Salam kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku Man (Bukan nama sebenar). Aku straight to the point beberapa kisah seram berkenaan dengan rumah nenek aku di Perak Tengah. Aku ingin share pengalaman dan jika sesiapa yang dapat mengenalpasti apa ada pada aku.
Sebelum itu aku perkenalkan rumah nenek aku dulu. Rumah nenek aku ni terpencil sedikit dari orang ramai. Rumah nenek aku di kelilingi hutan, kalau masuk dari jalan utama hanya basikal dan motor saja yang boleh lalu. Bahagian kiri hutan ada perkuburan India dan Islam yang sebelah mnyebelah. Bahagian kanan kebanyakkan adalah kubur-kubur lama. Dan untuk pengetahuan semua, rumah nenek aku ni macam rumah biasa-biasa orang Perak. Dua tingkat, ada tangga belah kiri dan ruang bawah lantai. Rumah nenek aku jugak betul-betul berada di laluan orang bunian (kata arwah datuk akulah).
Kisah 1 – Gangguan Pada Tetamu
Aku pernah membawa kawan-kawan datang berkenalan dengan nenek & datuk aku, sebab aku dan kedua-dua nenek dan datuk serta makcik-makcik aku memang rapat kerana merekalah menjaga aku ketika lahir tak cukup bulan.
Mak aku bukan tak nak jaga, tapi dia terpaksa menjaga kembar aku yang tak cukup bulan juga dan seorang kakak aku yang masa tu baru berusia setahun.
Berbalik kisah kawan-kawan aku yang tidur di rumah datuk aku ni…tepat pukul 12 malam biasanya akan dengar suara halus memanggil nama kawan-kawan aku ni. Bila aku terdengar, aku tak terkejut, sebaliknya aku memerhatikan kawan aku. Dia orang siap berselubung dalam selimut, ada sorang siap mengeletar. Bila ditanya esoknya, memang betul dia orang kata ada orang memanggil nama dia orang, tapi tak nampak susuk badan. Bila aku cerita pada makcik-makcik aku, rupa-rupanya bukan saja kawan-kawan aku, pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku yang baru berkahwin dengan dengan adik-beradik mak aku pun terkena ganggu yang sama.
Kisah 2 – Orang Minyak
Urban legend seekor ni pernah try nak masuk ke dalam rumah datuk aku, tapi tak boleh. Ceritanya, pada satu malam, selepas solat maghrib, adik-beradik aku dan anak-anak jiran nenek aku akan datang rumah untuk mengaji dengan nenek aku. Lepas kita orang semua dah duduk dan siap-siap buka rehal, tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu macam nak roboh pintu.
Kitaorang budak-budak yang mengaji ni berpandang sesama sendiri. Rupanya ada seorang lelaki yang aku dan nenek aku tak berapa kenal yang claim dia adalah pembantu tok moh (tok bomoh).
Menurut kata dia, malam tu akan ada susuk orang minyak datang nak memasuki rumah kami, memandangkan rumah nenek aku ni masih ada lagi dua orang makcik aku yang dara sunti gitu. Jadi dia bekalkan benda apa aku pun tak tahu, untuk diletakkan pada alang tingkap dan pintu. Cuma apa aku nampak adalah ladam kuda yang banyak. Selepas lelaki a.k.a pembantu tok moh tu balik, nenek aku bagitahu budak-budak mengaji yang malam tu tak jadi mengaji. Nenek aku suruh semua balik awal, takut lewat-lewat nanti dia orang kena ganggu pulak masa balik rumah. Sebab masing-masing nak balik kena jalan kaki kuar dari hutan baru sampai rumah masing-masing.
Dipendekkan cerita, maka tibalah malam itu. Aku, kembar aku dan kakak aku yang sama baya dengan aku tidur atas katil yang sama di tingkat atas. Kedua datuk dan nenek aku tidur di bawah sebab dia orang dah tua nak naik turun tangga. Kakak aku tidur tengah-tengah, menghadap kembar aku.
Baru saja kitaorang nak terlelap, tiba-tiba terdengar bunyi derapan kaki mengelilingi rumah. Memang lamalah dia dok tawaf rumah nenek aku, mencari lubang untuk masuk. Aku tiba-tiba jadi berani pergi turun katil cari Al-Quran dengan rehal. Bukan sebab nak baca, tapi sebab takut. Aku buka tiga rehal dan Al-Quran dan letak betul-betul dekat kaki katil. Konon-konon ingat boleh takutkan benda tu lah. Masa tu budak-budak lagi kan.
Tapi malangnya benda tu tak nak pergi. Sampailah ke subuh kita orang tak tidur disebabkan orang minyak tu. Dan orang minyak tu pun dari tengah malam sampai ke subuh dia dok tawaf rumah atuk aku mencari lubang. Alhamdulillah selamat makcik-makcik aku malam tu.
Kisah 3 – Siapa Pendamping Aku?
Sebelum aku menceritakan kisah ini, aku bertanya kepada sesiapa yang ada pengalaman macam aku. Aku tak tahu apa yang ada pada aku ni.
Sebelum ni aku tak pernahlah berubat dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan Islam. Tapi aku rajin pergi teman member-member aku pergi berubat. Yang peliknya, setiap kali aku pergi teman dia orang, bila nak balik je, pengamal perubatan akan bagitahu aku secara berbisik, “awak tahu ke dengan awak ada sesuatu?”
Aku just geleng kepala sebab aku pun malas nak ambil tahu. Tapi mostly setiap kali aku pergi mana-mana pengamal perubatan memang dia orang akan bagitahu.
Sampai satu saat, ketika mak aku nak scan kedai satay dia yang nak tak nak je hidup, pun pergilah teman mak aku. Jadi alang-alang aku pergi teman mak aku, biar aku di-scan skali. Masa scan, ustaz ni bagitahu, ye memang ada. Aku tanya, perlu buang ke? Tapi ustaz tu kata, “tak apa. Dia tak ganggu awak kan?”
Ya, memang aku tak pernah diganggu atau disakiti dengan penampakan-penampakan. Ustaz tu beritahu, benda tu mostly untuk perubatan. Maksud ustaz tu, kalau aku menjadi pengamal perubatan, InsyaAllah mujarab, katanya. Then sampai situ saja.
Kalau nak kata saka, mesti ada mimpi-mimpi terima saka ke? Atau diganggu dengan penampakan-penampakan, kan? Tapi aku tidak pernah alami semua tu. Aku try selidik latar belakang arwah nenek atau datuk aku, tapi tak aku jumpa pun sesiapa yang mempunyai saka atau pendamping. Jadi siapa dan macam mana dia boleh mendampingi aku? Itu persoalan yang aku tak dapat nak jawab.
Nak kata aku ni baik tahap alim pun tak juga. Solat asyik culas je. Jadi ada sesiapa tak alami perkara macam aku ni? Siapakah pendamping aku ni?
Lepas mak aku dengar benda tu, bila balik mak aku suruh urut kaki dia yang gout tu. Aku cakap dekat mak aku, aku boleh urut, tapi jangan letak sepenuh harapan pada aku ataupun benda yang mendamping aku. Sebab aku dengan pendamping aku hanyalah hamba Allah yang tak punya kelebihan apa-apa tanpa izin Allah. Dan aku tak punya ilmu untuk ubati orang, sekalipun pendamping aku tu ada ilmu, itu ilmu dia dan bukan ilmu aku.
Tapi yang bestnya,sebelum aku tahu aku ada pendamping, ada seorang member tempat aku berkerja ni, kalau tengok penampilan dan waraknya memang nombor satu jika dibandingkan dengan aku yang malas nak solat ni. Tapi satu hari tu dia tanya aku, “dengan kau ada pedamping ya?”
Aku tergamam. Dah kenapa dia pulak boleh tahu, sedang aku pun tak tahu? Rupa-rupanya yang aku dengar dia try untuk mandrem aku pasal fitnah yang terjadi. Dia fikir akulah penyebab fitnah tu. Dia try untuk mandrem, tapi terdinding, tak sampai. Dia pulak buat fitnah dekat aku yang aku ni membela. Aku redho je. Siap bagi aku minum air ruqyah bagai nak tengok aku ada belaan ke tak.
Dalam banyak-banyak member dia, aku sorang yang diberi minum air ruqyah tu. Aku pun minum je. Bukan secawan yang dia bagi. Aku nk puaskan hati dia, aku minum semua sebotol air ruqyah tu sampai habis. Tapi Alhamdulillah tak ada apa pun terjadi. Sebab aku percaya dan betul-betul yakin kuasa dan ilmu Allah lebih hebat dari mahlukNya. Sekian.
Man Botak
Sama la..keturunan arab n berjubah hijau…tp ak xleh nmpk pape..ramai2 dh ckp bnd sma kt aku
Gile seram kawasan rumah…
fuh…nasib baik orang minyak tu tak masok rumah
SERAM..
Ler..Apalah punya kawan sepejabat..Dia tak boleh mandrem penulis lepas tu dia pulak boleh buat fitnah kat penulis🤦♀️
Buat penulis semoga bertemu jawapan yang di cari dan semoga itu yang terbaik buat penulis..
Man kg kt mn.Akak Pasir Salak.Akak xtau kg mn yg ada kubur india ngn melayu sebelah2 tu
parit perak
Kalau mmg nak scan saya ada kawan yang siap boleh lukis.
Boleh jugak kalau nak berubat dengan dia
Boleh bagi nombor tak?
Nak contact macam mane?
nak try scan juga boleh kak mumy…bg le no dia…tq
Kg Arwah Tok dan Arwah Tokwan pon kat Perak,Telok Intan..Rumah dalam kelapa sawit..arwah tokwan pernah cerita pasal perkampungan bunian blakang rumah..Dalam Hutan..Seram..