#RAMADHAN BULAN KEINSAFAN
Tepat pukul 3 pagi , Aku terjaga dari tidur ku dan melakukan solat sunat taubat , serta solat sunat yang lain . Aku memohon keampunan yang telah aku lakukan , teresak esak aku menangis . Entah kenapa terasa sebak di hati , tambahan pula di bulan Ramadhan pintu pintu syurga di buka . Bersungguh sungguh aku berdoa . Sesudah selesai , aku terus sahur memakan kurma beserta segelas susu kambing . Ramadhan ini membuka lembaran baru untukku yang mana aku sebelum ini telah jauh terpesong dari Allah SWT , atas kejadian dua hari sebelum Ramadhan membuat aku terus sujud memohon keampunan ku .
Aku merupakan taiko besar di kuala lumpur . Arak menjadi minuman harian ku , Wanita ramai yang menjadi isteri ku , Jenayah adalah taman permainan ku . Aku tak minta di jadikan sebegitu tapi didikan dari kecil yang membuat ku memberontak . Sedari kecil , aku telah pun kehilangan ibu dan ayah ku . Di besarkan oleh kawan ayah ku yang berpangkat di kuala lumpur. Samseng itu lah kerjayanya , di latih aku menjadi penjenayah terbilang . Di rotan , Di dera itu menjadi kebiasaan semakin lama kulit ku menjadi lali seperti tiada rasa kesakitan . Ilmu kebal kawan ayah ku menjadi taruhan , sehingga peluru tak tertembus kerana kehebatan ku . Aku lagak gaya umpama TUHAN , tapi sekarang aku sedar dulunya aku HAMBA kepada SYAITAN .
Seperti kebiasaan aku akan mengutip duit dari peniaga yang menjual . Semakin lama empayar aku menjadi besar , tiada siapa yang berani untuk mengacau hatta polis pun akan aku redah , belasah . Satu hari sedang aku menjalankan kegiatan ku , seorang pak cik tua beserta pungutan dermanya melintas . Entah kenapa aku menolak pak cik itu sehingga jatuh , duit pungut derma pun jatuh .
“Allahuakbar , apa salah ku wahai anak muda ? ” soal pakcik itu
“Apa Allah Allah ? . Siapa Allah ? . Lu masuk sini kasi hormat sikit sama gua . Gua Tuhan ini tempat ” kata ku dengan angkuh
“Anak muda , kembali lah ke pangkal jalan selagi masih bernyawa . Usah di persia usia yang muda melakukan apa yang tidak sepatutnya ” kata orang tua itu . Entah mengapa malam itu , seolah syaitan menguasai . Aku dan konco konco ku membelasah orang tua itu hingga tidak berdaya untuk bangun .
Yang ku pelik walaupun di pukul , orang tua itu tetap tersenyum dan berkata kembali lah wahai anak muda .
“Masuk tempat gua lagi mau langsi . Banyak kurang ajar ini orang tua . Dah jom blah geng ” jerit ku pada kawan ku
Beberapa tapak aku dan rakan ku melangkah , aku berpaling melihat orang tua itu . Allah Maha Besar .
Ketika konco konco ku jauh meninggalkan ku , aku terlihat keajaiban . Kelihatan orang tua itu terapung sendiri , di sekelilingnya terang bederang di limpah cahaya . Sambil merenung ku tersenyum , ungkapan bibirnya tetap sama mengatakan aku supaya kembali pada Maha Pencipta dan hilang dalam sekelip mata .
Di kelab aku jadi tidak tentu arah entah kenapa , dahi berpeluh akibat keajaiban sebentar tadi dan rasa serba salah menyelubungi . Terdetik di hati kenapa aku harus kejam . Secara tiba tiba air mata ku mengalir , entah kenapa aku sendiri tidak tahu . Aku bingkas bangun meninggalkan kelab malam sendirian . Di tengah jalan aku berfikir sehingga aku berhenti di tengah jalan , Siapa TUHAN ku , aku menjerit kuat . Habis sahaja aku menjerit bertanyakan siapa tuhan ku . Kedengaran Allahuakbar Allahuakbar , Asyhaduallahilah haillah , Asyhaduallahilahaillalah .
Terdiam aku di saat itu , air mata ku bercucuran jatuh . Aku sebenarnya merindukan TUHAN ku . Allahuakbar masihkah ada tempat untuk ku di sisi mu bisik hati ku . Aku menuju ke arah masjid berhampiran , perlahan ku melihat mereka beramai ramai bersujud . Sayu hati ku di saat itu . Tapi syaitan tak kan pernah berhenti untuk menghasut , di benakku berfikir kenapa harus aku begitu ? . Aku hebat umpama tuhan aku tak patut menyembah siapa pun . Aku bergegas pulang , sampai di rumah aku terus tidur kepenatan .
Aku terbangun di kawasan yang amat lapang , aku pelik . Aku menyentuh tempat ku berpijak , ia berpasir kata ku . Di manakah aku ? . Selepas aku berkata dalam hati ku . Terdengar puluhan ribu tapak kaki berlari , terasa ganjil tapi aku menanti dan menanti . Kelihatan ramai berlari ke arah ku dalam keadaan telanjang bulat . Aku di langgar dan terus rebah . Kesakitan di pijak beramai ramai amat pedih dan perit tidak dapat di gambarkan hingga aku pengsan kerana kesakitan teramat sangat .
Sekali lagi aku terbangun di tempat berlainan tapi keadaan gelap gelita . Entah mengapa keadaan umpama di dalam gua , panas membahang . Peluh ku membasahi tubuhku . Terlihat seekor ular besar membuka mulut sebesar besar nya , aku bersembunyi di balik batu melarikan diri . Aku fikirkan aku selamat tanpa ku sedar di belakang ku . Seorang pemuda merangkak menghampiri cahaya kemerah merahan . Aku pelik , lalu aku pergi melihat . Pemuda itu menghirup Cahaya kemerah merahan , kelihatan cahaya itu tembus di perut , pemuda itu menjerit dahaga dahaga panas panas .
Aku menangis . Jantan tak jantan , sesiapa pun pasti takut kata dalam hati nya . Kedengaran wanita berlari , ada yang menghampiriku Ya Allah terasa bahang di sini Ya Allah . Badan ku kepanasan , Ular yang besar itu muncul membelitku . Allahuakbar sakit Ya Allah . Air Mata menjadi d***h . Allah sakit Ya Allah , kedengaran nyaring tulang temulang ku patah . Aku menjerit kesakitan . Sesaat kemudian luka yang ku alami semakin sembuh dan lilitan ular itu berulang ulang . Aku terlihat wanita berlari kerana kepanasan , ada yang di gantung . Tapi aku tak menghiraukan , kerana seksa yang ku rasakan lebih pedih . Tiba tiba keadaan menjadi gelap kembali .
Aku menangis ketakutan , terlihat di hujung jalan ada pintu yang amat besar . Aku berjalan perlahan menahan kesakitan azab yang tak dapat di gambarkan . Pintu terbuka sendiri , kelihatan anak sungai melalui di situ . Aku berlari dan terjun di dalam nya . Sejuk ku rasakan , Nyaman sekali . Kelihatan wanita terbang menyusuri ku , rupanya indah tak tergambar lebih cantik dari wanita di dunia . Aku memerhati dari jauh . Aku terlihat beberapa pemuda dari arah bertentangan sedang berjalan menghampiri wanita wanita itu .Pepohon kayu yang amat indah . Tenang ku rasakan cukup cukup tenang . Kelihatan pak cik tua yang ku pukul datang kepada ku dan berkata
“Masih sempat . Bertaubat lah , janji Allah SWT itu pasti . Kembalilah ” katanya
Aku tersentak dari tidur ku , keringat ku membasahi setiap penjuru katil ku . Dalam kejahilan aku tanpa ada didikan agama , terus aku menadah tangan dengan air mata ku bergenang aku berdoa
“Ya Allah , sesungguh nya hidup ku sebelum ini di dalam kejahilan mencari erti hidup ku . Kau hadirkanlah bantuan untuk ku memahami agama ku Ya Allah . Ampunkanlah dosa dosa ku Ya Allah Aku bersungguh memohon keampunan dari mu Ya Allah Ampunkanlah Ya Allah ” aku merintih memecah kesunyian malam . Keesokan hari , aku menuju ke Masjid berhampiran untuk berjumpa dengan imam .
Imam Mahdi nama nya dia menjelaskan yang aku amat beruntung kerana sempat di beri hidayah dari Nya dan sempat bertaubat . Aku menangis semahu nya . Dan kini , aku telah kenal siapa aku . Dunia Kemaksiatan aku telah tinggalkan , ilmu kebal telah aku tanggalkan walaupun akan meninggalkan kesan tapi aku tak kisah . Indahnya apabila kita hayati sebetulnya bulan Ramadhan Bulan penuh keinsafan . Selamat Beramal Semua #east
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alhamdulillah syukur.. anda sungguh bertuah diberi peluang dan kesempatan kembali ke jalan Nya.. bulan baik yg penuh keberkatan, sama2 la kita semua terus istiqamah memohon rahmat dariNya.. anda sungguh beruntung.. semoga yg baik2 dlm hidup anda
Alhamdulillah. Hidayah milik Allah. Mmg byk kesah2 seram dlm FS. Tapi masih tidak menandingi seramnya azab Allah.
alhamdulillah…..syukur..
Hantu takde kaan dalam cerita ni.? Lebih pada type mistik dan misteri siapa org tua tu jerkan?
walaupun ni cerita rekaan tp menginsafkan
“Aku terbangun di kawasan yang amat lapang , aku pelik . Aku menyentuh tempat ku berpijak , ia berpasir kata ku . Di manakah aku ? . Selepas aku berkata dalam hati ku . Terdengar puluhan ribu tapak kaki berlari , terasa ganjil tapi aku menanti dan menanti . Kelihatan ramai berlari ke arah ku dalam keadaan telanjang bulat . Aku di langgar dan terus rebah . Kesakitan di pijak beramai ramai”
Baca part ni terbayang jack sparrow dengan lautan ketam tu..huhu
Teringat satu part dalam novel Semusim di Barzakh. Ada ular besar kejar . Mmg menginsafkan. Good job writer. Selamat berpuasa
Smala,haha…
alhamdulillah…dpt hidayah dr Allah