Random

Assalammualaikum semua.Β Jika kisah ini dipublish, alhamdulillah. Saya ingin minta maaf dari awal sebab kisah di bawah ini tidaklah seseram cerita-cerita yang lain dalam Fiksyen Shasha ni.

Cerita-cerita saya ni bukanlah seram sangat, tapi cukup untuk terpahat dalam memori sampai sekarang. Saya mulakan ya…

Perkenalkan, nama saya Cik Ti. Saya berasal dari Borneo, tapi buat masa sekarang saya menetap di Semenanjung Malaysia.

Kisah 1 –

Kisah ni terjadi ketika saya masih kecil lagi. MungkinΒ dalam umur tujuh tahun ke bawah.Β Waktu ini zaman tidur sebilik dengan mak dan ayah. Hanya abang yang sulung ada biliknya sendiri. Makanya, waktu tu adalah seorang lagi adik lelaki saya yang berjarak setahun tidur sekali dengan kami.

Mak ayah tidur atas katil, saya dan adik lelaki tidur dekat bawah. Taman perumahan kami adalah taman perumahan kos rendah. Rumah jenis berkembar empat. Dua unit depan dan dua unit belakang.

Ada satu malam tu, tiba-tiba saya terjaga dan perasan di luar tingkap macam ada orang lalu lalang beramai-ramai! Tak henti-henti. Macam berkawad pun ada. Semuanya berjalan sebaris. Tapi semuanya nampak bayang-bayang sahaja. Semua ini berlaku dalam lebih kurang beberapa minit. Walaupun waktu itu saya tidaklah berasa takut, tapi diselubungi suasana penuh misteri. Siapakah yang berjalan tepi jendela? Padahal tepi tingkap itu adalah kawasan rumput di dalam kawasan rumah dan diselangi longkang kecil, barulah pangar dawai untuk bezakan longkang kecil rumah jiran. Mustahil untuk ramai manusia masuk ke dalam kawasan rumah kami dalam satu masa tanpa membuat bising.

Esoknya, saya beritahu ke mak dan ayah. Ayah cuma cakap, dulu kawasan rumah kami adalah tempat askar Jepun dan British berperang.

Kisah 2 –

Kisah ni terjadi ketika zaman kolej, dalam tahun 2008. Pihak kolej ada buat β€œcamping program” dalam tiga hari dua malam di luar kawasan bandar. Dari bandar ke lokasi camping dalam 300 lebih kilometer juga. Malam pertama kami tidur di tepi sungai. Malam kedua pelajar dibahagikan kepada tiga hingga lima orang dalam satu group. Setiap satu group akan ada satu keluarga angkat, di mana kami akan menginap di rumah mereka.

Rumah keluarga yang saya dapat ni adalah sebuah rumah tepi sungai. Rumah kampung dulu-ulu. Mandi pun kena pergi sungai. Untuk makluman semua, kawasan pedalaman borneo ni tidaklah maju seperti dekat semenanjung ni.

Waktu tu, makan malamnya memang tidak akan dapat saya lupakan. Buat pertama kali saya makan daging kicap payau. Mula-mula ingatkan daging lembu kicap. Bila nenek rumah tu beritahu itu daging payau, terus saya stop makan.

Okay, bahagian seram bermula…

Waktu nak tidur, kami dibahagikan kepada dua buah bilik. Satu for Muslim dan satu lagi for non-Muslim. Ada seorang rakan perempuan, namanya Ivy, beritahu pada saya yang kalau dia rasa takut nak tidur dekat bilik dia, dia mungkin akan datang ke bilik kami untuk join tidur dengan kami. Saya pun kata okaylah dan tidak kunci pintu.

Dah tidur tu, waktu nak tukar posisi baring, saya ternampak Ivy dekat sebelah saya. Saya pun dengan niat tidak mahu terlanggar dia, pusing ke kanan untuk tidak menghadap Ivy. Tapi sempat berfikir, β€œokay, Ivy memang betul-betul takut.”

Esoknya bila saya bangun, tengok Ivy dah tiada. Waktu lepas mandi saya pun tanyalah Ivy, pukul berapa dia tukar bilik? Dia dengan selamba kata dia tak pindah bilik pun. Bersungguh-sungguh dia menidakkan. Astagfirullah. Nasiblah waktu tu dapat muka sebiji macam Ivy. Kalau muka sebenar, mungkin pengsan.

Ivy pun seram dan kami pun tanyalah nenek yang tinggal di rumah tu, adakah dia tingal berdua sahaja? Tak ada anak? Nenek itu pun menceritakan bahawa anak perempuannya m**i lemas di sungai belakang rumah tu.

Kisah 3 –

Ini kisah mengenai arwah nenek saya sebelah Ayah. Ayah adalah anak bongsu dari tiga adik-beradik. Adik-beradik ayah semuannya perempuan. Semuanya telah berkahwin dan berkeluarga.

Arwah nenek saya ni bergelar datin. Arwah atok saya asal dia orang berada dan merupakan bekas ketua Jabatan Pelajaran waktu tu. Makanya, mak saya kata, penting untuk nenek saya menjaga diri dia agar sentiasa cantik untuk berada di sisi atok.

Atok saya meninggal sewaktu saya baru lahir. Setiap kali raya atau keramaian, barulah ayah akan bawa kami ke rumah nenek. Nenek waktu tu tinggal bersama dua lagi anak perempuannya, bersama menantu-menantu dan cucu-cucu. Sangat jarang untuk kami β€œlepak” di rumah nenek, sebab mak bukanlah calon menantu pilihan. Tambahan pulak mak saya Kristian sebelum ini.

Maaf saya tidak ingat tahun berapa arwah nenek meninggal, tapi yang pastinya tahun 2005 ke atas.
Waktu arwah nenek sakit, saya selalu dengar mak cerita yang nenek sudah nazak, tapi sangat susah untuk pergi. Ada sekali tu sampai panggil ramai orang untuk buat baca Yaasin sampai berhari-hari lamanya.

Yang menyeramkan adalah waktu hari mengebumian, saya dan adik-beradik perempuan tidak dibenarkan untuk ikut ke kubur, waktu dekat rumah nenek saya nampak terlampau banyak nyamuk semuanya melekat kat dinding rumah. Tidak kesah di siling atau pun tepi-tepi dinding, tapi semuanya dalam rumah. Bila dihalau, tidak berganjak langsung. Tapi orang dewasa yang lalu-lalang kelihatan tidak kesah dengan suasana tersebut. Atau mungkinkah mereka tak nampak?

Selepas selesai pengebumian, mak dan ayah dipanggil ketika adik-adik ayah mengemas barang-barang peninggalan arwah nenek. Ketika itu mereka menjumpai sebuah kotak berisi patung-patung pelbagai agama. Mak jugak pernah cerita ada satu masa waktu akhir-akhir hayat arwah nenek, ketulan-ketulan emas keluar dari muka nenek. Selepas itu barulah nenek dapat menghembuskan nafas dia.

IItu sahajalah yang hendak saya ceritakan buat masa ini. Maaf sekiranya terdapat kesilapan penggunaan bahasa atau typo. Akhir sekali, terima kasih kerana membaca.

Assalamualaikum

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
CikTi

22 thoughts on “Random”

  1. Best! Oh kalau di sabah, payau tu bukan sejenis rasa ya hehehe😁 istilah payau tu utk binatang bernama rusa

    Reply
  2. laju2 google payau. rupanya mcm kijang ek.. tp x faham ape kaitan ngn kemisterian yg blaku tu ngn makan payau?

    part last sedih-bukan menantu pilihan-so dpt rse ibu penulis yg baru convert agak disisihkan-penampakan nyamuk, kalau bgtau details sama ada sepupu2 yg lain ade ckp nmpk ke tak/atau tanya parent lps beberapa kejadian tu blaku-dan ketulan2 emas keluar mse akhir hayat arwah..

    kalau diceritakan details lagi best.

    Apepun Al fatihah untuk arwah.

    Reply
  3. kenapa gia kau berhenti makan lepas kau tau itu payau?? atuukoii rugi owh.. punya sedap tu, halal lagi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.