#Ratna – Malira Si Perempuan Iblis

Assalamualaikum pembaca. Ingat aku lagi tak, Ratna. Terima kasih admin sebab approve cerita ni. Ini apa yang aku alami ya. Cerita asalnya panjang dan ini versi yang sudah aku pendekkan. Harap tak membosankan.

Aku pernah mengalami beberapa siri kehilangan memori dalam tempoh hendak bertunang. Semuanya terjadi apabila 2 bentuk cincin aku hilang; 1 emas dan 1 silver. Memang dah jadi kebiasaan, sebelum mandi aku akan tanggalkan cincin dan selepas beberapa hari aku baru perasaan yang cincin tu tak ada kat jari aku. Puas cari dalam rumah memang tak jumpa. Selepas seminggu, kawan sebilik aku jumpa cincin tu dalam bilik air dan berikat benang hitam. Aku memang terkejut, kami sama-sama menjerit dan selepas itu aku rasa kosong.

Masa ni aku mula mimpi macam-macam dan yang paling kerap adalah seorang perempuan. Perempuan ni macam ada 2 identiti. Masa dia cantik, nama dia Umairah. Masa dia tak lawa, nama dia Malira. Jarang aku mimpi yang lawa tu. Selalunya yang buruk tu lah. Malira ni ada 3 haiwan peliharaan. Badan macam singa tapi kepala macam dubuk. Tak tahulah aku, haiwan apa ni.

3 lokasi yang selalu aku mimpikan si Malira ni;

Rumah dia.
Rumah papan warna hijau. Depan tangga dia selalu ada lecak. Panas terik ke, malam atau siang, lecak tu tak pernah kering dan aku tak tahu kenapa. Dalam rumah dia ada tiang seri yang besar. Dekat dinding tertampal wafaq-wafaq berkain kuning dan merah.

Padang lapang.
Biasanya dalam waktu senja atau malam. Ada sebatang pokok ketapang, rimbun dan rendang. Bawah pokok tu ada keranda. Dalam keranda tu, aku.

Gua.
Gua mana aku tak pasti. Gua ni tempat dia bertapa dan menulis wafaq merujuk pada senaskhah kitab yang penuh dengan huruf-huruf pelik.

Banyak perkara yang aku lupa tapi dapat ingat merujuk pada buku catatan aku. Aku tulis semua mimpi aku selepas aku bangun tidur. Tak kisahlah tidur tu waktu bila. Kalau aku tak catatkan segera, aku akan lupa. Bukan setakat mimpi tersebut tapi apa yang ada di sekeliling aku. Terima kasih pada kawan bilik aku yang sentiasa mengingatkan aku. Selain itu, setiap kali aku bangun tidur akan ada kesan cakar di beberapa bahagian badan. Tangan, leher, belakang badan dan paha. Baru jek nak baik, cakar tu ada semula. Seolah-olah cakaran tu sengaja dicakar di atas luka lama. Sakit, bisa dan sungguh, aku merana bab cakar ni. Masa ni hidup aku sentiasa bersedia dengan ubat dan pembalut luka. Parutnya tebal dan masih ada hingga sekarang.

Ada juga kawan-kawan aku yang terlibat dalam hal ni. Mereka banyak membantu. Semestinya Hani, Hana dan Adi (kawan-kawan bunian). Sesekali kanda Sukma (juga bunian) juga turut campur tangan. Jujur, aku sangat tertekan dengan masalah ini sebab melibatkan ramai orang.

Malira tarik memori aku satu-satu. Sampai aku lupa keluarga, bakal tunang (sekarang dah jadi suami), kawan-kawan dan kadang-kadang aku macam orang tak betul. Malira selalu ambil alih badan aku tak kira bila dia nak. Kawan-kawan yang rapat dengan aku biasanya cepat dapat tahu. Mata aku akan selalu menjeling. Kawan satu Bahagian aku pernah beritahu. Kalau Malira yang ambil alih badan aku, kerja-kerja aku biasanya sempurna dan cepat siap. Bila semua kerja dah siap, dia akan korek kerja semua member yang belum siap. Dia akan follow up sampai kerja tu selesai. Dia mungkin tak ada life dan cuba ‘hidup’ dalam hidup aku.

Aku mula berperang dalam diri. Kadang-kadang aku rasa aku Malira, bukan Ratna. Aku pernah rasa nak bu- nuh di ri sebab aku serabut dan aku selalu marah semua orang di sekeliling aku.

Ada beberapa siri mimpi yang pelik.

Di padang lapang tu, aku pernah berhadapan dengan Malira dan segerombolan dubuk yang akan membaham aku. Soalan yang Malira selalu tanya setiap kali aku mimpi dia adalah, “Kau nak ikut aku?” Biasanya aku diam atau geleng sahaja. Akan ada orang tolong aku, sama ada aku kenal atau tak dan biasanya mereka akan cedera parah.

Di padang lapang tu juga, aku pernah mimpi yang tanah di sekeliling aku merekah. Dalam rekahan tu ada tangan-tangan yang akan menarik aku. Bila aku dongak ke atas, ada kepala-kepala yang tergantung dengan mata yang terbelalak dan kepala-kepala tu semua kepala aku. Aku masih ingat sorakan Malira. “Aku dah ada lima! Aku nak tujuh! Kau tak ikut aku, kau gila!”

Siri di rumah dia pula.
Entah macam mana, aku berada di rumah dia. Aku ternampak dia bersandar di tiang seri rumah dia dalam keadaan tak bermaya dan berlumuran d4rah. Dengan teresak-esak menangis dia berkata;
“Kau kata, kawan-kawan kau baik tapi tengok apa mereka buat pada aku?! Kalau kau ikut aku, aku takkan jadi macam ni.” Aku cuba melarikan diri. Walaupun aku nampak pintu keluar begitu hampir namun aku tidak juga sampai ke pintu dan tidak berjaya keluar. Ketika ini Hani datang dan cara Hani berlawan dengan Malira sangat pelik. Dia duduk bersila di hadapan Malira dan bacakan Yasin untuk Malira. Sesekali Malira sengaja ketawa dengan kuat walaupun dia sebenarnya menahan kesakitan. Aku masih ingat tubuhnya berasap-asap. Selepas Hani membaca Yasin, Hani bertanya;
“Kau nak ikut aku?” Pertanyaan ini mengundang kemarahan Malira dan dia mula terkumat-kamit. Tidak lama kemudian keluar berpuluh-puluh ekor dubuk menyerang Hani. Hani cedera teruk dan dia tidak boleh bercakap selama 3 minggu.

Situasi berlawan biasanya di gua.
Berlawan dengan Malira dalam gua sangat susah. Aku rasa aku berat dan biasanya susah nak mengelak serangan dia. Serangan dia biasanya dengan dubuk-dubuk dia tu. Kadang-kadang huruf-huruf dari wafaq yang dia tulis pada tanah akan hidup dan berubah bentuk jadi binatang dan sebagainya. Kadang-kadang aku kena libas dengan cemeti. Kadang-kadang aku kena cekik dengan tangan yang datang daripada huruf-huruf tu.

Malira, perempuan iblis yang bijak. Dia gunakan satu-satu cara untuk menyakitkan aku secara berulang-ulang. Bila aku dapat baca serangan dia, dia tukar cara lain. Kalau cedera aku dalam mimpi tu, cederalah aku secara realiti. Entah mimpi ke bukan. Malira ni, aku tak pasti ada orang yang hantar atau memang dia datang sendiri. Kalau berubat pun aku tak fokus untuk tahu dia dari mana atau dari siapa. Aku fokus untuk pulih kerana dia sangat mengganggu, kerja dan hubungan aku dengan ramai orang.

Lama juga aku cari jalan nak kalahkan dia. Alhamdulillah aku terima bantuan ramai. Sokong aku dari segi emosi sebab ada masa-masa tertentu, aku akan rasa macam teruk sangat dan rasa tak guna hidup.

Sekarang, ada masa dia munculkan diri. Dia tempang dan buta sebelah mata. Dia menyeringai dan menyalahkan aku atas kecacatan dia tu.

Cerita-cerita yang aku hantar di FS, aku tak pernah kongsi dengan mana-mana page. Kalau terjumpa persamaan, itu mungkin secara kebetulan.

Dunia kita mungkin semakin maju, tapi ia masih dunia kita yang sama, yang berkongsi dengan makhluk Allah yang lain. Semoga kita sentiasa dilindungi.
Allahumma Amin.

Terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ratna

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

104 thoughts on “#Ratna – Malira Si Perempuan Iblis”

  1. Amazed! Speechless baca sebab tak sangka benda macam ni wujud.
    Be strong Ratna!
    #tenoverten

    Jangan stress selalu, nanti Arya bawak Ratna pergi memanah eh alolo.

    Reply
      • Tak pasti. Sampai ke sudah kalau tanya pun dia tak jawab dia dari mana dan kalau start jek bercakap dengan dia, dia akan tanya “Kau nak ikut aku?” Kalau ikut instinct memang rasa orang hantar.

        Reply
          • Cincin tu hilang tiba-tiba dan memang terkejut gila bila jumpa dan cincin tu terikat sekali (2 cincin) dengan benang hitam. Lepas tu terus jadi blur. Tak ada sambungan. Cuma journey selama hampir sebulan menghadap perempuan tu memang seksa.

          • then.. cincin tu Ratna leraikan macam tu je ke?? pakai lagi x cincin tu? laa.. ingatkan ada sambungan.. nak tahu pasal kawan bunian tu..

          • Lepas tiga hari. Saya leraikan. Yang silver saya buang yang emas masih ada pada saya. Kawan-kawan bunia? Diorang biasa je. Hehe

          • Ratna.. kalau berkesempatan share la citer pasal kawan bunian tu… bukan apa.. nak tahu kenapa & bagaimana diorang boleh jadi kawan Ratna..

          • Tentang cerita kawan bunian ni ada saya post sebelum-sebelum ni. Maira cari tajuk Bersahabat dengan Kerabat Bunian. Saya hentikan tulisan tentang kerabat bunian ni sebab terlampau banyak kecaman pada saya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.