Rombongan menghantar jenazah balik ke kampung

Salam semua,

Terima kasih admin beri ruang untuk menulis disini. Cerita yang ingin aku kongsikan ini adalah cerita yang telah diceritakan oleh kakak aku, cerita seram family kawan dia. Masa kejadian ini aku masih bekerja di Putrajaya, lebih kurang Tahun 2009-2010 gitu, tak berapa ingat, aku berasal dari Kuching, Sarawak. Akak aku mesej aku kisah ni (masa ni sms masih glamour), dah lah aku dok menyewa sorang-sorang masa ni. Kisah ini bermula dengan berita kematian saudara kepada kawan kakak aku ni di Kuching, Sarawak.
Pada suatu hari yang menyedihkan, family kawan kakak aku ini mendapat berita kematian saudara mereka akibat kemalangan jalan raya. Masa kemalangan aku tidak pasti, tetapi keluarga mangsa ingin mengkebumikan mangsa dikampung halaman (berdekatan Daerah Betong/Sri Aman/Sarikei, lokasi sebenar aku kurang pasti) yang terletak kira-kira 4-5 jam perjalanan dengan kereta dari Kuching. Biasalahkan anak muda keluar bekerja di bandar jauh dari kampung. Urusan dengan hospital dan polis bukan sekejap, sebab arwah adik aku sendiri juga meninggal kerana kemalangan, jadi aku faham sangat urusan hospital dan polis yang mengambil masa yang lama untuk settle.
Bebalik kepada cerita family kawan kakak aku tadi, maka setelah selesai segala urusan polis dan hospital, maka urusan untuk membawa arwah balik ke kampung halaman pun bermula. Setelah semua ahli keluarga yang ada berkumpul, kenderaan untuk membawa jenazah juga sudah diuruskan. Kalau tidak silap, oleh kerana tiada van mayat yang dapat digunakan, mereka menggunakan kenderaan sendiri (tidak pasti model apa) untuk membawa jenazah tersebut.
Pada masa semua sudah bersedia untuk berangkat, waktu itu sudah pun malam, lepas Isya’ kalau tidak silap. Ada lima buah kenderaan yang akan bergerak sekali dalam konvoi tersebut. Dua kereta dihadapan dan dua buah lagi mengekori dari belakang, kenderaan yang bawa jenazah ditengah-tengah.
Maka bergeraklah mereka menuju kampung halaman. Oleh kerana menggunakan kenderaan sendiri, maka tiada ruang untuk orang menemani mayat dibahagian belakang kenderaan yang membawa jenazah tersebut melainkan pemandu dan penumpang dibahagian hadapan.Kereta yang follow betul-betul belakang kenderaan yang bawa jenazah itu dari pemandu sampai penumpang semua perempuan (berani sangat atau tak terpikir pasal safety atau mungkin semua tengah sedih so takde lah pikir pasal gangguan-gangguan lain, aku tak sure) empat orang semuanya. Dia orang bawa kelisa kalau tak silap.
Setelah bergerak, jam sudah pun menghampiri tengah malam, tapi masih lagi separuh perjalanan untuk sampai ke destinasi. Tiba-tiba ! Semua yang dalam kereta kelisa ni nampang mayat tu bangun dalam posisi duduk, merenung tepat ke arah mereka dan stay begitu sehingga nk sampai ke destinasi ! Kalau korang berada ditempat kejadian, apa korang rasa ?!? Jalan yang dia orang lalui bukan highway ye, lampu jalan pun ada kat sesetengah tempat je. Jalan tu macam nak balik kelantan la lebih kurang, tiada highway, kiri kanan jalan pun susah nak nampak rumah, memang sunyi sepi, kiri kanan cuma ada hutan ! Luckily dia orang semua tidak melatah, tapi mulut masing-masing memang kumat kamit la baca apa yang patut, tapi jenazah tu tetap merenung kearah dia orang !

Cuak tu tak usah cakaplah, siapa tak cuak kan, dah lah semua perempuan dalam kereta tu.
Yang dia orang pelik, driver dengan penumpang kereta yang bawak jenazah tu tak perasan ke ? Sampailah dia orang ke kampung. Tiada siapa yang menyaksikan melainkan dia orang empat orang tu saja. Lepas tu baru dia orang cerita pada saudara mara yang lain. Setakat itu sahaja cerita yang akak aku sampaikan kepada aku. Nasib baik bukan aku yang mengalami kejadian tu. Korang jangan pelik lah kalau korang tengah study, uruskan jenazah, macam-macam dugaan/gangguan yang korang dapat sebab benda tu semuakan benda baik, fardhu kifayah sebagai orang Islam. Oklah sekian dulu cerita aku yang tak seberapa ni.

Terima kasih admin, nanti aku post cerita lain pulak.. Renung-renungkan dan selamat beramal..

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

BB

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

9 thoughts on “Rombongan menghantar jenazah balik ke kampung”

  1. semak doh iklan2 ni…

    emmm..itu iblis saja nak takutkan,padahal tak ada apa pun.. itu yg hati kena kental. huhu
    aku tak dpt bayangkan mcm mana kalau org yg bawa mayat.tu perasan ..

    Reply
  2. Ni semua ujian Allah. Hadiah dari Allah kot. Allah nak uji keimanan kita. Thats all. Gangguan tu semua asalnya dari syaitan. Percaya la makhluk tu pun hamba Allah jugak.Cerita ni bestt.Kalau aku duduk kat tempat dorang, aku pun akan terketar jugak.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.