Bismillahirrahmanirrahim…
Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah..
Peperiksaan akhir dah nak sampai, kelas pon dah tak banyak sebab kebanyakan pensyarah dah habiskan sebelum sampai study week. Yang tinggal cuma saki baki kelas yang pensyarah nak buat revision dan habiskan benda-benda penting sebelum peperiksaan akhir.
Memandangkan waktu dah suntuk, geng kelas aku memutuskan untuk buat study group memandangkan perkongsian sesama insan ni amatlah dituntut dalam agama #donedakwah. Disebabkan masing-masing malas nak masuk dalam kampus malam-malam buta, jadi lokasi paling hipster masa tu cumalah Mcdonalds yang memang strategik untuk semua orang berkumpul. Lagipon tempat tu 24 jam dan tak terlalu bising berbanding restoran mamak.
Tengah aku sibuk mentelaah pelajaran (ini jujur).
“Tok Moh.. ko nak ikut kitorang tak?” Sara menjerit dekat telinga aku. “Aku belum pekak la nok.. hangpa nak ajak aku pi mana ni?” aku yang tengah meneliti past year question subjek International Finance meletakkan pen dan memberi perhatian pada Sara. “Jom p tengok rumah hantu kat Seksyen 12 nak?, kawan aku cakap tempat tu seram” kata Anip pakwe si Sara yang duduk di sebelah buah hati dia.
Budak 2 ekor ni memang perangai kadang2 gila sikit. Mula-mula je acah berani, nanti dah sampai dia punya penakut mengalahkan pondan Sajat. “Hangpa kalo nak cari tempat port beromen, jangan ajak aku.. Aku tak mau terlibat” kataku sambil disambut gelak tawa kawan-kawan lain. Tak sampai 3 saat, tiba2 kepala aku kena hempuk dengan buku teks Sara. Aduh.. hilang 0.02% memori aku, dia ni harap je lawa.. tapi takde sifat kelembutan langsung. Tapi memang macam tu la kami bergurau, mungkin itu yang merapatkan hubungan silaturrahim kami.
Esoknya, kelas kitorang ada sampai pukul 1 je. Memandangkan petang dah tak ada kelas, kami memutuskan untuk buat study group petang je, malam boleh la pergi merayau menjelajah isi dunia yang luas ni. Malam tu lepas habis main bowling, kami melepak mengisi perut yang sedia lapar. Tengah sedap aku melantak mee goreng mamak, Anip sekali lagi bersuara “weh.. jom la kita pegi tengok rumah banglo besar yang orang kata ada hantu tu.. kita lalu depan je, lepas tu blah la”.
Aku angkat muka tengok semua orang. Yang setuju nak ikut cuma Sara dengan Wawa je. Wawa ni housemate Sara tapi bilik lain-lain. Roommate Wawa si Aya pulak malas nak ikut sebab mengantuk nak tidur katanya. Sara tu pon setuju ikut sebab si Anip yang beria mengajak. Bagi mencukupkan korum satu kereta, maka aku sebagai insan yang paling kacak ni diajak bersama. Sebabnya diorang tau aku ni berani sikit bila bab-bab mistik ni. Sesuai la dengan nama gelaran Tok Moh yang senior bagi pada aku. Sebab apa aku dapat nama tu, nanti la aku cerita di entry yang lain.
Jadi malam tu lebih kurang pukul 12.30 malam, kami naik kereta Anip untuk ke lokasi angker yang digembar gemburkan. Kawasan tu sebenarnya kawasan perumahan orang-orang kaya, lot banglo besar-besar. Nak ke arah rumah tu kena mendaki bukit kecil. Anip bawak perlahan je la memandangkan kami pon tak pasti lokasi tu. Dalam tengah mencari tu, kami melalui satu banglo yang agak besar dan kosong. Rumah tu memang nampak mengerikan sikit (mungkin sebab waktu tu dah pukul 1 pagi) dan keadaan pon sunyi. Masa lalu tu tiba-tiba bulu tengkuk aku ni dah meremang je. Lepas tu si Sara ni menjerit “hah.. yang ini kot rumahnya..”.
Anip terus brek mengejut depan-depan rumah tu sampai kepala aku terhantuk dekat dashboard kereta tu sambil mencarut dekat Anip. Si Anip boleh pulak berhenti dan terjenguk -jenguk tengok rumah tu. “wehh.. ngeri jugak tengok rumah ni, tapi takde nampak apa-apa pon” kata Wawa. “Awat?? hang nak suruh dia tunjuk muka depan hang ka??” dalam hati aku berkata. Tak sampai 5 saat aku pusing kepala pandang ke depan, aku terus nampak perempuan berpakaian putih dengan rambut panjang menutup wajah berdiri betul-betul di hadapan kereta. Aku terus menjerit supaya Anip terus beredar dari situ. Budak bertiga ni terpinga-pinga kenapa aku menjerit. Rupanya aku seorang je yang nampak benda tu. Anip pon membuat u-turn dan beredar dari situ. Dengan anak mata aku jeling rumah tu, aku perasan benda tu berdiri je depan pagar besar rumah.
Keluar dari kawasan tu, dalam hati aku memang menyumpah Anip sebab mengajak kami membuat kerja gila ni. Anip, Sara dan Wawa tak berhenti gelakkan aku sebab diorang ingat aku penakut dan berhalusinasi. “Anip.. nanti berhenti stesen minyak jap, aku nak buang air” kata Wawa. Sampai di stesen minyak dah pukul 3 pagi, mujur la stesen minyak tu tak kunci tandas. Maka dapatlah si wawa melepaskan hajatnya yang dah tak boleh ditahan. Dalam 15 minit lepas tu, Wawa pon dah sudah siap memerut, kami meneruskan perjalanan balik. Dalam hati memang aku mengeluh sebab motor aku ada di rumah Anip sebab aku tak balik rumah pon lepas study group.
Dalam perjalanan balik tu Wawa buka mulut “apasal ko jerit tadi Tok Moh?”. Aku pon menceritakan la apa yang aku nampak sambil describe macam mana rupa hantu tu (ok.. yang ni aku menambah banyak sebab nak bagi diorang ngeri). “Aku tak rasa apa pon, Anip dengan Sara pon relax je, ko yang lebih sangat ni” kata Wawa. “Ntahnya.. kitorang tak takut langsung” kata Anip sambil disambut gelak tawa Sara. Dalam hati aku, mintak-mintak benda tu datang depan hangpa malam ni, biar padan dengan muka. Sampai je dekat depan rumah Sara, tiba-tiba nampak si Aya berlari keluar. Jadi kitorang pon keluar la jumpa Aya. “Hang ni dah kenapa?? buat half marathon kategori terbuka wanita ka malam-malam ni?” tanya aku. Aya pandang aku buat muka semacam, “Apasal korang tinggal Wawa kat stesen minyak tu? dia call aku pakai nombor telefon abang kerja stesen minyak tu tadi sebab handphone dia tinggal dalam kereta masa dia pegi tandas”. Masa tu muka aku, Sara dengan Anip dah cuak. Kitorang pandang satu sama lain, baru perasan Wawa tak ada sekali. Terus masing-masing tengok dalam kereta. Benda jibake tu elok je duduk kat kerusi belakang. Sara pengsan dekat situ gak, si Aya dah berlari masuk ke dalam rumah, Anip pulak menyorok belakang aku (tadi berani sangat..hahaha). Masa dia berpaling muka tengok aku, memang ngeri betul muka hantu laknat ni. Penuh d***h, nanah dan ulat.. terus aku ajak Anip angkat Sara bawak masuk dalam rumah. Masuk dalam rumah, aku tanya Aya “Paseipa Wawa tak call ja kami tadi?? dah jauh kot nak patah balik ambik dia”. Lalu Aya bercerita;
Aku sebagai Aya.
Balik lepak kedai mamak, aku tengok TV dan terus tidur. dalam pukul 3.30 pagi tiba-tiba call banyak yang masuk, aku tengok nombor tak dikenali tapi aku angkat la. Lepas tu aku dengar suara Wawa dok maki hamun korang sebab tinggalkan dia masa dia tengah sedap memerut dekat stesen minyak tu. Telefon bimbit pulak dia tinggal je dalam kereta sebab dia ingat nak buang hajat kejap je, lagipon bateri dia dah habis sebab dia tak sempat nak caj sebelum keluar. Mujur la abang kerja stesen minyak tu baik hati tolong pinjamkan telefon bimbit dia. Wawa pulak tak ingat nombor telefon korang, mujur dia ingat nombor telefon aku. Baru je aku nak call korang, aku dengar bunyi kereta kat luar. Sebab tu aku lari dekat korang tadi.
Aku sebagai aku;
Aku tengok Anip dah berpeluh-peluh dekat tepi pintu. Aku cakap pada Anip “Kita tunggu sampai azan subuh, harap-harap dia dah takdak dalam kereta hang”. Aku baca ayat Qursi dan sapukan air kat muka Sara, aku tengok muka dia memang sah tersampuk budak ni. Nampak Sara macam ok sikit, aku suruh Anip jaga diorang memandangkan aku terpaksa la pegi ambil Wawa pulak dekat stesen minyak. Pilihan yang ada cuma pinjam skuter Aya sebab memang tobat lahom aku nak naik kereta Anip. Aku start skuter dan terus je pergi stesen minyak, masa lalu belakang kereta Anip aku perasan benda tu masih setia ada lagi dalam kereta. Terus aku pulas minyak blah pergi ambil Wawa. Dalam hati aku berdoa la supaya benda tu tak menumpang aku pulak. Dah la skuter ni boleh naik berdua je, kalo dia dah tumpang.. macam mana aku nak bawak Wawa, dah la helmet lebih satu je ni, nanti tak pasal pulak kena tahan JPJ.
Jam dah dekat pukul 5 pagi waktu tu, jalan masih agak lengang. Tiba-tiba aku rasa ada benda sebelah ajak race. Aduhhh.. dah la aku naik skuter MZ Mosquito je, dia ajak race pulak. Sampai abis aku pulas minyak tu, benda tu steady je tepi aku. Mulut aku masa tu memang tak berhenti baca doa, dari ayat Qursi sampai doa masuk tandas habis semua aku baca. Benda tu tetap je ada kat sebelah (apa taknya.. baca pon tajwid dah kelaut sebab takut sangat).
Sampai je dekat stesen minyak, aku perasan benda tu dah tak ada. Aku tgk Wawa duduk dalam stesen minyak sebab abang kerja stesen minyak tu kesian tengok dia tunggu kat luar sorang-sorang. Masa aku ambil Wawa, bukan main mengamuk lagi minah tu. Segala mak nenek sumpahan semua keluar. Abang kerja stesen minyak tu pon siap gelak-gelak tengok aku kena marah.
Aku sebagai Wawa;
Aku memang tak tahan betul sakit perut, kalau boleh tahan memang aku tahan je sampai rumah. Mujur la ada stesen minyak ni. Masuk je tandas terus beradaptasi dengan suasana tandas ni. Sebab agak tak selesa memandangkan ni tandas stesen minyak, aku tak sempat la nak feeling-feeling memerut. Dah nak selesai tu, aku baru je nak siap-siap keluar, aku dengar bunyi kereta blah dari situ. Aku keluar tandas tengok korang dah gerak tak tunggu aku. Baru je nak call telefon korang, baru aku teringat aku tinggal telefon dalam kereta. Mujur la abang Man (abang kerja stesen minyak) ni pinjamkan aku telefon dia. Aku call telefon aku terus masuk voicemail, mungkin bateri dah kong. Mujur juga aku hafal no telefon Aya, aku mintak dia makikan korang bagi pihak aku.
Aku sebagai aku;
Aku nampak muka Wawa memang marah gila masa bercerita tu. Bayangkan la kalau korang pon kena tinggal macam dia dekat stesen minyak, mesti terbakar hati jiwa nurani dan seangkatan dengannya. Lepas je Wawa bagi penendang dekat bontot aku sekali, aku pon terpaksa la menceritakan macam mana benda tu terjadi. Abis je aku bercerita, ternganga la mulut Wawa macam tak percaya. Dia m**i-m**i ingat aku sengaja buat-buat cerita. “Kalau la aku menipu, hang ingat aku rajin pulak nak mai ambik hang sejuk-sejuk naik skuter pagi-pagi buta ni? baik aku balik rumah tidoq!!”. Lepas tu baru Wawa percaya kata-kata aku.
Aku tumpang solat kejap dekat stesen minyak sebelum bawak Wawa balik rumah. Badan dah la letih, mengantuk jangan cakap la, ni balik nak menghadap hantu dalam kereta anip pulak. Apa la malang nasib aku ni. Ni la bahana buat benda sia-sia tanpa berfikir. Sampai kat rumah Wawa, aku tengok enjin kereta Anip masih hidup. Aku buat-buat berani jenguk dalam kereta tu, benda tu dah takde. Syukur Alhamdulillah.. kitorang masuk dalam rumah nak tengok keadaan Sara. Badan dia lemah mungkin sebab terkejut. Tapi dia nampak macam dah ok. Aku suruh dia bangun solat subuh sementara waktu masih ada. Lepas tu aku suruh Wawa, Sara dan Aya baca Yasin dan berdoa supaya dijauhkan perkara-perkara yang tak diingini.
Aku ajak Anip balik memandangkan badan aku memang penat betul. Sebelum balik, Wawa pulak mintak Anip ambilkan telefon bimbit dia yang tertinggal dalam kereta. Penat aku dan Anip cari telefon tu dalam kereta, nak call nombor Wawa, bateri telefon dia pulak dah habis, memang sampai kiamat la tak berbunyi ringtone tu. Lepas abis selongkar satu kereta, memang sah tak jumpa telefon tu. “Aku rasa telefon hang jatuh kat stesen minyak kot. Ntah-ntah orang dah kutip” kata aku. Wawa memang yakin bahawa telefon tu dia tinggal dalam kereta. Sebab dah lama sangat mencari. Aku dengan Anip mintak diri balik dulu sebab badan dah terlalu letih. Anip pulak aku tgk dah macam orang tak betul, mungkin terkejut nampak benda tu. Tapi kami sempat berjanji dengan Wawa untuk mencari telefon tu nanti.
Pagi tu aku tidur dari pagi sampai petang. Aku cuma bangun lepas Zuhur sebab perut lapar. Aku tengok telefon ada banyak Miscall dari Aya. Aku pon call balik sebab takut apa-apa jadi pada budak bertiga tu. Panggilan aku dijawab oleh Wawa..”weh Tok Moh.. aku call telefon aku tadi, ada bunyi tapi tak berangkat.. cuba ko callkan mana tahu kalau orang tu angkat pulak..” kata Wawa. “Ye lah.. satgi aku cuba call” kata aku dalam nada malas (sebenarnya aku penat). Lepas mandi dan makan roti kosong gardenia 2 keping yang ada dekat dapur, aku cuba call nombor telefon Wawa. Memang betul ada bunyi nada dering tu, cuma tak berangkat. Aku cuba lagi beberapa kali tapi tetap sama. Aku cuba pulak hantar SMS(masa ni whatsapp, wechat, BBM, Telegram, Bigo semua belum ada).
Aku: ASSALAMUALAIKUM..
Dia: ………..
Ehh.. dia reply titik-titik je.. mungkin dia bukan Islam kot fikir aku dalam hati.
Aku: SAYA KAWAN KEPADA OWNER HANDPHONE NI, KALAU BOLEH NAK MINTAK U PULANGKAN BALIK HANDPHONE NI. KAMI MASIH STUDENT, TAK ADA DUIT NAK BELI BARU.
Aku cuba pujuk supaya insan tu berlembut hati memulangkan telefon tu.
Dia: SURUH KAWAN KAU DATANG AMBIL SINI. AKU TAK BOLEH HANTAR..
Alhamdulillah.. Baik betul hati dia nak pulangkan balik.
Aku: U BAGITAU LOKASI, NANTI SAYA DAN KAWAN JUMPA U AMBIL HANDPHONE TU.
Aku membalas kembali mesej tu.
Tiba-tiba masuk satu MMS (Multimedia Messaging Service- ni kalo hangpa generasi Y yang tak tau apa itu MMS)
Downloading…
Bila aku bukak je gambar tu, aku nampak gambar rumah banglo buruk yang kitorang pergi semalam. Tak semena-mena badan aku berpeluh. Tak sampai 5 minit, masuk lagi mesej.
Dia: HIHIHIHIII.. JADI DATANG TAK?? AKU TUNGGU MALAM NI YEE…
Petang tu juga aku pergi tukar nombor baru. Apa taknya… hantu tu dah tau nombor telefon aku kot. Buatnya dia ajak aku main mesej malam-malam, naya la aku.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best!!
Tq sebab support
Takde sambungan ke bang azam
gelak2 aku baca cite nilah… haahaha… ๐
adehh.. tak seram ke?
Banglo ni bkn rumah sewa yg popular tu ke?banglo ni apa yg biasa cerita seram penddk area shah slam pernahnpk @jumpa?tahniah sersm jgk…
Finally ade jugak cite mcm ni.
Alahh.. penat aku tulis cerita seram… gelak pulak…
best… Bila nak sambung??
Nanti weekend ni saya tulis cerita baru
best2
habis tu telefon tu pergi ambil kaa tak..
Nanti saya cerita dalam siri baru..
best………..
Tq sebab support
Hahaha.. rumah tu memang ada..
Banglo kayangan tu dengarnya dah kena runtuh pon..
Sec 12 shah alam ke? Ke ada sec 12 tmpt lain? Best!! Citer cmni yg kami mahukan… ๐๐sila sambung dgn kadar segera….
Shah Alam..tapi dengarnya banglo tu pon dah kena runtuh..
NAISSโโ
Bila nak sambung?
Kalo dh sambung, tlg bagi link๐
sajat bukan pondan tau..wanita sejati
punya kusyuk aku lyan cita nhe …the end x blh blaa hahahah
Best..santai,lawak pun ada..cian wawa..aku bg ๐โจ๐โจ๐โจ๐โจ๐โจ
Tq atas support..
Adui…jgn main2 gi banglo angker..huu
Mana ada kami bermain kat situ..hahahaha
Seronok baca. Tulis lagi pleaseee. Hehe
Tq sebab support..
Tula jdnye bile berani sgt…misz bace cite hantu je berani. Klau tgk movie mmg xla…hiks. Pe2 pun mmg best! ๐๐๐
tq sebab support
Sambung plssss
Tq sbb support.. dlm proses menulis cerita baru
pandai siut antu tu
Best.
Tq atas sokongan..
best giler..
Tq atas sokongan..
best…lawak pon ade..hahaha
Terima kasih atas sokongan
True story eh…hantu pon advance sekarang..serammm makkkk
gempak bro
Terima kasih atas sokongan
best
Terima kasih atas sokongan
dgr nama tok moh pun makcik dh tau hensem.
#cumel
Jarang2 btol ada orang puji saya hensem
part tuko number tu dekah aku gelak sengsorang kat sini haaa
Bawak bertenang.. saya akan cuba kurangkan kelakar tu lepasni
Weh ko tipu!!!..mms dah kantoi…atas tu ko ckp try srmua wsap bigo telegram skli mms penipu punye cerita puiii
ko tak paham ke mms tu apa? mms tu mesej bergambar.. jgn bahalol sgt .. benak sgt hati tu.. tu laa kje nk kecam org aje.. cm punde
klau banglo besar sek 12 shah alam..pnah gak mlepak kat situ..seram gak umah tu
Tak tau wujud ke lagi rumah tu
awal2 baca seram gak…tapi bila dh ending aq gelak xhenti2 sbb lawak…hahaha
hahaha last2 lawak. adoiii… seram seyhhhh!
lepastu ape jadi…tergantungla..hp tu cmne
ckp kat wawa burn jek lah hp dia kat momok tu… bagi dia main hp tu.. naya jek nak amik balik kat momok tu…hahhaha.. best story…
Cerita lu terbaik bro i give 10/10
Teruslan mengkarang lagi!
best ..seram + lawak ha..haa..ha…sila menulis lagi.
Hahahaha tegagai sungguh hangpa no. Best, terbaik ๐๐๐
Alhamdulilah…akhir nya ada jugk pasangan nek moh…..huaaa huahhh huah…๐
best ๐๐๐
bila sambungan nyA…
Aku xleh bayangkan hantu kena saman sebab menumpang moto xde helmet๐
cepat2 sambung citer ni..dh jadi kelakar plk tp kalau kena kt batang hidung x tahu nk buat ape tu..hihihi
Ada jugak orang baca cerita ni di tahun 2020.. rasa terharu pulak.. hahahaha
Kelakar dohh… Ada ig tak penulis ni? Hahahahahaha.. Berdekah2 aku ketawa part yang dia tukar number phone tu.. Hahhahahaha๐๐๐
Mmg best..
Pandey juak antu ya. Mun aku alu leput smggu dpt msj gia. Adehhhhhh
Follow best๐ seramnye sambong lagi cerite ye part last tu nk tukar no hp tu memg kelakar tergelak bace sorg2 dlm blik tp naya tu,klo momok tu col ke mms hr2 xbole bygkn ishk2 teruskn penulisan awak tu
Follow best๐ seramnye sambong lagi cerite ye part last tu nk tukar no hp tu memg kelakar tergelak bace sorg2 dlm blik tp naya tu,klo momok tu col ke mms hr2 xbole bygkn ishk2 teruskn penulisan awak tu terbaik bro hahaha๐
Hampeh tok… tergelak gelak aku baca… seram weyy…
seram..
Best…๐… cepat 2 sambung citenye….
Saya suka cara tok moh menulis…rasa seronok bila baca๐…naiss terbaik…and memang seram dan best cerita dia fuhhhh