Ratu Kerajaan Laut Pantai Selatan Kanjeng Gusti Ratu Nyi Loro Kidul
Pengenalan
Tak pernah terbayang akan mengenali sosok tubuh Ratu alam ghaib nie. First semester masuk universiti di selatan Perak nie aku terus ditempatkan dengan senior. 3 hari aku tinggal sorang-sorang sementara senior masuk. Dipendekkan cerita, kenallah aku dengan sorang senior nie tinggi besar dan looks Sarawakian. Tapi orang Parit Buntar.
Senior aku nie dia banyak bercakap siap hentam kuih raya yang jiran aku bekalkan untuk aku. Dari situlah hubungan ukhwah kami mula rapat sehingga family dia dah jadi family angkat aku. Dan dari situ jugalah aku mengenali alam ghaib ini yang penuh warna-warni. Paling aku suka dan minat mengenali seorang Ratu Kerajaan Laut Pantai Selatan yang dikenali Kanjeng Gusti Ratu Nyi Roro Kidul.
Tiap kali Ratu Kidul masuk dalam tubuh senior aku tuh akulah manusia yang paling gembira. Mana tidaknya, cara lenggok, bahasa, percakapan dan penampilan sebiji seorang Ratu yang layaknya. Bayangkan senior aku yang besar tuh berkelakuan seperti seorang Ratu. Cukup bertuah dapat bersembang dan mengenali Ratu tersebut.
Sosok tubuh Ratu Kidul nie memang aku tak nampak tapi bila Ratu Kidul pinjam tubuh senior aku tu aku boleh lihat perwatakan Ratu Kidul yang benar. Bila Ratu Kidul buka langkah untuk mengubat atau menyerang perhhhhh tergamam tengok. Itu belum lagi untuk kecantikkan atau apa-apa hajat yang kita nak. Tapi yang paling aku suka dan takjub, Ratu Kidul dan geng-geng alam ghaib yang aku kenal nie depa tak pernah minta apa-apa dari kita yang minta tolong. Depa datang bila diperlukan dan sedia menolong.
Tapi sebagai manusia yang bertamadun, orang berbudi kita kenalah berbahasa. Bukan senang weii nak pinjamkan jiwa raga kepada makhluk ghaib yang tidak sejisim dengan manusia. Tambahan kalau yang pinjam jiwa raga kita itu bukan Islam dan jenis yang pelik-pelik. Sebab itulah aku berasa teruja gila bila senior aku nie bersiap sedia untuk memanggil Ratu Kidul atau sesiapa pun juga untuk datang bersembang dengan aku. Senior aku nie dia boleh memanggil sesiapa pun dan kadang-kadang ada yang datang perkenalkan diri. Dari situlah kita ramai kabel.
Bahagian 1
Entri sebelum ini aku telah perkenalkan sosok tubuh Ratu Kidul. Aku panggil Ratu jer sebab kamching sangat. Alkisah bermula selepas aku masuk universiti. Ditempatkan dengan geng-geng senior. Rupanya Allah nak perkenalkan aku dengan seorang senior yang akhirnya membantu aku dan keluarga aku dalam dunia sihir dan santau nie.
Kami serumah tidak sebilik tapi akrabnya tu lain macam. Perancangan Allah kan. Setelah agak lama mengenali senior aku nie, terbukalah kisah hidup aku dan keluarga aku. Kisah bagaimana arwah mak aku telah meninggal dunia disebabkan santau. Dari A sehingga Z aku cerita. Tapi nama bomoh yang terlibat aku tak pernah sebut dalam kisah aku kat senior aku tuh.
Nak dijadikan cerita, esok paginya senior aku nie datang ke bilik aku. Dia kata dia ada termimpi semalam pasal keluarga aku. Dia katalah dalam mimpi tu, ko (bomoh durjana) jangan ganggu keturunan aku. Senior aku nie kata kat aku dia tak ingat nama apatah dalam mimpi tu dia sebut. Aku terus cakap Ahmad (bukan nama sebenar) dan senior aku tu terus kata betul nama tuh la yang dia sebut. Rupanya, dalam mimpi atau dalam dunia alam ghaib tuh senior aku melalui pengasuhnya (pendamping tapi Ratu Kidul suruh panggil pengasuh) telah warning bomoh durjana tu.
Dari mimpi senior aku itulah telah menyebabkan kisah aku menjadi terlalu panjang dan tragik yang aku lalui bersama senior, keluarga senior dan keluarga aku. Bermula dari detik itu jugalah senior, aku, keluarga angkat dan keluarga aku diserang bertubi-tubi cuma tidak kelihatan. Kalau kena serangan sakit dalamanlah jawabnya. Orang menjual kita membeli. Kadang-kadang tuh kita menjual dan depa yang geng-geng bomoh durjana tu terpaksa menjual juga.
Tiap kali kalau senior aku nie diserang, dia pasti akan berkelakuan pelik. Ada masanya aku boleh detect dan ada masanya aku tak boleh detect perubahan senior aku nie. Dalam dunia ghaib nie, serangan tuh depa akan hantar jin kepada orang yang sedang mereka berkonfrontasi dan disebabkan itulah juga senior aku nie akan berubah-ubah perangai dia. Ikut jin jenis apa yang dihantar.
Tapi hakikatnya kesian tengok senior aku nie sebab dia terpaksa berkorban jiwa raga dia untuk makhluk ghaib nie masuk tubuh dia. Tambah kalau yang masuk tuh bukan Islam, bisa-bisa tinggalan makhluk tuh ada dan itulah sebabnya perlu mandi limau. Limau purut dalam dunia ghaib dipanggil buah zaitun.
Ada satu malam, masa kami nak tidur tapi masa nie kami tidur ramai-ramai kat ruang tamu sebab dah kamching. Tiba-tiba Ratu Kidul masuk dalam badan senior aku. Ratu Kidul kata ada yang sedang memerhati kalian. Nak tahu makhluk jenis apa jeng…jeng…jeng.. nama dia orang Indonesia panggil Gendorowo dan kat Malaysia kita panggil Hantu Raya.
Ratu Kidul datang untuk memastikan senior dan aku tidak diganggu oleh makhluk tersebut. Yang paling best, Ratu Kidul nie tidak akan serang selagi tidak diserang cuma Ratu Kidul akan berhati-hati dan memerhatikan kami. Akhirnya, makhluk tuh pun ghaib begitu saja. Ratu Kidul berpesan supaya sentiasa berhati-hati sebab bomoh durjana tersebut sangat hairan bagaimana aku dan keluarga aku boleh berkenalan dan ada hubungan dengan alam ghaib yang berstatus Raja-Raja dan bangsawan nie. Jadi, bomoh durjana tuh hantarlah perisik dia untuk lihat dengan lebih dekat tapi paham sajalah tidak sama level larilah jawabnya Gendorowo tuh. Lepas kejadian tuh, kami terus tidur rapat-rapat sebab terasa keseraman dingin malam tersebut.
Banyak lagi kisah aku. Stay tuned.
pendeknya?? ceritalah lagi…
mcm best jerr….critalah lgi.Nk tau..
Sembang kencang
je…? aduuu sambung la lagi
ehh , biar betik citer ni ? setahu aku , nyai roro kidul ni kat Indonesia ja..mcm mna bleh ade connection dgn senior ko tu ? mcm x logik jer ..
aku igt aku sorg je yg pikir cmni .. hmmmmmm
kan ? mcm x logik jer ,agk2 la nk crite ..
kannnn..cite dia mcm syok sendiri je..mcm bangga lak berkawan dgn jin syaitan siap kamcing bagai..i really kenot brain dis story, so aku assume ni cite fiksyen syok sendiri je la..klu cite betul pun, aku harap writer & kwn dia diberi hidayah..
tulah pasal pelik jugak bace haha….suke hati die je..
Ia logic… nyi roro kidul tu sejenis makhluk yg dari alam ghaib… jadinya kalau dlm bahasa manusia die boleh “pindah pindah” atau “transport”
Ko kene prank ngn jin tu. Tah mana2 jin dtg mengaku ratu pastu Ko plk percaya bulat2. Lawak btl. naif sgt dh manusia akhir zaman nih.
jangan lah berdamping damping denggan makhluk ghaib ni. kita jadi diri kita sendiri sudah. mintak pertolongan dari Pencipta kita. Setiap gerak kita milik dia. Amalkan sunnah sunnah nabi, berpegang dengan Quran. Insya-Allah. mudah mudahan dapat kita halang segala sihir sihir tu semua singgah dalam tubuh badan kita. Ingat setiap gerak kita hanya dengan izin Dia. Jadi berbaliklah pada Dia Pencipta Alam.