Rombongan 3 Hari 2 Malam

Hi kepada pembaca pembaca tegar FS. Actually ni kali kedua aku tulis kat FS ni. Kali ni aku nak cerita pasal kejadian yang terjadi kepada aku masa aku darjah 6. Kesemua nama yang aku guna untuk cerita ni hanyalah dalam bentuk shortform. Ok mula.

Pada hari pertama sebelum berangkat ke Cameron Highlands, kami semua berkumpul di dalam dewan sekolah. Tengah sedap-sedap aku nak baca komik, tiba-tiba kawan aku, ZY suruh aku temankan dia pergi ke tandas. Sebenarnya kat sebelah dewan ada tandas, tapi tak tahu kenapa dia nak gi tandas lagi satu. Tandas tu memang jauh sebab kene lalu gelanggang bola jaring dengan BLOCK A.

Masa ZY kat dalam tandas, aku tunggulah dekat luar sebab tak tahan bau hancing kat dalam tu. Tengah syok dengar lagu, aku nampak kawan aku sorang lagi, PT jalan sorang-sorang menuju ke tandas. Aku memang suka nyakat dia so aku tegurlah dia.

“Weii, tak takut ke jalan sorang-sorang time gini?”, tegurku.

Dia hanya senyap dan menjelingku. Oleh sebab masa tu aku dah rasa lain macam, so aku malas dah nak layan dia. Lepas tu ZY pun keluar. Aku suruh dia tunggu PT tapi dia paksa aku tak payah tunggu dia. Sampai je kat dewan aku ternampak PT baru masuk ke dalam dewan. Aku tanya dia tentang dia ada tak gi tandas tapi dia jawab dia tak gi tandas dan dia baru datang. Memang cuak aku masa tu. Patutlah ZY tak bagi aku tunggu.

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS

Selepas puas round dekat kawasan Cameron Highlands, kami pun berehat di hotel berdekatan situ. Nama hotel tu biarlah rahsia. Selepas dinner kami lepak dibawah kira tingkat paling bawah lah sebab ada yang ikut cikgu pergi pasar malam. Aku memang tak boleh jauh dari komik dan fon dan masa tu aku lupa bawa komik aku.

So aku minta izin dengan cikgu pengiring untuk pergi bilik amek barang. Masa kat dalam lift tu memang seram juga sebab setiap tingkat dia berhenti tapi aku malas nak layan. Aku cuma fikir yang kawan-kawan aku nak kacau aku je. Sampai je kat bilik aku buka lampu tapi masa tu aku baring kejap sebab penat seharian berjalan. Tengah sedap baring, tiba-tiba tv on sendiri dan paip kat sinki terbuka.

Aku masa tu cuak memang cuak gile. Terus amek powerbank, fon, kad, komik dan turun ke bawah guna tangga. Disebabkan aku ketakutan so aku terlanggar crush aku masa turun haha. Nasib masa tu dia tak bawak geng kalau tak memang kecoh.

HOTEL DI KUALA LUMPUR

Ni panjang sikit ceritanya. Bawah hotel tu ada tempat shopping. Masa tu cikgu bagi kitorang kebebasan untuk berjalan. Lepas je ibu aku solat, mak kepada kawan-kawan aku ajak dia pergi shopping. Mula-mula ibu ajak aku, PT ngan YJ. Masa ni bilik aku ada ibu aku, aku, PT dan YJ sebab masa tu kitorang cuma nak stay kat bilik baca komik (maklumlah masa tu kitorang ada singgah kat kedai buku POPULAR). Entah kenapa diorang berdua nak pergi lepak kat bilik sebelah. Diorang ajak aku tapi aku tetap juga nak dok kat bilik.

Masa kat bilik tu, mula-mula tak de rasa pape tapi akhirnya aku rase macam ada orang perhatikan aku. Aku apalagi terus chaww ahh. Sampai kat bilik sebelah diorang gelak kat aku. Masa tu aku rasa memang macam nak lempang muka diorang semua tu.

Malam tu, YJ nak tidur kat bilik diorang. Yang buat aku jeles ngan PT tu boleh pulak dia tidur awal, lena pulak tu. Masa tu pukul 11 malam, dalam bilik cuma aku yang belum tidur sebab aku asyik dengar macam orang tengah jilat sesuatu kat tandas. Masa rombongan tu aku period 3 hari. Aku pun terfikir juga masa tu takkanlah aku cuci tak bersih sebab aku siap guna sabun lagi .

Disebabkan dah terlalu ketakutan aku nekad nak pergi bilik sebelah. Tak sangka diorang pun kene jugak. Tapi diorang lain sikit, diorang cakap kat tempat diorang macam ada sami tengah sembahyang. Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan. Diorang ajak aku tidur kat bilik diorang tapi ibu aku tak bagi. Tak tahulah macam mana dia boleh tahu aku kat bilik sebelah. Masa nak melangkah masuk bilik tu mata aku asyik nak toleh jalan pergi kat lift. So aku pun tengoklah. Comel je cik pon cangkung kat tengah-tengah…

Tanpa berlengah, aku terus masuk bilik cuci kaki berselubung. Esoknya aku cite kat salah satu cikgu. Dia cakap memang bende tu akan datang mengacau sebab kitorang bising sangat masa kitorang berkumpul kat bilik WX hehe. Sampai sini jelah. Nanti kalau aku jumpa lagi bende tu aku akan story lagi kat sini.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

7 thoughts on “Rombongan 3 Hari 2 Malam”

  1. setuju… anti-climax sikit… kalau lama sikit, mungkin boleh full climax. tak dpt full, pre-climax pun jadik… harap bersabar dgn kerena pembaca…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.