Roomate | Jin di Kem PLKN | Penghuni 3 Beranak

KISAH 1: ROOMATE

Cerita ni berlaku tahun lepas. masa tu aku masih menuntut di sebuah institut di utara. nak jadikan cerita asrama dekat sana hanya 2 orang sebilik. Jadi aku dan roomate (Nad) plan nak study pukul 12.00am keatas memandangkan esok pagi kami ada test lagipun memang time tu otak pun fresh. Jd malam tu aku duduk di meja study aku dan Nad pulak duduk di meja study dia. Bilik sunyi tapi ada lah jugak dengar bising dekat luar dengan suara kekawan duk berlari bergurau. biasalah asrama perempuan kan. lepas 30 minit tu aku rasa mengantuk so aku toleh belakang tengok nad masih duk menghadap nota, sebab mata tak dapat nak bukak dah so aku terus baring je atas katil sambil baca nota, beberapa saat terus terlelap. Pagi tu lepas solat subuh Nad terus tanya aku,

“eh kau tido pukul berapa semalam?”
aku: “rasanya awal dalam pukul 12.30 gitu lah sebab mata aku tak larat dah”
Nad: “eh yeke kau ni, aku tido kol 3.00am tengok kau tengah study dekat meja lagi je” *riak muka terkejut
Aku: “eh mana ada seriyes aku tido awal sebab mata aku tak boleh nak bukak dah”
Nad:” ke kau ada bangun mengigau pulak ke?”
Aku:” takdenya aku tido lena kot”
Nad:” biar betol. sebijik macam kau lah. patutlah aku tegur pun tak layan. dah lah membongkok macam tu. seram pulak aku. aku dah hairan nape lah kau tak jawab aku tanya. dah lah duduk pun keras membatu macam patung”
Aku: “tu lah kalau tak jawab lain kali hempuk je dengan apa apa senang kau boleh tanya nape tak jawab kau tanya. alaa biar lah dia nak tumpang study jugak lah tu. *gelak dalam hati walupun rasa seram”.

menurut kata Nad masa lepas dia tegur dia pun rasa lain macam nak kata dia yang mengigau dia kata tak sebab lepas dia tanya tu dia perati je dekat makhluk yg menyerupai aku tu. dia fikir aku ada terasa hati dgn dia sbb tak jawab dia tanya, tapi dia buat tak tahu. Nad pun ambil keputusan nak baca nota sambil baring je dekat katil dan bbrp minit pastu dia pun terus je tetido. banyak jugak kejadian berlaku dkt sana yg pernah alami dan didengari tapi kami buat tak tahu. apepun alhamdulillah laa setakat ni kami takde kena teruk lagi cuma usik manja gitu je. yang pasti kena selalu amal ayat al-quran moga dijauhkan perkara yang tidak diingini.


 

KISAH 2: JIN DI KEM PLKN

Alkisah aku dapat panggilan ke PLKN buat kali kedua. Aku punya laaaa happy tak terkataaa. Seriously aku sukaTapi aku masuk lewat seminggu sebab aku ada hal sikit. Bermulalah aku hidup sebagai pelatih PLKN. Macam biasa, kebanyakan kem PLKN semua terperosok dalam hutan la lading kelapa sawit la. Sama la macam kem aku ni. Tapi tak la menggerunkan sebab dekat dengan kawasan kampung.

Aku pendekkan cerita, pengalaman yang agak menerujakan dan seriyau jugak la. Hehehe…..
Sebelum aku masuk, dah banyak kejadian hysteria yg jadi kat situ..even dalam surau lepas solat maghrib. Berdasarkan kawan2 aku yang masuk dari hari pertama punya cerita, ada satu malam beberapa wirawati dirasuk dan diorang menari. Menari ala2 style inang ke ulik mayang ntah. Bayangkan laaa macam mana dorang punya lenggok dan mimik muka. Nasib baik laaa aku takda masa waktu kejadian. Huhuhuhu

Aku pendekkan lagi. Kem kami ada tasik, yang mana ex pelatih kem ni mungkin diorang tau la betapa banyak benda pelik kat sini. Kem2 lain pun banyak jugak, ada kawan aku cerita kat kem dia ada wirawati tengah mandi. Dia tak cuci tuala wanita (pad) dia, then dia toleh2 tengok hantu tengah jilat pad. Apa lagi..dia berlari keluar tandas dalam keadaan bogel dan menyorok belakang pokok. Aku taktau la macam mana susunan dorm lelaki perempuan, bilik mandi, kantin, dll…tapi kawan aku bagitau, masa perempuan tu lari tu dia dengan beberapa wira dan jurulatih lelaki ada lepak area dekat dengan pokok. Bayangkan bila sang lelaki2 tengok freeshow? Kesian wirawati tu…huhuhu… Jurulatih tu tak tengok saja la, dia bagi tuala kat perempuan tu and mayb ada la kot jurulatih perempuan pergi kat dia.

Melalut cerita pasal kem orang lain pulak, sorry2. Berbalik kepada kem aku, budak2 ni cerita ada jin yang menghuni tasik kat kem kami ni. Yang mana2 pembaca FS yang tau kedudukan kem ni, korang diam2 je lah..kesian kat budak2 intake baru yang dapat kem tu. Kang diorang takut pulak..hahaha

Masa kejadian jin masuk dalam badan sorang wirawati ni, semua jadi gerun. Jin ni boleh tau siapa tak solat, siapa yang sembunyi dalam dorm bila waktu solat, siapa buat maksiat, siapa tak buang/cuci pad dengan elok, macam2 lah. Kiranya dia menumpang badan wirawati ni untuk menegur kami2 yang abaikan suruhan Allah.

Aku confuse jugak sebab aku ada dengar satu ayat kat tv la ustaz ustazah sekolah cakap la, “sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia”…jin kat kem aku ni suruh kita solat apa semua, tapi ayat ni mengatakan kalo kat dunia jin,manusia paling jahat ni laaaaa yang paling baik perangainya…wallahu’alam.

Aku kesian jugak kat wirawati ni. Selalu tengok dia macam mengeliat, letup2 kan tengkuk dia la tangan dia la dan dia jadi pendiam. Renungan dia tajam, seram sejuk aku tengok. Masa solat, dia solat jugak..pakai telekung apasemua…even jin yang menghuni dalam badan dia tu lelaki. Jin tu ada nama, tapi aku taknak war2 kan kat sini la. Yang mana tau, tau. Yang tak tau..baca je kisah ni ehh.

Aku ada pandang dia masa ustaz bagi tazkirah sementara tunggu isyak. Aku pandang dia guna sipi mata aku. Tiba2 aku Nampak dia toleh kat aku dengan kepala senget dan berpusing perlahan tengok aku. Aku punya la terkejut dan cepat2 buat khusyuk pandang ustaz kat depan. Huisshhhh….seram oiiiiii…

Disebabkan dia asyik disinggah jin tu, pihak kem suh family dia ambik dia dan balik rehat untuk beberapa minggu. Kat rumah dia okey, tapi kadang2 jin tu akan datang jenguk dia…rindu katanya. Hahahah…menakutkan je. Jin tu dah tua dah..pangkat ayah2, dah ada anak. Dia anggap wirawati ni macam anak dia. Based on what she told the rest of us la masa dia pulang ke kem semula lepas dia diperintahkan pihak kem untuk berehat kat rumah dia.

So adik2, jangan takut, jangan gusar. Kalau dapat panggilan PLKN, bergembiralah anda. Memang anda mungkin akan kutip at least 1 pengalaman seram bila diberi latihan kat sana. Percayalah, seramnya kejap ja. Selebihnya seronok. Aku ni, kalo diberikan peluang lagi nak pergi…aku nak p lagi. Best tau. Aku dapat penghormatan untuk kibarkan bendera masa acara penutup program latihan kami guna flying fox.
Sekian sahaja cerita pasal jin di tasik…….Sorry kalau tak meremangkan bulu roma anda.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…………

 


KISAH 3 : JIN DI KEM PLKN

Hai. Sebelum ni aku cerita pasal jin kat kem PLKN. Ni aku nak cerita penghuni 3beranak kat tempat kerja lama aku. Masa awal 2013 tak silap. Aku taktau la kenapa hujung 2012 dengan pertengahan 2013 banyak sangat gangguan makhluk halus kat tempat kerja lama aku. Sampai tahap panggil orang2 masjid la buat doa selamat. Ada jugak panggil geng ala2 “Seekers”. Geng2 masjid datang, alhamdullillah la ada kurangnya. Geng “Seekers” ni macam tipu kami je. Duit dah lesap dah. Takpelah, halalkan je yee exboss. Hihi

Kisah seram ni bermula bila banyak staff perempuan bagitau dorang nampak lembaga perempuan pakaian putih, muka pucat, rambut panjang dan muka macam berpasir…pasir pantai dalam toilet perempuan. Ada yang kena sampai dia jadi kaku dan blur, then lepas beberapa minit dia menangis meraung. Tapi tak kena rasuk la. Dia menangis sebab takut.

Lepas kes tu, ada staff laki ni dia cakap besar. Dia kata benda macam tu pun nak takut. Tengok2 masa malam esok tu dia nak pi toilet laki, dia buka2 pintu nampak makhluk tu dok sikat rambut dia. Then dia demam beberapa hari. Hehe

Ni kisah kemuncak. Jadi depan mata aku. Seram oiiiiii….kalo korang ada kat situ pun korang akan seram sejuk. Ada staff perempuan ni dia masuk2 toilet perempuan, dia terus pandang semua staff dengan renungan tajam dan muka masam sambil tangan dia tumbuk mozek kat sinki tu kuat2. Lepas tu dia tiba2 jerit2 dan menangis. Ada yang datang nak pujuk dan nak tanya kenapa…aku lupa apa reaksi staf yang kena rasuk tu lepas dia kena soal dengan staf2 lain. Dia continuously menjerit dan ada staf laki yang tolong azankan. Lagi laaa dia menjerit. Aku dah resah dah ni, sebab aku tak pernah tengok orang kena rasuk depan mata aku. Aku taktau aku ni lemah semangat ke tak.

Dengan usaha laki tu, dia bawak staff yang kena rasuk tu ke bilik yang luas sikit. Staff tu meronta2 punya kuat tak padan dengan badan dia yang kecik tu. Dalam bilik tu ada beberapa staf laki yang pandai bab2 ilmu ghaib ni. Dorang tolong kami untuk keluarkan makhluk tu dari badan staff tu. Dia menangis2 kata nak balik. Sorang abang ni soal la kenapa ganggu staf ni. Makhluk tu kata dia main2 ja dan dia nak pergi kat kakak dia dalam toilet perempuan. Aku dengar2 meremang bulu roma aku gila2 punya. Sebenarnya banyak lagi yang jadi tapi aku taknak detail kan. Nak jaga aib sama. Huhu

Dipendekkan, dia tiba2 menangis2 dan panggil kakak dia..dia toleh kat pintu bilik yg kami semua ada dalam tu. Dah panggil kakak, tiba2 dia panggil mak dia. Aku seram sejuk dah ni..risau, takut..semua ada. Aku difahamkan makhluk yang masuk dalam badan staf tu budak kecik..tp saiz dia bukan kecik..dan tak comel. Dia besar daripada kita yang dewasa ni.

Aku dah tak sanggup nak ada kat situ lagi, jadi aku mintak izin nak keluar dari bilik tu. Masa nak keluar dari pintu tu, tiba2 badan aku atas bawah meremang bulu roma..atas bawah, atas bawah…dalam 1,2saat macam tu. Laju je bulu roma tu meremang. Rupa2 nya, masa tu mak dengan kakak budak hantu tu dah ada kat pintu dan aku lalu tengah2 dorang. Cuba korang bayangkan perasaan aku macam mana? Hahahah

Alhamdulillah hantu budak tu setuju keluar dengan cara baik dan staff perempuan tu okey dan aku pun okey. Tak demam, taka pa. Cuma start dari hari tu, aku dah tak selalu stayback kerja lewat2 dan akan gi toilet bila ada orang dalam tu. Kalo tak, aku sanggup tahan kencing sampai balik ke rumah. Hahahhah

Antara pengalaman yang menarik tapi menakutkan yang pernah aku alami. Harap hijab aku kekal tak terbukak sampai aku meninggal, in syaa Allah aamiin.

Tak kuat aku nak hadapi situasi yang aku sendiri tak pasti apa yang aku akan buat bila makhluk2 Allah ni menjelmakan wajah mereka.

Harap kita semua dalam lindungan Allah SWT, in syaa Allah. Aamiin.

HANTAR KISAH ANDA: FIKSYENSHASHA.COM/SUBMIT

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.9]

8 thoughts on “Roomate | Jin di Kem PLKN | Penghuni 3 Beranak”

  1. Best time PLKN, asa nak sambung lagi masa last day tu. Jenuh pujuk jurulatih kump kitaorg. tp malangnya x bolehh. haihh kenangan sungguh. tp alhamdulilah la selama stay kt kem xpenah kena gangguan apa2.
    Msa turn jaga mlm tu pon xdak kena kcau pon. Btw nice sharing =P

    Reply
  2. kisah 1-ha…try la hempuk benda tu..nak taw juga dye balas ape..hehe
    kisah 2-camne nak taw kem mane…mostly plkn de tasik(kot)…sebab masa kat plkn ayer keroh melaka ade je tasik…pe2 pon jin nie terbaik…tegur org yg abaikan suruhan Allah..hehe
    kisah 3-npe nme kisah jin di kem plkn gak aduh…ok2…back to komen..boleh pulak dye panggil akak n mak dye..seram

    Reply
  3. Hehehehe…time aku dulu, mmg tak terpilih masuk PLKN…gembira betul sbb x terpilih. dlm kepala dh pikir PLKN ni mesti jadi askar mcm tu lebih kurang. haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.