Assalamualaikum semua…Okay, part kali ni sambungan kepada kisah yang pernah aku hantar dulu iaitu kisah RUMAH BERHANTU DI KELANTAN. Terima kasih bebanyak admin kerana publishkan kisah-kisah ni.. Terima kasih jugakk kepada yang menyokong dan yang memberi komen positif kepada cerita aku yang tak berapa sangat ni aku amat hargainya..
Kisah keenam
Kisah ni terjadi area pukul 6 lebih. Masa tu dah nak maghrib, suasana waktu tu dah gelap. Aku tengah kelam kabut angkat kain kat ampaian sebab dah nak azan maghrib dah.Sebelum tu, mak aku dah pesan suruh angkat jemuran sebelum maghrib tiba tapi aku tengah buat kerja. Sampai la last minute baru teringat.Rumah kitaorang ni,’benda’ tu suka sangat main atas bumbung lagi2 pada waktu tengah malam. Memang ko akan dengar cam bunyi orang berlari lari, berjalan, melompat pun ada. Lagipun tu memang ‘laluan’ dia, daripada bumbung belakang rumah sampai la kat tempat garaj depan rumah.Waktu maghrib ni ada jugak tapi kadang2 je.
Tengah aku angkat jemuran tu ,aku dengar ddump! ddump! kat atas bumbung belakang rumah. Memang semua orang dengar sebab bunyi tu begitu kuat.Bunyi macam benda lari daripada belakang sampai la kat garaj di tempat aku tengah berdiri tu. Biasa la, tu tupai.Aku nak sedapkan hati yang tak berapa nak positif dah ni.’Benda’ tu betul2 berhenti kat bucu zink garaj tu sebab aku nampak sendiri zink tu bergerak macam ada something pijak. Aku tak tahu camne jadi bodoh tetiba nak pandang kat bucu zink tempat dia betul2 berhenti tu. Tetiba tengah kaku pandang tu,aku nampak macam kuku kaki burung gagak mencengkam sisi zink. Panjang sangat,warnanya hitam. Aku dah pelik.Pehal tupai camtu?Abistu kalau tu burung takkan lah dia punya derapan tu lain macam?Macam derapan manusia.Aku malas nak pikir aku terus masuk rumah. Merinding bulu roma aku bila difikirkan balik pebendanya tu.
Kisah Ketujuh
Waktu ni kitaorang lepak kat ruang tamu ramai2.Tengah syok tengok tv,aku dengar srettt..srett… cam bunyi orang berus siling kat atas siling rumah. Betul2 kat atas adik aku yang tengah baring sebelah aku ni. Mula2 aku buat bodoh je tapi makin lama aku jadi nak fokus betul2 tu bunyi apa.Bila aku fokus tu,mata aku terpandang raup wajah adik lelaki dengan kakak aku macam tengah fokuskan sesuatu. Aku tanya dia “dengar sesuatu tak?” gunakan isyarat mata.Dia cakap dia dengar lepastu dia bagitau yang lain yang tengah leka tu.Abang dengan ayah aku terus bangun nak tengok pebende la tu. Diorang guna tangga nak naik kat lubang pada siling tu.
Lepastu, dengarkan apa yang abang dan ayah aku cakap tu memang mengejutkan kitaorang. Dorang cakap takde pape pun.Kosong je.Kitaorang ni dah bengap takkan takde sebab masa dorang tengah hendap tu tengah bunyi lagi.Hmm abang ayah aku cakap maybe musang kott sebab nak positifkan suasana.. Baru setangga abang aku langkah turun tu benda tu bunyi lagi.Tapi kali ni belah sana kat hujung ruang tamu.
Kitaorang dah tak terkata dah sebab kalau musang kitaorang memang pernah dengar derapan musang tu kat atas siling tapi ni tak dengar langsung bukan macam selalu. Baru je dekat atas sebelah aku tupp tupp belah sana dah.Bila ‘dia’ mengengsot? Ehh sumpah aku tak bunyi apa2 pun selain bunyi berus tu. Abang aku tu nampak tak puas hati terus je dia hendap balek. Still sama je takde pape pun. Kitaorang dah malas nak amek kesah so kitaorang biarkan je la benda tu nak main apa memandangkan makin lama makin kuat bunyi tu.Yelah,benda tu makin dilayan makin seronok dia jadinya.
Kisah Kelapan
Biasa la, dalam area pukul 8:15 pm macam tu la.Aku tengah kemas bilik lepas waktu maghrib tu.Sudah siap kemas tu, aku nak keluar la dari bilik tu cepat-cepat sebab aku dah rasa makin lama makin lain macam aura dia.Sebelum aku keluar tu sempat la aku pandang dia punya ‘tempat’ tu.Tempat yang aku cakap tu kat hujung almari kat bucu bilik. Aku tak tahu kenapa hari tu dan waktu tu aku nak sangat pandang tempat tu. Waktu tu aku tak tahu lagi port tu memang tempat ‘dia’. Aku pandang kosong je tapi aku rasa ada something.
Last sekali aku abaikan je. Bila aku nak keluar tu, anak kucing aku tu masuk dalam bilik aku. Aku nampak, baru je setapak dia melangkah masuk, terus merinding seluruh bulu badan dia dengan ekor sekali. Alah macam kucing yang nak bergaduh tu. Aku pelik la kenapa kucing aku ni. Kucing aku tu macam dia marahkan sesuatu. Aku cuba lah tengok apa yang dia tengah pandang tu.Nak tau dia pandang apa? Kucing aku tu pergi pandang kat tempat yang aku pandang memula tadi, kat bucu bilik tu.Aku tak pikir apa lagi waktu tu. Tapi yang bodohnya, aku pergi halau kucing aku, terus je aku duduk dalam bilik tu. Bila aku nak bukak mulut kat mak aku pasal ni baru aku terpikir apa bendanya tu.
Kisah Kesembilan
Mak sedara aku ni ada la suruh jagakan anak dia sementara waktu sebab dia bekerja. Waktu tu siang je.Sebelah rumah dia ni ada deretan rumah sewa.Tapi, ada satu rumah ni dah lama dah tuan rumah dia dulu tu pindah lepas kematian salah seorang ahli keluarganya (Al-Fatihah). Aku tak tahu la rumah dia tu sewa ke tak sebab memang sekarang ni terbengkalai teruk macam rumah usang dengan atap takde, langsir lusuh pastu tingkap pecah dan dalam rumah tu berselerak daun kering. Rumah tu terletak betul-betul kat depan sekali daripada deretan rumah lain.
Pada suatu hari tu, aku nak balik dari rumah sepupu aku ke rumah aku. Tak jauh pun, berjalan kaki je lagipun rumah sepupu aku tu seberang jalan je. Otw balek dari rumah sepupu tu memang akan nampak la tingkap rumah kayu yang terbengkalai tu.Hari tu aku pun tak tahu la kenapa terdetik hati ni nak pandang kat tingkap tu (lagi…haihh) padahal sebelum ni takde pun nak pandang kat situ.Aku pun tak tahu kenapa kalau nak buat benda yang aku tak selalu buat mesti je ada apa2 lagi-lagi kalau hal mistik ni.Haihh tak best jugakk kalau daya firasat yang tinggi ni, kan? Okay back to the story, aku pun pandang dengan sewenang-wenangnya.
Rupa-rupanya ada kakak cantik.Aku nampak ada perempuan cantik sangat tapi aku nampak belah tepi sisi muka je, tu pun rambut panjang dia menutupi hingga paras hidung mancung ‘dia’ tu. Perempuan tu berjalan dua langkah je pastu aku tak nampak dah sebab aku terus pandang depan. Kecut perut aku, tak pernah lagi selama aku hidup aku nampak benda tu, ni je first time. Baju perempuan tu warna peach macam lusuh la nampak.
Keesokannya, aku demam 4 hari berturut-turut. Lepas pada peristiwa tu la, ayah aku tutup tingkap rumah tu. And now, setiap kali aku pergi rumah sepupu aku, setiap kali tu la aku pandang tingkap tu tapi takde nampak dah kakak cantik tu.
Okay, tu je aku nak kongsikan.Memang 100% pengalaman aku lalui dan nampak.Kalau ada yang tak percaya or kata tu semua perasaan aku suka hati korang la.Tapi, kalau segelintir yang tak percaya ni, kalau terkena kat batang hidung sendiri, aku lah orang pertama yang akan tepuk tangan.Padan muka! Haha.Lek ah gurau je.Okay anneyeong, Assalamualaikum
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit