REENO : Dendam Meroyan Kekasih Lama

Salam semua, btw terima kasih admin FS yang menyiarkan cerita aku sebelum ni. Maaf kalau gaya penulisan aku tak setanding dengan penulis lain. Cerita aku kali ni mengisahkan perjalan hidup aku sahaja. Awal-awal ni aku minta maaf kalau tak seram. Jangan kecam jangan tikam, Ehehe

Hiii Warga FS. Nama aku R dan berumur 33 tahun. Aku seorang wanita.Kisah ni terjadi beberapa tahun yang lalu. Bertitik tolak dari kisah ini menjadikan aku supaya lebih berhati hati dengan segelintir manusia sebegini. Wallahualam.. Ok kita mula ye..

Aku dan officemate seronok hari itu sebab kami akan bertolak ke Lumut untuk mengikuti team building. Semua baik-baik sahaja, perjalanan juga lancar seperti yang dirancang. Hari itu Jumaat, jadi kami berhenti di Kuala Selangor memberi laluan pada staff lelaki menunaikan solat jumaat yang mana perempuan pula mengambil kesempatan untuk menjamu tekak dan mata sekitar situ.

Perjalanan diteruskan, aku pula eksaited tak sabar sampai ke tempat yang dituju. Sebelum maghrib kami sampai ke sebuah Hotel yang nun ceruk di hujung teluk di daerah Lumut. Seperti biasa masing masing tak sabar check in untuk membersihkan diri dan merehatkan tulang temulang yang seharian kejap di seat bus.

Jadi, usai mendapat kunci semua bergegas ke bilik. Selesai mandi dan solat aku pun turun for dinner. For first day ni takde terikat dengan apa-apa aktiviti. So selepas kenyang mentekedarah kitorang pun lepak kat tepi pool tersadai macam dugong. Pool tu boleh kata penuh dengan staff company je. Bayangkan lah staff dari seluruh Malaysia berkumpul untuk team building jadi kesempatan ini memang dinanti dan digunakan sepenuhnya bertanya khabar dan bertukar cerita.

Aku pun tak ketinggalan disitu. Berselfie, bergelak ketawa, mengekek membahan sama sendiri. Penat berembun aku amek keputusan naik ke bilik. Waktu tu aku masih sihat, kudrat ku juga masih kuat. Dalam perjalanan balik ke bilik juga aku masih tersenyum kerang busuk bila teringatkan perilaku kami di tepi pool tadi.

Melangkah aku kebilik hotel. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba seperti aku di tampar angin sejuk. Dan serta merta tubuhku kesejukan, menggigil seperti mencucuk-cucuk sehingga ke tulang. Aku basuh kaki muka dan mengerjakan solat isyak secepatnya. Ketika itu aku masih sendirian di bilik.

Aku tutup switch aircond dan aku biarkan bilik kedap tanpa penghawa dan berbungkus didalam selimut hotel yang tebal. Sejuk itu tetap tidak mahu pergi. Aku sudah mengigil kesejukan sepertinya aku berada didalam peti ais ketika itu. Entahlah sejuk yang terlampau sehingga tulang belulang jugak tidak mampu menanggung sejuk itu.

Tidak lama teman sebilik aku muncul. Pelik dengan aku kenapa berselubung tapi bilik panas. Aku nyatakan padanya dan dia mengalah untuk tidak menggunakan aircond malam tu. Selepas sejuk begitu masalah lain pula datang kerana aku rasa loya dan perut memulas tiba-tiba. Boleh dikatakan setiap 5 minit atau kurang aku ke toilet. Sudahnya malam itu aku hanya bertuala sahaja. Sudahlah sejuk, perlu berulang ke toilet pula.

Aku pikir mungkin keracunan makanan barangkali. Teman sebilik memberikan panadol untuk melegakan sementara menunggu hari siang esok. Tetapi tiada tanda ia akan berkurang hatta untuk seketika membenarkan aku melelapkan mata kerana penat berulang ke toilet dan seharian menempuh perjalanan dari selatan ke utara. Alhamdulillah, aku tidak sedar jam berapa aku dapat melelapkan mata. Seingat aku tiada isi lagi yang mampu aku keluarkan dari atas atau bawah. Yang tinggal hanya air kehijauan cair keluar seperti paip.

Keesokan pagi, sedar-sedar dua orang officemate aku dah tercongok depan muka. Semalam semasa sedang bertarung dengan bilik air sempat aku maklumkan yang aku mungkin tidak dapat mengikuti aktiviti yang telah ditetapkan. Jadi, diorang datang bersama sarapan dan panadol activfast untuk aku. Waktu ni aku da rasa sedikit sihat dari semalam. Rasa lega perasaan. Jadi, aku berhajat nak join walau ditegah untuk berehat sahaja dibilik. Aku akur.

Mundar mandir dalam bilik sangat membosankan, skodeng staff yang tengah buat aktiviti dari balkoni buat aku lagi teruja nak turut serta. Jadi aku bersiap mengenakan tudung dan berjalan ke tempat activiti. Cuaca panas berdenting. Walau banyak pokok tinggi yang tumbuh di sisir pantai tu belum mampu meredupkan suasana.

Sedang aku leka ke sana kemari mengganggu mereka yang melakukan aktiviti berkumpulan sekali lagi, angin sejuk itu datang menampar tubuh ini sekali lagi. Kali ini aku seperti berada di dalam sejuk beku yang terik kontang. Pelik kan? Aku minta diri beransur. Dalam perjalanan balik ke bilik aku mengambil keputusan sendiri dengan mendapatkan bantuan pihak Hotel membawaku ke Klinik berdekatan.

Di dalam van aku sudah tidak ketahuan, aku seperti ingin marah pada semua sekeliling aku. Aku nyatakan aku tidak mampu mengawal kesejukan yang membeku. Dan aku ingin segera ke klinik, tetapi malangnya dipertengahan jalan driver van mendapat panggilan supaya berpatah balik kerana ada mangsa obor-obor yg perlu di bawa bersama.

Ya Allah, dugaan apakah ini. Aku ingin menangis semahunya tetapi tidak berdaya, Akalku cuma hanya ingin meruntuhkan rasa beku yang membelit diri ini tika itu. Rupa-rupanya mangsa obor-obor itu staff syarikat aku juga. Dalam senyum kelat ku gagahi jugak menyapa semanis mungkin. Kami bergerak ke Klinik 1 Malaysia Seri Manjung. Disini perlu lagi menunggu dalam sejuk beku.

Tiba turn aku mendapatkan rawatan di sahkan aku hanya demam biasa. Suhu bacaan menunjukkan hanya 37* sahaja. Di sebabkan aku di Klinik 1 Malaysia jadi aku hanya diberikan ubat demam dan ubat sakit perut serta antibiotic sahaja. Aku pulang hampa dan berharap ubat demam mampu meredakan rasa ini.

Sejuk aku On Off. Bila aku ok aku ikut aktiviti menjadi pemerhati setia. Bila aku tak ok aku memerap dibilik sendirian. Itu lah yang aku lalui sepanjang 3 hari di sana. Tiba masa untuk balik ke JB. Sekali lagi perlu menempuh perjalanan panjang dari Utara ke Selatan. Dugaan kali ini, aku tak sejuk-sejuk lagi tapi aku muntah sepanjang perjalanan.

Apa yang aku makan akan aku keluarkan semula dalam masa setengah jam. Walhal aku ok je…bergelak sakan dalam bas. Tahu je la bila dan beramai ramai. Ada saja yang direncanakan. Rasa nk muntah tu datang secara tiba-tiba, sedang aku ketawa pun boleh termuntah. Jadi di tangan aku tak lepas plastik muntah, yang mana ada plastik dalam bas semua sedekahkan untuk aku hari tu. (Terima Kasih korang).

Dalam terlelap nak merehatkan mata pun boleh mimpi muntah dan semena terus keluar terbelahak. Perkara yang aku tak pernah alami sebelum ni. Muntah air je pulak tu…

Alhamdulillah, sampai juga aku ke JB. Badan pun dan perut menunjukkan kesan positive. Sebelum tidur aku minum segelas soya untuk alas perut sebab tekak aku sakit untuk menerima makanan. Rugi je pun kalau makan, lepas makan tak lama da keluar seketul-seketul camtu… hiisssshhh

Malam tu aku tidur penuh keletihan, aku ingat aku masuk tidur kul 11 camtu. Tetibe di dalam mimpi aku rasa seperti ditendang. Serentak itu perut aku rasa seperti ingin pecah. Aku menjerit memecahkan keheningan malam. Melolong meminta tolong.

Orang pertama yang menerpa ke bilik aku waktu tu, bapa mertua aku. Segera dia mengejutkan suami aku yang tidur m**i mendapatkan aku. Aku dikejarkan ke Hospital malam tu. Sepanjang perjalanan aku hanya berzikir menyebut laillahaillahallah dan Allahhuakbar berulangkali.

Dalam masa sama aku menyumpah suami aku berkali kerana sakit akibat terhentak dengan cara pemanduannya yang kelam kabut. Sakit itu hanya Allah yang tahu, terlalu sakit umpama sudah pecah isi perut dan kau akan m**i bila bila masa. (perasaan aku tika tu..)

Sampai di hospital aku dikejarkan ke Unit Kecemasan. Aku tak tak mampu untuk berbuat apa. Terlalu sakit dan sakit. Langsung tidak boleh bergerak, setiap pergerakan menyumbang kepada sakit yang lebih lagi. Menangis melolong pun tidak mampu melegakan kesakitan itu. Habis badan aku aku dicucuk sana sini, d***h di ambil berkali kali.

Menunggu keputusan d***h seolah menunggu untuk diambil nyawa. Suami aku setia menanti menunggu jawapan pasti kerana acap kali aku menyeru memanggil namanya bertanyakan kenapa sakit apa. Tiada.

Masa berlalu, subuh juga berlalu pergi. Aku masih terlantar tanpa apa-apa keputusan. Sudahnya aku perlu dipindahkan ke Hospital besar kerana keputusan d***h tidak dapat dikenal pasti. Perjalanan menaiki ambulan sangat menyebalkan. Masih aku ingat lagi waktu itu…

“Kak…sakit kak…” merayu aku minta agar pemanduan lebih selesa. Macam aku sebut tadi sebarang pergerakan akan menyebabkan sakit yang lebih berganda.

“sabar dik…awak mengucap je banyak-banyak” jawab misi berbaju biru tu pada aku. Langsung tak membantu meredakan perasaan.

“Bawak slow sikit la kak… sakit kak…” rayuan aku kali ini harap dipahami.

“Memang macamni la bawak ambulan, sekejap lagi nak sampai dah..Awak mengucap je la banyak-banyak ye”

“Allahuakbar…” dan aku tak putus mengucap. Mungkin hayat aku akan berakhir dalam ambulan tu kot..Sedih gila dan menangis lagi.

Sampai kecemasan Hospital besar aku masih perlu menunggu. Di sini aku perlu melalui pelbagai procedur dulu. Dengan badan berselirat wayar dan mesin aku diusung ke sana kemari dengan stretchers. Untuk hari itu sahaja aku perlu menjalani 2 kali X-Ray dan ultra sound.

Dari apa yang aku dengar mereka tidak menemui apa-apa yang pelik dari hasil X-ray dan ultra sound. Aku normal. Semua baik-baik sahaja. Apendik juga tiada. Jadi apa masalah aku ni? Aku buntu. Mak dan ayah sudah dimaklumkan. Hanya harapan dan doa mereka yang aku harapkan kini.

Ubat tahan sakit sedikit sebanyak melegakan. Kerana aku masih tidak boleh bergerak. Jadi, segala bantuan untuk kencing juga telah dimasukkan. Air sudah berbotol silih berganti. Aku juga seperti bahan uji kaji. Setiap masa ada sahaja yang datang mengambil sampel d***h. Betapa kejam bila tiada urat yang molek sehingga ke tulang keting pun disedut darahnya.

Masa berlalu sehingga hari ke tiga masih tiada jawapan apa permasalahan aku. Untuk tempoh 3 hari juga aku berpindah randah dari ward surgery ke ward ntah aku sendiri tak pasti kerana ketika aku tidak sedar. Sedar-sedar doctor dalam 5-6 orang mengelilingi katil berbincangkan tentang aku. Ada yang ingin bedah, ada yang minta di tunda, ada yang kata apendik ada yang kata tidak. Aku tidak mampu membidas. Hanya telinga kubulatkan untuk memahami bait-bait kata.
Paling kejam aku rasa ayat ini,

“Takpe..bedah je dulu baru tahu apendik atau tidak” itu perbualan yang aku translate dari English conversastion among doctor kat situ. Aku agak itu pelatih. Mentang-mentang aku terlantar suka-suka dia je nak tebuk-tebuk.

Aku juga ditebuk di dada kanan dalam keadaan aku sedar. Dalam samar-samar hujung mata aku nampak doctor tu dan dengar dia cakap..

“Sabar ye…sakit sikit je..sikit je ni..” Ulang doctor dibantu dengan dua misi cantik.

“Bertenang ye..jangan keraskan badan..sekejap je ni..”

Aku tataw apa wayar yang dimasukkan ke dalam dada aku. Sedikit lubang di dada kanan di bawah bahu yang kelihatan 3 wayar dari situ. Yang dipahamkan untuk support jantung sebab aku koma. Aku koma ke? Bila? Ye ke?.

Part sadis, esoknya datang lagi doctor lain berbisik lembut kat telinga aku.

“Saya minta maaf ye…kami tersilap tebuk jadi nak keluarkan tebuk belah kiri pulak”

What? Tapi tu Cuma dalam hati je…nak kata ye atau tidak aku tak mampu. Lirik mata je aku mampu berikan. Kalau kudrat aku kuat mungkin aku da jerkah gile ke hape suka-suka silap tebuk??!

Rentetan itu pun masih tiada keputusan d***h. Suami kerap bertanya dan jawapan tetap hampa. Dalam masa yang sama ayah berusaha cara kampung, suami juga usahakan sesuatu. Dari cerita ayah aku bukan sakit biasa.

CERITA AYAH.

Pulang melawat aku di hospital mak dan ayah masih bersedih melihatkan aku begitu, Mukanya sugul seharian sehinggalah dia terlepas cakap ingin mencari orang yang pandai mengubat secara tradisional. Haji satar kawan ayah yang mendengarkan itu mencadangkan kenalannya yang di Mersing.

Kerana ketika ini dia juga mendapatkan rawatan tradisional kerana isterinya dihantar polong oleh seseorang. Tanpa melengah malam itu jugak ayah dan mak bersama Haji Satar dan isteri bergerak ke Mersing. Sebelum kedatangan mereka kesana, meraka diminta untuk membawa baju basahan aku bersama sebagai syarat memandangkan aku masih berada di hospital.

Di Mersing, ayah berjumpa dengan seorang Wak. (cukup aku kenalkan sebagai wak ye). Ayah cerita wak tu ambil baju aku, depan mata ayah wak tu bacakan sesuatu sambil memegang baju aku. Selesai acara tu bila dikibas baju tu (dibuka lipatan dan genggaman) keluar paku karat yang besar lebih kurang sejengkal.

Katanya, paku itu sudah lama ditanam di hati aku. Bertujuan untuk membuat aku sakit sedikit demi sedikit. Paku itu akan karat dan akan membusuk dan membuatkan hati rosak bernanah dan seterusnya m**i kerana hati yang rosak tiada ubatnya. Kerosakan hati akan mengagalkan fungsi dan prosess organ dalaman lainnya. Wallahulam… Hanya Allah yang mengetahui.

Dan keesokkanya, hari ke empat di hospital mesin X-Ray portable digunakan dan mendapati hati dan limpa aku bengkak dan dijangkiti kuman. Bengkak yang menyentuh dinding selangka itu lah yang menyebabkan sakit bila bergeseran kerana pergerakan badan. Alhamdulillah, aku mendapat ubat antibiotic yang sepatutnya. Walau hari-hari d***h aku masih juga diambil tanpa henti.

Di hospital aku dijaga sepenuhnya oleh adik aku. Memandangkan suami perlu menguruskan persekolah anak. Dan Alhamdulillah aku tidak jadi dibedah. Aku pun da boleh bangun duduk dan berborak. Adik tetap setia menemani melayan setiap permintaan. Kawan-kawan tak putus datang melawat memberi kata semangat. Semua itu menjadi penguat moral dan mental tika itu.

Aku masih ditahan dan ditempatkan di ward pemantauan sepenuhnya kerana aku masih demam. Walau sakit di perut tiada tetapi temperature masih tidak menurun. Sekejap 39 naik 40 turun setengah jam 39 naik semula. Since adik yang menjaga dan seolah berkampung di hospital nurse yang baik hati memberikan adik satu temperature scale untuk kegunaan aku sendiri. Jika naik mendadak segera aku di jelumkan dan dibasahkan seluruh badan. Begitu la aku selama seminggu lamanya.

Walaupun begitu, pesan ayah aku perlu berubat setelah keluar hospital untuk memastikan aku sihat sepenuhnya. Cerita aku berubat akan menyusul nanti…

CERITA KAWAN :

Katil aku ditepi tingkap. Tingkap nako dengan langsir yang menutup sebagai tirai. Sewaktu itu aku baik-baik je dan kami berbual biasa. Aku boleh duduk dan ketawa. Masa tu Aza, Apis dan Alin duduk berbirai katil menemani aku waktu melawat. Tetibe kata aza, aku terus terbaring dan menggigil teruk sehingga bergegar katil hospital.

Doktor datang memberikan suntikan dan aku terus tak sedarkan diri. Kata aza lagi sebelum aku mengigil tu ada angin masuk kuat melalui tingkap nako. Hanya tingkap bersebelahan aku sahaja langsirnya tersingkap dek angin kuat. Tingkap lain langsirnya tidak berkuak pun. Serentak itu aku terbaring menggigil mengokol kesejukan. Melihat aku tak sedar selepas diberi injection mereka pun beransur pulang. Wallahualam..

CERITA ABANG.

Pada hari ke 4 aku dihospital abang ipar ada datang melawat. Dia pun ada kelebihan untuk melihat perkara ghaib yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. katanya….

Malam dia datang melawat ketika itu aku sedang tidur. Sesampai di katil hospital dia kata ada tali yang membelit katil dan aku. Dan masa yang sama ada ‘makhluk’ lain sedang memanggang aku. Katanya lagi siap berunggun api di bawah katil. Sebab tu panas badan aku tak kebah. Abang aku suruh dia pergi tinggalkan aku tetapi ‘Makhluk” itu tidak mahu berganjak. Katanya dia telah ditugaskan untuk memanggang aku.

Sesi pujuk memujuk dan paksa memaksa oleh abang ipar dengan makhluk tu berjaya bila makhluk tu berjanji tidak akan datang mengganggu aku lagi. Wallahualam…

Semasa di hospital, aku di datangi orang-orang yang serba putih memanggil melambai-lambai mengajak aku mengikuti mereka. Beberapa malam aku bermmimpi begitu. Bila ku adukan pada ayah, ayah berpesan jangan sesekali mengikuti mereka. kuatkan hati hatta dalam mimpi.

Selain mimpi begitu. aku juga bermimpi didatangi orang yang ingin memberi makan. Mujur ayah kerap berpesan jangan makan atau ambil makanan dalam mimpi jadi aku bersungguh menolak. Aku ingat lagi makanan itu sudah sampai ke mulut tetapi ku luahkan tidak ku telan sesekali. Kerana ayah kata jikalau mimpi makan bermakna ada orang cuba menghantar mende yang tidak elok.

Bukan aku ingin percaya dan bukan jugak aku ingin menidakkan. Cuma ini tidak masuk dengan logik akal fikiranku. Aku bukan lah moden tetapi aku tidak percaya pada sihir mihir ini kerana aku tidak pernah terpikir melakukan hatta untuk percaya padanya.

Setelah hampir 2 minggu aku di hospital aku dibenarkan keluar. Pulang sahaja ke rumah mak ayah membawa aku ke rumah Wak untuk berubat lagi. Di sana, wak meminta telur yang kami bawa. Dengan telur itu Wak gosok leretkan di badan aku. Selesai dan dipecahkan terdapat jarum peniti di dalamnya. Waktu ini aku masih tidak percaya. Mungkin peniti sengaja dicucuk ke dalam telur itu. telur mentah bawa bagaimana boleh jadi telur rebus bersama peniti?

Sesudah telur. aku di arah berjulur. Dalam kedudukan kaki menjulur kedepan dan badan bongkok sedikit ke hadapan aku dilibas dengan ranting pokok. Entah pokok apa aku tidak tahu. Ku kira sepohon ranting sederhana besar digunakan untuk memukul badanku. Tidak semena dalam memukul seluruh tubuhku keluar tulang besar sepanjang lebih sejengkal dari ranting pokok itu.

Katanya itu adalah tulang b**i yang digunakan untuk membuat aku. Fungsinya supaya aku bercerai berai dengan suami. Dan katanya lagi tulang itu di tarik keluar dari katil rumahku sendiri. Rumahku sendiri? Bila masa pulak ada yang masuk bilik malah ke katil peribadi kami? Langsung tak logik dan diterima akalku. Tetapi demi menurut kemahuan mak ayah yang ingin aku sihat sepenuhnya ku turutkan.

Terakhir, aku di minta untuk mandi bunga di rumahnya. 7 jenis bunga telah disediakan. Ini bertujuan untuk memulihkan semangat dan menaikkan aura. Yang ini aku percaya kerana kesan warna bunga itu sendiri memainkan aura positif pada pemakai. Jadi, mandi bunga tiada yang tidak masuk akalnya.

Sebelum balik, Wak itu ada membekalkan aku sebungkus yang dibalut dengan kain kuning dan di bungkus plastik. Aku disuruh simpan di dalam purse atau hanbag sebagai pelindung. Dengan syarat aku tidak sesekali membukanya. Jika aku berkeras membukanya mata aku akan buta. Serious la… Pulang dari rumah Wak, kami singgah di satu jambatan untuk membuang tulang b**i tadi. (wak Suruh) time tu jugak aku buang bungkusan yang dibekalkan tadi. Aku masih berpegang teguh pelindung sebaik baik pelindung untuk aku ialah Allah swt. Tiada yang lain melainkan DIA.

Cerita tidak habis disini, Aku kira sudah selesai semuanya.

Kali ini terjadi pada suamiku pula. Ketika itu dia bekerja sebagai sales and marketing jadi dia akan kemana-mana atas urusan marketing. Suatu hari, dia hilang tidak dapat dihubungi. Segala cara tidak dapat menghubungkan aku dengan dia.

Bapa mertua, abah suami risau kerana memang menjadi rutin abah kerap call setiap sejam atau lebih untuk mengetahui pergerakan kami. (Ya, abah sudah tua dan sendirian jadi mungkin dia bosan menunggu kami pulang bekerja dan dia kerap call bertanya itu ini malah yang tidak-tidak untuk alasan membuat panggilan ) Alfatiha arwah Abah.

Sehingga ke malam suami aku hilang begitu sahaja. Jejak juga tidak diketahui. Dari kawan sekerja dan boss nya juga buntu. Kerjanya sebagai sales yang tidak menghadkan pergerakannya. Jadi, kami biarkan malam itu berlaku tanpa berita mengharapkan khabar gembira esoknya. Mungkin bateri phone habis, mungkin keretanya rosak, mungkin dan segala kemungkinan baik barangkali.

Petang keesokkan hari mendapat panggilan rupanya dia di Hospital Swasta di BP. Dia sendiri buntu bagaimana dia ke sana. Sedar-sedar dia berada di hospital dan di maklumkan hanya migrain sahaja. Selepas mendapatkan ubat dan pulang dia masih keliru dengan apa yang berlaku semalam.

Dalam keadaan mamai ingin keluar dari hospital, tiba-tiba dia di sapa seorang pakcik. Pakcik itu mengenalkan diri sebagai orang yang bertanggungjawab membawa suamiku ke hospital. Dari ceritanya, selepas suami mengeteh di warung berdekatan.

Suamiku berlalu ke keretanya yang diletakkan berdekatan dengan warung itu. Pakcik itu perasan akan suamiku memerhati dari kejauhan. Yang membuatkan pakcik itu tergerak hati ke kereta kerana keretanya masih disitu tiada tanda ingin keluar memulanya perjalanan. Sesampai di kereta dia terkejut melihat suamiku tidak sedarkan diri.

Terus dia mengejarkan suamiku ke Hospital. Jadi kedatangan pakcik itu adalah ingin memulangkan barang peribadi dan kunci kereta suamiku. Allah merahmati pakcik itu. Insyaallah..

Semenjak kejadian itu, suamiku menjadi seorang yang pemarah dan pendengus. Bila selepas asar mula lah sakit kepalanya datang. Kadang kesian kerana sehingga berguling memegang kepala menahan sakit. Kadang sakit hati kerana sikap pemarahnya tidak bertempat.

Acap kali alasan marah digunakan kerana sakit kepala yang teramat sangat. Ubat tahan sakit berkoyan masih tidak mampu melegakan. Perbagai tips or terapi melegakan sakit kepala juga tidak membantu. Sehinggakan aku beranggapan mungkin dia ada kanser kepala otak agaknya. Marah aku.

Melihatkan perangai dan tingakahnya yang menyakitkan hati membuka hati aku untuk cuba merujuk kepada atuk sedara aku sendiri. Teringatkan dia boleh mengubat penyakit secara tradisional. Harap bertemu solusi. Malam tu aku berkeras mengajaknya ke rumah Tok Cik. Walau banyak alasan untuk mengelak berkali-kali akhirnya berjaya aku memujuk ke sana. Di sana, soalan pertama yang di tanya oleh Tok cik.

“Masa kau bercerai hidup ke m**i?” Tanya tok cik ku. Ya, suamiku duda beranak pinak. (tanak cakap)

“Hidup” Jawab suamiku pendek.

“Masa kau keluar rumah ada bawak barang-barang kan?” Soalnya lagi.
“Itu la silapnya kau…” Sambung Tok cik.

Suami aku terkesima campur hairan.
“Kenapa tok cik?” Rasa ingin tahu membuak-buak. Begitu juga aku ingin tahu selanjutnya.

“Kau ada bawa sekali lampu tidur butang pusing? Ala..yang adjust gelap terang lampu tu..” Tok cik aku menerangkan.

“Ada….” jawab dengan ragu. Macamana tok cik tau erk?

“Kat butang tu, ada benang hitam yang dililit. Kau memang tak nampak sebab kau kene tanggalkan baru perasan” Menjawab terus pada persoalan yang bermain difikiran.

“Baju Bonia line kuning belah kiri pun ko ada bawak ke?” Soal tok cik lagi.
“Kat baju tu, kat tag brand ada benang hitam yang dijahit kecil pada tag terlebih tu” Ujarnya menjawab kehairanan kami yang membenak.

Suami aku masih megun tidak percaya. Bagaimana tok cik tau semua barang-barang yang aku bawa? In details pulak tu..

“Kau ada beg tarik ( Luggage ) tayar tiga kaler merah hitam kan?”
“Dalam beg tu ada satu punjut tanah kubur dengan kain kapan. Itu semua untuk kau. Sebagai penunduk. Selama kau hidup dengan dia (Bekas isteri) selama itu lah kau hanya mendengar kata dia. Dia marah kau ceraikan dia” Sambung Tok cik lagi.

Kali ini aku pula bertanya, melihatkan suami aku hanya menikus seperti tidak punya perasaan sahaja. Terkejut barangkali.

“Tapi dia da lama bercerai Tok Cik” Beritahu aku untuk memastikan kesahihan bicara.

“Dia nak suami kau ni m**i. Dia sengaja buat laki kau sakit supaya accident. Jadi kalau m**i kemalangan orang tak persoalkan” Terang Tok Cik.

“Lagi Tok Cik?” Aku nampak terlalu ingin tahu melebihi suamiku.

“Kau ada mainkan orang tak dulu? Sebab dia (Bekas) ada berjumpa dengan perempuan yang kau mainkan dulu jadi dia bersama-sama nak kau m**i. Dia guna orang asli sini (Johor) dan diorg plan nak ke Pahang”

“Habis Tok Cik cemana nak halang? Tok Cik boleh tolong matikan tak sihir ni?” Kerisauan mula menerpa. Suamiku masih sama seperti tadi. Diam menikus sesekali hanya mengangguk. Sedang menghadam cerita barangkali.

“Nanti malam selasa datang bawak bunga 7 warna. Bunga tidak bergetah. Bekal kain pelikat Sekali. Nanti Tok Cik mandikan. Datang lepas isyak” Pesan tok Cik.

“Kalau malas nak bawak bunga nanti kau bagi duit kat si Man tu 22.50 suruh dia belikan” Pesan Tok Cik lagi.

Teringatkan punjut tanah kubur dan kain kapan tu membuatkan aku bertanya lagi.
“Tok Cik mende yang dalam beg tu cemana?”

“Kau tapaya usik, nanti matikan je semua sekali”

“Ok la kalau camtu…”

Balik dari rumah Tok Cik dengan seribu persoalan. Kenapa masih ada dendam lagi ke? Bukankah sudah lama berlalu? Waktu terjadi (Cerai) pun aku masih tidak kenal suamiku sekarang. Perkenalan kami singkat dan dalam sebulan terus mengatur tali pertunangan dan selang berapa bulan kami bernikah. Memang terlalu cepat untuk tempoh perkenalan yang hanya tidak sampai 24Jam. Eheee Kalau da jodoh.

Hari mandi untuk membuang segala sihir santau sedikit berlaku sedikit masalah dimana hari untuk berangkat kereta bermasalah. Suami juga seperti ingin mengelak berubat. Walhal dia tahu, perkara ini tidak boleh dibiarkan. Tapi alhmadulillah seketika cuma.

Walau lewat kami tetap teruskan usaha mengubati. Jam hampir 12 malam, selepas berpelikat suami dibawa ke tebing sungai. Sungai yang mengalir deras. Dalam remang bulan dia di mandikan tanda menamatkan segala kekufuran dan ilmu hitam yang dihantar padanya. Wajahnya nampak ceria.

Katanya selesai mandi terasa seperti hilang segala beban yang membelengu. Seolah batu berat yang menghempap kepala telah diangkat pergi. Sehingga sekarang tiada lagi sakit kepala dan migrain. Cuma jangan terkena hujan. Barulah kepala nya sakit..

Mungkin perkara yang terjadi ada kene mengene dengan kisah suami aku. tapi aku tidak punya bukti kukuh dan dia bukti langsung untuk itu. Cuma, mungkin kerana dendamnya membawa kepada perkara itu. Aku tidak pernah berhubung secara langsung dengan dia cuma mungkin anak-anak adalah penghubungnya.

Kerana anak-anak berada di dalam jagaan dia dan suami. Waktu hujung minggu adalah waktu yang digunakan untuk berkumpul dan berjumpa bersama. Cuma seingat aku, aku pernah diserang di dalam mesej bertubi-tubi oleh dia kerana marahkan aku yang ingin bernikah dengan suamiku sekarang. Pelbagai tuduhan di lemparkan. Aku bertahan mengenangkan Abah yang selalu menyokong dan sentiasa bersama aku.

Abah sedia maklum perangainya dan minta aku jangan ambil peduli. Maka, ingin percaya atau tidak itu terpulang pada akal fikiran masing-masing. Cuma sekarang aku mengelak dari bersua muka dan bertentang mata. Angker aku rasa. Wallahualam…

Sekian cerita kali ini. =)

Harap maaf jika terlalu panjang berjela. Ini bukan kisah seram cuma penjalanan hidup yang seram berhadapan syaitan bertopengkan manusia. Wallahuallam…
Terima Kasih pada yang meluangkan masa membaca.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]
REENOFUKADA

25 thoughts on “REENO : Dendam Meroyan Kekasih Lama”

  1. Manusia
    Bila berdendam, mula la benda2 mistik nie dibuat
    Kesian ko, kesian kat laki ko
    Apa2 pun harap korang akan ok2 jer lepas ni
    Dijauhkan dr kejahatan mistik tu
    In sha Allah

    Reply
  2. part angin sejuk lepas tu perut memulas macam cirit birit tu. aku pernah kena lepas makan dekat restoran seafood di satu kawasan hutan. nak kata keracunan, aku sorang je yang kena, family yang lain elok je. start tahu kena tegur dengan benda tu bila tiap kali lepas asar mesti aku demam sejuk je badan tapi pagi pagi sihat je. mula tak percaya kena ketegur.dah jumpa ustaz baru percaya.

    Reply
  3. yamg aku geram doktor tu…sesuka hati silap tebuk lobang…bnyak doktor mcamtu…meh sini aku silap tebuk perut korang…marah tak!!

    Reply
    • Amboi sedapnya kata kat doctor… Doctor pn manusia jugak.. Tak lari dari kesilapan.. Kalau dia diberi pilihan pun bukan dia nk buat silap tu pun..buat tambah keje dia je… Tp tu la asam garam pembelajaran

      Reply
    • Amboi2 sedapnye mengata Dr. Ingat Dr tak layan fiksyen shasha ke? Haha. Aku rasa aku tau kenapa Dr tu suruh tebuk. Senang cerita, Appendiks kita Allah cipta ada banyak posisi. Ade yang appendiks sebelah usus, sebelum usus (preilial) ade appendiks belakang usus (retrocecal). Dalam cerita ni, mungkins appendiks dia di belakang usus (retrocecal) plus dengan symptoms di asyik muntah dan cirit. So sbb tu la Dr tu nak tebuk. Mesti ada sbb Dr tu cakap mcamtu. Confessor tak boleh judge yg bukan2.. 🙂 wallahua’lam

      Reply
      • Bukan nak mengata tpi ni mmg kisah benar berlaku.. Kisah ni diceritakan oleh adik Ipar(lelaki) dimana kawan kpd adik Ipar,dia bekerja sebagai jururawat bersalin di sebuah hospital(dirahsiakan)

        Satu hari ada seorang wanita dikalangan bangsa iban,sudah smpai tempoh utk melahirkan anak,
        Dimana ketika itu di LR terdapat seorang dr. dan ada lagi beberapa jururawat yg lain termasuk kawan(adik ipar tersebut).

        Perempuan Iban tersebut,request utk bersalin secara caesarean terhadap dr. tersebut krn anak yg bakal dilahirkan terlampau besar beratnya lebih kurang 4Kg. Jururawat/pembantu dr. yg lain juga menyarankan kpd dr. supaya ikuti sahaja permintaan wanita itu yg hendak bersalin secara pembedahan.

        Tetapi dr. tersebut membantah dan menyuruh supaya wanita tersebut bersalin secara normal sahaja.lalu dia mengarahkan supaya ikut sahaja apa yg dr. itu suruh kerana dia lah yg PAKAR dalam bidang ni..

        Jururawat serta pembantu yg lain tidak berani membantah apabila dr. berkata sebegitu.. Lalu mereka turutkan sahaja..

        Semasa dlm proses wanita tersebut hendak melahirkan anak,dia mengalami komplikasi sehingga menyebabkan dia meninggal.

        Dr. pakar tersebut berasa cuak,dan dia mengarahkan supaya jururawat dan pembantu memalsukan segala surat/apa2 berkenaan tentang kematian wanita itu.. Serta dia memberitahu,sekiranya sesiapa berani membuka mulut pasal hal ni,mrk akan dibuang kerja..

        Lalu tidak seorang pon berani menceritakan perkara sebenar..
        Kes tersebut tertutup begitu sahaja.

        Beberapa hari kemudian,kecoh apabila orang2 melihat kelibat wanita iban tersebut merayau-rayau di hospital.

        Dr. Pakar tersebut dikatakan telah melarikan diri dan tidak tahu kemana dia berada sekarang.

        Reply
    • Amboi2 sedapnye mengata Dr. Ingat Dr tak layan fiksyen shasha ke? Haha. Aku rasa aku tau kenapa Dr tu suruh tebuk. Senang cerita, Appendiks kita Allah cipta ada banyak posisi. Ade yang appendiks sebelah usus, sebelum usus (preilial) ade appendiks belakang usus (retrocecal). Dalam cerita ni, mungkins appendiks dia di belakang usus (retrocecal) plus dengan symptoms di asyik muntah dan cirit. So sbb tu la Dr tu nak tebuk. Mesti ada sbb Dr tu cakap mcamtu. Confessor tak boleh judge yg bukan2.. 🙂 wallahua’lam

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.