Roh Orang Bunuh Diri

Bismillahirrahmannirrahim..

Semoga sedikit perkongsian dari kisah aku nih dijadikan pengajaran dan iktibar untuk semua pembaca.

Aku terdetik nak kongsi kisah ni sebab aku tengok ampa macam ketagih cerita hantu ja. Hoho. Sebelum ni aku pernah share jugak cerita kat sini..
Alaa yang pasal rumah NekCa tu. Haaa ingat dak? Kalau dak, pi scroll bawah-bawah kalau ampa rajin lah. Huhu.

Kisah ni adalah kisah benar yang berlaku kat kampung aku sendiri masa tahun 90an. Kalau tak silap aku, pernah keluar majalah Mastika. Alaa majalah yang banyak cerita hantuuu tu. Haha aku rasa budak-budak zaman sekarang tak pernah tahu pun kewujudan majalah tu. Agaklah!

Ok cerita begini..
Dulu kat kampung ni ada seorang gadis, nama M, elok parasnya. Bekerja di sebuah kilang. Menyewa di salah sebuah rumah di kampung aku ni. Bolea dikatakan nama dia jadi bualan jugaklah sebab suatu hari kecoh cerita kononnya dia beli racun kat kedai. Biasalah mulut orang kampung, cepat jea tersebar cerita-cerita.

Lepastu dia ditemui mati akibat minum racun. Puncanya, oklah aku mintak maaf kalau cerita ni seolah mengaibkan arwah tapi aku share sebab aku nak kita semua ambil iktibar.

Dia mati bunuh diri minum racun sebab dia mengandung anak luar nikah. Family dia buang dia. Lelaki takmau bertanggungjawab atas ketelanjuran mereka.

Haaa sejak tulah macam-macam cerita keluar. Orang kampung ni diganggu oleh roh si M ni. Katanya roh M tak tenang. Kata mereka lagi tanah tak terima arwah M sebab cara kematiannya adalah bunuh diri. Kubur si M ni berlubang dan macam2 cerita lagi lah.

Cerita 1 :
Kawan-kawan kilang M selalu nampak kelibat M dalam bas kilang dorang. Ada yang terlupa pergi panggil si M ni. M duduk kat tempat duduk bas kat bahagian belakang.
“Ehhh M… ” then baru dorang teringat.
“Weh, M kan dah takda…..”
Sejak dari tu kengkawan ni kalau nampak si M dalam bas depa buat taktau ja. Semua pakat duk depan jea. Haha Memanglah seram tapi selagi M tak kacau depa buat diam ja la.. walaupun seriau jugaklah, huhu. Ada jugak yang selalu nampak M tunggu bas kat bus stop tempat M selalu tunggu.

Cerita 2 :
Start maghrib ja, roh M akan berkeliaran kat kampung ni. Paling best, dia akan ketuk pintu setiap rumah. Bagi yang kurang bernasib baik depa pi bukak pintu nampaklah sekujur tubuh si M ni. Masa awal2 depa kata M nampak cantik, lama-kelamaan wajah M bertukar hodoh. Sejak daritu kalau waktu maghrib depa akan kunci pintu, tak keluar rumah dan abaikan orang yang ketuk pintu.
Bukan sebijik dua jea rumah, hampir semua rumah diketuknya gaisss. Dia datang sambil kendong bayi, batu nisan actually.

Cerita 3 :
Ada seorang hamba Allah lalu kat kubur tempat arwah dikebumikan. Hamba Allah nampak lah seorang gadis menangis kat tepi pagar tu. Dia pi tegurnya.
“Kenapa nangis ni dik?”
Si gadis menangis je cuma perkataan yang didengar oleh hamba Allah ni,
“Tolong.. tolong..tolong saya.. ”
Si hamba Allah ni bila terpandang jea muka si gadis teruss pecut laju motor dia. Huuu. Rupanya arwah M.

Apa yang aku tahu roh arwah M berkeliaran dan ketuk pintu rumahh-rumah orang kampung sebab dia nak cari lelaki yang buat dia tu. Then dia nak minta tolong doa sebab rohnya tak tenang. Yelah, family pun tak terima dia. Nak doakan, apatah lagi. Dengar cerita family dia kat Arab. Si lelaki asyik kena kacau dia larik entah ke mana. Wallahualam..

Pengajarannya, semua orang yang beragama Islam tahu, perbuatan BUNUH DIRI adalah haram dan berdosa besar. Sebagai orang Islam yang dikurniakan akal oleh Allah, janganlah bertindak bodoh dengan mengambil jalan mudah membunuh diri untuk lari dari masalah.
Selesai masalah dunia, timbul pula masalah yang lebih berat dan kekal -dalam kubur, padang mahsyar, dan di akhirat kelak.

Ingat lah yea semua.

Akhir sekali, atas budi bicara orang kampung, depa buat solat sunat khas untuk arwah M. Doakan kesejahteraan M. Alhamdulillah berkat doa, M tidak lagi mengganggu orang kampung. So aku mohon kita sedekahkan doa untuk arwah M. Al-Fatihah.

p/s yang kat rumah NekCa not sure lah orang yang sama atau sebaliknya.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

  1. Sape2 yg membesar pd tahun 90’an msti knal majalah mastika, majalah peberet aku plak tu… Tp skrg majalh tu xbnyk cita hantu sbab penah kne marah seorg pembaca bnyk sngt siar cita hantu, siap marah2 lagi kononya xde faedah la, masyarakat x akan membangun la siap nk banned penerbit skali plak tu… Btw nice + creepy story ko jah lain kali share lagi ye lantak la klau org x suke cita hantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *