ROOMATE

Nama saya ameng. Saya bersekolah di sebuah universiti di Malaysia. Saya merupakan pelajar tahun satu di universiti tersebut dan ini merupakan pengalaman pertama saya tinggal di hostel kerana sebelum ini, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya.

Okay, pengalaman menyeramkan ini berlaku masa sebulan selepas pendaftaran di universiti. Bilik saya terletak di aras empat dan hanya mempunyai dua orang dalam setiap bilik. Kebetulan, saya mendapat bilik yang berhadapan dengan tasik dan tasik tersebut tidak pernah di selenggara dan di bersihkan yang menyebabkan tasik tu kelihatan seram bagi saya. Kejadian ini berlaku sejak saya berkenalan dengan seorang roommate yang bernama kisha. Dia merupakan pelajar tahun satu dan mempunyai kos yang sama dengan saya.

Oleh itu, saya dan kisha telah berjanji untuk menjadi rakan karib. Sebulan pertama kami mula kuliah, tiada apa-apa kejadian aneh yang berlaku. Namun, sebulan selepas itu, saya merasakan ada benda yang pelik dalam diri kisha namun saya tidak ambil peduli kerana dia merupakan rakan karib saya. Kami sering pergi ke kuliah bersama-sama, pulang bersama, makan bersama dan semua yang berkaitan dengan pelajaran kami akan kongsi bersama. Kadang-kadang, di dalam kelas, rakan-rakan lain akan memandang saya dengan pelik seolah-olah saya melakukan sesuatu yang aneh. Hingga cuti pertengahan semester, kisha pulang ke kampung ada masalah keluarga dan saya tinggal bersendirian kerana banyak assignment yang perlu saya siapkan.

Malam pertama saya bersendirian, saya merasakan seolah-olah kisha berada di bilik kami kerana saya tidak berasa sunyi dan takut hingga lah pada waktu saya ingin tidur, saya mendengar suara tangisan di tepi tasik dan suara tersebut serupa dengan suara kisha. Saya mengintai melalui tingkap dan mendapati tiada sesiapa di sana. Ketika saya menoleh ke belakang, saya terlihat kisha sedang duduk menangis di atas katil nya. Saya berasa risau melihat keadaan kisha yang basah kuyup dan tidak terurus itu. Ketika saya bertanyakan solan pada dia, dia mengatakan bahawa dia tidak dapat meneruskan pelajaran kerana ada masalah yang tidak boleh dielak dan setelah itu, dia terus beredar namun sempat memaklumkan kepada saya agar saya dapat menjaga barang-barang peribadi dia sebelum di ambil keluarganya satu hari nanti.

Sejak hari itu, saya sering melihat bayangan kisha di dalam bilik kami. Pernah satu malam pada jam 1 pagi, saya masih berjaga untuk menyiapkan assignment dan tiba-tiba almari kepunyaan kisha seolah-olah telah digegarkan dari dalam dan barang-barang kepunyaannya telah berjatuhan di atas lantai. Saya berasa sangat terkejut lalu terus berlari ke katil dan menutup muka dengan selimut. Selepas itu, saya terdengar bunyi cakaran kuku di atas lantai dan saya memberanikan diri untuk melihat benda tersebut.

Apabila saya membuka selimut, saya terkejut apabila melihat satu lembaga aneh dan besar merangkak di atas lantai dan melihat kearah saya. Lembaga tersebut kelihatan seperti wanita tua dan semakin lama, lembaga tersebut merangkak menghampiri saya. Dengan sekuat tenaga saya, saya berlari keluar dari bilik dan terus masuk ke bilik kawan satu sekolah saya yang berada di tingkat tiga. Kebetulan masa itu, rakan saya belum tidur juga kerana buat assignment. Saya menangis sekuat hati dan menceritakan kejadian tersebut kepadanya. Rakan saya kelihatan tenang seolah-olah menyedari tentang kejadian tersebut. Dia pun menceritakan kepada saya bahawa sebelum ini dia kerap melihat saya berjalan seorang, bercakap seorang, makan seorang, duduk seorang bahkan semua perkara saya lakukan seorang.

Saya berasa pelik kerana sebelum ii saya dengan kisha. Semua saya lakukan adalah dengan kisha. Hingga lah keesokan harinya, saya memaklumkan perkara ini kepada pihak universiti dan mereka berkata bahawa keluarga kisha ingin berjumpa dengan saya. Setelah sejam setengah menungggu, akhirnya saya bertemu dengan keluarga kisha. Mereka memberitahu saya bahawa kisha telah meninggal kerana b***h diri seminggu selepas pendaftaran universiti.

Mereka menyatakan bahawa kisha tidak ingin mewarisi saka keturunan keluarga mereka oleh itu, dia memilih untuk b***h diri dengan cara terjun di sungai dekat kampung mereka. Setelah itu, saya menangis dan ketakutan kerana selama ini saya berkawan dengan sesuatu yang bukan digelar MANUSIA.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

8 thoughts on “ROOMATE”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.