Resort di Kundasang

Assalammuallaikum warga Fs.Ni first time aku hantar cerita kat sini.Thank you banyak2 untuk admin kalau tersiar.Untuk korang,sorry kalau tak seseram mana.

Kejadian ni berlaku semasa aku bekerja di sebuah penginapan di daerah Kundasang Ranau,negeri Sabah.Aku dapat kerja sebagai receptionist di sebuah resort area sini.Sebelum tu aku nak describe sikit keadaan hostel pekerja.

Hostel pekerja ni ada 4 bilik. 2 bilik tingkat atas dan 2 bilik lagi tingkat bawah.Design ala-ala rumah flat gitu tapi bezanya cuma bilik saja..dan tandas serta bilik mandi berada di luar dan di tingat bawah.

Nak dijadikan cerita,aku ditempatkan di bilik tingkat atas.Berkongsi bilik dengan sorang akak ni,tapi akak ni jarang bermalam di hostel sebab rumahnya dekat dengan area tu juga.Yang mana aku seorang lah yang conquer bilik tu.Sebelah bilik aku pula sepasang suami-isteri dengan 3 orang anak lelaki yang masih kecil2.Si husband ni kerja sebagai maintenance dan si wife ni pula sebagai housekeeping.Time keja,anak diorang yang 3 orang ni..diorang akan hantar ke rumah family si husband.Diorang ni pun jarang bermalam di hostel tu.Lagi 2 bilik di tingkat bawah tu untuk staff tukang kebun berwarga asing tapi akak satu bilik aku cakap,tukang kebun tu buat masa ni takde sebab tengah uruskan permit keja dan passport.Tak tahu bila diorang balik.so,ya..most of the time memang aku berseorangan di hostel tu.

My first two weeks d hostel tu belum ada kejadian seram berlaku.Aku sangat teruja dengan kebun strawberry depan hostel ni,dengan kabus pagi yang sejuk dan udara gunung yang nyaman.alaa…korang yang pernah pergi kundasang mesti dapat bayangkan suasana tu macam mana kan.

1 bulan kemudian..pengalaman seram,ngeri dan pahit tu terjadi lebih kurang jam 2 subuh yang dingin dan hening.Aku ni bukanlah penakut sangat,tapi bukan juga terlalu berani.50-50 kata orang.

Sudah jadi kebiasaanku untuk menutup lampu bilik sebelum tidur.Aku hanya membiarkan tv terpasang dan merendahkan volume tv sehingga langsung tiada bunyi keluar dari tv tu.Alasannya,aku tak boleh tidur kalau bilik terlalu gelap..jadi kalau ada cahaya dari tv tu selesa sikit diri ini tidur.Dan cerita bermula di sini…

Malam itu,aku terjaga.Jantung aku berdebar2 dan badan berpeluh2..seketika tadi,aku bermimpi ada budak lelaki dalam lingkungan 4-5 tahun melompat2 di atas katil ku.Benda tu terasa benar2 realistik sehingga aku dapat rasa badan aku terlambung2 sedikit.It was vivid dream but,it felt so real! Aku husnudzon.

Aku lihat jam,lebih kurang jam 3 pagi.Terasa nak buang air kecil..Walaupun aku masih berasa takut dengan mimpi tadi aku kuatkan hati untuk ke tandas..ok,skip part tandas.Kali ni aku biarkan lampu bilik terbuka dan aku sambung tidur.Dan..ya! Tak sampai 5 minit aku terlelap.Korang pernah rasa tak situasi di mana korang tak mahu tidur,tapi terpaksa tidur?Seolah2 korang berada di dalam kelas,korang mengantuk sangat tapi tak nak tidur.Haa…begitu la aku rasa.Jadinya,aku ingat lagi apa mimpi aku yang buat aku betul2 trauma dekat hostel tu.

Begini..selepas aku terlelap tu,aku termimpi ada seorang nenek tua.Dia kelihatan agak marah dan dalam mimpiku itu dia bertanya begini,”Kamu buat penginapan di sini,di mana lagi kami mau tinggal??”Aku takut.Aku cuba bangun dan lawan perasaan mengantuk tapi tak dapat.Aku tak dapat bangun dari mimpi tu.Seolah2 aku mesti menghabiskan mimpi tu baru dapat bangun.Aku kuatkan hati aku yang ini hanyalah mimpi mainan tidur.Korang pernah dengar tak tentang lucid dream?begitu lah keadaan aku..aku seolah2 dapat kawal mimpi aku tu.Dan dalam mimpi tu aku kemudiannya bercakap dengan nenek tu.”Saya minta maaf nek,saya tidak tahu..saya hanya pekerja di sini.”Selepas berkata begitu,datang pula seorang datuk..mungkin suami nenek tadi.Datuk ni muka dia baik dan tenang..dia seperti memujuk nenek tadi..tidak lama selepas tu baru lah aku terjaga dari mimpi tu.

Keesokan paginya di tempat kerja,aku menceritakan mimpiku ini dengan si wife.Petang selepas habis kerja,si wife dengan si husband datang ke bilikku dengan satu kertas yang berasap.Diorang ni suruh aku perasap kan la bilikku tu 3 kali pusingan dalam bilik.Aku masa tu tak tahu apa2 jadi aku ikut je lah apa yang diorang suruh.Dan..ya!malam tu ada cerita lagi.Bilik si wife dan si husband ni bising dengan suara anak2 diorang yang menangis.of course aku okey je sebab aku tau aku tak berseorangan di hostel malam ni.Suara budak2 menangis tu umpama lagu yang mendodoikan aku.

Sehinggalah aku bermimpi..dalam mimpi tu ada dalam 3-4 orang budak bermain2 dalam bilik aku.Suasana mimpi tu memang dalam bilik aku!yang aku hairan,ada satu lubang dekat dinding yang menembusi bilik si wife dan si husband.lubang ni tempat budak2 tadi keluar masuk bermain2.Aku terjaga!ya..sekali lagi.vivid dream.Aku sambung tidur.

Petang selepas kerja,si wife datang ke tempat ku dan membuka cerita.Malam tadi,anak bongsunya tak berhenti2 menangis.Si wife cuba bagi susu badan tetap juga menangis.Dan anak bongsunya itu hanya melihat ke arah pintu bilik diorang je.Kebetulan masa tu si husband berdiri di luar pintu bilik sambil menghisap rokok.Anak pertama dan keduanya pula asyik main dan ketawa saja.Dimarah,disuruh diam tapi tetap berketawa2.Padahal hampir 10 atau 11 malam kalau tak silap.Untuk suasana kampung,memang sudah agak lewat untuk berbuat bising.Si husband pula mula bengang dan memaksa si wife menyuruh diam anak2.Tapi keadaan tetap masih sama.Malah bertambah bingit dan bising dengan suara ketawa,menangis dan teriak.Sehinggalah si husband kurang sabar dan menumbuk dinding pintu.Barulah anak2 diorang diam,itu pun setelah melihat tangan ayah diorang luka dan d***h menitik di lantai.Yang membuatkan si wife dan aku sendiri seram,part si husband cakap macam ni..”itu lah kamu bising,tengok tu nenek marah sudah.Dia di sini tadi dekat tu batu.Buruk muka dia tengok saya!”

Disini aku yakin kawasan penginapan ni memang keras.Dengan kawasan di lembah2 gunung dan berbatu2..sebenarnya,tapak tanah ni dulu dipunyai oleh sebuah keluarga.Tapi ada sorang dalam kalangan diorang ni jual tanah ni tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain.Begitu lah sejarah penginapan ni.Nama resort biarlah rahsia.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

38 thoughts on “Resort di Kundasang”

  1. yer je seram….biasa pergunungan//lembah2 kan tempat tinggal makhluk alam ghaib….kat bandar2 pun ada…kita je tak nampak..

    Reply
    • Nasib baiklah..syukur Alhamdulilah.Tapi dari apa yg aku prnah dengar dari kawan2,prnah ada sorang staff prempuan kerasukan di sini.Sebabnya tu lah..selepas habis waktu kerja diajaknya kawan2 lelaki dan perempuan mabuk2 dan bising2 di situ.Nasib baik ada orang kampung datang tolong.Dan semua staff2 yang berkenaan tu dah dibuang keja.

      Reply
  2. Mne2 tmpt mcm hutan, gnung tu smua mmg ade je bnda tu. Cme kena ati2 jge mata, mulut & batas kat tmpt org…
    ⭐⭐⭐⭐

    Reply
  3. kalau mimpi then terjaga secara mengejut dari tido, percayala tu bukan mimpi biasa2..mmg realitinya situasi tu mmg terjadi..sy dah kena beberapa kali.

    Reply
  4. jeng2 resort apakah itu hihi…tp kundasang best

    waktu siang berabis jln ke tmp2 menarik di sana
    waktu mlm pula tarik selimut, sejuk weyy
    waktu subuh tunggu matahari terbit…bila nampak gunung perghh cantik gila

    rindu pula mau pegi kundasang huhu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.