Terima kasih FS kerana publish kan cerita aku ni..
cerita yang aku nak kongsikan adalah dari pengalaman aku sendiri. tentang rumah sewa aku di seri kembangan.
Cerita bermula aku masuk pindah dia rumah sewa aku di flat ni sekitar may 2023 dan kawasan flat ni mmg sunyi sbb baru buka utk org ramai. flat ni terbiar dari aku kecik around 25 tahun, sbb ada masalah pemaju and CF tak approve sebelum ni. aku di antara penghuni yang terawal duduk di kawasan ni.seram tak seram lah jugak, kami duduk je. kami baru nak mula hidup baru dan laki aku waktu tuh baru mampu nak sewa rumah. terpaksa cari sewa yang murah.
aku duduk di blok B, tgkt 2 dan utk tgkt tuh waktu tu, family aku je duduk. so korang rasa lah seramnya mcm mana, tapi cekal je lah sbb kitaorg ni pun burung hantu juga. moden couple so jenis main langgar je. first masuk mcm biasa kemas2.
start aku kena ganggu waktu minggu kedua aku duduk di rumah ni. aku seorang WFH, mmg buat kerja dirumah fully, jarang2 masuk office, jadi aku buat kerja macam biasa. so kebiasaan aku, akan keluarkan ayam atau daging dahulu utk masak lunch & dinner sekali, masa aku sambung balik buat kerja, tetiba aku dengar mcm ada barang pecah. aku terus ke dapur nak tgk ape yang jatuh, terkejut weyh bila barang aku nak masak berselerak dan mangkuk yang aku letak ayam tuh jatuh & pecah. aku dah pelik & seram juga sbb kucing aku masa tuh sekor je dan dia duduk ngn aku dekat dalam bilik. bulu roma aku dah start naik. aku husnuzon lagi , aku kemas2 balik dapur tapi pintu bilik yang dekat dapur terbuka sendiri. aku mmg xdan lah nak tgk aku tutup pintu bilik tuh rapat. aku xjadi nak masak. terus aku masuk balik bilik aku. still continue buat kerja.. so kekacauan tak berhenti di situ.dia boleh main pintu bilik aku. ketuk2 bilik aku. lepas tuh main cakar2 at dinding. waktu siang ye aku kena ni. aku mmg xtggu lama, aku terus ckp ngn boss aku, aku nak buat kerja dekat rumah MIL aku, sbb aku bagi alasan letrik xde dekat rumah. terus aku bungkus laptop aku and nasib baik cage kucing aku at dalam bilik aku sbb utk buat tido dia. aku masuk kan kucing aku dalam cage. dgn baju tido, aku buka pintu pelan, mmg aku lari keluar dri rumah tanpa toleh ye. bawa sekali kucing dan laptop aku semua keluar dari rumah. mmg macam mak cik baru balik pasar. aku call laki aku nangis yang aku kena ganggu.
part 2….
kejadian lepas aku habis kerja, hari yang sama, mmg aku cakap ngn laki aku, aku nak tido rumah MIL aku, xberani nak tido rumah, so lepas kitaorg habis kerja semua, laki aku ckp nak balik rumah juga amik baju sbb sehelai sepinggang kot, xbwk apepun. so aku ngn laki aku pun balik rumah nak amik barang, buka2 pintu je terkejut ye sofa, tv, meja makan semua terbalik, mmg berselerak, baju aku semua berterabur. laki aku pnya pacing patah, ruang solat aku pun berterabur, lepas tuh al quran dekat lantai. sbb rak buku2 jatuh… laki aku collector jam, habis semua jam laki aku bersepah…. lepas tuh lampu dekat ruang bilik air tetiba kejap buka kejap tutup. laki aku azan, baru lampu tu back to normal. laki aku suruh aku tggu luar sbb tak nak aku lemah semangat, dia kemas2 baju, so at luar masa aku tggu laki aku kemas brg, aku terpandang tingkap bilik no 3. reflect dekat cermin tingkap tuh nampak bayang aku sendiri senyum dekat aku.. mmg menjerit aku. end up aku pengsan.
aku sedar bila aku sampai rumah MIL aku, dan laki aku bagi aku minum air yassin baru ok sikit terkejut aku. aku citer aku nampak bayang aku sendiri tersenyum. aku nangis lah nak keluar dari rumah tu. laki aku terus call kawan dia, minta tlg cari kan ustaz nak pagar rumah. mlm tuh laki aku ni ada buat live, dan cerita apa terjadi pasal rumah, mmg ada komen kata kawasan aku duduk tu keras suruh pindah. pasang cctv lah sbb kata tak percaya semua. tak nak lah kerugian sbb dah bayar deposit semua. tggu juga lah ustaz datang.
waktu ustaz dah datang rumah pada keesokan harinya, dia mmg ckp kawasan ni tempat dia sbb bangunan ni dulu lama terbiar dan seeloknya buat doa selamat sebelum pindah masuk rumah baru. dia mmg pagar rumah tuh dan ckap ngn kitaorg insyallah duduk je rumah ni. pesan jangan tinggal solat je.
skrg ni dah 2025, aku masih tggal rumah yang sama, gangguan dah xde sgt. tapi setakat kacau waktu malam tuh dah biasa. pintu kena ketuk tuh dah biasa. tapi abaikan je. nak kata berani tuh tak jugak lah. tapi selagi ada allah. kita hanya takut ngn allah je. sorry kalau cerita aku ni tak seram. cuma bagi aku seram jugak lah. nanti kalau publish cter aku ni. aku akan cerita kan masa aku ngn laki aku bercuti at penang kena ganggu..
salam dari ain
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit