Rumah Berpenunggu

Kisah bermula apabila saudara ibuku sakit. Bukan sorang, tapi hampir semua ahli keluarganya sakit. Pada mulanya keluargaku ingatkan mereka hanya sakit biasa, kerana mereka tidak suka bercerita tentang apa yang terjadi dalam keluarga mereka. Berjumpa pun hanya setahun sekali ketika raya.

Baru baru ini ketika kenduri kahwin salah seorang sepupu ibuku, baru lah kami tahu rupanya mereka bukan sakit biasa.

Aku dan adikku ketika itu ke surau di tingkat atas dewan berkenaan kerana anaknya merengek. Yelah time tu ramai orang plus dah lama duduk dekat meja makan. Nak bagi peluang dekat orang lain pulak menjamu selera.

Masuk je dekat surau, ada sorang makcik ni duk termenung. Aku taktau nama dia jadi anggaplah nama dia makcik tipah.

Aku pun senyum kambing je. Tak kenal..

hang ni anak sapa? Dari mana? Tiba tiba makcik tu tanya aku.

Cucu sedara ateh. Dari kuantan.
Aku tak tahu la dia kenal ke tidak ateh.

ohhh siti tu ye? Siti selalu pegi kuantan kan? Ada tak dia bawak anak dia berubat masa balik sana?

Bertubi tubi dia tanya soalan. Aku dah blur. Ateh siti tu aku jumpa setahun sekali je.

“Saya pun taktahu makcik, hari tu dia ada balik, nak jemput majlis kawin anak dia, tapi taktau pegi berubat ke tak,”

Pasal berubat tu aku hentam je. Sebab aku taktau anak ateh sakit apa.

Aku tengok makcik tu diam je. Mulut joyahku terus bertanya.

“Anak ateh sakit apa makcik? “

Dia pandang aku..Lamaa..

“Hang taktau ka? Anak dia semua duk sakit. Pak dia beli rumah sekali dengan ladang getah. Rumah tu ada benda jaga. Laa ni, bila dah depa duk rumah tu, semua duk sakit jaa.” Panjang lebar makcik tu cerita.

Aku dah pandang adik aku. Tak pernah tahu pun ni. Ibu aku pun tak pernah cerita.

“Laa ye ke. Teruk ke makcik?”
Tanyaku lagi. busybody!

“Kalau dah sampai tak boleh bangun, macam mayat hidup hang rasa teruk tak teruk? “ makcik tu pandang aku serius.

Dahi aku dah berkerut cuba hadam apa yang makcik tu cakap. Betul ke ni?

“Si sulung tu dah macam apa.. tak boleh bangun. yang sorang lagi asyik mengamuk sampai pernah cederakan diri dia sendiri. Sorang lagi macam patung dah takdak perasaan. “

Tanpa disuruh makcik tu bercerita. Aku dan adikku melopong. Biar betul ni!

“Dah macam-macam tempat berubat. takdak perubahan. lagu tuuu jaa”

Dalam cerita dibawah Aku ialah makcik tipah.

…………………………………………………

Petang itu aku ke rumah Kamal. Niatnya ingin menjenguk anaknya yang sakit.

Kamal tinggal berdua dengan anak lelakinya. Yang lain berada di Kuala Lumpur.

kadang-kadang timbul rasa kasihan melihat anak-anaknya yang dulunya ceria, kini sakit.

kamal…ohhh kamal.

Laungku kuat.

Sambil itu mataku meneliti bahagian luar rumahnya. Ianya Rumah kampung yang telah diubah suai. Namun keluarga itu hanya tinggal di tingkat bawah manakala tingkat atas dibiarkan kosong.

Pada asalnya rumah itu hanya setingkat. Kamal membeli rumah itu kerana harganya yang murah lagipula ianya dijual sekali dengan tanah kebun getah.

Jadi Kamal terus setuju. Sudah puas di duduk di negeri orang, sekurang-kurangnya bila ada rumah sendiri di kampung ianya satu pelaburan selepas bersara nanti.

Rumah itu dijual oleh anak tuan rumah kerana ibu bapa mereka sudah meninggal dunia. Kamal pula langsung tidak berbincang apa apa denganku ketika membuat keputusan hendak membeli tanah berkenaan. Tau-tau sudah beli.

Hampir 10 minit aku terjenguk jenguk diluar rumah Kamal. Panggilan ku langsung tidak bersahut. Takde orang ke ni?

Aku mengintai melalui tingkap rumah yang terbuka. kot kot Kamal tertido..

Tiada siapa di ruang tamu. Aku membuat keputusan untuk balik.

Baru sahaja hendah melangkah, aku dengar bunyi.

Prap..prap..prap..

Aku amati bunyi itu.. Ianya datang dari arah dapur rumah Kamal. sekali lagi aku intai melalui tingkap. Kali ini aku intai melalui tingkap yang menampakkan ruang dapur.

Aku hampir pitam apabila melihat anak Kamal, Hadi sedang makan kaca.

Kaca daripada gelas yang dipecahkan, dimakan seperti makan snack.

Aku cemas tapi takut untuk berbuat apa apa.

Tiba tiba Aku nampak kelibat melintas laju merentasi ruang tamu.

Bulu romaku meremang serta merta.

Aku yakin aku tak silap tengok.

Aku segera mempercepatkan langkah. Aku perlu telefon Kamal. anaknya sudah tidak terkawal!

…………………………………………………..
Aku terkejut mendengar cerita makcik tipah. Macam dalam novel seram. Aku tak sangka anak ateh siti kena rasuk.. Maksud aku kami ingatkan anak ateh siti sakit biasa biasa je. Rupanya sakit disebabkan penunggu rumah!

“Kenapa dorang taknak pindah Makcik? “ Mulut cabulku skali lagi bertanya.

“Dah beli rumah dengan tanah tu dengan harga murah. Dorang sayang nak jual balik.” Jawabnya ringkas.

Aku mengangguk. Mengiyakan.. Aku teringat akan anak sulung ateh yang dulunya rapat denganku. Aku tak nampak dia sepanjang majlis.

“Eh along takde ke ? “

“Adaaa.. kat bawah tu. dekat bilik rehat. kamu g lah jenguk dia,”

“Laaaa.. ada. okay makcik. nanti saya pergi tengok dia,”.

Adik ku mencuitku memberi isyarat ingin beredar.

Selepas bersalam kami terus turun ke ruang majlis.

Aku segera mendapatkan ibuku.

“Buuuu.. Along ada sini. “

“Hah? Mana adaaa.. Tadi ibu dah tanya Mak uda,”

Mak uda, adik bradik ateh siti.

“Adaaaa..Makcik kat atas tu bagitau, ada kat bilik rehat tu”
betapa kepohnya aku time tu. Tapi bukan apa.. Aku pun nak tengok jugak macam mana keadaan along. Cuma aku tak berani nak pergi sorang..

Ibuku segera memberitahu Mak uda. Dan mereka sama sama menuju ke bilik rehat. Aku pun ikut sekali.

Masuk sahaja di bilik rehat, ada beberapa orang makcik sedang berehat.

Dan di hujung bilik, along terbujur kaku siap berselimut. Langsung tidak bergerak.

Aku dah tak sedap duduk.

Melihat dia terbaring berselimut time tengahari macamni dah buat aku meremang. Pelik sangat ni..

Sebenarnya aku penakut. Sangat penakut. Tapi suka baca kisah seram. Bacaaa jela..bila berdepan perkara macam ni, penakut yaa rabbi.

Aku kuis ibu aku..Ibu aku tampar peha aku. Malas nak layan aku la tu.

Berbeza dengan aku, ibuku sangat berani..

Ibuku dan Mak uda duduk di sebelah along, manakala aku.. duduk di belakang ibuku.

Keadaan along seperti tadi, berbaring mengiring, berselimut tebal mata nya memandang ke hadapan. Keras kaku.

Ibu ku menghulurkan tangan untuk memegang along.

Sekali lagi aku kuis belakang ibuku.

Hishhh..ibu ni berani tak bertempat.
orang tu kena sampuk. Kataku dalam hati. Sungguh aku takut.

Ibu degil. Dia usap jugak bahagian kaki along yang berselimut tu.

Aku dah tak boleh tengok. Betapa penakutnya aku, aku terus angkat p******g keluar dari bilik tu.

Naktahu apa jadi lepas ibu aku usap kaki along?

Aku di bawah ialah ibu.

……………….………….….…………

Aku kesian tengok along. Dulu dia lah yang paling ramah. Sekarang terlantar sakit. Tapi badannya nampak sihat. Tidak lah kurus kering..Cuma dia tidak mampu bergerak. Cuma matanya yang berkedip. anggota badan yang lain seperti sudah lumpuh. Makan pun bersuap.

Aku cuba mengusap kakinya yang berbalut selimut. Dengan niat untuk memberikannya semangat.

Si Hajar duk kuis kuis belakang ku. Takutlah tu..Anakku sorang tu memang penakut. takut tak bertempat..

Beberapa kali mengusap kakinya, aku panggil perlahan.

“Along…,”

Secara tiba tiba, badannya menggigil. menggigil sehingga bergegar seluruh tubuhnya.

Aku panik. Mak uda pun sama.

“hihi..hihihi..hihi…hihihi,” kedengaran gelak kecil dari along.

Aku memandang makcik makcik yang berada di dalam bilik itu.

“Macam tu la dia..tak boleh orang pegang, terus jadi macam tu,” Kata salah seorang makcik yang duduk di atas sofa.

Selang beberapa minit aku minta diri.

………………………………………………

Aku membulatkan mata selepas mendengar cerita ibuku.

“Buuuuu! akak dah cakap dah.. jangan pegang dia. “

Aku bukan marah, tapi lebih kepada takut. Takut jika apa apa terjadi pada ibuku. Anything can happen…Lagipun ianya berkaitan jin dan penunggu. bukan boleh dibawak main.

sebenarnya banyak lagi kisah kisah lain yang berlaku sepanjang anak ateh sakit. Tapi cukuplah setakat ini berkongsian aku. Kalau cerita aku keluar, insyaAllah akan aku sambung kisah kisah lain pula.

Maaf jika bahasa ku kurang menarik. Aku budak baru belajar.. Loghat yang digunakan oleh Makcik Tipah aku cuba tiru..kalau ada salah mintak ampunn ye guys. Mana yang sempat tangkap kat telinga je aku cuba tulis. Maklumla Makcik Tipah cakap loghat kedah pekat gila. Tapi aku sukaa dengar…hehe. Sekian dari aku.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

sufi1990

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

12 thoughts on “Rumah Berpenunggu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.