Rombongan Kadet Polis di Kaki Gunung Santubong

Bertemu lagi kita di cerita yang aku bawakan kali ini kalau aku bertuah. Kali ini tak perlu juga aku kenalkan diri macam yang first time tu, in my first ever story bertajuk 3 HARI CINTA BUNIAN yang dengan jayanya being published. Aok aku meh tu, Desiree Michael. Hehe..

So, alkisah kali ini adalah sewaktu aku masih di bangku sekolah menengah, tingkatan 5. Nama sekolah tu aku refer as SMK Borneo ja. Okay, maklum semua orang tahu kalau dah nama pun pengawas, so tugas kita memang mengawas, kan? Bukan diawas atau diawasi. (Eh betul ka ayat ni?) Muka aku memang selalu kena target jadi pengawas dari sekolah rendah lagi. Sebagai pelajar, mommy and daddy bangga walaupun aku tidak sepandai manapun. Ini bermaksud, aku selalu kena datang awal dan balik lambat dari pelajar biasa yang lain di kebanyakan hari. 2009 adalah tahun terakhir aku di sekolah menengah; aku tak sambung STPM. Tingkatan 4, 5 dan 6 disini sesi pagi. So, kisah dia macam ini…

Minggu tu, aku excited sangat sebab aku bakal menyertai rombongan kadet polis yang diadakan di kaki gunung santubong selama 3 hari 2 malam. Rombongan itu diketuai oleh Mrs Ursula, Madam Florese, Cikgu Lan dan Cikgu Quek. But hey, ini bukan kisah di sana. Ini kisah di sekolah yang berlaku dipagi hari sebelum rombongan kami bertolak. Selepas habis kelas Jumaat tu, aku balik ke rumah untuk pack barang dan datang balik ke sekolah pada pukul 7 malam sebab kami akan bermalam di hostel sekolah. Dalam kelas, aku rapat dengan seorang lelaki yang juga pengawas bernama Mark. Mark ni pure Iban, hidung mancung, tinggi, kulit sawo matang dan elok dipandang sampai dia dapat gelaran lelaki macho di sekolah. Ramai peminat si ‘hantu tuyul’ ni, hahaha.. Alright sambung balik.

Hari dah gelap waktu aku sampai di depan dewan tempat ahli kadet polis berkumpul. Ada dalam 63 orang termasuk budak dari tingkatan 4. Briefing semua dah, so kami dibahagikan kepada 2 group perempuan dan lelaki. Aku diletakkan bersama 6 orang kawan yang lain di bilik tengah tingkat 1 blok A asrama perempuan. 4 bilik di tingkat 1 memang dikosongkan untuk kami masa tu. So that means deretan bilik sebelah kiri semua kosong. Memandangkan hari tu hujung minggu, banyak pelajar hostel balik ke rumah keluarga masing masing. 3 blok asrama perempuan memang ‘krik krikk’ saja. Untuk pengetahuan anda, aku tak suka asrama perempuan sekolah ni walaupun cantik, sebab lokasi dia terletak dibelakang sekolah. Dulu ni asrama lelaki, ditukar. Even toilet sekolah pun ditukar. Aku tak tahu kenapa, tapi banyak juga cerita aku dengar tentang sekolah ni. Beberapa kes histeria pernah terjadi, kes tompokan d***h merah mengelilingi blok asrama lelaki yang dulunya asrama perempuan, dan banyak lagi.

Sekitar pukul 9.30 malam lepas diagihkan makanan, aku hanya duduk dalam bilik. Riuh rendah juga bunyi dari bilik yang lain. 5 kawan sebilik aku; Alicia, Laura, Celia, Finna dan Lisa. Since kami semua dibenarkan bawa handphone, so aku busy ber’sms’ dengan Mark. Dulu mana ada Whatsapp. Guna digi friends and family, add contact 7 ke 8 orang dalam list tu, dapat murah setiap sms (L.O.L) Pukul 10, kami semua diarahkan untuk menutup lampu; itu maksudnya tidur. Tapi team aku ni nakal nakal semuanya. Dia orang ajak beberapa geng geng satu kepala dari bilik yang lain untuk lepak sekali dengan kami. Ada dalam 10 orang termasuk aku, so kami turunkan tilam dan berkumpul di tengah tengah ruang bilik. Si Laura dan Alicia ni jenis yang sangat bold dan nakal. Dalam gelap, mereka mula bercerita pasal kisah seram. Aku mula kecut perut. Memang aku paling penakut. Aku memang penakut sebab aku ni jenis yang kuat imagine benda dengan mudah. Every scenario or whatsoever, I would picture it in my head. Sambil makan keropok, sambil bercerita hantu. Memandangkan kami semua berbangsa Iban, so perbualan semua dalam bahasa Iban. Seorang demi seorang cerita kisah yang mereka tahu. Ada yang jerit lepastu ketawa dengan ke’bodohan’ masing masing. Suasana seram sejuk ja, but we had fun, really.

‘Tuttt tuttt’.. “Ooo labuh dik antu belunggit labuh eh eh!” (jatuh kau hantu berguling kau jatuh-lebih kurang macam tu rasanya kot apa yang Celia cakap hehe) hp aku vibrate dan cahaya dari screen membuat kitorang semua terkejut beruk. Celia ni ada sifat melatah yang lucu. Laura sambung lagi cerita dengan muka serius dia. “Ish nuan tu benung bisi megai bendira jepun agi majak betusi utai bakatu.” (kau ni tengah period pun nak cerita hantu), kataku. “Au kumbai tau beleman ea gak” (ye, kau fikir boleh main ke benda macam ni), celah Lisa pula. “Aihh seduai tu ne, ka nyabak nyak ga pelaba ku. Raya agi enti udah datai ba kem santubong ila, bakani kenduai ea? kada ka alu nikal pulai” (kau berdua ni kan, sekarang pun dah takut, habis kalau sampai kat kem santubong nanti macam mana? Nak patah balik rumah ke?), balas Finna diikuti gelak ketawa yang memecah kesunyian malam. “Dinga lok kitak dinga, Mark madah ka’ku sida ea bisi ninga burung antu ari pangking sida, udahnya benung sida lelekik, bisi munyi utai sigik nyak nitih ka sida ketawak!” (Wei, Mark cakap diorang dengar bunyi burung hantu dari bilik diorang. Lepastu diorang gelak then ada bunyi mengilai ikut diorang gelak!). “Kemaia?” (bila?), tanya Alicia. “Diatu, benung,” (sekarang, baru ja berlaku), balasku. “Udah ku ngasuh ea belandak nurun madah gai bala cigu ba baruh din,” (aku dah suruh dia turun maklumkan kat cikgu kat bilik warden bawah tu), sambungku lagi. Kitorang semua dah cuak.

Didalam gelap sambil duduk berhimpit dengan satu sama lain sebab takut nak tidur, kitorang dikejutkan dengan cahaya lampu suluh datangnya dari luar. Rupanya Mdm Florese naik ke atas bersama warden asrama datang untuk memeriksa. Bibir aku pucat. Rasa seram sejuk. Warden suruh kami tidur dan jangan ada sesiapapun buka lampu atau keluar dari bilik sebelum dia berlalu ke bilik yang lain. Mdm Florese seolah olah ingin mengatakan sesuatu namun beliau memilih untuk diam. “Desiree, why do you cry?”, tanya Mdm Florese. “Something happened in male hostel, isn’t it Ma’am?”, tanyaku. Wajahnya nampak amat terkejut namun beliau tetap tenang dan tersenyum. “You girls should get some sleep, we are going to have a very long day tomorrow.”

Tidur berhimpit beramai ramai, aku mesej Mark dalam 10 minit lepas Mdm Florese dan warden asrama datang check kitorang. Tunggu punya tunggu, mesej aku langsung tak berbalas dan call aku pun tak diangkat. Hati aku risau dah waktu tu. “Engka diasuh tinduk sidak asai aku. Tauka begumpul ba depan asrama betusui ka utai ti udah nyadi” (Mungkin diorang dah tidur kot, ke berkumpul kat bawah dengan fasilitator tengah ceritakan apa yang jadi), kata Lisa. “Engka…” (Mungkin juga), balasku. Tiada satu suara pun kedengaran lepastu. Kiotorang semua hanya berbaring dan tidak seorang pun yang tidur. “Asai ka ngagai asrama laki ka nemu nama utai ka bendar ea” (aku rasa nak pergi ke asrama lelaki nak tengok apa yang dah jadi), cadang Laura. “Anang mayuh ulah nuan. Aku enggai dibaie ngaga pengawa belik. Meda jam ka diatu nyau udah laun, empa pemayuh ‘utai’ baka rayau bak luar din eechak!” (Jangan buat hal kau. Aku tak nak buat kerja bodoh. Kau tak tengok ke jam pukul berapa sekarang, banyak ‘benda’ merayau kat luar tu!), pintas Celia. Dalam hati aku berdoa semoga aku kuat mengharungi malam yang seakan panjang dan tak berpenghujung itu. But thats not it..

Ramai diantara kami yang dah berdengkur ketika dikejutkan Laura. Punya kuat dia goncang badan aku, dia cakap aku berdengkur sampai nak tsunami. “Balat jenak tinduk indu tu, nyau begegar dunya ka tsunami ahaha! Aku ka nukar pad, aram ngulu aku. Enggai ku kediri nurun ke baruh, takut..” (Aku nak tukar pad tapi aku tak nak pergi seorang ke bawah, takut..), rayu Laura. Dia bangunkan aku, Alicia dan Celia. Kelihatan cahaya lampu dari jalan raya seberang jalan menembusi cermin bilik yang terbuka sedikit, menyilaukan mata aku. Sambil menggosok mata, aku mendengus perlahan. Aishhh ya ampun ini perempuan, orang tengah nikmat nak tidur dia boleh kacau. Vavoon… Kami berempat mengorak langkah perlahan lahan untuk tidak membangunkan yang lain dari diulit mimpi. “Pukul 2.37 dini ari” (pukul 2.37 pagi), kata Alicia perlahan sambil kami melangkah turun ke tandas yang terletak betul betul bersebelahan bilik warden di tingkat paling bawah. Berada di bawah tangga, suasana nampak sangat gelap. Angin malam sepoi sepoi bahasa (betulka ini?) sesekali meniup lembut rambut aku yang panjang hingga ke paras bawah pinggul (below my ass, precisely).

Menggunakan torchlight dari hp milik Alicia dan Laura sendiri, mereka melangkah masuk ke dalam toilet tu tanpa membuka lampu. Torchlight hp aku dan Celia juga dinyalakan sebab toilet tu besar dan panjang, ada 2 lorong, dimana lorong depan pintu masuk terletaknya cermin yang besar tempat berus gigi dan basuh pinggan macam tu. Manakala lorong di belakang menghadap satu sama lain, ada dalam 14 pintu toilet. 6 toilet bersambung dinding dengan lorong depan. 8 toilet lagi sebaris. Big and spooky, yes? Kami melangkah perlahan mengikut Laura menolak satu persatu pintu toilet (biasa untuk kaum perempuan, pilih toilet hehe) sebelum langkah kami terhenti apabila kami terdengar bunyi air paip seakan melimpah keluar dari baldi yang sudah penuh. Pelik ba! Mula mula masuk tadi tiada satu bunyi pun. Gelap dalam kepekatan malam tanpa lampu ni, siapa pula yang buka paip? Tiada seorang pun dari kami yang bersuara. Aku kira semuanya tengah ‘brain processing on what is currently happening right now’. Semua membisu menatap wajah satu sama lain dengan hanya hp torchlight di tangan. Wajah Celia mula berkerut, Alicia menelan liur, mata Laura macam ikan tembakul. Aku dah pucat lesi, bergegar lutut.

Tak cukup dengan bunyi air melimpah tiba tiba, kedengaran pula bunyi ‘seseorang’ tengah memberus pakaian. Makin lama makin kuat. Kami gagahkan diri cuba mencari dari toilet mana. Namun tak seorang pun yang berganjak. Hanya kepala dan mata yang melilau kiri kanan depan belakang. Bulu roma meremang tak mampu terkata dah. Kalau rambut pun boleh meremang, dengan rambut sekali terpacak menegak menentang graviti saat itu. Air mata aku dah mengalir, aku dah gerun seram sejuk dah waktu tu. Hp torchlight disuluh ke arah pintu toilet yang ada di sekeliling. Tempat kami berdiri tu diantara pintu toilet yang kedua betul betul berdepan dengan toilet sebaris 6 pintu. Lantai toilet kelihatan kering saja. Kami suluh satu persatu tanpa berganjak, sebelum suluhan tu terhenti pada pintu hujung sekali dibarisan toilet yang ada 8 pintu. Air melimpah keluar tanpa henti dari dalam. Bunyi ‘orang’ memberus pakaian makin jelas kedengaran. ‘Only God knows how haunting and creepy that moment was!’

Alicia beranikan diri bersuara, “Sapa diak? Lapa betesah dini ari bakatu?” (Siapa disana, kenapa basuh baju tengah malam macam ni?) Tiada jawapan.. Bunyi air dan bunyi memberus semakain kuat kedengaran. Kami memandang satu sama lain tanpa bersuara. “Anang ka ngayah urang ar, kami semina ka kemi ajak tu” (Jangan main main, kami nak kencing saja ni), sambung Celia. And guess what, bunyi air paip, bunyi memberus, segala bunyi hilang. Tiba tiba sunyi sepi seketika hinggakan jelas kedengaran bunyi cengkerik dan tiupan angin dari luar. Aku mula menangis teresak esak dah masa tu, nak berlari keluar tak berani. Kaki aku kaku. Sepanjang kejadian tu, bulu roma memang menegak. Paling seram sampai terasa nyilu tulang dalam badan adalah bahagian belakang tengkuk dan kepala. Dengan air mata, berpeluk tubuh dan gegarkan kedua dua kaki, aku merayu sambil bersuara perlahan, “Enggai aku ar.. aram kitai niki..enggai ku..enggai..” (aku tak nak.. mari kita naik atas..aku tak nak..) Kejamnya lepas saja dari tu, kedengaran suara mengeluh dan ketawa yang hampir tidak kedengaran. Mengilai, makin lama makin kuat.. bunyi mendengus dan mengeluh diikuti bunyi mengilai, sampai Laura terkencing dalam seluar. Lagi parah sebab dia tengah h**d dan niat kami ke toilet untuk temankan dia bertukar pad. Aku hampir tak ingat betapa kuatnya jeritan kami semua bertempiaran lari keluar dari toilet waktu tu. The moment in the toilet that was literally only a few minutes seems to last like forever!

Malam tu juga kami semua dikumpulkan di asrama lelaki dan sesi berdoa dilakukan bersama. Kami ditempatkan di tingkat 1 juga tapi berasingan dari bilik lelaki. Selepas sesi berdoa, kami dimaklumkan apa yang terjadi di kedua dua asrama. Kami difahamkan bahawa semua tu adalah ujian untuk menguatkan iman dan semangat kami. Itu bukan kali pertama benda macam itu terjadi disana, dan kami harus menyediakan mental dan fizikal untuk kem didalam hutan yang bakal kami hadapi. Aku sempat bertemu Mark, kawan baik aku sehingga sekarang dan kami berdoa bersama sebelum bersiap untuk perjalanan kami ke gunung Santubong sejam selepas itu. Kisah yang berlaku sepanjang berada di kem pula, ada lagi. Aku masih ingat kami dibangunkan tengah tengah malam untuk aktiviti yang dipanggil ‘Cina buta’ dimana kami harus berjalan dalam gelap seorang demi seorang menyusuri hutan. Tiada lampu, tiada teman. Hanya kamu seorang. Berjalan menyusuri hutan tebal yang dikelilingi curam dan jurang yang dalam yang mengorbankan beberapa orang. Sungguh. Kami dilatih untuk berjalan dalam gelap gelita untuk kepakaran menggunakan telinga untuk mendengar, tangan dan jari untuk tahu arah lurus, dan kaki untuk kepekaan merasa akar akar dan kayu daripada pokok atau batu dihadapan. Waktu tu, ada 7 orang juga yangkena histeria lepastu demam panas dan badan ada kesan lebam bukan sebab jatuh. Ok bye rasa letih pula aku menaip panjang sangat. Sayonara sampai berjumpa lagi kita wai.. ~ Desiree Michael ~

Desiree Micahel

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

37 thoughts on “Rombongan Kadet Polis di Kaki Gunung Santubong”

  1. Same goes to my asrama perempuan. There are a few times we found d***h menitik2 especially dalam dorm bernombor ganjil. Kenapa ya?

    Reply
    • Tidak tahu kenapa. Tapi waktu tu gempar juga kes itu. Terus tukar asrama lelaki perempuan. Toilet sekolah perempuan dulu pun mereka tukar. All sebab kes kebanyakan perempuan tidak pandai jaga kebersihan diri waktu tengah pegang bendera jepun

      Reply
  2. Aku orang terengganu……kalau baca karangan dalam dialek terengganu pun aku surrender……..lagi la dialek negeri lain…….sorry bukan nak kecam.

    Reply
    • Its okay Ayung saya faham. Saya cuba sebaik mungkin sudah ni mahu tulis bahasa Melayu yang mudah difahami. Slow slow kita belajar juga kan 😊 Malaysia boleh ba Ayong 😀

      Reply
  3. terus teringat zaman kadet polis dulu (dalam 5 tahun lepas) .. situasi yang sama, tpi berlaku di p.pinang (seberang kem apa tk ingat) .. sangat mngerikan.. 11/10.

    Reply
    • Memang babe. Kebanyakan asrama perempuan mesti ja ada hal2 mistik. Tapi itu ba kan. Usah biarkan hidup anda diselubungi..misteri 😅

      Reply
    • Rasanya boleh kan hg tunjuk some respect to her..the way she expresse this story by using dwibahasa pon menunjukkan dy respect to others yg xfaham bahasa iban tu..so sapa yg nk baca boleh pilih which dialect org tu prefer..hilang mood hg xnak baca sudah..up to u.. writers dah share story pon da ckup bgus atleast hg ar bahan nk baca..hg xnak baca just skip to other story..easy kan..

      Reply
    • Ada bahasa melayu sana kan. Belajar terima dan terbuka terhadap bahasa lain, bahasa apapun. We are multiracial country. So be careful of what you said. Pls dont sound primitive even if you were in this era.

      Reply
    • ko ni x respect bahasa org lain dh kenapa???kalo x phm g study ape maksud dia tu..ko hilang mood tu ko punya hal la..xde sape paksa ko baca pn..x suka blh baca cta lain..

      Reply
    • Aku suka ja dia guna bahasa iban sekurang²nya boleh belajar sikit².haih mentality apa kau ni teruk sangat

      Reply
  4. setuju.. tak payah tulis dlm bahasa yang tak semua org faham.. kill the mood to read.. cerita dah best dah..

    Reply
    • Kan dah translet ke bhs melayu….xkan x fhm jg….ke ko yg banggang sgt….sekolah kat malaysia ni pun mcm2 ade…melayu, cina, india…pun x jd isu….cube2 la belajar bhs kaum lain….klo org ibn blh bljr bhs melayu knp x org melayu bljr bhs iban

      Reply
  5. Menarik cerita kamu ini. Teruskan menulis ya. Kalau ada cerita-cerita menarik sila kongsi lagi.
    Cuma kalau kamu tulis dialog bahasa iban tu beserta terjemahannya, selangkan satu baris dengan dialog orang lain supaya pembaca tidak terkeliru siapa yang bercakap. Kalau kamu tulis dalam satu perenggan bercampur-campur dialog semua orang, nampak agak messy dan keliru.
    Keep it up.

    Reply
      • saya baru baca cerita baru kamu Dess Si Amoi. memang nampak banyak sangat improvement dari segi susunan ayat dan perenggan. tahniah saya ucapkan kepada kamu atas improvement yang kamu lakukan dan cerita yang sangat menarik

        Reply
  6. saranan saya, bagus trus translate dialog tu pgi bhsa melayu. just mention lah, perbualan kmi sebenarnya dalam bhasa iban, tapi telah saya translate ke bhasa melayu. menjimatkan masa menaip. BTW good story

    Reply
  7. Yg dok komen pasal bahasa tu, come on la. As you proud with your language, so do she. Jd, belajar la menerima. Penulis sudi nak share story pun dah cukup bagus, ade bahan bacaan utk sape2 yg suka genre mcm ni. So please la stop spreading negative vibe. Xsuka, xape. Tutup, dan tunggu next story. Xperlu ckp p****g stim or what ever. Kalau xade benda baik nak ckp, xpyh ckp. Simple. We live in multiracial country. Please have some respect for others.

    To writer, keep it up!💪💪💪 Good story. Teringat zaman duduk asrama seram mcm lebih kurang mcm dlm story. Mcm awak ckp, mostly sebab xjg kebersihan time bendera jepun.

    Reply
    • Kan babe. Nak buat mereka faham pun susah. Fiksyen shasha ni tiada pun cakap kena guna bahasa malay saja kan

      Reply
  8. apa lh korang ni, kalau tak nak baca part bahasa iban tu,korang boleh je skip part tu.. baca terus part bahasa melayu je lh. Respect sikit lh kat writer. kalau tak suka baca, jangan baca lh..senangkan.

    to the writer, story best seram babe.. keep writing & sharing other story

    Reply
      • nice story desiree.. abaikan komen2 negatif tu, menyakitkan hati je lol.. great idea yg tulis berlainan perenggan tu, satu perenggan iban satu perenggan melayu..

        Reply
  9. Saya orang utara….
    Pada pandangan Saya, Tak menjadi masalah sangat dengan hal dialek bahasa ni…
    Ok ja pun…
    Pada pembaca, belajarlah terima kelaianan Dan pembahagian dalam hidup setiap hari, kalau boleh perkasakan lagi kemahiran memahami pelbagai dialek Negeri yang Ada dinegara kita…
    Benda mudah, duk buat teruk Pasai apa….
    Paling kurang dapat juga belajar dialek tertentu…
    Janganlah jumutkan otak tu…
    Ni mungkin spesis tak gheti bercampoq, duk buat ghaplah…
    Untuk penulis cerita disini…
    Terima kasih kerana sudi berkongsi…
    Saya pun ramai juga kawan2 dari sarawak berbangsa iban, jadi dapatlah sepatah Dua Saya belajaq Tang ni…

    Reply
  10. Nice cerita oh. Rindu ku macha utai tusui nuan ari cerita nuan ke lepas ( 3 HARI CINTA BUNIAN ) nyk. Ku arap nuan up gik cerita bakatu 😂 Kena meh dwibahasa ( Iban & Melayu ). Kisuk utai ko urang 😂 ALL THE BEST ! ❤️

    Reply
    • Au Carl gaga asai ati ulih betusui utai bakatu ngau bansa bukai. Raya agi ka ba semenanjung. Bangga ngau bansa sereta bahasa kitai ne

      Reply
  11. BIARLA DIA TULIS BAHASA DIA. AKU SUKA JE BACA. SERONOK DPT BACA BAHASA/LOGHAT LAIN. SAMBIL2 TU BELAJAR SIKIT-SIKIT. TAK SUKA KAU BERAMBUS JE LA TAK PAYAH BACA. KAU TU YANG BUAT ORG HILANG MOOD. PEGI SANA MAIN DGN SESAMA KAUM KAU JE. TAK PAYAH CAMPUR ORG LAIN. BOOOOOOOO

    Reply
    • You described my feeling exactly Caca. So annoying really. But next story saya akan buat dwibahasa perenggan demi perenggan. Next story will be up next 😊

      Reply
  12. Org cakap utk mengelakkan diri dari gangguan makhluk halus,korang perlu bakar tulang keting banyak2…ko tau kan apa tu keting?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.