Hai assalamualaikum pembaca setia FS!! Aku selalu sangat baca dekat laman FS nie, terniat juga di hati ni nak update cita sendiri hihi. Ini pertama kali aku menulis cerita aku di laman FS. Aku harap cerita aku ni FS sudi nak siarkan kepada pembaca. Aku pun nak buka cerita yang aku pun ada 1 pengalaman pasal benda benda halus macam tuuu time aku join rombongan sekolah ke Cameron Highland 2hari 1malam.
2hari 1malam je? Ye tak best langsung sebab rasa sekejap sangat! Tapi aku tak kesah lah janji aku dapat ikut sebab aku bukan datang dari family yang suka berjalan jalan huhu sedih. Jadi aku ambil keputusan untuk ikut rombongan tersebut. Cerita ni berlaku pada tahun lepas 2016, bulan Ogos. Cerita aku ni takde lah seram sangat tapi ade lah effect sikit bila terkena dekat batang hidung sendiri haa hahaha.
Panjang pulak pengenalan cerita aku eh! Hehe, Okay meh nak cerita sikit. Pada masa hari yang kami bertolak, kami menaiki bas sekolah yang ditempah khas oleh cikgu untuk ke sana. Masa tu aku tak fikir bukan-bukan sebab kalau nak tau itu kali pertama aku ke sana yelah macam aku katakan aku bukan dari family yang berjalan. Aku bertolak ke sana dalam kira kira jam 7:00pagi. Boleh tahan jugak 5 jam nak ke sana. Kalau aku nk ceritaa panjang dekat part ni kang bosan pulak! So aku skip okayy?
Perasan tak perasan aku dah sampai ke kawasan Tanah Rata yang ade ladang-ladang tu ape entah aku tak ingat tapi masih di atas lagi, arh aku ingat dah sampaii! Rupanyaa kena turun bawah lagii. Pada mulanya aku tak syak yang aku akan menginap dekat homestay! Dekat jadual planner tu tak perasan pulak tulis homestay hmm tapi dalam pemikiran aku maybe homestay tu tak lah teruk sangat kan. Boleh la setakat nak duduk 2hari tu.
Nak dijadikan cerita aku dah sampai ke area bawah. Masa dalam bas tu aku terlintas di fikiran nak bertanya kepada kakak senior yang di sebelah aku tu, namanya Kak Mar. Aku dengan dia tu boleh dikatakan rapat juga sebab aku pernah minat dia sebab dia cantik putih muka alaala cina gituu. Hihi. Jadi aku bertanya pada si dia, “Kak Mar tau tak kita dok homestay mana? Agak-agak Kak Mar jauh tak?”. Dia pun jawab, “tak tahulah Ifaa, tapi rasanya dekat-dekat sini sebab kita kan dah sampai bawah sekali”.
Aku pun dengar dan diam je. Dah jauh berjalan di area tu, pakcik driver bas pon bawak kami ke homestay tu. Aku tak ingat nama homestay tu tapi tempat tu dalam sangat!! Seram sejuk je bila masuk jalan nak ke homestay tu. Aku pon bercakap dalam hati, “apesal jauh sangat nih huluuu betul nak keluar pon tak boleh sebab nampak area ni memang macam takda orang nak bersiar siar”. Aku pun tak kesah sangat pasal tu sebab terlalu penat duduk dalam bas then berjalan-jalan pulak dekat setiap perhentian area tanah rata tu kawasan Ladang teh, ladang Anggur , Ladang strawberry dan memacam lah!
Sebaik sampai di homestay tersebut, aku dah rasa sedikit seram. Errm entahlah, mata aku meliar tengok kawasan ni seolah-olah memang tempat ‘dia’. Aku turun dari bas lalu mengangkat beg-beg pakaian aku. Selepas itu kami berkumpul beramai-ramai di hadapan homestay tersebut untuk mendengar sedikit taklimat dan pengasingan kawasan pelajar perempuan dan pelajar lelaki . Ustaz juga turut mengikuti program rombongan tersebut. Aku dan Kak Mar dapat bilik sama dengan rakan rakan yang lain.
Cikgu menetapkan untuk 1 bilik didiami oleh 6 orang. Tak lah besar sangatt pun tapi okaylah dua katil king tu untuk aku tersandangg letih hihi. Sebelum kami masuk bilik masing masing, ustaz ade pesan dekat semua pelajar, “Kita dah sampai tempat orang jadi hormat, mulut jaga, perangai jaga, jangan nak berani sangat. Lagi pun ustaz dapat rasa tempat ni macam keras lagi pun belakang homestay ni hutan”. Aargh ustaz ni saja nak takutkan orang, aku malas nak fikir jadi aku mengiyakannya sahaja. Okay panjang pulak melalut.
Part nih yang seram sikit. Aku dan Kak Mar letih sangat tapi masa tu jam 8:30malam, awal lagi. Hehe takkan nak tidur dah, tak best lah kan. Lepak-lepak dulu dengan geng bilik homestay1 tu. Rakan-rakan aku yang lain mendapat bilik homestay2 bersebelahan dengan kami. Aku dan Kak Mar tak dapat melelapkan mata sampai pukul 12:00malam. Aku sedap je layan feel nak tidur tetiba pulak terdengar macam orang tengah main guli. Argh!! Stress aku. Aku tak tegur benda tu aku cuma diam dan acah-acah main phone haha tapi dalam hatii…
Aku anggap mungkin aku terlalu penat jadi aku cuba untuk melelapkan mata dan berkata kepada rakan aku yang ada di dalam bilik, “weh tutup la lampu. Pukoi berapa dah ni aku nak tidoq. Esok pagi nak bangun awal pulak em”. Kak Mar pada mulanya tak berani nak padamkan lampu sebab dia penakut. Aku ni pulak jenis kalau nak tidur mesti takde cahaya dari mana-mana sudut! Kalau tak, tak lelaplah aku, yang Kak Mar ni jenis boleh lelap dalam suasana cerah. Aku benganggg betul macam mana aku nak lelap.
Tapi Kak Mar langsung tak bersuarakan kepada rakan aku yg ingin menutup lampu itu mungkin kerana dia segan. Jadi si rakan aku ni tutup lampu. Tiba-tiba dalam 30saat macam tu kedengaran bunyi tup tap tup tap. Dengar macam ada orang yang main suis lampu. Sumpah aku cuak, yang rakan aku tuh belum sempat sampai ke katil, terus melompat terjah ke bantal tidur! Kak Mar cepat-cepat capai suis tu dan buka balik. Suasana kembali terang. Kak Mar pun berkata, “aduh tak payah tutup lampu lah, tidur ja macam ni”.
Kami semua takut jugak jadi dengan aku aku sekali tak hirau gelap ke cerah ke aku tidur je. Nasib lah nyenyak je tidur sampai ke subuh barulah tersedar dah lambat! 7:00pagi kami semua kena berkumpul time tu dah pukul 6:15pagi. Yelah memang sempat tapi kalau dah 1 bilik 6orang kongsi bilik air hmmm entah ler dapat pulak budak-budak yang slow ni hahahaha cering jugak. Jadi aku orang yang terakhir mandii dalam 6:50 mcm tuh, kelam kabut jugak. Siap-siap dalam 7:10 macam tuh. Aku tak percaya! Aku kena denda sebab lambat!! Er, aku dicalit cat berwarna biru di pipi sebagai denda. Habis aku diketawakan. Okay skip!!
Semasa dalam bas, rakan aku yang duduk dalam bilik homestay2 cerita yang semalam mereka pun ada kena kacau dengan benda tu. Nama dia Codek dengan kakak angkat dia Kak Aina. Codek? Pelik ke? Kenapa nama dia Codek? Hehe sebab dia COmel penDEK. So aku panggil dia Codek . Hahah, dia bukak cerita.
“Semalam time sebelum kita masuk homestay tu, kita kan ada singgah jalan-jalan dekat area tanah rata, Kak Aina ada beli globe yang dalam dia ada air, teddy bear bear kecil campur serbuk kilat-kilat tuh. Globe tu ada suis muzik, lagu dia macam wedding couple. Kak Aina ada check bukak semalam lepas tu dia simpan balik dalam kotak kecik tuh. Then nak tau tak, time kami tidur tiba-tiba globe tuh bunyii sendiri, sedangkan dalam bilik semua dah tidur, (homestay2 tu luas sikit berbanding homestay1, sebab bilik kami ada ruang tamu) Kak Aina cepat2 capai bukak suis lampu lepas tu ambik globe tu lari letak dekat ruang tamu depan”.
Nak dijadikan cerita, Kak Aina ni boleh nampak benda-benda halus. Kak Aina cakap ada budak yang nak main dengan globe tuh jadi dia alihkan globe tu kat ruang tamu, lepas tu dia sambung tidur. Aku seram macam nak demam pun ada dah la Cameron tu sejuk suhu tak sama dengan Penang. Balik-balik tu demam jugak dengan kejadian tuh. Aku sendiri terkejut terkilan bila dengar budak main guli, pengalaman tu dah buat aku rasa tak nak duduk mana-mana homestay yang jauh dari pekan.
Maaf kalau cerita aku ni tak best, mungkin pembaca yang baca ni tak duduk dekat posisi aku jadi tak lah seram sangat ye tak? Tapi memang kejadian ni dah terkesan dekat diri aku. Pesanan aku yang mane nak duduk homestay tu mintak baca lah surah-surah sikit tanak kena ganggu dengan makhluk halus kangg tak pasal pasal demam macam aku!
Kalau cerita aku terpilih untuk disiarkan in sha Allah aku akan update cerita seterusnya. Bye laman FS! Xoxo
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mmg xbest pn cite kau ni.crita kanak2. Myesal aku bace.
Jgn pos lg.
me to
mcm cerita ko bes sgt.wtf noob
Bln10 thn lps g cameron…
Lift hotel tu setiap kali msk time tgh nk tutup tu mesti akn terbuka smle gaya mcm ade org tekan button kt luar nk msk lift gak…
Setiap kali tu gak, akk akn ckp:
“Xyah masuklah…dh penuh ni…tggu next turn yer…”
Balik tu demam+sakit bdn yg sgt2 sebulan br fully recover…
Mmg mandi sabun bidara ler gamaknye…
agak2 boleh lah kak …join ngan #sicelupar tu ye hahaha
Rasenye akk ni lg celupar dr si celupar tu kooottt…
Sbb akk ni extrovert sket orgnye…
Jenis tegur direct selamba badak air bandung soda ais lebih punye…
Tu akk risau dgn pantang larang JANGAN TEGUR tuuu…
Sbb curiousity (btol ke ekk eja camtu…??) Akk ni sgt sgt tggi…
Huwaaa…
Kah kah kah…sedap tu bandung soda
Peberet hakak tuuuu…
Fuuuhhhh…
Sy kena mcm tu jugak masa keje pejabat lama. Time org llaki solat jumaat, sy duk sembang ngan guard depan lif. Nak duk pejabat sendiri lagi la x berani. Lif tu bukak tutup turun naik sendiri dr grd floor ke tingkat 8. Smpai kami rasa rimas. Sy sound la.. dh la tu. X pi smayang jumaat ke.. baru la stop. Tu pn kejap je. Well.. kat bangunan tu ada tpt org simpan batu nisan lama (pindah kubur), van jenazah ngan tpt mandi jenazah x berwaris.. mujur x demam
Ekau ni keje kt hosp ke pej agama…
Byk plak benda2 cmtu simpan kt bgnn tu…
Kaaannn…
Kadang x niat nk celupar pon…
Cume kdg tu xleh kontrol keramahan mulut ni haaa…
Huhuhuhuuu…
Nasib aku bc sikit je..tu pun dah rasa bosan dgn cite ni..emmm
Jgn la bakar semangat dia nk bercerita
Kaannn…
Asal paham jalan cerita, x tergantung kire oklah dh tu…
Bkn blog Dewan Bahasa dan Pustaka pon…
Nnt semua org dh takot nk menulis xde dh story kt FS ni….
Ejaan bagus tatabahasa bagus. Idea utk menulis tu asah lagi ok? Banyakkan membaca.
mohon admin page adakan kategori utk crite2 yg masok.. cth opis.. skolah.. mimpi.. senang nk filter n pilih crite.. tq
Tapikan…Cameron Highland mmg sesuatu…………………………….
Ade ceritakah…???????
Share…share…
Hah cepat KK ada cite share lah hahaha
kejap, ko minat dkt KAK MAR? ko les ke dik non?pelik2 ler..bp umur ko nih..bahaya nih..
Minat sbb cantek kot…
Sbb dlu akk mse memule sek men form1 sukeeeee sgt tgk sorg kakak senior ni…
Die org sabah…
Tapi rupa mcm omputeh…
Kulit putih, hidung mancung, mata kelabu coklat, kening lebat…
Kirenye minat nk tgk sbb die cantek dn excited nk berkwn…
Dh lelame xdelah eager sgt perasaan tu sbb dh puas tgk kot…
Sooo maybe cmtulah mksd penulis ni…
N pnya soklan lagi kejam dr ko kak ….trus dia tnya je ko les ke dik hahaha
Kaaannnn…
Soo ko dh sedar skrg kan dlm kasor kejam akk ni ade lg sensitiviti emosi hati tisu tu kaaannn…
cerita b**i gini..syok sndri,,,kpd admin ko pham2 la ye..klu cite ni cam b**i,ko yg tukang publish kan ni lebih kurang je …kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!