RINDU
Lambaian dedaun di luar jendela sedikit menenangkan. Dari tingkap kecil berbentuk empat segi itu terlihat kayu semakin usang sebagai penghias ukiran. Berwarna coklat lembut. Cermin tingkap sedikit kelam, berkabus. Apabila dikesat dengan tangan, masih lagi kembali pada yang asal. Kelam semula…
Telefon berbunyi, “Mommy”. Itulah nama yang terpapar di skrin. Malas betul dia nak menjawab. Namun deringan itu berkali-kali. Akhirnya Maya mengalah.
“Ye mommy…”
“Betul Maya tak mahu balik rumah mommy? Dah seminggu Maya langsung tak jenguk mommy. Mommy rindu….”
“Beri Maya masa…” Pintanya perlahan. Lantas talian dimatikan.
Maya menghela nafas. Duduk di meja bulat tepi jendela, menghirup air kopi pekat yang dijadikan peneman setia.
Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak dapat lelap dengan erti kata sebenar-benarnya tidur. Perlahan-lahan, cecair itu mengalir di tekak. Wajahnya berkerut-kerut, tapi ianya nikmat dunia sarapan paginya.
Disebelahnya kain langsir berwarna hijau muda siap untuk dipasang. Diletakkan di atas sofa sementara. Disampingnya ada juga langsir berwarna coklat. Sebenarnya dia masih berkira-kira untuk memilih. Sekejap lagi dia akan menukar kain langsir yang nampak sudah pudar di rumahnya.
Cawan itu diletak perlahan. Dibetulkan pemegang agar seiring dengan tubuh. Entah apa tujuan. Sekadar bosan dan melayan perasaan mungkin! Sekali lagi Maya mengeluh.
Rindu….
Ya… itulah yang menyebabkan dia begitu dalam berperilaku. Masuk hari ini sudah lima hari pemergian suami tercinta. Maya betah duduk di rumah seorang diri. Keluarganya sudah mengajak agar tinggal bersama, tapi bagi Maya, biarlah dia dengan kenangan yang masih baru bersama suami.
Sesekali Maya tersenyum, ketawa kecil apabila imbauan memori itu singgah.
Ya! Rudi cukup kelakar. Orangnya simple, tidak banyak bercakap. Apabila berbicara lembut tingkahnya. Tidak pandai marah, tidak pandai bergurau, tapi dalam seriusnya itu, Maya cukup terhibur.
********
“Cantik betul Maya ni…” Ujar Rudi di suatu pagi. Ketika mereka masih berbaring di katil empuk. Kenangan bagi suami isteri yang sangat bernilai.
Sentuhan Rudi melurut di segenap tubuh. Maya memegang tapak tangan suaminya. melihat dan mencium sepenuh perasaan. Ada tahi lalat di ibu jari kanannya.
Rambut suaminya lurus hampir mencecah bahu. Malah anak matanya berwarna coklat perang hazelnut. Rudi menolak rambutnya kebelakang.
“Biasa je bang…”
“Maya sangat cantik….” Puji Rudi lagi. Tidak dinafikan memang isterinya itu sungguh cantik, menarik dan sedap mata memandang.
Maya suka dipuji. Minyak wangi jenama ‘legend’ itu masih lagi melekat baunya di badan Rudi. Maya mencium beberapa kali. Suka betul pada haruman itu.
“Kalau abang tak ada satu masa nanti, ketahuilah yang abang sentiasa ingat pada sayang. Abang akan sentiasa rindu sayang. Walaupun abang tak ada tapi abang sentiasa nampak sayang…”
Maya mengangguk. “Abang nak air teh?.” Dia bangun dari katil, meluru untuk menyediakan sarapan.
“Abang tak minum teh. Abang suka kopi.”
“Tapi Maya tak suka kopi….” Maya tersenyum memujuk. Mahu juga dia memaksa Rudi agar mengikut kemahuannya.
“Abang tetap suka kopi sayang…” Rudi mencuit dagu isteri tercinta.
*******
Bunyi air yang siap dimasak mematikan lamunan Maya. Tidak ada lagi Rudi, tidak ada lagi perbualan tadi. Kepalanya tertoleh-toleh. Terasa seperti dia di dalam mimpi. Kemudian Maya menghela nafas. Air kopi di atas meja di tenung.
Pahit!
Itu adalah persepsi awalnya apabila meneguk minuman kelat itu. Namun kerana rindu…. kerana rindu lah dia suka apa yang Rudi suka, dia cuba apa yang Rudi cuba.
Semua kerana dia sangat rindukan lelaki itu. Matanya sedikit segar walaupun air itu tidak diminum sepenuh hati.
Maya bangkit berjalan lemah ke arah dapur. Mematikan api dan dia menoleh ke arah langsir di rumahnya. Maya duduk bersandar di tepi dinding. Masih lagi setiap memori di rumah itu singgah.
*******
“Langsir ni tak cantik lah sayang…” Tegur Rudi mencemik
“Sayang suka! Sayang tetap nak warna coklat.”
“Ambil lah warna hijau muda tu… yang tu abang suka…” Rudi memeluk pinggang isterinya.
“Tak nak!! Saya tak suka warna hijau muda!!.”
“Hurmm… tak kisah mana-mana, coklat ok, hijau pun ok.” Ujar Rudi
Maya ketawa melihat gelagat suaminya. Rudi memuncungkan bibir – manja!
********
Tiba-tiba Maya ketawa sebagai mengimbas kenangan tadi, kemudian dia tersenyum, dan kenangan itu hilang kembali.
Maya menarik nafas dan menghembus beberapa kali. Dia perlu redha dengan pemergian suaminya.
Ya! setiap manusia akan diuji dan setiap ujian itu tidak sama. Bagi Maya walaupun pemergian Rudi itu terlalu cepat, tapi dia tetap redha.
Rindu bukanlah untuk meminta Rudi kembali, tapi rindu hanyalah sebahagian dari proses untuk meneruskan hidupnya.
Bunyi guruh di luar memeranjatkan Maya. Teringat kain di ampaian. Maya berlari laju ke pintu belakang. Hujan yang renyai, sekejap sahaja lebat. Sedang Maya mengangkat pakaian, dia terlihat seorang lelaki yang berpeluk tubuh tidak jauh dari rumahnya.
Lelaki itu tidak tahu mahu ke mana, dan tidak dinafikan memang rumah Maya adalah satu-satunya yang ada di situ. Lelaki itu berteduh di bawah pokok namun jelas masih lagi terkena tempias, habis baju kemeja dan sweater hoodie yang dipakai.
“Encik!!! Marilah!!!.” Spontan Maya memanggil. Dia melambai tangan. Kasihan melihat lelaki itu kebasahan. Dan sebagai tindakan spontan, lelaki itu turut berlari ke arah rumah Maya.
“Encik duduk lah berteduh di sini.” Maya menghulur tuala yang kebetulan ada di ampaian. Lelaki itu hanya mengangguk di bawah bumbung zink luar rumah. Kawasan halaman rumah itu agak besar dan luas. Hampir semuanya siap ditutup dengan atap.
Tidak disuruh, lelaki itu terus duduk di kerusi yang agak berjauhan dari wanita tadi. Membungkus diri dengan tuala kuning yang tebal. Kasihan juga Maya melihatnya. Tapi entah kenapa berani pula dia memanggil. Tidak terlintas pula kalau lelaki itu adalah pencuri, perompak, perogol atau…
Ah! Maya malas berfikir yang negatif walaupun kemungkinan itu ada.
Lelaki itu pula sesekali menjeling. Dia terpana, sedikit tergamam pada mulanya. Tapi dibiasakan diri. Mungkin sahaja dia malu.
“Encik duduklah dulu.”
Lelaki itu mengangguk, dia membuka baju sejuk di bahagian luar dan menarik hoodie yang menutup kepala.
Terserlah rambutnya yang lurus separas bahu itu. Tuala kuning itu di lap di rambut sambil tersenyum sedikit ke arah Maya. Apabila sudah kering dan agak selesa, tuala itu diserahkan kembali kepada tuannya.
Maya tersenyum dan mengambil pakaian tadi untuk dibawa masuk. Semerbak bau minyak wangi jenama ‘legend’ itu dari luar. Maya menoleh
“Rudi…”
Namun Maya sedar. Bau itu hanya pada tuala yang digunakan lelaki dari luar tadi. Dia mengeluh kasar.
Setelah meletakkan semua pakaian, Maya berjalan ke arah pintu semula.
“Encik nak air panas?.”
“Boleh juga.” Sambut lelaki itu masih lagi tidak mahu bertentang mata.
“Saya buatkan teh ya?.”
“Err… kopi! Saya tak minum teh.” Lelaki itu menoleh ke arah jalan raya, melepaskan pandangan. Pada fikirannya bagaimana untuk pulang ke rumah dengan cepat.
Sekali lagi Maya terpana. Anak mata lelaki itu yang berwarna coklat perang hazelnut hampir sama dengan seseorang!
Sungguh penampilan lelaki itu sama seperti Rudi… badannya, rambutnya, bau minyak wanginya…
Ah! Dia hanya rindu…
Sebaik menyiapkan air, Maya membawa cawan ke hadapan, namun lelaki itu tiada. Dia meletakkan cawan. Berjalan sedikit keluar. Hanya kerusi tempat lelaki itu duduk tadi basah, tapi penghuninya tiada.
“Cantik rumah ni…” Suara itu dari belakang. Maya benar-benar terperanjat, hampir sahaja terpelanting dulang yang dibawa.
Lelaki itu berdiri tegak dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam poket. Penampilannya segak. Benar-benar seperti arwah suaminya.
“Errr… saya bawa air te… eh! Kopi!.”
“Terima kasih.” Lelaki itu duduk kembali, terus meneguk kopi panas itu.
Tingkah lakunya diperhatikan, cara lelaki itu minum, cara lelaki itu melihat, cara bercakap dan cara lelaki itu menyelak rambutnya juga sama seperti….
Ah! Dia cuma rindu…
Dari luar, lelaki itu menoleh ke arah ruang dalam, pintu itu terkuak, menampakkan sudut ruang tamu. Terlihat perabut dan secawan kopi di atas meja bulat berhampiran tingkap yang sedikit kelam.
“Dah minum tadi?.” Tanya lelaki itu.
“Ha???.”
“Takkk saya tanya dah minum tadi?.” Ulang lelaki itu semula sambil mengangkat sedikit cawannya ke arah Maya.
Maya menoleh ke dalam, kemudian tersenyum mengangguk.
“Cantik rumah…” Ulang lelaki itu ayat yang sama, dia tidak tahu mahu berbual apa. tapi dia tidak banyak bercakap.
Maya berlari ke dalam rumah, dia mengambil langsir yang belum dipasang. Yang diletakkan di atas sofa tadi. Lalu dibawa kedua langsir itu keluar menunjuk ke arah lelaki itu.
Lelaki itu mengangkat kedua keningnya.
“Rasa nya yang mana sesuai?.”
Lama lelaki itu berfikir, sebenarnya tidak tahu apa tujuan dia perlu menjawab.
“Yang mana satu sesuai?.” Sekali lagi Maya bertanya.
“Saya tak suka coklat. Saya pilih hijau muda.” Jawab lelaki itu tersenyum, sekadar menghormati ruan rumah. Air kopinya dihirup kembali, tetap mengalihkan pandangan.
Dan kali ini. Air mata Maya bertakung, bergenang… langsir itu masih erat dipegang. Sebenarnya dia tidak tahu kenapa dia bertindak begitu, apa yang dia tahu dia cuma rindu…
Lelaki itu sedikit terkejut melihat wanita itu berdiri tercegat dengan air mata yang sudah pun mengalir di pipi.
“Errr… saya… ada tersilap cakap ke?.” Cawan tadi diletak kembali.
Maya menggeleng.
“Errr sebenarnya yang mana-mana pun ok. Coklat ok, hijau pun ok.”
Dan kali ini air mata Maya mengalir deras. Serba salah lelaki itu dibuatnya.
Maya pula tidak mahu berhenti, terasa dia benar-benar berjumpa dengan arwah suaminya.
Dia rindu… terlalu rindu…
Apabila lelaki itu bangun untuk mendekat, Maya beralih. Bau haruman minyak wangi itu sangat dikenali, malah itulah bau yang selalu dicium dari Rudi.
Sebuah kenderaan berhenti tidak jauh dari depan rumah Maya. Dari dalam kereta seorang lelaki lain melambai-lambai.
Maya mendongak.
“Kamal… kawan saya dah sampai…” Lelaki itu mengambil baju sejuknya untuk meminta diri. Dia sedikit menunduk mengucapkan terima kasih.
Maya juga meminta maaf. Dan dia menyuruh lelaki itu mendoakan kesejahteraan suaminya serta dirinya sendiri.
“Ketahuilah yang suami awak sentiasa ingat pada awak. Dia akan sentiasa rindu awak. Walaupun dia tak ada, tapi dia sentiasa nampak awak.” Lelaki itu mengakhiri kata-katanya, tanpa bertentang mata, sebelum meminta diri.
Mereka berpisah tanpa sempat mengenali nama dan butir diri.
Maya tercengang! Kata-kata itu…. Benar! Dia yakin lelaki itu adalah suaminya. namun kemudian dia beristighfar. Mengurut dada dan menganggap semua itu hanya kebetulan.
Ya… sebab dia rindu…..
Sebaik kereta itu berlalu. Maya segera masuk ke rumah mencapai telefon bimbitnya. Nombor didail dan dia menunggu panggilan dari sana berjawab.
“Mommy….” Panggil Maya
Suara dari sebelah sana terdengar sedikit serak. Wanita itu menangis.
“Mommy… Maya… rindu mommy…” Dan Maya juga tidak dapat menahan tangisannya sendiri. Ya dia terlalu mengikut perasaan sampai semua orang sekeliling
*******
Kereta tersebut bergerak laju membelah jalan raya dan pemandu tadi berceloteh sana sini. Tapi tidak dilayan.
“Hoi!! Kenapa kau termenung?.” Sapa Kamal.
Lelaki itu hanya tersenyum.
“Sejak balik dari rumah wanita tadi… kau termenung ni? Dah jatuh cinta keeee….” Kamal mengusik.
Lelaki itu masih lagi diam, tidak menjawab.
“Apahal ni???.” Tanya Kamal
“Perempuan tu…” Lelaki itu tidak menghabiskan ayat.
“Kenapa?.”
“Perempuan tu sama seperti arwah isteri aku…. Maya…” Jawab lelaki itu akhirnya. Dia menoleh ke arah Kamal di sebelah.
Tawa Kamal kendur. Tidak ada kata-kata lagi antara mereka. Keduanya terdiam. Semua itu kebetulan atau suratan???
“Aku nak jumpa dia lagi…” Lelaki itu membuat keputusan.
“Kau biar betul Rudi?.” Soal Kamal yang nampak terkejut.
Rudi mengangguk dan kereta mereka menyusur jalan raya menuju ke destinasi yang dituju.
Yang sebenarnya, Rudi juga sudah mula rindu….
TAMAT
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First beb yuhooo
Xpahammm rudii tu m**i ke x????? Mcm tergantung jaa
Rudi memang da m**i.. Yang itu hanya kebetulan.. Takkan ada sambungan lg..
Tudia yg m**i ke Maya?
Rudi yg m**i ke Maya?
Suatu kebetulan… 2 watak berbeza 2 nama yg sama..
Love story…..misteri mood jiwang…
“siapa yang m**i dulu, do ke mina yang m**i dulu??” (dialog filem p.ramlee ‘DoReMi’)
salam, tiba-tiba teringat babak tu. haha.. sorry.
sep!! same..
Kan.. Haha..
Pasal aperr errkkk?? Dgn brkerut dahi bagai aku baca dlm hati.😭
baru nk terkeluar air mata tp ending tu buat aq konfius..diorg ni eksiden, terpisah dan diberitahu pasangan dh m**i ke atau mcm mne..keliru..keliru
Suatu kebetulan… 2 watak berbeza 2 nama yg sama..
Bestt sgt cter n… Mood rindu tu sampai.. Ikut fahaman saya keduanya adalh kbtulan.. Nma yg sama.. Jln crta yg sama… Kebetulan yg sukar tuk dtemui…ikur dr pnjlasan sblum n
Suatu kebetulan… 2 watak berbeza 2 nama yg sama.. tu yg sy fahamlah… 😁😁7
Tok copy komen kau.. Nak tolong jawab persoalan dr pembaca lain bagi pihak nasa..
Mcm tergantung cerita ni, tlg sambung lg please.. Hehee..
Takkan ada sambungan..
Buat novel. Mcm menariklah jln cerita
Minah ke Do yg m**i dlu?..
😅
On behalf writer…
Du kehilangan. Dua individu yang berbeza. Satu nama yg sama. Satu kerinduan yg sama dan satu kerinduan yg sama.
Cerita tak Ada sambungan. Tamat sampai situ je.
*Dua kehilangan
Thanks Maira,baru faham.Ingatkan dia hidup balik.😂
Sokay babe.. aku tolong nasa je. Dia takde ni..bizi
eii tak puas hatii laa nak sambungan :'(
Penulis legend FS dah kembali.Dah lama tak baca karya Nasa.😍
Tak pernah menghampakan.
Nak sambungan 😘
Setahu aku take sambungan budak typo. Tapi kau tunggu nasa muncul la. Hahaha
Lu x pyah sibuk kat memana lah. Semua komen nk penuh muka lu ke mat? Pffft
Jilake!! Pakiu!! Hanats!!
KAU NAK SEBOK KOMEN DIA PENUH PEHAL?!! KOMEN DIA PENUH PUN ATAS SEBAB MENJAWAB PERSOALAN BAGI PIHAK NASA!! KAU TAKYAH NAK BAJET KURANG AJAR SANGAT LA NAK BALAS KOMEN!! ORANG TAK TAKUT PUN.. NAIK MENYAMPAH LG DA.. DUNIA AKHIR ZAMAN NI.. ORANG2 YANG PENUH HASAD DENGKI DALAM HATI MACAM KAU SEMAKIN BANYAK YANG WUJUD!! KALAU KAU TAK SENANG HATI TENGOK KOMEN DIA KAU BLAH!! ADA BANYAK STORY OR PAGE LAIN YANG KAU BOLEH BACA DAN TAKKAN NAMPAK KOMEN DIA NI!!
HIDUP TU BIAR TUNJUKKAN SIKIT TOPENG MANUSIA KAU.. JANGAN DITAYANG PERANGAI SYAITAN KAU TU..
Lu pehal. Gua x sentuh hal lu pon. Gua kondem citer cinta lu ada hal ke? Ini cite seram ke cinta. Lu otak ada. Fikirlah sikit
Ye ke kondem story je? In case kau lupa.. Cuba scroll balik komen kau kat atas ni..
Lu x yh sibuk komen ni publik. Bukn utk lu sorang
Eh takpe.. Aku mmg tgh x sibuk sekarang ni.. Mmg kena dengan masa la nak reply komen orang lain.. Terutama komen kau.. Kau wat lek wat pis yo.. Aku teman kau komen2..aku selalu sedih tgk kau komen sorang2..
Keh keh keh. Kesian lu. Gerak sorang je mana geng. Gua sorang x da hal bro
Aku takde geng.. Aku sorang pun x de hal..
Naik2 nama lu org juga kt carta. Sma gmbar. Sama simbol. Nak Bodoh pon agak2 lah bro
Tu aku cakap sebelum ni kat kau.. Orang lain da maju ke tempat lain.. Tapi kau masih kat situ.. Letak gambar sama x semestinya kami geng.. Nampak x betapa low otak kau letak? Aku gelak doh serious hahahaha.. Allah bila kau da x de idea.. Kau akan mention benda yang sama.. Hahaha
Mmg keje lu baca komen je ke. Gua x da mention pasal ni pon sebelom ni. Bro.. lu mmg x da life bro keh keh keh. Gua pon gelak lah
Aah aku mmg kerja baca komen je.. Freelance.. Takpe la.. Jom gelak sama2
Typo kau… Tok perati je..
Auloh tok… Hahhaha maklumlah..Komen dekat citer nasa. Tuannya takde tapi saka typo dia tetap ada.
Boleh buat drama kat TV ni
Drama hapa! Cinta?? Pffft! Ni lah melayu. Semua cinta. Otak sengkek
NI LA MELAYU!! CUMA TAU NAK KONDEM.. CUMA NAMPAK SALAH KAT ORANG LAIN.. DIRI SENDIRI BUAT SALAH TAK NAMPAK.. PUI!!
Lu pehal mat. Gua kcau lu ke.
Aku setuju. Jalan cerita menarik. Beautiful mystery love. Best nih. Btw, Singkong.. kau jgn layan lah manusia mcm si Husni tu. Buat sakit jiwa je layan org giler. LOL.
Aku layan bilq ada masa je.. Kesian dia x de arah tuju pula kat fs ni..
Sekor lg maira… msih geng yg sama. Tukr2 nma. Kemonn… keh keh keh
Tu aku cakap.. Bingai, bebal, bodoh kau tu simpan sikit.. Konfiden jgn tinggi sangat.. Bole nmpk bodoh..
Panas ke bro keh keh keh. Lex mat
Oiii miramaira tu writer la. Citer dia banyak dekat FS ni. Bukan aku sorang je. Kau ni kalau bodoh tu. Jangan tunjuk sangat boleh? Haiwan yg takde akal pun lagi bijak dari kau ni.
Dan aku bukan macam kau. Gigih tukar2 nama.
nak kempen lagi ni. sorry ya😬
silalah ke blog saya di;
http://www.fridaymornin.wordpress.com
ini memandangkan fs dah tak siarkan cerita2 saya lagi so pada pembaca fs yg suka cerita2 saya silalah kesana jika nak baca cerita terbaru saya. baru up kan few days ago
see ya guys
hi ezrin, sambungan ada di wordpress?
sambungan cerita yg mana?
fyi, saya baru up kan Kisah Seram si Boy Part 2
SAMBUNGAN PLSSSS
Lu sapa! Kempen citer lu kt tmpat org. Cau lah. Aku nk kutuk cite ni, dengn lu sekali gua kuTuk nnti.
Sedihnya. Bergenang air mata kat ofis ni.
sedih tpi tk fhm sikit
Suatu kebetulan… 2 watak berbeza untuk 2 nama yg sama..
Kebetulan ke mmng org yg sama huhu
Kebetulan..
Aku tak paham ni. Orang yg sama ke, atau canganer? Tolong tamatkan please. Aku rasa mcm tergantung ni. Oh kemonnnnn~
Lu ni pembaca cetek otak ke. Benda mcm ni pon x phm??
Sila meninggal!!
Fuck la lu singkong. Lu pehal semua tempat ada! Lu nak komen sekali blah lah. Nk penuh nama kt carta. Penulis sendiri kan ada untuk terangkan. Lu pehal beriya
Bro nama aku da mmg ada dalam carta.. Kau panas asal? Haha aku saje follow komen kau.. Biar kau x lonely hahaha
X da life ke bro singkong. Lu pon muka tepek kt sini je setiap masa. X da life ke lu mat?
Allah.. Acaner kau tau? Makin impress aku ngan kau ni..
Gua tahu tgok nm lu kt carta. Sedih. X da life
Tu la.. Aku tgk kau ngan aku sama x de life.. Bezanya kau puaka sikit dr aku..
Sory to say. Gua ada life. Org x da life je nama kt carta. See? Lu boleh tgok berapa byk masa lu bazir
Nama kat carta means x de life eh? Haha baru tau.. Aku da ckp aku freelance baca komen.. X de la 24/7 kat sini.. But so far aku komen murni.. X masuk komen orang bawa ayat biadap mcm kau buat.. (**cuma komen kau aku masuk ikut cara kau)
Mmg x da life! Lu ada keje lu x kan ada sini bro. Otak letak lutut? Semua boleh pikir lah
Luaskan pengetahuan bro.. Office hour start dari 8am to 5pm.. Kerja apa lagi aku nak buat after isya, selain reply komen2 kau?
Tak ke sweet tu bro..
Bodoh lah lu bro. Ingt gua cm lu ke gay.
kau kalau setakat nak fuck off orang lain baik kau diam je lah sial? simpan sikit perangai cibai kau tu! jangan suka nak bash orang je. kau ingat kau tu sape? dok cari gaduh dgn org je. takde life ke? ohh lupa.. org mcm ko ni memang takde life. life ko memang dok kat FS ni kan? kesian aku tengok kau do! dah lah hodoh, perangai macam cibai, ayat pun acah2 gangster. jgn2 kau jenis anak manja dudok bawah ketiak mak je. shameless!
Lu ni menyamar ke? Padahal geng mengarut tu kan? Pffft keh keh keh
kau je yang suka menyamar jadi orang lain.. jangan2 ko pun sama geng diorg jugak yg suka mengarut tu.. tak malu ke? ke memang jenis takde kemaluan?
Husni..Kau xboleh beradab sikit ke bro.. kau mmg suka cari pasal eh.. bosan sgt ke hidup kau..
Dia x perasan dia biadap.. Dia cuma nampak orang lain yg biadap.. Haha
Kurang kasih syg agaknyer..😂
Tu pasal aku nak temankan dia.. Kot2 dia rasa dihargai sikit haha
Gua x bising lu… x yah sebok!!
Dear Husni,.
Sy tak marah if awk terlebih cerdik. But, doesn’t mean you can be rude!. Even awk ni jenis suka condemn orang and jenis cepat panas baran skali pn, Please mind your language!.
Hye ms leely. Jom bkenalan. Pffft
sini bukan tempat cari jodoh lah!
Mmpos lah lu! Gua x ckp ngn lu
padan lah dgn kau!! muka hodoh pun ada hati nak ajak org berkenalan. kahkahkah kesian..
Hahaha siot je, sempt lgi nk cri jodoh 😂
Bukan orang yang sama.. Hanya kebetulan.. Mengikut kenyataan penulis.. Takkan ada sambungan..
Lu penulis ke?
Ye aku penulis.. Asal?
Keh keh keh. Penulis cinta? Jadi penulis ni pon geng lu lah. Bekap kuat lu?
Aku bekap semua.. X perlu nak jadi geng.. A Samad said pun aku bekap do kalau orang kondem tapi x faham cerita..
Gua x bingai. Gua pham citer. Lu yg x paham lu blah
Paham cerita tapi nak kondem? Motif?
Citer cintan cinton ni… lu ni lembap btol.
Sma da lu bodoh atau btol2 bodoh. Gua kondem ni citer bukan seram maa
FIKSYEN SHASHA kena stick to GENRE HORROR je ke? Kat ceruk mana kau baca cerita macam ni x bole masuk FS?..
Besarkan mindset.. Bukan cuma tau nak kondem.. Kalau cerita ni x layak dan x sesuai utk FS.. Admin FS x kan approved..
Psal lu org geng laaa. Min pilih kasih. Pffft
Bingai kau tu cover sikit.. Jangan tunjuk sangat..
Rajin layan si husni ni. Xpyah layan je singkong. Nnti lama2 diam dia tu
Baik temah.. Saje je melayan d masa lapang..
Sedih pla aku tgok si husni ni. Mental ke?
Dia mmg mental..
Noted,. Tapi macam ade yg tersirat.
Btw, Thanks bro…
Your welcome..
10/10
Geng mengarut sudah mari maaa. Lanciau… dh gua grak lu.
Awal lg nak gerak bro.. Lepak la dlu..
Fuck off lu. Bukan cr gua lyan org x da msa dpn mcm lu
Hahaha.. Da panas ke bro?
Sakit jiwa ke ko ni? X cukup khasiat?
amende la ko ni..serba serbi salah
Oii HUSNI!!!! kau kalau setakat komen tak mendatangkan faedah lebih baik diam.
Tak mendatangkan faedah tu. Kau tak kau tak menegur penulisan. Kau cume kondem karya orang. Kau tak menghiburkan readers & silent readers pun. Kau kondem komen orang, specially aku dengan singkong. Komen kau di setiap ruang Komen free ni buat semua readers annoying. Dan disebabkan kau jugak, dengan kami sekali terpalit najis yg kau bawa. Faham tak?
Kau cakap kitorang takde life. Then kau? Sebelum ni, nickname HASANI yg kau guna tu dah masuk dalam carta. 122 komen tu 95% kondem kitorang je. So, itu ke yg dikatakan kau ada life??? Dan sekarang kau gune nickname HUSNI pula. Banyak betul masa kau ea nak baca tiap komen aku dengan singkong siap reply lagi.
Next time sebelum kau mengata orang. Tolong guna otak kau tu until fikir. Jangan sampai najis yang kau lempar, kena balik pada muka kau.
SUMPAH!!! AKU BENCI GILE DENGAN MANUSIA HIPOKRIT, MUNAFIK MACAM KAU NI HUSNI.
sabar maira..ko cakap pape & bg nasihat camne pun die xkan faham & hadam..
best solution ko baca & ignore..tujuan die dtg sini mmg nak sakitkan hati orang je..
kalo ko sakit ati die lg happy la..sbb tujuan die tu da berjaya..sabar k..
betul. aku setuju. buat bodoh je dgn org macam tu. lagi layan lagi menjadi. baik ignore je sampah masyarakat tu.
Geng sampai.. ke ke ke
geng dengan ko lah Husni.
exactly👍🏼
jangan dilayan post2 dia. buat derkkk je. lelama bila dah takde orang layan, sure dia akn blah dari sini cari tempat lain utk dapat perhatian
orang mcm ni spt cikbambam cakap memang suka sangat bila orang layan dia. itu je tujuan dia buat onar kat sini. ini semua kes kurang kasih-sayang dan kureng perhatian dalam hidup. kesian jugak
Pffft. Bukan level aku melayan lu org.
habistu? sape level ko?
kan budak cool..saje nak crk perhatian..
kalo dengan cara baik bagus la..mesti ramai layan..
kalo dgn cara kurang baik ni cikbam nk buat kawan pun takut..
👍
Jangan sound kencang sangat kat husni ni.. Tok takut telur puyu dia pecah..
X da keje ke bro. pffft
Tak.. Aku da ckup kaya untuk kerja.. Kau pula? Tak kerja ke?.. Kemain merewang menjatuhkan maruah diri d setiap pelusuk komen..
Laaa telur puyuh ke? Kecik sangat.. kut la telur ayam..nampak la jugak. Hahaha
Hahahaha..telur puyu tu ape singkong?😂😂😂
siot singkong telur puyu…hahaha
Sedih teman baca ni. sambung lagi weh rasa mcm x cukup bca ni
Bacalah ulang2 sana.
Story ni terkesanlah cuma aku komfius last sekali tu, dia x tahu ke maya tu bini dia. Apa pon terbaik. Sambung lagi 😭
Rudi Dan Maya yg masih hidup adalah individu yg berlainan. Kebetulan nama sama.
** 2 kehilangan. Individu berbeza. Nama yg sama. Kerinduan yg sama.
Oooo,..Thanks Maira for penjelasan awk tu
Most welcome Ms leely
Mungkin si rudi ni masih hidup tapi sembunyikan diri dari pengetahuan orang lain? 🤔
Rudi Dan Maya yg masih hidup adalah individu yg berlainan. Kebetulan nama sama.
** 2 kehilangan. Individu berbeza. Nama yg sama. Kerinduan yg sama
Bila sambung cik maira?
Rose ni bukan citer maira. Ni citer Nasa. Dan menurut apa yg Nasa pernah bagitahu. Takde sambungan.
mula2 pikir camtu jgk..mungkin tu rudi yg sama tp hilang ingatan..
tp bile die sebut pasal bini die, Maya da meninggal tu baru paham tu semua hny kebetulan..huhuhu
Eh? Cmtu je. Smbung lg
Ikut kata nasa(writer) sebelum citer ni dipublish. Takde sambungan.
Lu bukan nasa lu x yah tayang diri. Nth btol ke x lu ckp tu mat. Pffft
Suka akulah. Kau tu bengap ketinggalan zaman. Aku keep in touch ngn nasa bukan dalam ni je bingai. So dari kau menyibuk tunjuk bebal kau tu. Baik kau diam.
Husni, syaiton ko x kene ikat ke bulan pose ni
Dia yg syaiton rasenye tu Adleen. Tu perangai bingai camtu
cerita lain dari yang lain..
sedih beb..mula2 aku agak konfius..tapi lepas baca sampai habis baru aku paham tu semua hanya kebetulan..
ko buat sambungan dorg berjumpa plk beb..hahaha..ok aku tau ko malass..
_katik
_katik tu dah hilang bam. Kau tau Tak dia bertapa pi mana? Penat aku cari. Hahahaha
Aku pm die ignore je beb..die seen je..tagune..katik da ilang..kite kene ketengah kan isu ni kt kampung..marii..😌
Balik beb.. Kita bincang pasal katik ni.
Sad story 😔 tahniah penulis.
Ala, ruginye gune nama lain…
Kalau gune nama yg sama, msti dah dok carta teratas..
Bnyk dah komen tu…
😊
Kan SGP… Orang HIPOKRIT camtu la. Tukar nama.
Haha…
Kesian…
Takde sape nak kwn ngan die la tu..
Nak berkwn tp tak pndai…
Mcm tu la jd nye..
😢
SGP – si perogol keh keh keh
Haah..
Mmg pun..
Cita sedih ni…janda dan duda yg kerinduan dgn pasangan masing2 lalu ditemukan sbg pengubat rindu
okayyy aku rasa so far story ni paling daebak weh. kipidap kepada writter !
Time kasih…
Ma shaa Allah, cerita yang sangat unik dan menyentuh hati . Sangat best ! Harap ada sambungan ..
InsyaAllah, tapi buat masa ni memang nak biarkan cerita ini habis smpai situ sahaja… nampaknkeunikan di situ
Rasa mcm baca novel. Best sgt. Cara penceritaan yg simple, menarik nk baca. Lagi best kalau panjangkan lagi cerita ni. Ada wattpad tak?? Buat novel cerita cinta kt wattpad plsss
Rasa mcm baca novel. Best sgt. Cara penceritaan yg simple, menarik nk baca. Lagi best kalau panjangkan lagi cerita ni. Ada wattpad tak?? Buat novel cerita cinta kt wattpad plsss
Menyentuh… Terbaik… Harap ada sambungan… Aku tunggu…
Terusik hati bila membaca tulisan ni. Terbaik. ❤
sambung please
walaupon x seram..tp best cite ni..sedih…kipidap
Maceh ramzi…
best cerita nieyh sedih .. tapi nak tanyalah kan . spa yg m**i dlu rudi ka maya .. tlong ad sesiapa jelaskan huhu
Tentang suatu kebetulan. Mereka tidak mengenali. Namun berjumpa atas sebb yang sama iaitu kematian…
Kedua mereka bukan sesiapa. Org berbeza. Namun nama dan kisah yg sama
Kebetulan. Satu dalam sejuta
Aik jadi m**i ke tak rudy ni
Nak smbungan please..
jalan cerita x mengecawakn..terbaik
Ni bukn citer seram bro. Lu tgok balik
So klo x seram?
Cerita dr nasa yusuf mmg xpernah mengecewakan.. I like..
bagus sekali artikelnya, keep on wriitng..
its touching . harap ada sambungan ya.
rindu pada seseorang yang telah tiada memang menyakitkan. aku pernah jumpa seseorang tu macam arwah ex aku. semua serupa. paras rupa, senyuman, cara percakapan semua sama. takde satu pun yang lain.
dia dtg ke ofis aku untuk mengambil cheque. kebetulan, cheque itu berada di tangan aku. dan, di situlah aku berjumpa dgn nya.
perasaan? hanya Allah je yg tahu perasaan aku macam mana. rindu yg tak terkata. sakit yg sangat menyakitkan. huhu.
dan, itu lah kali terakhir aku bertemu dengan seseorang yg mirip dgn arwah ex aku. huhu.
Karya yg Tak pernah mengecewakan…terima kasih.. penulis😍
nasa yusuf mmg xpernah menghampakan …moge ade sambungannya…
kene paham betul betul cerita dari awal..dan baca dengan penuh perasaan..baru sampai apa yang nk dicerita kan..10/10…superb