Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum warga FS. Salam Rejab untuk semua umat Islam. Mana yang tak ganti pose lagi tu bagi kaum hawa lekaihh-lekaihh la ganti, teman nak ngingat awok je, awok jangan la bash teman pulok. “Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Kisah ni bukan aku nak ceritakan pasal Su atau Rina. Last date aku tulis hari tu kejadian berlaku pada 29 March 2017. Catatan kali ni aku tulis gangguan yang menimpa anak buah aku, Mariam. Kejadian baru sahaja beberapa hari berlaku. Untuk kisah aku dan Rina, aku akan tulis dalam kisah SuRina. Buat masa sekarang aku masih berubat dengan Din, banyak gangguan yang terjadi kat aku so aku decide kumpulkan dalam cerita SuRina nanti, kalau teman nulis kat kisah ni, mau terjungkil biji mata mekome baca kisah teman ni. Apa-apa pun, terima kasih tak terhingga kepada admin sebab sudi publish kisah aku, dan kepada yang ikuti kisah aku dari JDU1, 2 dan akhir, aku ucap terima kasih. Terima kasih sangat pada korang yang doakan kebaikan untuk aku. Semuanya dan segalanya..Terima Kasih.
# 29 March 2017
Rina keluar dari tandas. Tiada perubahan pada riak wajahnya. Bibirnya mekar menguntum senyuman. Aku balas dengan senyuman tawar. Sumpah kepala aku rasa macam nak pecah. Bermacam-macam soalan yang ingin aku ajukan pada Rina namun bibir aku tak mampu berbicara. Macam kena gam dengan gam Uhu.
“Tak ada nak p mana dah kan, Riz? Kita balik rumah terus ya. Rina rasa tak larat sangat sebab banyak kita shopping hari ni.”
“Tak ada apa dah kot yang nak kena beli, so Riz hantar Rina balik rumah terus.” Aku bercakap seperti biasa agar Rina tak syak perubahan padaku. Tak mo la aku buatnya si Rina ni meroyan dalam shopping mall ni, mau 7 keturunan aku dapat malu. Anak-anak aku nak pi sekolah terpaksa aku tepek tepung kat muka buat bedak. Aku dah serik masa Su buat drama tv3 paut kaki aku kat U hari tu.
Sepanjang perjalanan, kitorang berdua senyap sahaja hanya bunyi radio duk memekak sorang-sorang dia. Sampai rumah Rina, aku angkat barang-barang yang Rina beli bawa masuk rumah dan minta izin untuk pulang. Selalunya aku singgah minum air dulu sambil-sambil makan kopok lekor ganuu, ganuu kitee~ Rina pun ok je tak ada pula nak paksa aku stay kat rumah dia. Aku tahu Rina tahu segalanya.
Macam biasa, dulu kau tak pernah pun alert benda-benda yang simple yang jadi dalam hidup kau tetapi bila kebenaran terungkai, walau secebis angin yang lalu akan kau ingati. Itulah yang berlaku kat aku sekarang ni. Selepas terungkai bahawa Rina dan Su adalah orang yang sama. Ate mekome jangan lupa partner depa, Opah! Semua yang jadi pada aku rupa-rupanya berkaitan dengan mereka bertiga(?).
Aku drive kereta macam biasa cuma sedikit slow memandangkan otak aku waktu ni tengah ligat berfikir. Aku tak on radio, tengah kepala aku serabut, aku lebih memilih keadaan yang sunyi daripada keadaan yang bising.
“Hihihihi!!!”
Aku break mengejut, nyaris jalan waktu tu ada kereta aku seorang je kalau tak, dah terpacak batu dua. Serentak tu, aku terus pusing belakang sebab aku pasti sangat suara tu datang dari seat belakang. Tak ada apa-apa. Aku usap muka sambil istighfar. Aku sambung bawa kereta macam biasa. Muka je cool waktu ni, jantung dup dap dup dap didalam, siapa yang tahu.
“Hihihihi!!!”
Aku tarik nafas dan masih teruskan perjalanan. Aku cuba tak endahkan bunyi hilaian tawa tu.
“Hihihihihihihihihihi!!!”
“Hihihihihihihihihihihihihihi!!
Mulut aku pung pang pung pang baca ayat al-quran mana yang terlintas.
“INGAT SU LAGI?”
Satu suara seakan berbisik betul-betul dicuping telinga aku. Automatik kepala aku menoleh kebelakang. Nothing! Aku pandang je depan, seorang opah tua sedang jalan dalam keadaan membongkok berada ditengah jalan sambil kepalanya menoleh kearahku. Bibirnya mengukir senyuman.
DUMMM!!! Aku langgar opah tu dan opkos la opah tu tak ada tinggal jejak. Dia hilang macam tu je. Aku tergamam.
“Piinnnn~ pinnn~ pinnn~” bunyi hon dari kereta proton saga mengejutkan aku yang jadi blurr kat tengah-tengah jalan tu. Tak tahulah berapa lama aku tergamam ditengah jalan tu.
“Bawa kereta elok-elok la bro, kalau nak m**i p m**i sorang-sorang jangan nak bawa geng, soalan kubur jawab lain-lain jugak.” Bro tu berhenti sekejap tepi kereta aku sambil bercakap dalam keadaan marah. Aku agak umurnya dalam 25 kebawah. Aku minta maaf kat dia sebab memang salah aku tapi bro..
Ayat kau memang SENTAP! Sedih pulak teman ghase. Sebelum tu, teman nak kabo yang teman tak kelik ke rumah teman, teman tiba-tiba ghase nak kelik kampung rumah opah dan atok teman di Perak sebab tu dari tadi tak banyak kereta yang lalu lalang. Malam pun malam la labuu~ Aku teruskan perjalanan seperti biasa tapi kali ni ditemani dengan cd ayat-ayat ruqyah sepanjang jalan. Aku sampai rumah opah dan atok aku dah pagi waktu tu. Sampai rumah, aku salam dan berbual sikit dengan diorang, terus aku minta izin untuk tidur.
#Pagi
“Riz!!! Riz!!! Riz!!!”
Satu tangan rancak mengoncang tubuhku.
“Hmmmmm…”
“Bangunlah..”
“Ala opah.. nanti Riz bangunlah. Bagi Riz lima minit, lima minit je. Riz janji.”
“Riz.. bangunlah~ bangunlah Riz.”
“Ok, ok, Riz bangun. Opah keluar la dulu nanti Riz ikut p ambil air wuduk.”
“Riz…bangunlah~ bangunlah~”
Waktu ni aku rasa sedikit marah. Aku pun buka selimut yang tutup muka aku sambil cakap
“Iyalah. Riz bangun dah ni. Riz dah ban…..”
Tak ada sesiapa disebelahku. Aku pandang keliling bilik, kelibat opah tetap tak kelihatan. Jam menunjukkan pukul 5.03 pagi.
#Subuh
“Ya Allah Riz, kenapa tidur kat sofa ni? Kenapa tak tidur kat bilik?”
“Saja je opah, Riz tidur sini, senang bangun, duk dalam bilik tu kalau bom landing sebelah pun belum tentu bangun lagi.”
“Nak bangun apanya kalau dah bom landing sebelah kamu, tidur panjang la jawabnya.” Selamba je opah aku jawab. Tajam jugak ayat tu.
“Dah nak pukul 7, baik kamu solat cepat sebelum habis waktu.”
“Riz dah solat subuh tadi opah, Riz terjaga dalam pukul 5, Riz solat isyak, tak lama tu dah masuk subuh.”
“Baguslah tu, tapi seboleh-bolehnya jangan kamu amal tidur selepas subuh.”
“InshaaAllah opah, tadi rasa penat sangat.”
“Kemas selimut dan bantal kamu, opah nak siapkan sarapan.”
“Baik, Madam Hajah Sarimah.”
Opah jeling tajam kat aku sambil terus berlalu pergi ke dapur. Gurau sikit pun tak boleh!
Selepas mengemas ala-ala orang bujang, aku capai fon. 18 misscall! Semuanya dari Mak Ton (Mak Tiri Rina). Hati aku rasa tak sedap, niat aku nak call Mak Ton semula tapi belum sempat aku tekan butang ‘call’, Mak Ton terlebih dahulu call aku. Cepat-cepat aku tekan butang ‘answer’.
Mak Ton : Assalamualaikum Riz (suara terketar-ketar, tak berapa jelas dan bunyi latar yang sangat bising.)
Aku: Waalaikummussalam Mak Ton, maaf semalam Riz tertidur awal. Bunyi apa bising sangat tu.
Mak Ton: Riz dengar kan??? Mak Ton takut. (bunyi seperti barang dibaling dengan kuat + desiran angin yang kuat, suara Mak Ton semakin samar-samar kedengaran.)
Mak Ton : Selepas Riz hantar Rina balik semalam, terus Rina mengamuk sampailah sekarang ni. Malam tadi senyap sekejap mungkin dia tertidur, sekarang jadi balik. Mak Ton takut sangat sekarang ni, Riz.”
Aku: Biar saya cakap dengan Su.
Mak Ton: Macam mana kamu tahu pasal Su? Kamu dah tahu yang Rina tu sebenarnya Su?” (Suara Mak Ton jelas kedengaran terkejut dan tiba-tiba bunyi bising pun hilang)
Aku: Jadi, Mak Ton pun dah tahu perkara sebenar? Kenapa biarkan Riz hidup dalam permainan Su? Tak apalah Mak Ton, mungkin Mak Ton pun tak ada pilihan. Pass telefon kepada Su, biar Riz cuba tenangkan Su dulu.”
Mak Ton : Mak Ton… okay Riz, Mak Ton bagi fon kat Su, kamu tunggu sekejap ya (suara Mak Ton masih tersekat-sekat seperti dalam ketakutan. Telefon masih on..)
Mak Ton : Su… (kedengaran pintu bilik dibuka dengan kasar)
Su: Riz sayang! Semalam kan Su takut sangat. Takut Riz tinggalkan Su. Riz takkan tinggalkan Su kan? Riz sayang sangat kat Su, kan? Macam Su sayang sangat-sangat kat Riz. Kan, sayang?”
Waktu ni aku mendengar sambil pejam mata, aku cuba tarik nafas untuk aku berfikir tindakan rasional apa yang harus aku ambil walaupun sebenarnya perasaan aku cukup marah waktu ini. Walaupun aku memang nak maki Su, walaupun aku memang rasa nak pergi jauh dan biarkan saja Su dan Mak Ton tapi aku tahu tindakan tu tak selesaikan apa-apa. Berhadapan dengan orang yang psiko banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
Aku: Riz ada kat kampung sekarang ni. Dalam seminggu dua Riz balik K.l, Riz datang rumah Su. Su rehatlah dulu. Jaga Mak Ton.
Su: Okay sayang. Janji tau nanti dah balik terus jumpa Su. Okay! Su jaga mak kat sini, Riz pun Su JAGA jugak kat sana.
Aku: -senyap & matikan telefon-
Untuk pengetahuan korang, Mak Ton baru berumur dalam lingkungan 35-an. Tak ada anak. Mak Ton dan Ayah Su baru berkahwin beberapa tahun lepas sebelum aku bertunang dengan Su (Rina), sebab tu aku tak salahkan Mak Ton rahsiakan semua ni. Aku sendiri tak dapat bayangkan kehidupan Mak Ton yang terpaksa berhadapan dengan Su dalam kehidupan harian dia. Okay! Masuk kisah Mariam pula.
Selepas sarapan, aku rehat di ruang tamu dan makan pula untuk tengahari. Lepas makan, aku ikut atok solat kat masjid dan balik, terus rehat dalam bilik. Opah tidur dalam bilik dia. Atok pula pi tengok kebun dia dihujung kampung. Tiba-tiba bunyi nada mesej masuk, terus aku buka dan baca. Dari anak buah aku. Sedara aku, Along Mastura (anak makngah) ada anak 15tahun, nama Max. Max ni perempuan tapi sikap ala-ala tomboy, nama sebenar Mariam. Keras perut aku gelak bila mula-mula dia suruh aku panggil dia Max. Aku taknak, aku panggil dia dengan nama penuh dia, Mariam.
Mariam: Assalamualaikum bro! Aku dapat tahu kau kat kampung. Aku dah on the way balik kampung tapi dia berhenti kat station bas je tak masuk jalan kampung. Kau tolong ambik aku, bro. Kau tolong sikit anak buah kau ni, tak luak pun minyak kereta kau.
Aku: Mariam join balik kampung? Adalah teman Pak Long Iz.
Mariam: Sapa cakap nak kawan dengan kau, baik aku sembang dengan opah kalau tak pun pi kebun dengan atok. Semak sembang dengan kau.
Aku: Maroh bebeno awok ni. Iyolah! dah sampai nanti WhatsApp teman, teman racing pi ambik awok.
Mariam: Tq bro.
Aku dah biasa dengan sikap kasar si Mariam ni walaupun terang-terang umur dia alahaiii.. muda terang tang-tang. Tunggu punya tunggu dah nak masuk maghrib baru si Mariam ni call aku bagitahu dah sampai. Aku pun pi ambik dia kat station bas. Sampai-sampai je aku tengok Mariam ada dengan adik aku. Masam je muka adik aku tu.
Adik: “Abang long balik kampung sorang dia je. Orang nak tumpang sekali.” Aku:”Laa.. dah adik tak cite nak balik sekali mana la abang long tahu.”
Adik aku masuk kedalam kereta sambil tutup pintu dengan kasar. Marah lerr tuu..
Masuk je selekoh tajam kampung aku tu, dari jauh kelihatan seperti kelibat orang lelaki berjalan terhuyung-hayang. Aku perlahankan kereta, tengok-tengok rupa-rupanya Pak Leman. Pak Leman ni hidup seorang, anak tunggal, mak dan ayah dia dah lama tak ada, dia pun tak kahwin lagi sebab dia memang popular dengan ‘kaki dadah’. Orang kampung aku la yang gelar macam tu. Mariam tiba-tiba suruh aku berhenti ditepi Pak Leman.
Mariam (turunkan tingkap kereta belakang): Pak Leman oii~ buat apa maghrib-maghrib ni. Nak tumpang naik sekali ke?
Pak Leman : -merengus kasar-
Mariam: Hek eleh Pak Leman ni, orang berbudi kita berbahasa tau. Tak nak naik sudah.
Aku: Apa cakap macam tu kat Pak Leman, Mariam ni nak bergaduh dengan orang je keje dia. Maaf ya Pak Leman. Kami balik dulu. Assalamualaikum.
Pak Leman: Waalaikummussalam.
Esoknya aku jadi driver kepada adik aku dan si Mariam ni. Rupa-rupanya 5hb nanti atok dan opah ada buat kenduri kesyukuran dan selamat, sempena diorang nak pi umrah. Atok aku hanya bagitahu kat adik aku sorang sebab dia ingatkan dia dah bagitahu kat aku. Kebetulan aku pun balik kampung tapi aku dah sampaikan kata maaf dari mak dan abah aku sebab tak boleh hadir. Hari ni diorang dah kena pi outstation, bila aku call tadi, aku pula kena marah sebab tak bagitahu awal-awal kat diorang nyarislah atok aku backup kata memang salah dia terlupa bagitau. Bos aku, awal-awal lagi aku dah kautim nak cuti seminggu lebih sebab kerja projek dah siap dan cuti aku pun memang banyak baki lagi.
Dah habis beli barang, adik aku dan Mariam pun masuk kereta. Baru aku nak gerakkan kereta, si Mariam bersuara memanggil Pak Leman. Seperti semalam, Pak Leman masih berjalan terhuyung-hayang. Pak Leman tak bagi respon pun kat si Mariam ni. Si Mariam ni pula duk gelak-gelak. Kena sawan ke budak ni? ‘Comel je Pak Leman.. buat-buat tak dengar pulak orang terpekik panggil dia.” Aku biar je si Mariam ni, malas nak layan.
Petang tu, si Mariam dan adik aku balik rumah sambil kayuh basikal laju-laju. Dari jauh lagi dah dengar suara diorang berdua ketawa. Apalah agaknya cerita yang kelakar sangat tu. Aku sebagai jejaka kesunyian dikampung negeri perak ni pun pi la menyapa diorang.
Tanya punya tanya, si Mariam ni pun kecoh la cerita yang dia dan adik aku ada berjumpa dengan Pak Leman masa diorang pi ronda-ronda keliling kampung. Si Mariam ni pun pulun la sakat Pak Leman tu.
Tak tahu kenapa, waktu ni aku jatuh simpati pada Pak Leman ni. Haha! Gamaknya, sebab rimas sangat, Pak Leman ni jerkah punya kuat dan marah-marah diorang, habis laju la diorang berdua kayuh basikal sampai tahap rantai basikal si Mariam ni tercabut. Mariam turun betulkan rantai basikal, sambung kayuh sambil gelak-gelak. Aku yang dengar cerita diorang pun turut sama gelak bukan sebab gelakkan Pak Leman tapi sebab kelakar pula aku dengar suara gelak Mariam yang seperti orang tak cukup oksigen.
Tak lama lepas tu, mak dan ayah sedara, sedara, sepupu sepapat aku sampai rumah atok aku. Memang riuh la rumah jadinya, nyarislah rumah atok aku ni jenis panjang dan luas. So, muatlah kaum kerabat kami ni kalau balik kampung, tak ada isu bilik tak cukup ke apa ke sebab jenis keluarga atok aku ni, kitorang bentang tilam dari hujung kanan ruang tamu sampai hujung kiri yang boleh muat 15 biji tilam, satu tilam boleh tidur 4 orang. Kami tidur ramai-ramai kat luar. Memang meriah. Tengah malam tu, kami berkumpul ditengah ruang dan buka cerita seram.
Aku join je untuk hilang bosan, semua kami anak beranak keluarga Tok Di join sekali kecuali atok, opah dan beberapa k***t pak dan mak sedara aku. Si Mariamlah si tukang cerita. Kisah hantu apa yang dia tak tahu? Semua dia tahu, pokoknya hantu-hantu tu dah jadi macam kawan dialah. Anak buah aku yang masih kecil, umur dalam 8-15 tahun memang takut bila dengar si Mariam ni bercerita. Aku tak ambik port sangat. Tengah syok Mariam bercerita 4-5 cerita hantu, tiba-tiba blackout. Gelap satu rumah.
Bergegar rumah atok aku tu dengan suara jeritan anak-anak buah aku. Lampu on balik dalam 3 saat, kemudian terpadam balik. Punyalah kuat adik aku cengkam lengan aku sampai rasa nak tertembus jari dia kat lengan aku. Masa lampu on dalam 3saat tu, aku tergamam. Mata aku terbeliak. Tak tahu imaginasi aku atau real. Aku nampak wajah Pak Leman betul-betul disebelah Mariam. Pucat! Lampu on balik seperti biasa. Jeritan anak-anak buah aku pun berhenti. Mariam ni punyalah cekal hati dia, selamba je dia meneruskan kembali cerita hantu dia, aku pula masih terkesima, adik aku pun sama mungkin dia pun nampak apa yang aku nampak. Mungkin untuk hilangkan ketakutan anak-anak buah aku, Mariam selitkan kisah hantu lawak dalam cerita dia. Mengekek anak-anak buah aku ketawa.
“HAHAHA!”
“HAHAHAHAHA!”
“HAHAHAHAHAHAHA!”
“HAHAHAHAHAHAHAHA!”
“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA”
Suara garau seorang lelaki jelas kedengaran sedang ketawa. Tawa dia bergema seluruh rumah waktu tu.
Pulp! Lampu terpadam dan beberapa saat kemudian nyala kembali.
Setiap kali lampu terpadam tiap kali tulah anak-anak buah aku duk jerit. Bila dah on, tahu pula nak senyap. Keadaan seperti biasa cuma Mariam tiba-tiba berdiri ditengah ruang.
“AKU PUN NAK BERCERITA!” Mariam bersuara dengan nada garau. Matanya tajam memandang kanan dan kiri.
“Kemenyan hitam pewangi ku,
Asapnya makananku,
Saji aku, serulah aku.
Aku datang sebagai penemanmu.”
“Kemenyan hitam pewangiku,
Asapnya makananku,
Saji aku, serulah aku,
Aku datang sebagai penemanmu.”
“Kemenyan hitam pewangiku,
Asapnya makananku,
Saji aku, serulah aku,
Aku datang sebagai penemanmu.”
Bergema suara garau Mariam persis suara lelaki dalam rumah atok aku. Mariam menyebut manteranya sambil tersenyum memandang kami semua. Serius, meremang bulu roma teman waktu ni. Rasa nak terkucil pun ado tapi belum menyempat lagi, kaki teman dah terasa basah-basah panas. Rupa-rupanya si anip, anak buah teman yang duk sebelah kiri teman dah terkucil terlebih dahulu sambil menangis. Apa lagi! Aku, sedara aku yang lagi tua dari aku dan pak dan mak sedara aku pun ceradak lari jauhkan diri dari si Mariam ni. Mengekek si Mariam ketawa. Garau!
Kelam kabut masing-masing suruh panggil tok imam la tok siak la, Ustaz Zaki la untuk berubatkan si Mariam yang jelas-jelas dirasuki sesuatu. Atok aku datang dengan segelas air, lalu dibaca sesuatu dan direnjis kearah Mariam.
“Arghhhhhhh!” Mariam mengerang kuat. Lagi teruk anak-anak buah aku menangis waktu ni.
Mariam;”Sakitlah Pak Di, ate jangan direnjis airnya ke teman.”
Atok: “Kau buat apa kacau cucu cicit keluarga aku?”
Mariam: “Mana ada aku kacau. Aku cuma datang sekejap je rumah kau. Kau tak kan tak kenal aku, Pak Di? Aku, Leman.”
Atok: “Jangan kau gunakan nama arwah sebagai tipu muslihat wahai syaitan laknatullah.”
Mariam: ” Mana ada teman main-main dengan nama arwah. Lagipun, budak ni yang tegur aku dulu. Aku tak layan, dia masih kacau aku, tu yang aku datang.”
Atok: “Tu sebab dia tak tahu siapa sebenar kau.”
Lama juga atok aku bertarung dengan Mariam dan akhirnya Mariam rebah. Aku terkesima sebab baru aku tahu yang atok aku pun berilmu dalam perubatan Islam tapi kenapa atok aku tak pernah tegur ‘opah’ tu? Tak mungkin atok aku tak nampak ‘opah’ tu. Malam tu semua pakat tidur berhimpit rapat-rapat, satu tilam dari muat 4 orang je, kitorang berhimpit sampai lapan orang untuk satu tilam. Takut punya pasal.
Esoknya, aku yang kaki sibuk ni curi-curi dengar mak-mak sedara aku duk bergossip kat dapur. Rupanya Pak Leman dah nak dekat setahun jadi arwah. Mayat arwah disyaki terbiar dirumah sudah 4 atau 5 hari baru jiran sebelah buat aduan polis bila bau busuk dan lalat penuh berterbangan memasuki rumah arwah dari tingkap dapur. Arwah ditemui m**i dengan mulut, mata dan hidungnya dipenuhi lalat. Al- Fatihah untuk arwah.
Petang tu aku baring diatas katil disebelah adik aku yang sedang ralit bermain telefon.
Aku: “Abang Long nak cakap sikit, boleh?”
Adik: “Cakap je la.”
Aku: “Abang Long baru dapat tahu yang Rina tu sebenarnya Su masa abang long temankan dia pi shopping hari tu.”
Adik aku hentikan bermain telefon dia dan pandang aku dengan perasaan terkejut dan hairan. Aku tersenyum kelat.
Aku: “Kenapalah abang long tak pernah tunjuk gambar Su pada adik, mak dan abah? Mungkin Su hanya permainkan hijab abang long, bukan pada korang bertiga. Kenapalah abang terus padam semua gambar dia masa kami U sekali dulu.”
Adik: “Kalau abang long masih simpan gambar dia tu yang pelik.”
Aku: “Su tu memang nak jaga abang, kan? Tapi dengan cara yang salah.”
Aku sambung : “Lately, abang banyak dengar kisah orang jadi gila akibat sihir. Cikgu Musa tu pun opah cerita jadi gila sebab ada orang dengki.”
Adik: “Motif?”
Aku: (senyum kecil) Kalau suatu hari nanti, ditakdirkan abang long ditimpa nasib yang sama, jangan biar abang long di’jaga’ oleh Su. Jauhkan abang long dari dia. Abang Long lebih rela dihantar ke hospital Tanjung Rambutan & pesakit mental dari abang long jadi hamba abadi Su.”
Allahumma solli ala Muhammad, Waala alihi Syaidina Muhammad (3x)
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sambungan….
X paham ? dia ada cerita lain sblm ni ke?
Kucing_meaw ade sebelum ni tajuk cerita die jaga dia untukku! Gambar tengkorak. Cuba search.
Riz..sambung lagi rizz.. huhuhu xsabar nak tunggu cite ni.. moga riz cepat sihat ye dari gangguan su. Berhuhu jela ni…..
Hmmm semoga su bertemu buku dgn ruas
Kesian kat hang dear..aku rasa cara yg paling mudah ialah hg berhijrah ke luar negara..kot setan2 su xbleh ikut
sambung lagi abg long (tibahhhh)
Ceeehhh…
Bodek ekkk…
Hahhahahaha…
Papepon, ending arini sedih plak tang ko borak ngan adik tu…
Emoooo hakak kejap dik…
satt..mcmana kamu tau su tu rina?
bace “jaga dia untukku -akhir”
mase dorg kt shopping complex..
dlm intro cite mariam ni, Riz ade sbut psal su, rina n “opah”..
jaga dia untukku ade watak “opah” tu..
Ehheyy aku rasa berdebar je baca cerita kau ni weyhh
kannnnnn…dah agak Rina ialah Su bila budak kecik tu g tau pasal opah dan Su…
kesian abg long..
su tu mmg dh meroyan nk dkat abg long..
sanggup dia buat mcm tu..
papepun, arap kembali sembuh..
aku pun kene bkk blk cite dia…konpius jap
okey……citer mariam ni mmg paham la(moral jg sakat org..kan dh tersakat benda lain) ….confuse bab su n rina je….kena mentelaah citer blakang dulu ni…
bestttttt
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
la…pak leman da arwah rupenye..yg mariam pon dok menyakat..adeh
Ada link tak untuk cerita yg sebelum2 ni..pls share
Masuk ja home page FS, lepastu type Jaga Dia Untukku dekat search button. nanti keluar la 3 part, (1), 2, & akhir 😀