Rozana, Kau Gadis Idamanku

Assalamualaikum dan hi kepada semua pembaca, terima kasih fs kerana publish kan cerita saya. cerita ini dari turun temurun punya cerita dari semior (kesahihannya tidak dikenalpasti) dan juga berdasarkan pengalam saya menjadi seorang pelajar asrama kolej vokasional.

hari pertama masuk ke dalam asrama aspuri saya ditempatkan di dorm umairah, nama singkatan dorm C5. Masa mula-mula masuk, semua okay, akak senior okay, kelakar dan boleh tahan dalam membuli (taklah teruk mana bulinya). dalam dua bulan lebih, benda itu mula menganggu aspuri block C tingkat 2 (bangunan asrama ada 2 tingkat). bak kata senior kami, dia selalu berada di dorm C4 dan C6 (C5 tengah-tengah) dan C5 adalah antara laluannya untuk berulang alik dari C4 dan C6.

masa sibuk tengah prep malam, semua senior turun dan panggil junior untuk membuat rall call, jadi kami semua duduk di tengah-tengah antara bangunan block C dan blok D. Pengkap (penolong kapten merangkap penolong ketua asrama) menetap peraturan duduk di dalam asrama ini. Tidak boleh membasuh baju waktu malam, tidak boleh menggunakan mesin (kecuali senior je), masa prep tiada seorang pun berada dalam dorm, dan bermacam lagi pantang larang dan yang terakhir, ini pengkap suruh dengar baik-baik. Jangan sesekali nyanyi lagu rozana di asrama mahupun dalam sekolah.

selepas rallcall, masa pun sudah jam 10, saya kemas barang belajar di bilik prep (bilik prep tingkat 1, block C), kemudian naik ketingkat atas dan masuk ke dalam dorm. saya tengok hanya junior sahaja yang berada dalam dorm, mungkin diorang prep lagi, yelah tahun ni kan diorg SPM. untuk pengetahuan, 1 dorm terbahagi kepada dua site, iaitu Site A (tempat senior, dan site B temppat junior, ada je senior berapa orang dalam 4 orang, junior ada dalam 7 orang je).

ada satu malam kawan saya Jihah main carrom di Site A dengan akak senior yang lain, diorang main ramai-ramai depan pintu Site A. Saya pula duduk dikatil saya makan biskut, kemudian Nurin datang dan duduk di katil Jihah (sebelah katil saya) .

“Sikit weyh, aku nak ambil air panas kat bawah. malas lah nak turun, nak naik lagi tangga.”
Aku pun ambillah biskut lagi 2 paket kecik, biskut lexus coklat tu dalam loker. loker waktu tu kayu, loker petak je. senior sahaja pakai loker besi.

Papp !! Nyiiii……….. BLACKOUT. Gelap. 1 block C blackout. saya dah rasa lain, tarik tangan Nurin nak keluar dari dorm, masa kami ke pintu Site A nak keluar, jihah yang sedang main carrom dengan akak senior tu tiba-tiba bersuara.

“Siapa tu?” kepala dia memandang tingkap bilik di site A yang gelap. Selepas kami keluar, aku terdengar Jihah menangis terbaring tidak berdaya. Akak senior minta bantuan kami untuk angkat Jihah, keluar dari dorm, tapi saya tidak peduli. Tangan Nurin saya pegang kemas-kemas. Jihah menangis. Semua senior Site A yang sibuk belajar malam tu, ada yang basuh kain terus naik dorm.

selepas semuanya okay, elektrik pun dah ada balik. Kami kumpul dalam bulatan di Site B bersama akak senior, kami kena rallcall. Pengkap adalah salah satu senior di dalam dorm C5.

“Aku dah cakap, jangan suka sangat, kawal ! kawal ! korang degil. kau nampak apa tadi Jihah?” Pengkap menyoal, dan semua mata memandang Jihah.

“Saya nampak ada macam orang tapi berbulu, besar sangat. saya ingatkan akak – akak dalam dorm ni, sebab blackout jadi saya tak nampak, saya pun tanyalah siapa.” jawah Jihah.

Aku dah agak. Ya, benda itu mungkin dari dorm C4 nak ke C6. bila aku tarik tangan Nurin, aku dapat rasa dia ada. bila aku lalu site A, jihah ternampak. Sejak dari itu, kami tahu yang Jihah ni lemah semangat. block C selalu blackout, dan setiap kali blackout, odd akan rebah terbaring tidak berdaya, trauma dengan kejadian dia menegur benda tu.

seminggu selepas kejadian tu, akak senior yang main carrom dengan Jihah waktu tu, bukak cerita. Masa tu Jihah tak ada. Akak ni kira baik lah dengan kami yang junior ni, nama dia Fatin.

“Jihah nyanyi lagu Rozana. dia tak lah nyanyi, dia hmmm tapi dalam lagu rozana. Akak dah suruh berhenti, dia cakap dia bukan sebut lirik pun dia cuma hmmm hmm je. tu yang malam dia kena tu”

“saya dah agak dah kak, time blackout tu saya tarik tangan Nurin nak keluar dari dorm. mungkin benda tu lalu, Jihah pulak pergi tegur.”

selepas kejadian tu, munirah dorm D1 block seberang kena rasuk. selepas itu Liya, dorm C6. dia kata dia nampak. saya pun tidak tahu. Yang saya tahu, baca yasin, azan kat telinga kena rasuk.

Semua nak tahu pasal Rozana. siapa dia ? kenapa tak boleh nyanyi? kalau ada yang terlepas nyanyi, salah sorang penghuni aspuri pasti dirasuk. Aspura pernah mencabar dan menyanyi lagu rozana dari mula sehingga habis, bernyanyi beramai-ramai dengan petikan gitar. satu per satu penghuni aspura dikacau, malam itu juga.

disebabkan saya ni jenis berani sikit dengan senior, saya pergi ke katil pengkap, kawan -kawan saya termasuk Jihah dan Nurin pun ada sekali.

“Kak, rozana ni siapa? Kenapa kitorang tak boleh nyanyi lagu tu?”

Pengkap dengan akak senior yang dalam tu pun cerita lah. Rozana ni dulu bekas pelajar sini. dulu sekolah ni SMT (sekolah menengah teknik), nak jadikan cerita. Rozana ni cantik. dan dia bercinta dengan salah seorang penghuni aspura. lelaki tu selalu menyanyi lagu rozana untuk Rozana,

“Rozana.. kau gadis idamanku, dua hati menjadi satu bila kita bertemu, ohh rozana…. ”

dan mereka terlanjur. rozana mengadung. lelaki tersebut tidak dapat menerima kenyataan. setiap malam rozana menangis mengenang nasib. dan setiap malam dia merayu kepada lelaki tersebut supaya bertanggungjawab dan membina kehidupan baru asalkan bersama. lelaki tu berkeras dan tidak mahu bertanggungjawab. Apa yang mahu dijawab dengan mak ayahnya nanti.

Pada suatu hari, setelah beberapa hari Rozana memujuk kekasih hatinya, akhirnya lelaki itu mengalah dan ajak berjumpa di dalam asrama aspuri. Lelaki itu mahu berbincang dengan Rozana mengenai hal ini sebelum balik ke kampung (Minggu tersebut minggu pelajar asrama balik). Rozana bersetuju, dan tunggu semua pelajar aspuri balik. Kemudian memberitahu lelaki itu bahawa dia didalam dorm dia C4. Mereka berbincang, tetapi bukan ke arah menyelesaikan masalah. Masalah yang dibincang semakin rumit sehingga mereka bergaduh. lelaki itu tidak dapat mengawal diri akibat amarah yang tinggi, dia mengambil pisau yang disimpan dan menikam perut Rozana. Menyedari kesilapannya, lelaki tersebut menyumbat mayat Rozana di dalam loker Rozana sendiri dan menggunci menggunakan mangga. D***h yang mengalir dibersihkan sebersihnya.

Apabila tiba hari ahad petang, seorang seorang aspuri pulang. Apabila kawan Rozana masuk ke dalam dorm, dia terhidu bau yang sangat busuk dan hanyir. Alangkah terkejutnya dia melihat d***h yang kering keluar dari dalam satu loker.

dan sejak itu lah gangguan demi ganggun diterima. Bak kata senior juga, sekolah kami ada 3 penjuru. 1 penjuru sekolah teknik, 1 penjuru vokasional dan 1 penjuru lagi sekolah agama. benda itu akan menggangu mengikut penjuru, jika tahun ni vokasional kena, tahun depan pasti sekolah teknik atau sekolah agama, dan begitulah seterusnya.

Semasa kami menjadi senior, kami pun memberitahu perkara yang sama kepada junior kami. tidak boleh menyanyi lagu rozana, kalau nayanyi pasti akan diganggu.

kawan saya yang bernama Fiza dia dari dorm C4 pernah berkata pada saya dan kawan-kawan saya yang lain, loker Rozana tersebut warden tidak buang. Loker kayu yang mayat Rozana disumbat itu, masih diguna sehingga sekarang. cuma tak tahu siapa yang pakai loker tersebut. Ni akak senior dorm C4 yang cerita kat Fiza.

Sekian itu sahaja cerita saya. saya tidak tahu kesahihanya cerita ini, tapi cerita ini memang turun-temurun, pelajar memang dilarang menyanyi lagu tersebut. kerana pasti akan diganggu. nama di dalam cerita tersebut bukan nama sebenar. kecuali Rozana. dan sekolah ini telah lama diwujudkan, sejak 1971. 46 tahun yang lalu. maaf jika cerita saya tidak seseram mana, tapi ni berdasarkan pengalaman saya hidup diasrama. sekarang umur sudah 20 tahun dan sedang praktikal. Asrama block C memang dah ditutup semenjak kami naik jadi senior. kami hanya duduk di block D sahaja. dan tahun ni, block aspuri ditukar menjadi block aspura.

merah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

7 thoughts on “Rozana, Kau Gadis Idamanku”

  1. sma plak mcm kt matrik. tp bkn kna b***h dia b***h diri rsnya pastu msuk sndri dlm loker.. ntahla kesahihan xterbukti

    Reply
  2. I have checked your website and i have found some
    duplicate content, that’s why you don’t rank high in google, but
    there is a tool that can help you to create 100% unique articles, search for;
    Boorfe’s tips unlimited content

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.