Rumah Kampung Opah Di Gopeng Perak

‘Rumah Kampung Opah Di Gopeng Perak’

Assalamualaikum Admin. Nama aku Eyla. Terima kasih siarkan cerita aku ‘Kerana Gangguan Hijab Terbuka’. Maaf penulisan agak terabur. Kali ni aku ingin menceritakan kisah rumah kampung opah aku di Gopeng Perak. Aku harap admin publishkan kisah aku ini.

Pada tahun 2016 yang lalu, semasa malam persiapan majlis perkahwinan abang aku yang akan berlangsung pada keesokkan harinya, kami macam biasalah masing-masing membuat persiapan. Ada yang siapkan bahan-bahan untuk memasak, ada yang menyiapkan bunga telur dan aku pula bersama 2 orang adik saudara aku sedang menyiapkan bilik pengantin.

Pada mulanya, suasana macam biasalah meriah kerana saudara mara semua balik. Ada yang bergurau senda, gelak ketawa dan bunyi tawa ria kanak-kanak bermain. Biasalah suasana kampung, jika ada kenduri mesti bergotong-royong beramai-ramai.

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dari suasana yang sangat meriah beransur sunyi sepi. Dek kerana sedikit demi sedikit ada yang dah pulang ke rumah dan ada yang dah tidur dengkur di tingkat bawah. Aku bersama 2 orang adik saudara aku masih lagi menyiapkan bilik pengantin di tingkat atas kerana rumah ini 2 tingkat dan saudara-saudara yang lain semua tidur di tingkat bawah. Hanya kami bertiga sahaja di tingkat atas.

Di bahagian dapur di tingkat atas aku meletakkan sangkar kucing aku. Aku mengurungkan kucing aku di dalam sangkar tersebut dan dari pintu bilik aku boleh nampak kucing aku di dalam sangkar itu. Selepas itu, sedang aku dalam keletihan aku duduk berehat sekejab di atas lantai. Aku memandang kucing aku yang bernama Muk Pol (Gemuk Gedempol). Sajalah aku panggil dia supaya dia memandang aku untuk aku menatap wajahnya yang comel itu. Kemudian muk pun membalas panggilan aku dengan meow ke arah aku serta mukanya juga memandang aku.

Beberapa saat selepas itu, ada suara lain turut mengeow sama. Sedangkan kucing aku tidak mengeow pun. Malah suara tersebut bukan suara dari seekor kucing tetapi suara seorang perempuan yang sangat halus dan merdu. Lalu kucing aku mengeow balik ke arah aku. Mungkin muk ingat itu suara aku tetapi itu bukan suara aku. Adik saudara aku pun dengar sama. Suara itu dari arah tingkap depan pintu bilik. Kami senyap dan berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing berdiri kaku. Selepas itu, aku mengajak 2 orang adik sedara aku tadi turun ke tingkat bawah. Seram dan menakutkan. Kami berlari tidak tentu arah. Di tingkat bawah kami bercerita sampai sedara mara yang lain terjaga dari tidur.  Malam itu kami bertiga tidur bersama dan selimut satu badan kerana takut.

Keesokan harinya berlangsunglah majlis perkahwinan abang aku. Selepas majlis selesai, kami pun berkongsi kisah yang berlaku malam semalam. Rupanya bukan kami sahaja yang diganggu. Abang saudara aku yang kami panggil yop dan ayah aku pun sama diganggu.

Kisah yop pula terjadi pada petang hari sebelum majlis perkahwinan abang. Yop baring di tingkat atas sambil melayan facebook di telefon dia. Tiba-tiba dia rasa ada orang tolak tangan dia. Dia ni berani orangnya. Jadi dia buat tak tahu sahaja. Gangguan terhenti begitu saja. Agaknya pengganggu dapat rasai keberanian Yop.

Beberapa jam selepas itu, ayah aku pula naik ke tingkat atas untuk mengambil barang tapi pintu bilik tertutup dan dengar macam ada orang dalam bilik. Ayah pun tunggu di luar bilik. Mungkin ada yang sedang salin pakaian fikirnya. Setelah menunggu agak lama, lalu ayah tanya “siapa dalam bilik?” namun tidak berjawab dan bunyi tadi terus senyap. Ayah dah rasa lain macam. Kemudian ayah mengambil keputusan untuk menjenguk ke dalam bilik kerana telah lama menuggu di luar. Tetapi tiada sesiapapun berada di dalam bilik ketika itu. Selepas ayah mengambil barang, dia pun segera turun ke bawah tapi tidak menceritakan kepada sesiapa pada masa tu.

Kesimpulannya, tingkat atas rumah Opah memang agak seram dan sering ada gangguan.

Sekian, itu kisah dari aku. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang aku alami. Aku akan menceritakan di lain hari. Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Eyla

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.