pagi. Aku perasan apa yang berlaku, yang aku macam terjunam dalam kegelapan dan kengerian gambar-gambar tersebut, tapi aku tetap teruskan. Aku yang sememangnya mengantuk, terus hilang rasa mengantuk dan terus murung.
Laptop dimatikan, aku cuba untuk tidur. Tapi aku hanya duduk, aku kurang pasti apa yang berlaku. Namun aku bingung, seperti tidak mampu berfikir apa-apa. Pada masa itulah dari mata aku keluarlah 3 batang emas yang berapungan. Keluar dari mata dan semakin ke depan hingga aku dapat melihat dengan jelas.
Aku berbaring, sekali lagi keanehan terjadi. Secara perlahan keluarlah bintang berbucu enam ( logo bendera Israel ) berwarna emas keluar dari dada aku! Entah kenapa reaksi aku hanya diam, tapi aku merasa aman dan tenang dan akhirnya aku tertidur.
Minda mula mencari balik memori-memori lama yang menceritakan kejanggalan yang pernah terjadi sebelum peristiwa bintang emas berbucu enam itu terjadi. Kawan baik aku sendiri yang mempunyai saka, tidak mengalami apa-apa peristiwa mengamuk dan sebagainya bila bersama aku.
Dengan pandangan mata, aku mampu menghalau kawanan lembu di ladang kelapa sawit. Kakak angkat aku dari Perak yang pernah belajar di sekolah pondok mengatakan bahawa DNA asing yang dalam diri aku mungkin telah aktif dan sebagainya.
Tahun lalu, aku mendalami hipnosis. Dan dengan cara hipnosis aku jadikan medium yang lebih cepat untuk melakukan astral projection. Aku berkenalan dengan Y pada tahun ini. Dengan dia aku cuba mencari kebenaran. Aku melakukan hipnosis ke atas Y untuk dia mengalami astral projection, dan berhasil.
Dalam keadaan yang berbaring, kami masih mampu berkomunikasi. Tubuh eteriknya ke dimensi lain. Aku sangat perlukan jawapan pada persoalan yang bermain di fikiran aku selama ini. Tubuh eterik Y berada di sebuah wilayah yang kelihatannya bersalji. Di puncak sebuah bukit yang sedikit gelap kelihatan serigala berwarna hitam.
Seolah-olah kedatangan Y telah dinantikan. Serigala itu mengiringi Y. Dari bukit kemudian ke sebuah gua, gua itu pula sedikit panjang seperti sebuah terowong. Kini mereka berdua tiba di sebuah dataran, jelas terlihat bahawa wilayah dunia astral yang dikunjungi Y benar-benar diliputi salji.
Sedikit demi sedikit perjalanan di dataran itu disudahkan, Y melihat sebuah penempatan. Mirip sekali dengan perkampungan Melayu klasik yang kita dapat lihat di filem-filem Melayu hitam putih. Makhluk-makhluk itu memandang Y, kerana itu kali pertama mereka melihatnya. Y merasa takjub.
Dari penempatan itu dan penghuni-penghuninya, Y melihat kediaman yang paling besar sekali di sebuah bukit yang bumbungnya mirip rumah ala Minangkabau. Untuk ke situ, dia perlu melalui sebuah lorong. Serigala hitam tetap mengiringi. Diberitakan bahawa rumah terbesar itu adalah milik aku! Aku adalah raja di wilayah yang dikunjungi Y!
Ingat lagi tentang kakak angkat aku yang kata DNA aku mungkin lain sikit? Kemungkinan aku adalah keturunan raja agung yang sangat masyhur yang hidup 3 ribu tahun lepas! Dan bintang di dalam dada aku adalah tanda bukti bahawa aku adalah keturunan raja agung tersebut!
Serigala hitam yang mengiringi Y ternyata adalah perajurit aku sendiri. Banyak keanehan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Y yang pada mulanya seorang skeptik juga tidak mampu berkata apa-apa.
Apa yang diketahui adalah tugas aku adalah mengawasi makhluk-makhluk astral yang jahat, dan makhluk-makhluk tersebut ditempatkan di wilayah aku kerana aku mampu mengawal mereka. Dan ternyata bintang di dada aku adalah sebab kenapa mereka tunduk.
Sejak peristiwa tersebut, ada lagi peristiwa aneh dan kemampuan istimewa yang aku dapat. Contohnya mengaktifkan mata batin Y. Y pernah cerita waktu dia keluar membawa kereta, dia terlihat beruk besar yang tidak terlihat dek mata kasar, dan pekerja kedai makan tersebut sedar yang Y mampu melihat makhluk ghaib tersebut. Realiti orang kita yang masih lagi guna cara tahyul untuk pelaris.
Rupanya ada juga orang kita yang menggunakan pelindung untuk keselamatan rumah. Aku pernah bawa tubuh eterik Y ke dimensi kita, dan kelihatan sebuah rumah 2 tingkat dipeluk seekor harimau yang sangat besar.
Dari pemberitaan Y bila mengembara ke wilayah astral aku. Tidak cuma serigala hitam, ada juga naga besar yang sangat-sangat besar bertanggungjawab dalam hal pertahanan dan hanya akan keluar jika wilayah aku diserang.
Unikorn, mesra dengan Y. Suka terbang merata-rata, selesa dengan perempuan sahaja. Sebab itu suka dengan Y. Di wilayah bersebelahan, kerajaan seorang ratu. Aku difahamkan ratu tersebut juga bani Adam seperti aku. Kerajaannya lebih kepada kerajaan flora, banyak hutan dan rimba. Y pernah ke sana juga. Pari-pari tidur di dalam bunga, pakar membuat haruman dan posyen.
Aku kerap membawa Y ke sana. Dan aku masih bingung, kenapa aku? Di dunia dimensi ke 3 kita ini, aku pemuda biasa. Di sana aku seorang raja?
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Salam..kepada penulis..semoga awk brjaya merungkap segala apa yg trjadi didalam hidup awk..tak semua insan mampu memiliki apa yg dianugerahkn pada awak..gunakanlah kelebihan yg awk miliki dgn baik..setiap manusia memiliki pemikiran dn pendapat yg berlainan..abaikn sahaja mereka² yg selalu menghukum tanpa memahami trlebih dahulu..
WAH …
Tak Mampu aku nak ucap dengan kata2 ….
jika benarlah bagai dikarang itu …
hebat sungguh perancangan Allah swt …
saya percaya ini adalah fiksyen semata mata selepas membaca perenggan2 di bawah
Menarik! Share lg ya 😍👍
Asalam..tolong ajar saya mengembara ke alam astral boleh tuan?
Adoiii… penulis ni betol ke idok..? Mcm baru minum segelen air ketum da
Terkesima…
MENARIK…
High ek, bang?
Banyak tengok movie nie, memang rekaan pun… Good try bro ha3…
Betui ke cerita ni? Seronok baca. kalau betul ,sambungla lagi 😃😃
Lol
Imam al-Taftazani berpendapat, tiada jalan untuk berbahas dengan golongan seumpama ini, khususnya puak agnostik. Ini kerana, mereka tidak menerima perkara yang maklum untuk mensabitkan perkara yang tidak maklum. Misalnya, mereka tidak menerima kewujudan alam ini, untuk mensabitkan pencipta di sebalik alam ini. Justeru, mereka sewajarnya ditawarkan dua perkara, sama ada mengakui hakikat kebenaran boleh dicapai atau diazab dengan api. (Sharh al-ʿAqa’id al-Nasafiyyah: 1988/14) Semoga apabila mereka disuakan dengan api, saat tersebut mereka akan benar-benar insaf bahawa hakikat sesuatu itu sabit dan boleh dicapai. Wallahu a’lam.