Rama-Rama Putih

Assalamualaikum pembaca setia FS. Sebelumnya, aku nak berterima kasih kat FS kalau cerita aku ni dipublishkan lah. Nama aku SWM dan aku merupakan penuntut di salah sebuah IPT di Kuching, Sarawak. Nak dijadikan cerita tempat aku belajar ni boleh tahan menyeramkan lah. Seram yang aku maksudkan ni dengan persekitarannya hutan, kalau malam of course sunyi la kan. Dengan banyak cerita yang kami dengar tentang tempat ni. Dulu masa mula2 belajar kat sini, selalu la lepak dengan member kat bawah blok.

Di antara dua blok perempuan ni, ada kerusi meja tempat students perempuan duduk lepak2 sambil main laptop. Tempat tu kami panggil foyer asrama perempuan. Ada juga yang lepak kat situ macam orang nak party. Dengan makanan yang mereka bawa. Sebab malam kan sejuk so best la lepak kat situ dengan angin sepoi2 bahasa. Cewahh hihihi rasa kat tepi pantai pulak ek. Tapi tu dulu2, masa mula masuk sem. Lepastu dah tak berani dah nak lepak kat sana sebab aku and the geng ni pernah nampak sesuatu masa lepak. Takut masa tu Allah je yg tau. Sampaikan bilik asrama yang cuma untuk dua org, kami bertujuh tidur beb.

Geng aku ni ada tujuh orang. Korang imagine la macam mana kami tidur sampai tujuh orang sebilik. Sampai depan pintu weh. (Kami tidur dilantai) Tapi aku tak nak cerita pasal ni la. In shaa Allah lain masa kayy. Hehehe.

Okay lets start. Aku nak cerita pengalaman aku masa aku semester 2 (2015) Masa ni seingat aku dah dekat nak final exam. Aku ada jugak la dengar member kata kalau dah nak final exam, memang ‘diorang’ tu suka kacau. Mungkin nak study sama2 kot. Dua minggu sebelum final aku dengan roommate aku ni plan la taknak balik rumah. Nak study sama2 la kononnya kan. So kami pun stay pada minggu tu. Pada hari sabtu time kami stay tu, mak roommate aku ni call roommate aku.

Eh sebelum terlupa, nama roommate aku ni Arfi (bukan nama sebenar) Dah selesai dia bercakap dengan mak dia melalui telefon, roommate aku kata “Oi, mak ku call tek. Nya mbak aku pegi pengilan esok. “ (Mak aku telefon tadi. Dia ajak aku pergi kenduri esok) Pastu aku kata “Aih pegi jak la.” (Alaa pegi je la) “Sikhal ka kau tido sorang malam tok? (Takpe ke kau tidur sorang malam ni) Aku jawab “Sikpa, kelak pande la aku tido ngan bella disebelah ya kah” (Takpe, nanti pandai la aku tidur dengan bella kat bilik sebelah tu) Bilik kawan aku ni selang satu bilik je dari bilik aku. Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka sangat tidur kat bilik orang. Bukan tak suka, tak biasa sebenarnya. Untuk tak buat roommate aku ni risau so aku bagitahu je la aku boleh tidur kat bilik kawan kami tu. Petang sabtu tu parents Arfi pun ambik dia bawak balik rumah.

Malam pun menjelang tiba. Kawan bilik sebelah iaitu si Bella dengan roommatenya pun duduk teman aku dalam bilik. Lepak punya lepak. Eh study punya study, (biar nampak baik sikit hihihi) jam pun dah menunjukkan hampir pukul 12 malam. Si Bella dengan roommate dia pun minta izin nak balik. Mengantuk agaknya.

Pastu roommate Bella ni kata “Oi juhla tido ngan mekduak. Berani na kau tido sorang” (Wey, jom lah tidur dengan kami. Berani betul ko nak tidur sorang).

Aku jawab “Eh sikdapa ya bah. Tido jak takduak sinun. Lak aku tido sorang jak” (Eh takde apa la. Korang tidur je la. Aku boleh tidur sorang)

“Oh aoklah. Bait bait oi” (Oh okayla. Hati hati wey)

Pastu aku kata “Aok aok. Sikdapapa ya bah. Bye” (Ye ye takde apa la. Bye)

Mereka pun berlalu pergi. Aku taknak fikir banyak, aku terus tutup pintu. Aku terus ambik selimut, baca doa tidur pastu aku pun terlelap. Malas nak fikir kan. Takut tu takyah cakap la. Tapi nak buat macam mana, aku tak biasa tidur kat bilik orang. So kena la beranikan diri. Haaa dalam lena panjangku yang tak berapa nak panjang tu aku terbangun dari tidur. Aku ambik handphone dan aku tengok jam menunjukkan pukul 4:20 pagi macamtu lah. (Aku guna classic punya jam kat handphone. Tak guna digital hehehe) Tak lama kemudian aku dengar bunyi orang nangis. Bunyi budak perempuan menangis.

Suaranya mendayu dayu. Aku dengar suara tu dekat sangat. Orang tua tua kata kalau dengar bunyi tu dekat je maksudnya ‘benda’ tu jauh. (Tak tau la korang pernah dengar tak. Nenek aku selalu kata camtu. Biasalah kan kepercayaan orang dulu2. Wallahualam) Tapi kan, aku dengar suara yang menangis tu dari dekat makin jauh makin jauh beb. Kalau betul lah kepercayaan orang dulu2 tu kan, korang fikir tak apa yang aku fikirkan?

Aku rasa kan budak tu kat tepi aku je la kot. Ya Allah meremang bulu roma aku masa tu beb, sejuk dalam bilik tu rasa aircond dah. Dalam fikiran aku masa tu macam mana aku nak keluar pergi tandas nak ambik wudhu untuk solat subuh nanti hmm dahla jalan sebelum sampai ke tandas tu menyeramkan. “Allahuakbar, Allahuakbar!” Bunyi azan pun berkumandang. Aku teringat kata member aku sorang ni kalau dah subuh tu takde lagi la ‘benda’ tu. Aku pegang kata2 tu. Malas nak takutkan diri. Aku pun keluar pergi tandas untuk ambik wudhu dan menunaikan solat subuh macam biasa.

Hari pun menjelang siang. Petang ahad tu pun roommate aku balik hostel. Aku cerita la apa yang berlaku. Selalunya tak pernah berlaku macam ni. Roomate aku kata nasib baik dia tinggal aku sehari je. Kalau beberapa hari? Hahaha mau kemurungan aku kat situ agaknya. Dahlah aku ni penakut heeeee. Selepas kejadian tu, ada satu lagi kejadian yang tak kan aku lupakan. Kalau tak silap aku, minggu selepas kejadian aku dengar bunyi budak perempuan nangis tu la. Masa tu aku dan roommate aku tengah study. Maklum la final exam semakin hampir.

So kami tidur lewat sikit la. Study punya study, borak punya borak, tak sedar jam menunjukkan hampir pukul 1. Pada masa tu jugak lah roommate aku ni sibuk sangat nak pergi bilik kawan dia. Dia nak ambik buku kot kat bilik kawan dia kalau tak silap. Lupa aku masa tu dia nak ambik apa hehehe. Pastu tinggal lah aku sorang kat bilik. Aku meneruskan membuat nota sambil menghafal apa yang dah aku tuliskan dalam nota tu. Tiba2 aku rasa macam ada sesuatu yang lalu kat belakang. Sejuk jugak la kaki tangan aku masa tu.

Tapi aku tabahkan diri. Malas nak layan perasaan sangat. Benda gini kalau dilayan makin jadi lah gamaknya kan. Tangan aku terus bergerak menulis nota tapi fikiran aku melayang entah ke mana. Macam2 aku imagine. Time tu jugak cerita2 seram seluruh alam berlegar legar difikiran. Makin la aku takut. Pastu kan tetiba ada rama2 besar warna putih masuk dalam bilik melalui tingkap Mungkin tingkap aku tak tertutup rapat sebab tu lah dia boleh masuk. Mungkin lah. (Think positive) Selepas tu aku perhati je rama2 tu. Jantung aku berdegup makin laju. Allah je lah yang tau apa yang aku rasa masa tu.

Sebab kan aku dengar lah orang tua2 ada kata kalau rama2 masuk melalui tingkap pada malam hari tu tak bagus. Kiranya macam tu bukan rama2 betul lah. Hmm aku teruskan membaca nota. Aku abaikan rama2 yang terbang tu. Selepas tu tiba2 lampu bilik terpadam. Ya Allah, aku tak tahu macam mana nak explain apa yang aku rasa masa tu. Nasib baik tak lama lampu tu terpadam. Aku menghela nafas lega dan meneruskan membaca nota.

“Teng!!” Tiba2 botol aluminium terjatuh. Korang tahu kan botol aluminium tu berat. Aku hairanlah sbb takde angin pun, macam mana botol aluminium yang berat tu boleh jatuh dengan sendirinya. Lepastu dengan bawa perasaan yang berani lalu mulut aku pun berkata

“Boh ngaco aku bah. Aku nak belajar” (Jangan kacau aku. Aku nak belajar) Lepastu aku rasa bulu roma aku meremang beb. Kaki tangan aku sejuk. Bergetar getar kaki tangan aku. Sejukk je aku rasa beb. First time aku rasa macam tu sangat.

Tak lama lepastu, Arfi pun masuk bilik. Dia tengok aku dan terus tanya, “Aih kau pahal ya? Kau okay sik” (Kau kenapa? Kau okay tak?) Aku hanya mampu jawab “Aku takut” dengan keadaan aku yang menggeletar.

Lepastu Arfi terus ambik air yaasin yang dia bawa dari rumah then dia terus sapukan kat muka aku. Roommate aku si Arfi ni boleh kata semua ubat dia ada termasuk air yaasin tu. Kira dia macam aku punya doctor lah. Lepas dia sapu kat muka aku tu, dia suruh aku minum air tu. Aku baca selawat then aku minum. Arfi suruh aku rilek, tenangkan fikiran. Lepastu baru aku rasa tenang sikit, tak menggeletar.

Then aku sempat bagitahu kat Arfi “Boh tinggal aku gik. Aku takut” (Jangan tinggal aku lagi. Aku takut) Arfi hanya mengangguk.

Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang aku belajar di situ. Alhamdulillah aku telah pun tamat pengajian disana. Tahun depan (2018) In shaa Allah aku konvo. Sampai sini sahaja pengalaman yang aku ingin kongsikan. Ada banyak lagi cerita yang aku nak kongsikan tapi dilain masa okay. Maafkan kalau ada apa2 yang kurang. Aku cuma nak berkongsi apa yang aku alami semasa pengajianku. Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman aku yang tak seberapa ni. Semoga berjumpa lagi dilain cerita dan dilain masa hehehe. Assalamualaikum

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

9 thoughts on “Rama-Rama Putih”

  1. Mcm politek Kuching juak tmpat tok.. Dua block prmpuan, tgh2 foyer.. ? kmk ada kna pngalaman mcm ya juak.. Sem 3 ngn sem 6..Alhamdulillah august tok konvo dh.. Insya Allah..

    Reply
  2. “Benda gini kalau dilayan makin jadi lah gamaknya kan. Tangan aku terus bergerak menulis nota tapi fikiran aku melayang entah ke mana. Macam2 aku imagine. Time tu jugak cerita2 seram seluruh alam berlegar legar difikiran. Makin la aku takut.:

    sebab selalu sangat duk baca cerita dalam FS ni, aku pun selalu hadap ni. duk sesorang pastu fikiran menerawang tah kemana mana

    Reply
    • betul tu. sampai tak berani tidur tutup pintu sebab takut sangat. sampai la kena marah dengan sdre sebab terbawak bawak perasaan baru la kurang sikit takutnya.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.