Roh berjalan waktu tidur

Assalamualaikum warga FS, terima kasih admin andai cerita aku nie disiarkan. Bole panggil aku Ailin. Cerita aku xde lah seram mana, biasa jer, cuma sejak kebelakangan nie aku suka baca FS, jadinya aku pun rasa terpanggil untuk berkongsi cerita aku pula.

Aku tak de pengalaman diganggu teruk2 mcm kebanyakan cerita dlm FS nie ataupun ada keistimewaan untuk nampak makhluk2 tepi kiri kanan. Cumanya, masa aku kecik2 dulu, aku rasa mcm sixth sense aku tue ada 1/4 kot haha mende lah aku ckp nie. Dia mcm, tiba2 aq rasa berdebar dan cemas, serentak pada masa yg sama aku akan terbyg benda tue sebijik rupa bentuk dia.

Mcm cth, pernah sekali aku nak solat isyak kat bilik mak aku. Waktu nak angkat takbir tue tiba2 aku terbayang pompuan baju putih rambut panjang meluru kat muka aku dgn laju. Korang faham kan? Aku sikit lagi nak batalkan solat dan cabut lari weh. “Pompuan” tue seingat aku dia mcm marah sebab aku solat. Tapi aku teruskan jer lah solat sebab ada bisikan dalam hati aku nie ckp, kau tgh menghadap sape skrg? Benda tue atau Allah? Cewaahhh

Lagi satu, yg nie lepas solat maghrib tpi dlm bilik aku pula. Time nie aku dah habis solat, tgh nak baca surah2 lazim tue aku tiba2 rasa ada org kt blkng dan serentak dalam bayangan kepala aku time tue aku terbyg ada “gula-gula” tgh tengok aku sambil mendengus marah. Aku toleh lah ke belakang, mmng x nmpk pape arh cuma pelik asal ada rasa mcm nie. Aku baca ayat kursi, 3 kul, pahtu aku istighfar sampai aku tenang, sampai “rasa” tue hilang, then bru aku keluar dri bilik.

Nmpk mcm berani kan? Tak pun sebenarnya.

Selain pengalaman2 mcm nie aku selalu gak kena tindih kt rumah ataupun kt sekolah asrama dulu. Pengalaman aku seawal 10 tahun dan nie yg aku paling ingat smpai sekarang. Time tue sebab aku dah ngantuk sangat, aku baring jer lah dulu sorang2 kat bilik mak aku sebab selalunya kitorg tidur ramai2 sekali ngan adik-bradik aku time tue. Waktu aku baru jer nak terlelap time tue lah aku kena tindih. Kena tindih tue biasa, tapi yg luar biasanya time tue aku tetiba dengar ada suara garau betul2 sebelah telinga kiri aku and dia cakap, “jangan takuuuttt~” hah aku apa lagi kalut arh nak lepas kan diri aku dari kena tindih tue, giler apa aq baring dekat dgn dinding kot. Aku sedar jer aku cabut lari cari mak aku, tue pun dia nak tindih lagi.

Lagi satu pengalaman aku kena tindih aku masih ingat aku kena prank dgn benda tue hahaha tak guna. Aku masih ingat aku start kena tindih kul 12 pagi dan sebab dah selalu kena, aku lawan dgn cara yg selalu aku buat arh, gerak kan kaki dan sebut “Allahuakbar”. Tapi benda tue tak berhenti weh walaupun aku dah berkali2 lawan. Sebab kan setiap kali aku lawan tue aku terjaga, aku mesti akan terpandang jam dinding aku, dari kul 12 tue kejap kul 12.10, lepas tue kul 12.30, then kul 12.45 dan akhir sekali, yg nie paling dahsyat, dia bukan sekadar tindih weh. Last skali dia tindih tue aku sedar2 jer bilik aku cerah mcm dah pagi, jam pun tunjuk kul 8.00pm. Aku pun mcm rutin kebiasaan nak bangun dan pegi mandi, tapi bila aku nak bangun tue badan aku tak leh gerak. Arhh sudah aku masih kena tindih rupanya. Bila aku lawan and tersedar sumpah bilik aku jadi gelap balik and jam time tue kul 1 pagi. Aku dah tak tahan dah time tue, aku keluar and aku pegi ambik wudhuk hah padan muka x leh tindih dah. So, kwn2, kalau bole sebelum tidur tue ambik lah wudhuk yer.

Selain kena tindih, aku pun selalu dpt mimpi2 pelik. Pernah jugak nmpk “makhluk” tue dgn jelas. Waktu tgh tidur, pernah sekali, aku mimpi ada nenek tua bongkok kt syiling bilik aku tgh tengok aku sambil cuba menakutkan aku. Rambut dia keriting, putih, badan dia pendek mcm kena penyet, mulut dia nganga besar, mata putih dengan tangan berkuku panjang. Weh ya Allah aku bangun jer istighfar and terus baca pendinding. Nasib baik time tue ada member overnight kat rumah, tidur sebelah aku. Berani lah nak tidur balik dlm bilik tue.

Pernah jgk aku mimpi aku jumpa sorg pompuan nie dkt bilik mak aku. Dlm bilik mak aku nie dia ada satu bilik kecik yg mak aku jadikan sebagai bilik baju (closet). Memang ada almari jer dalam tue dan kebiasaannya memang bilik tue gelap dan xde pintu, cuma ada laluan terus yg berhubung dengan bilik utama. Hah aku jumpa pompuan tue kt dlm bilik tue dlm mimpi. Entah lah kenapa dlm mimpi pula bilik tue jdi cerah, so aku memang nampak dengan jelas lah pompuan tue. Dia pakai baju putih, rambut panjang. First2 dia membelakangkan aku, tp bila dia rasa aku kt belakang dia, pelan2 dia toleh pandang aku dan aku memang nmpk jelas muka dia. Sumpah cantik hahaha muka dia pucat, bibir merah tp apa yg menakutkan sebab dia senyum sinis kat aku weh. Beberapa saat dia hilang dan bila aku nak keluar dari bilik mak aku, aku nmpk dia tgh duk sisir rambut dia depan meja solek mak aku, tp x nmpk bayang pun kt cermin.

Aku pernah jer crita benda2 nie kat mak aku dan memang aku pernah kena bawa jumpa ustaz. Tapi jumpanya tue sekali jer lah hehe. Bila aku tengah diruqyah tue, aku prnh ckp en, aku x leh nmpk cuma aku bole byg kan benda tue and mmng time tue aku terbyg gak “pompuan” berbaju putih tue ada kt situ tp dia x buat pape pun just duduk jer. Bila dah habis sesi bacaan tue dan lepas aku crita kan psl mimpi2 aku sume, ustaz ckp mungkin rumah aku tue dh mmng ada yg menumpang. Pahtu berkenaan “pompuan” tue pulak, sebab dia x prnh nak ganggu aku in real life, ustaz cakap mungkin dia just nak berkawan. Lol meremang bulu roma aku time tue. Alhamdulillah nasib baik aku x pernah diganggu pun selama nie.

Ok nie pengalaman aku yg paling last aku nak share. Aku pernah sekali mimpi aku berlegar dalam rumah. Awal2 aku x ingat sangat dh sbb dh lama sngt tp last2 tue aku ingat aku tgh duk menghadap tv dkt ruang tamu. Ruang tamu aku nie ada satu ruangan lebihan di hadapan tv, yg mana kitorg budak2 selalu duduk kt situ berhamparkan tikar and segala sofa dan meja ada kat belakang kitorg. Aku harap imaginasi korg tinggi lah yer.

Tiba2 tgh tgk tv tue, aku mcm terdengar ada bunyi kt belakang. Bila aku toleh jer aku nampak mak aku tengah baring kt sofa tapi sebelah kepala dia ada satu makhluk tgh ltk tangan dia kt kepala mak aku and ada buat something. Aku x nmpk jelas dia buat apa tp apa yg pasti aku tgk mak aku dalam keadaan tutup mata tue, dia tahan sakit. Dah nmpk mak aku sakit aku sound lah benda tue. Aku cakap, “Woi!”

Pahtu benda tue mcm terkejut sebab aku nmpk dia. Alih2 tangan dia kat mak aku first2, dari posisi dia kat sofa tue, dia hala pula tangan dia kat aku. Jauh weh jarak aku dengan benda tue tapi p aku bole rasa tercekik. Lepas tue, bila dia gerakkan tangan dia aku pun terikut sekali dan dia hempap aku ke tepi. Ya Allah time nie aku sumpah dah lemah, duk terkulai kat depan sliding door rumah aku. Lepas dia hempap, aku dalam posisi terbaring tue, aku buka mata jer benda tue dah depan aku dan sekali lagi dia hala tangan dia kat aku. Tak sentuh tapi aku memang rasa tercekik, tak boleh bernafas. Dengan kudrat aku yg terakhir aq sempat sebut Allahuakbar sekali, alhamdulillah benda tue terus lesap.

Dan di sini part yg buat aku ingat benda nie sampai sekarang. Lepas jer benda tue hilang, aku memang lemah giler dh time tue, tak leh gerak, duk terbaring jer kat situ. Tiba2 aku dpt rasa badan aku slow2 kena angkat dan aku mcm seolah2 terbang naik tangga. Sampai jer depan bilik, aku nmpk jasad aku tengah tidur dengan mak aku kat sebelah dan aku terus terbangun. (Fyi, aku memang tak tutup pintu kalau tidur sebab takut gelap.) Bila aku terjaga tue aku sumpah pandang depan bilik aku lama giler sbb aku mcm x leh brain benda apa yg aku mimpi tdi? Roh aku ker tadi tgh berjalan? Dan makhluk apa yg buat roh aku jdi lemah mcm tue?

Kalau korg nak tau, makhluk tue bukan dalam jelmaan mana2 hantu yg ada kat mana2 cerita. Sebab bentuk dia lain macam. Tinggi, badan dia mcm seorang lelaki yg sasa tapi apa yg buat aku pelik warna tubuh badan dia warna-warni, bukan hitam atau putih tapi mcm campuran warna lain2. Dan bentuk muka dia pun panjang ke tepi, lebar giler. Muka tak nmpk dengan jelas, cuma gambaran badan jer aku ingat.

Sebab tue aku guna perkataan “makhluk” dan bukannya “hantu”. Memang pelik arh benda tue sampai sekarang aku x tau benda tue apa.

Benda2 nie jadi sebelum aku masuk sekolah menengah. Alhamdulillah lepas masuk sekolah, solat aku makin terjaga dan mungkin sebab tue kot aku dah jarang giler kena tindih dan sebagainya.

Cuma lintasan bayangan tue tetap ada haha. Serius yg nie aku memang tak tipu, mmng kalau ada benda kt satu2 tempat tue aku mmng akan terbyg dgn spesifik dkt kepala otak aku secara tiba2. Dan mcm mna aku tau benda tu mmng ada kat situ? Aku dengar citer drpd org setelah beberapa lama aku terbyg, so aku akan jdi mcm, “ohh betullah bayangan aku tue” hehe

Macam nie lah aku, tak nampak tapi kalau bukan dalam mimpi mesti terbayang. Alhamdulillah tak pernah nmpk secara real depan mata, tak nak pun kalau boleh, sebab aku yakin hijab kita tertutup supaya kita bole jalani kehidupan dengan tenang.

So sampai sini jer lh perkongsian aku, tak bnyk, tak seram tp harap ada kelainan tersendiri yg bole hiburkan pembaca.

Wassalam,
Ailin.

Ailin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

3 thoughts on “Roh berjalan waktu tidur”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.