Rentetan Gangguan Sejak Zaman Kanak-kanak Hingga Masuk Universiti

‎اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِِ وَبَرَكَاتُهُ

Thanks kpd FS sbb publishkn cerita ni. Aku sekadar nak kongsikan pengalaman aku dr kecik berdepan dgn makhluk halus ni. Benda ni mmg wujud, dan salah satu perkara ghaib yg patut kita percaya.

Okay back to the topic, aku sort cerita ikut pengalaman dan umur aku :

1. 4-5 thn
Ya, lingkungan umur ni dan aku masih ingat sampai lah skrg ni. Waktu ni aku da petah bercakap, faham perasaan takut. Masa ni jgk aku dlm proses pengasingan bilik, tak tidur dgn parents. Nak dijadikan cerita, aku demam panas masa tu dan selalu terjaga waktu malam. Aku tido dgn kakak aku, tp masa tu dia tak sedar bila aku kejut dia minta tlg panggilkn mak aku. Biasalah, liat nak bangun bila dah sedap tidur. Dan aku mula panggil berulang kali tp masih tiada jawapan dr mak aku. Bilik kami selang 2 bilik, bilik parents yg keempat, bilik aku yg pertama.

Paling depan sekali. Dan aku ambil keputusan utk berjalan ke bilik mak ayah aku sendiri. Masa tu pun da lebih pkl 1am, waktu kemuncak benda2 ni nak keluar, kot. Kan? Sebabkan aku naif dan kurang pengetahuan psl benda2 ni, waktu melintas dapur dan nak sampai ke bilik mak ayah aku, ada sesuatu yg aku nampak dkt tingkap dapur. Tingkap jenis lama, tingkap nako. Tak boleh tutup sbb dah berkarat.

Dan aku nampak dgn jelas, ada sesuatu yg berwarna putih di situ. Kain berbuai buai. Tp aku tak nampak dgn jelas muka atau bhgn kepala. Dan benda tu menegur “Dik! Ti! Ti!” *berhenti* mcm nak suruh aku tengok dia. Aku rasa terlalu takut sgt masa tu sampaikn dah nak terkucil *umur 4-5thn dimaafkn kot* tp dlm kepala dok teringat yg mak aku garang. Aku takut kalau terkucil atas karpet dia nnt kena pukul. Lepas tu aku tutup mata dan terus tertido dkt situ jgk. Keesokan hari tu, mak aku bangun and nampak aku tido mengerekot dkt lantai, kan aku demam panas masa tu. Aku celik je terus ckp “Mak, adik jumpa hantu dkt tingkap dapur. Dia suruh berhenti”. Tp mak aku tak percaya :(. Murung aku sampai besar ni sbb mak sendiri tak percaya.

2. 15-16 tahun
Aku anak bongsu dlm keluarga, ada 3 orang abang kandung, seorang dah meninggal dunia akibat kemalangan (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِِِعُوْن). Dan arwah abg aku ni lah yg paling aku rapat. Gambar fmly mst nak duduk dkt pangku dia, sbb dia manjakan aku betul, pastu tak mcm abg aku yg lg 2 org ni, pembuli teruk. Jarak aku dgn diorg ni mmg jauh, lebih 10tahun. Hari dia meninggal, mmg teruk sgt2 aku menangis sampai tak berhenti.

Tak boleh ada yg pandang aku dgn mata yg sedih, confirm lebat sgt air mata turun masa tu. Masa tu aku baru darjah 4. Lepas dr hari yg dia meninggal tu, mmg aku jd muram sgt, sllu duduk dlm bilik dia sorg2 and menangis bila tengok brg2 dia. Mmg betul2 feeling. Kerinduan yg teramat. Sampai 1 tahap, aku niat/berdoa mintak nak jumpa arwah abg aku ni tak kira walau bentuk camna sekalipun. الله tak bayar aku cash, dia simpan dulu deposit niat aku. Bertahun2 aku jd camtu, tak tahu lah kenapa.

Sampai aku naik sekolah menengah. Waktu tu aku nak basuh baju sekolah. Masa tu ada sepasang aje baju. Balik sekolah pun da lencun baju dgn peluh, so aku decide utk basuh baju aku. Fyi, mesin basuh dkt luar blkg rumah. Dan sblh tmpt basuh baju tu ladang pokok getah yg da bersemak samun sgt. Waktu tu da pkl 10pm kot, mmg gelap n sunyi. Aku mintak mak aku temankan, dia mcm biasa sllu ckp pg lah, mak tunggu sini (ruang tamu) baca surat khabar sambil membebel aku tak basuh awal2.

Then aku pergi ke luar, masa tu tak fikir apa lg. Dok bilas2 baju, masukkab dkt bhgn spin mesin(mesin manual). Masa aku dok bongkok2 nak bilas baju, aku perasan dkt ekor anak mata aku ada smthg yg bongkok2 jgk. Mula2 aku buat tak tahu and aku ingatkan pokok getah or pagar rumah aku sendiri. Pastu aku bilas baju seterusnya, benda tu masih lg mcm buat aksi aku. Dr ekor anak mata aku, boleh nampak yg kepala benda tu terjenguk2 mcm nak suruh aku tengok muka dia.

And fyi, benda tu condong 30° Okay. Dlm hati aku kalau org, kuat btl dia nak condong mcm tu sekali. Masa tu aku da meremang habis dah. Bulu tengkuk da naik naik. Tp aku gigih nak pandang, nak tahu benda apa yg condong mcm tu sekali. Bila aku naikkan badan je( td kan terbongkok2 amik baju), terus benda tu melompat. Aku just nampak bygn shj. Tp dia melompat melepasi semak yg tinggi kepala org dewasa.

Kalau binatang nak lompat mcm tu pun mustahil, kalau org tu tak brpa nak masuk akal, sbb benda tu lompat dkt tmpt dia berdiri. Tak lari jauh2 then lompat pun. Masa tu baru aku tersedar, yg aku tgh tgk ni “Gula-gula mentos perisa mint”. Takut weh, dengar bunyi semak tu bergegar bila dia lompat, siap pokok2 daun2 bergoyang masa tu.

Taubat aku nak mintak bebukan lg. Benda tu mmg tinggi, lebih kurang je tinggi mcm arwah abg aku. Sekali الله jentik hati aku, terus nak pitam tak reti, lompat kijang je masuk rumah. 3 langkah besar, masuk rumah terus hempas pintu sampaikn mak and akak aku terkejut tengok aku. Sejak dr kejadian tu terus aku doa yg baik2, mntk yg baik2 utk arwah abg yg aku sayang tu. Korg semua pun doakan dia ea.

3. Yg ni gangguan terakhir aku rasa (Dip sem 2)
Sejak dr kejadian masa basuh baju tu, aku okay okay shj. Tp dlm masa yg sama, ikutkn bnda ni dr zaman aku sekolah menengah dulu. Arwah abah aku dulu dia mcm kena buatan org dkt org yg nak kan abah aku ni tp dia guba cara yg tak elok, sihir. Wallahualam. Sbbnya perangai abah aku berubah drastik.

Jd benci tgk mak aku, anak2 dia, pemarah, etc. Tp arwah abah aku da meninggal, masa aku skola menengah. Arwah abg aku masa aku skola rendah. Aku rasa smthg tak kena jgk la, rasa mcm ada smthg je dkt rumah. Sbb aku tak boleh ada dkt rumah sgt, rasa mcm takut n diperhatikan je. Aku ni nak kata kuat beribadah tu takda la sgt, biasa2 je. Tp bila aku buat, aku buat sungguh2. Nak dijadikn cerita, nak tunggu isya masa tu, aku mengaji.

Dan lepas je settle isya aku pun decide nak siapkn assgmnt pastu tido. Takda buat apa2 yg lagho pun malam tu. Tp bila aku tido, aku termimpi. Psl environment rumah aku, blkg rumah, which is ada dapur kayu.

Aku main kejar2 dgn sapa ntah masa tu, dkt blkg rumah. Sampai selekoh dinding rumah tu dkt dgn dapur kahu, aku bertembung dgn benda ni, tinggi manusia, berlendir, mcm dtg dr minyak2 hitam yg melekit bgai tu, n mata dka warna kuning terang, siap bernanah lg tenung aku masa tu. Mmg aku menjerit sekuat hati masa tu, kan masa tu aku tgh mimpi.

Sampaikn kawan aku yg tgh tgk movie masa tu pun terkejut, tp dia tak kejutkn aku pun suh bangun ke apa. Mmg takut sgt masa tu n aku paling geli dgn mata bnda tu. Bernanah, ada urat mata merah lg. Ending dia aku terkebil2 je tak dpt tido smpai esok tu sbb takut sgt n aku taknak cerita dkt kawan aku tu. Aku ada cerita dkt mak aku jgk, tp mak aku jenis tak percaya benda2 mcm ni, tp ada lah jgk bawak aku berubat dgn sorg ustaz ni. Ustaz tu pun kesian jgk, sbb dia pun kena gangguan mcm kena lempang dr benda tu masa tgh tido, waktu aku On the way ke rumah dia utk berubat.

Kisah ni bukan rekaan, ini perkara yg btl2 aku alami. Kalau ada apa2 cadangan utk perubatan, komenlah. Sumpah aku tak suka dgn bnda2 mcm ni kena dkt aku, sbb mmg takut sgt smpai nak menangis pun tak boleh. Aku just amalkn surah2 aje utk pendinding diri. Apa2 tambahan, komenlah. Dan aku nak pesan dkt semua org, perbetulkan solat n perkuatkn pendinding diri spya tak jadi bnda cmni. K Thank you.

N (Bukan Nama Sebenar)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.7]

4 thoughts on “Rentetan Gangguan Sejak Zaman Kanak-kanak Hingga Masuk Universiti”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.