Rohku Dipelihara

Roh Aku Dipelihara.


Assalammualaikum admin FS dan pembaca-pembaca setia FS…Aku Nur asal Sarawak tapi menetap kat Semenanjung…Aku nak kongsi satu cerita yang saya lalui tahun lepas…Masa dengan ex bf….Dia sihir aku untuk suka dia. Jadi aku intro sikit, aku mualaf dan pernah berkahwin tapi dah bercerai sebab entah ehh…Hidup terumbang ambing tanpa didikan agama…Sampai lah jumpa ex yang sihir aku tu. Dan aku sekali lagi terjerumus ke kancah maksiat. Sebab cerita aku tinggal serumah dengan ex. Dia tiba2 masukkan diri dalam rumah sewa aku..Aku pun macam orang bodoh benarkan. Aku pun tak tahu.. 

Jadi aku straight to the point pasal cerita aku. Malas nak basa basi lagi berjela-jela…Kang korang jemu pulak. Jadi kisah ni aku skip sikit sikit ye…biar mudah dan ringkas. Aku kenal ex bf aku ni kat kelab malam. Kawan kawan yang kenalkan..Dia seorang askar yang buat partime jadi bonzer kat kelab. Jadi aku masa kenal doa kat kelab tu memang niat nak berkawan saja. Tak tau pulak dia minta no kat kawan dan start berperangai pelik dan saiko. Cemburu tak bertempat sedangkan baru kenal.

Dan ada satu hari tu dia whatsApp aku dengan mesej mesej yang agak saiko. Konon nampak ada laki keluar rumah aku. Laki tu pakai baju itu ini. Aku dah start annoying sampai tahap aku suruh dia check sendiri rumah aku kalau betul ada jantan keluar masuk rumah sewa aku. Dia pun naik atas rumah. Konon nak check, rupanya terus tidur sampai seminggu tak keluar bilik aku. Tido memanjang. Gi kerja pun tak, ingatkan kenapa dia kuat tido…Rupanya kaki ice..

Okay sampai situ pengenalan pasal dia. Nie aku nak cerita bab kami seram dan yang pelik sepanjang setahun tu hampir setiap hari kami gaduh. Sampai dia pukul belasah aku tak kira tempat. Aku pun kadang kadang tengok muka dia benci. Bila dia takde aku jadi rindu. Sampailah satu tahap dalam bulan 8 ke 9 macam tu aku start sakit2. Aku start rasakan benda ghaib sekeliling aku. Bukan itu je aku start tak boleh tido malam. Hanya tido dalam 10 minit waktu azan. Itupun dah kira lama bagi aku. Kaki aku start lebam2 tanpa sebab. Aku kerap mimpi yang aku dikelililingi 4 ekor kucing kelabu dan tangan aku dibelit ular hitam. Salah seekor kucing tu try nak buka belitan tapi tak berjaya..

Setiap hari lah aku mimpi seram sampai tahap aku takut nak tido. Sebab ada sekali aku tido aku mimpi pulak buaya putih serang belakang rumah aku kat kampung. Anak beranak pulak buaya putih tengah nak berlawan dengan ayah aku. Tapi aku dalam mimpi nangis2 sebab suruh ayah aku lari jangan lawan. Sampai dunia nyata aku nangis. Aku buat bodoh jelah, ingat mainan tido. Walaupun aku takut2 nak pejam mata lepas tu…

Haa…part nie paling bodoh aku rasa..Dalam tengah hari aku try nak lelap mata., sebab memang semalaman tak boleh lelap, sebab aku takut. Ex bf aku pulak rajin duty malam, tak tau kenapa sepanjang aku kena macam tu dia rajin duty malam. Bila je aku cerita kat ex aku, dia gelak2 konon dia tak pernah percaya bab alam ghaib nie. Aku pun panas hati lah macam dia tak amik berat pasal kesihatan aku. Okay back to story, part yang aku nak ceita tu..sedap2 aku nak lelap, tiba2 tilam aku seperti ada orang pijak. Aku celik mata tengok sekeliling takde sape pun. Aku dah start cuak. Setiap malam pun aku akan dengar rumah atas (Rumah sewa aku rumah kedai) ada bunyi orang tumbuk sambal belacan…setiap malam kot pukul 2 3 pagi. Selain tu bunyi orang tarik perabot. Aku husnuzon jelah..

One day aku ngan ex aku gi makan kat foodcourt. Orang sana memang kenal kami sebab selalu makan sana dan selalu bergaduh depan orang ramai. Ada adik pelayan nie tanya nape aku kurus semacam. Aku dalam nada berseloroh aku cakap aku diet. Padahal aku makan setiap 2 3 jam sekali. Jadi dalam sehari memang 5 6 kali makan macam bela saka…

Keesokkannya kebetulan kakak aku tak kerja, kami pun borak borak kat ruang tamu. Ohya lupa nak bagitau aku tinggal serumah dengan akak aku. Dia Kristian dan dia tak kisah aku tinggal dengan ex, tapi dia annoying bila kami setiap hari gaduh. Sampai tahap pecah barang kat rumah. Ex acu pisau kat leher, pukul aku guna stering lock, hentak kepala aku dan macam macam lagi dia buat. Jadi masa aku ngan kakak aku berborak, aku ada tanya akak aku betul ke aku kurus. Dia jawap ye dan cengkung sangat sampai mata nak terkeluar. Akak aku lah suggest aku berubat kat Darul Syifa kot kot buataan ex suami pulak. Aku pun jangka ex suami. Rupanya orang yang dekat dengan aku. hahhaha…Ex aku bila aku ajak anta aku Darul Syifa macam lah alasan dia buat. Terpaksa aku ajak akak aku. Memang mencabarlah kami nak ke sana. Dengan waze bawak ke perumahan orang. Darul Syifa tu tepi jalan je. Kami dah lalu banyak kali tapi tak nampak. Sampai aku ajak akak aku tanya orang sekeliling..Barulah jumpa..

Bila dah berubat..Alhamdulillah aku boleh je tido lepas tu, sebab ustaz yang ubat aku kata ada 2 jin yang menumpang. Dia pun dah buang masa tu. Aku ingat dah betul betul okay, sebab aku tak tau yang buat aku masa tu ex bf aku tu. Benda tu jadi bila aku kat Sungai Petani ada urusan. Itu ex bf aku teman. Kami sewa hotel. Kat situ pun kami gaduh besar. Sampai ex aku tu sembunyikan diri dalam almari baju hotel. Aku buat tak tau. Lepas tu masa aku tutup lampu hotel tu. Aku nampak bayang bayang hitam sebijik ex aku tu. Terkejut aku masa tu. Cepat2 aku buka balik lampu. Aku gagahkan diri buka almari. Aku nampak dia dalam tu. Yang menjadi persoalan aku dia atau bukan yang aku nampak tadi? Tapi aku diam sebab ex aku kalau aku cakap pun dia tak percaya…

So dipendekkkan cerita one day family aku dari Sarawak datang. Ayah aku kira orang yang reti ubatkan orang tapi bukan dari segi agama Islam lah ye. Bagi aku mandi bunga apa semua. Masa tu family aku dengan bf kakak aku pujuk aku balik sarawak. Aku macam berat nak tinggalkan ex aku, tapi aku nekad jugak masa tu nak balik demi anak aku. Aku niat balik untuk tenangkan diri. Tapi lepas jauh dari dia tiba tiba senang pulak untuk aku lepas dari dia. Takde dah rasa berat2 hati bagai…hahahaha…mungkin sihir dia tak kuat lagi…

Jadi masa aku kat Sarawak, aku kenal tunang aku yang sekarang melalui group cari jodoh kat FB tu…hehe… Alhamdulillah yang ni baik orangnya. Sebab dari family kuat agama tapi bukan jenis yang riak. Jenis yang ajar aku pasal agama. Jadi slow slow sekarang aku faham sikit sikit pasal Islam. Alhamdulillah…Kenal tunang, aku pun jumpa tunang kat rumah family angkat dia. Jangan risau kami tak tido bersama. Kau tido ngan adik2 angkat dia yang perempuan. Jadi 1 day tunang aku kena balik Sabah sebab dia orang sana. Abah dia meninggal. Al Fatihah buat arwah bakal bapak mertua…

Aku pun tunggu kat rumah keluarga angkat dia. Sampai dia balik semula ke Perak. Keluarga angkat dia orang Perak. Ohya lupa nak bagitau…Walaupun aku dah bertunang ex bf aku tetap ganggu hari hari. Call atau whatsApp aku..Cerita aib aku..hasut tunang aku macam macam. Alhamdulillah tunang bukan jenis cepat percaya. Sampai ex bf aku subuh subuh call tunang aku sampai 50 kali, semata-mata tak puas hati kat tunang aku dan aku. Kejap dia puji aku wanita paling sempurna. Kejap dia hina aku pelacur. Serius saiko…Eee….takut bila ingat balik..

Okay ada satu hari tu dalam bilik kat Perak ni, aku tido lah petang dalam pukul 4 5 macam tu. Tiba2 aku mimpi disetubuhi orang. Dalam mimpi macam ex bf aku. Bila bangun aku jadi blur dan ingat ingat lupa. Aku pun bangun dan serius perasaan takut nak tido datang balik sampaikan adik angkat tunang aku teman aku tido malam. Sebab dulu tu aku pernah gak mimpi disetubuhi bayang bayang hitam macam tu. Dan ada satu malam aku mimpi nampak ex aku ada depan aku yang tengah tido. Aku lari keluar nampak sekeliling rumah nie gelap kecuali jalan lalu dari bilik yang aku tido tu. Sampai depan ruang tamu hingga pintu besar gelap sangat sangat. Aku lari keluar tapi aku tiba kat satu tempat seperti rumah sewa aku yang rumah kedai tu…Aku nampak ada bayang bayang hitam kat bilik kakak aku, sampai menangis teruk aku dalam mimpi aku sebab takut benda tu apa apakan kakak aku. Dan dalam mimpi tu muka aku lebam lebam macam dah kena belasah…Aku pun apa lagi aku bagitau tunang aku sebab kebetulan abang dia dan mak dia boleh ubatkan orang ikut perubatan Islam..

Ingatkan ex aku dah tak buat aku. Sekali abang tunang aku check, roh aku mamat tu pelihara untuk aku rindu kat dia bagai. Sadis rasanya. Dan bila abang tunang aku checkkan. Dia tak pernah kenal mamat tu tapi dia boleh huraikan orang yang buat aku tu sebijik ex bf aku. Jadi cepat cepat mak dan abang tunang bantu apa yang patut dari jauh. Dengan memagarkan tubuh aku dengan kahlimah suci Al Quran…Alhamdulillah sampai sekarang aku takde gangguan…

Okaylah min sampai sini je. Nanti ada masa aku share kisah seram aku yang lain. Assalammualaikum. Maaf kalau terabur ayat aku…Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

9 thoughts on “Rohku Dipelihara”

  1. Haram jadah nyer jantan askar x guna mcm tu…elok kn buang jer…sajer jdkan awk sbg pemuas nafsu…elok langgar kt tepi jln…takpon bior kn tembak ngan pengganas Lahad Datu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.