KISAH BENAR : RAWATAN RUMAH BERPENUNGGU
Pak Saleh (bukan nama sebenar) menetap disebuah kampung di kaki gunung *****. Pak Saleh merupakan salah sorang orang kaya dikampung tu. Tapi sekaya mana pon dia, kalau hidup penuh dengan gangguan misteri, membuatkan hidup dia sekeluarga jadi tak tenteram.
Gangguan yang dialami depa sekeluarga ni dah 2 tahun dah, dan ramai perawat dipanggil untuk memulihkan suasana kehidupan depa ni.
Gangguan bermula bila mana rumah yang dia diami tu adalah rumah pusaka peninggalan tokwan dia. Dia buat ubahsuai untuk depa tinggal kat situ. Siap rumah tu, depa pon pindah masuk dengan buat kenduri kesyukuran panggil orang kampung abih mai ke majlis depa…
Gangguan bermula selepas majlis kenduri waktu lepas Isyak. Lantai mozek diruang tamu meletup2 pecah. Pada sangkaan dia mungkin simen tak banyak. Tukang rumah dipanggil. Siap baiki kat ruang tamu, jadi pulak kat dapur dan seterusnya ditempat lain dalam rumah tu.
Pak Saleh ingat yang tu saja, rupanya ada lagi gangguan lain. Anak dia berubah tempat tidoq… Tidoq dalam bilik, bangun tidoq dok kat tempat lain. Kat sofa, ruang tamu, dapur, bilik air tu selalu la. Tapi yang jadi tak tahannya bila anak dia bangun tidoq, tengok dok kat pintu pagaq luaq rumah nuh. (Dah la segak anak Pak Saleh ni).
Bermula la episod memanggil perawat. Ada yang ikhtiaq elok sehari dua pastu jadi balik. Ada yang mai balik lagu tu ja. Sebab tak tahan daulat kena sudi. Keraih dan kuat kata depa.
Sampai la satu masa tu, ada la seorang pemuda ni pi ke rumah kawan dia kat kampung tu. Kebetulan Pak Saleh pon mai rumah kawan pemuda ni minta kawan pemuda tu tolong carikan sapa2 yang boleh ikhtiaqkan masalah kat rumah dia tu.
Kawan pemuda ni teruih kata. Pak Leh, kawan saya ni boleh berubat orang. Boleh la kalau nak minta tolong dia ikhtiaq2 apa yang patut. Nak suruh dia cuba boleh la… Pemuda tu tak terkata apa… Senyum ja la dah kawan pi kata lagu tu… Apa lagi orang tua tu teruih ajak pi rumah dia la. Pemuda tu kata kat pak saleh, dia nak pi lepas Isyak.
Lepas Isyak, pemuda tu pun sampai la kat rumah pak Saleh. Dia pi dengan kawan dia tadi tu la. Masuk dalam rumah pak Saleh, dia pun cerita la serba sikit pasai masalah dia. Pemuda tu pon angguk ja la. Habis Pak Saleh bercerita, pemuda tu pon mulakan sesi rawatan.
Baru saja mula rawatan, tak sampai 2 minit dah ada gangguan. Mula-mula dia main ketuk cermin tingkap dengan pintu. Dok sat tu, dia main lampu dengan paip ayaq pulak. Pemuda tu pon teruskan proses rawatan.
Kali ni agak kasaq. Lantai mozek meletup-letup. Pemuda tu tak berganjak. Dia teruskan kan lagi sesi rawatan. Gangguan tu lagi main kasaq. Kali ni pinggan pulak dok melayang mai dari dapoq ke ruang tamu, jatuh dekat pemuda tu.
Pemuda tu kata la kat makhluk tu, kalau hangpa berani, hangpa mai berdepan dengan aku. Toksah dok gempaq dengan barang2. Aku bukan hadap pon dengan barang2 ni…
Kali ni memang amukan puaka la kot. Siap tingkap pecah, tv, sofa semua dok bergerak….
Tv dihawin kat pemuda tu. Pemuda tu buat gerakan teddybear berguling.. Tak la kena tv tu… Kalau dak, mau bederemen muka dia.
Pemuda tu bangun, teruih dia hentak kaki dengan bacaan fatihah senafas. Selesai bacaan fatihah, pemuda tu hentak kaki untuk kali ke 2… Bammmm.. Sofa jatuh.. Kabinet tv pon jatuh pecah…sebab benda ni semua dok terangkat, kira terawang2 la…
Lepas dia hentak kaki kali kedua tu, nampak la satu susuk tubuh yang besaq jugak. Pemuda tu pon baca ayat pengunci dan makhluk tu pon terkunci.. Dia meronta2…
Pemuda tu kata pada makhluk tu, Apa hak hang dok sini kacau depa ni… Makhluk tu kata, dia dok lama dah dari takdak rumah sampai ada rumah kat situ. Pemuda tu tanya, pasai apa dulu hang tak buat lagu ni. Dia kata tokwan pak saleh yang kurung depa. M**i tokwan pak saleh ni, kurungan depa pecah. Tapi depa tak boleh pi dari rumah tu sebab tokwan pak saleh ni kurung depa kat rumah tu… Sampai la m**i tapi tak leh keluaq dari kawasan rumah tu…
Pemuda tu pon habaq kat depa.. Kalau hangpa mau, aku nak bagi tempat baru. Dia tanya, hangpa islam dak…depa kata islam… Pemuda tu suruh ngucap dan depa ngucap…
Pemuda tu kata, hangpa islam dan hangpa nak ngaji bab islam dak? Depa kata nak…
Pemuda tu kata, aku boleh buka penjara hangpa ni, tapi dengan syarat, hangpa kena pi ngaji kat Mekah nuh… Depa kata mau…
Pemuda tu kata, pi mekah jumpa habib al huda. Jadi murid dia dan sampaikan salam aku kat habib Al-huda.. Depa pon pi..
Lepas dari kejadian malam tu, tiada lagi gangguan yang pak saleh sekeluarga ni terima…
Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Duk berubat ka tuan
Seronok dok baca tulisan hang.. Santai. Sapa nama tak tau.. Teruskan menulih naa
Wuish, power noh pemuda tu