Maksu…
Assalamualaikum semua, terima kasih di atas bacaan al fatihah untuk mastura. Cemphaka hargai sangat-sangat. Kepada admin terima kasih sebab siarkan kisah aku. Semoga kisah tersebut menjadi iktibar kepada semua. Kalini aku ingin ceritakan kisah maksu boleh juga di katakan kisah terakhir dari rumah atok.
Sebak rase tengok jenazah maksu begini. Ya Allah aku memohon keampunan untuk maksu. Sayu anak-anak maksu melihat jenazah mama mereka, lepas mastura kini maksu pula meyusul. Tapi aku lega sekurangnya2 maksu dah berada di alam yang nyata alam terakhir untuk maksu berehat. Setiap yang hidup pasti akan m**i ya itu pasti. Papa pula air mata bak sungai mengalir tanpa henti. Adik bongsu nya dah pergi berjumpa pencipta yang Maha Esa. Penungguan selama 2 bulan kehilangan maksu terjawab.
Maksu telah menghilang kan diri secara misteri selama dua bulan, seperti yang korang tau maksu tak berapa sihat. Angah yang bertanggungjawab menjaga maksu setelah Mastura meninggal dunia. Angah seorang anak yang sangat sabar dan baik. Kalau aku la, aku tak sepenyabar angah. Maksu sntiasa wangi, walaupon maksu dah mula buang air merata rata kadang-kadang maksu minum air kencing sndri. Asal papa datang menjenguk mmg maksu sntiasa rapi dan bersih.
Kisah nya selepas Mastura meninggal, Maksu seperti orang hilang siuman, di tenungnya potret mastura di pegang dan di cium sambil menangis ‘ Mastura anak mama… aku syg anak aku… maafkan mama… mane anak mama pergi tak balik-balik…ramai yang tunggu ni… ramai yang cari ni….’ itu lah rintihan maksu setiap hari. Berubat? Dalam Negeri, luar Negara semua dah ikhtiar segala macam ustaz kami dah jumpa. Namun takde tanda-tanda maksu nak sembuh. Pernah ada satu ustaz cakap ‘ pergilah berjumpa atau pergila cari akarnya dari situ kita boleh tau asalnya dari mana’ bomoh yang dulu mmg tak pernah kelihatan, dari bermula masa arwah mastura hidup lagi mmg susah nak berjumpa bomoh tu. Hilang entah ke mana.
Papa, adik beradik dan anak-anak maksu tak pernah jemu ikhtiar sana dan sini sehinggalah satu hari angah kata dekat papa ‘ takpe la paklong, angah terima andai ni takdir mama angah terima dan reda itu la kata-kata terakhir angah selepas semua jalan ceruk kampong kami dah pergi untuk berubat. Papa hanya menunduk, usaha sudah doa sudah Cuma tinggal tawakal kepada Allah. Papa juga jual tanah bahagian papa untuk disedekahkan kepada angah kerana duit mmg sangat-sangat di perlukan untuk mengubat maksu. Pernah maksu di hantar ke hospital sakit mental tetapi pelik bila esoknya maksu berada di biliknya semula. 3 kali hantar 3 kali begitu dlm cctv mmg tak nampak maksu keluar, lagi pun kawalan mmg ketat tapi mmg esoknya maksu akan tidur nyenyak di rumah. Pihak hospital tak boleh terima maksu kalau terus begitu kata mereka mengganggu procedure perubatan. Kami akur.
Di rumah pula, Angah kene gangguan hampir setiap hari selepas kematian Mastura sehingga la kini, Mula-mula memang takut lama-lama angah dah jadi kebal. Dianggap itu semua ujian Allah. Macamana ngeri pon wajah makhluk tu tiba-tiba muncul depan angah ketika solat, angah tetap solat. Nasi di masak tiba-tiba basi, bunyi org bergurindam lagu-lagu lama pada tiap-tiap malam dari pukul 3pagi smpai 5 pagi.
Pernah satu hari angah bermimpi untuk dijadikan ganti perjanjian tapi angah menolak dia cakap ‘aku hanya akan taat pada Allah yang Maha Esa’ lalu terbagun dari tidur dan tngan kirinya ada satu lipatan kuning bertulisan jawi lama lalu dibakar oleh Angah. Maksu pula mmg siapa yang tidak tahu cerita mmg akan takut dengan wajahnya yag selalu memandang tepat ke anak mata kadang-kadang tak berkedip langsung. Kadangkala duduk mengadap dinding dan bercakap seolah2 ada teman berborak..
Pernah satu hari angah cari maksu tak jumpa sedangkan maksu memang dikunci dalam bilik. Di carinya di bawah katil, bawah kerusi dan sangat mustahil maksu boleh hilang sebab tingkap semua terkunci. Angah keluar dari bilik dan azan kemudian masuk balik (bilik itu telah di pagar oleh ustaz) die nampak maksu tgah mencangkung di atas almari sambil tangannya menunjuk ke luar tingkap. Terkejut sungguh Angah sebab diluar tingkap tu ada ular tedung separas pinggang berwarna hitam pekat sedang menenung tepat ke arah maksu. Maksu dalam sekejapan terloncat2 seperti monyet, sambil tangannya menggaru2 kepala.
Allah hebat sungguh ujian mu Ya Allah.
Kisah lebih hebat apabila maksu tiba-tiba hilang, pada hari tu angah memandikan maksu seperti biasa pada pukul 8pg, tiba-tiba maksu memegang tngan angah dan berkata ‘mama minta maaf mama susahkan angah susahkan keluarga, mama nak cari mastura mama rindu anak prempuan mama’ terkedu Angah mendengar seperti tak percaya mama cakap seperti orang normal. Dia tenung mama dan bertanya… Mama kenal angah? Maksu angguk.. mama ingat angah? Maksu mengangguk lagi…lalu maksu senyum kelat. Mama penat boleh mama nak rehat ngah? lalu angah peluk maksu berkali2 sambil mencium dahi maksu. Angah terus keluar dan sujud syukur sangkaannya mamaya da pulih. Tetapi selepas itu maksu ghaib dri dalam bilik air.
Angah terjerit jerit manggil maksu, tapi tiada respon. Angah pon buka ayat ruqyah sebab slalu mama akan mengamuk dan marah tapi kalini tiada respond dari mama. Senyap sunyi hening.. lalu angah pon menelefon papa aku, dan di ceritakan semua. Papa adik beradik aku dan pakcik-pakcik aku mula memenuhi rumah angah. Untuk sama-sama mencari maksu, ustaz kenalan papa juga ada untuk membantu tapi tak nampak juga kelibat maksu. Angah hanya boleh buat laporan selepas 24 jam kehilangan maksu. Terlihat sendu wajah angah, mencari maksu tak berjumpa. Pada esok nya angah di panggil polis untuk memberi keterangan dan membuat report.
Angah terjumpa satu surat di laci mama bergumpal dengan rambut, tertulis ‘masa aku dah tiba… aku cinta keluarga ku…’ itu la yang tertulis menggunakan d***h dan serpihan kuku. Semua bukti yang di jumpa mmg angah terus berikan kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan. Rumah angah pula setiap malam dihantui dengan suara menangis yang tak henti-henti smpai satu hari angah jatuh sakit akibat stress yang melampau, kerana terlmpau memikirkan siapa yang tgok2kan maksu? Sudah makan kah dia? Maksu tidur di mana? Kalau die sakit macmana? Itu la yang selalu angah sebut-sebut. Kami ahli keluarga yang lain selalu menjenguk angah utk membantu apa yang patut dan juga memberi sokongan moral.
1 bulan dah berlalu angah pon sudah boleh menerima kehilangan maksu, dan menggagap andai satu hari Allah izinkan die ketemu mama pasti die akn ketemu..
Masa berganti masa bulan berganti bulan.. pada bulan ke dua ada orang awam terjumpa maksu dalam keadaan mengerikan di dalam hutan semasa hiking. Perutnya terburai orang asli syak di sondol b**i. Angah seorang sahaja yang pergi mengesahkan jenazah mama sebab yang lain tidak sekuat Angah. Kata Angah lemah lutut masa sesi pengecaman jenazah, air mata berguguran. Allah je tau betapa sayu melihat mama dalam keadaan begitu. Angah reda di atas semuanya Allah sebaik-baik perancang. Semoga Allah ampunkan dosa dosa mama.. halal kan susu kami adik beradik.. halal kan keringat mama membesarkan kami.. halalkan peluh mama semasa mama mencari rezeki utk kami… kami sayang mama.. itu la ayat-ayat yang keluar dari mulut angah…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Semoga tabah angah🥺… Allah sentiasa bersama kita