Rumah Kosong Berpuaka

Assalammualaikum, Dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Aku Sabrina, Kawan kawan Aku panggil Aku Sab.

Aku nak cerita pengalaman yang dialami oleh Aku dan kawan kawan. Masa tu, Aku, Ungku, Intan dan Arifa tengah lepak dekat dekat satu lorong yang berhampiran dengan sebuah Rumah Kosong yang orang cakap berhantu. Mungkin memang berhantu rumah tu sebab baru tengok dari jauh pun dah rasa seramnya.

Sedang kamib seronok sembang-sembang, tiba2, Afiq Dan Alif nampak kitaorang, Diorang pon pergilah dekat kitaorang dan cakap ” Korang nak try masuk rumah Kosong dekat lorong sebelah tak?” Tanpa berfikir panjang, kitaorang pon ape lagi, ikut je lah. Tetapi semasa Kitaorang dah sampai depan rumah tu, Intan dan Arifa ni tak nak ikut sebab dorang Kata takut dan macam-macam alasan lah pula. So kitaorang pon masuk jelah tanpa mereka berdua….

Baru jejak kaki d tangga, rasa seram dah mula terasa. Kami ambil keputusan untuk buat Satu barisan dengan Afiq depan sekali dan Ungku pula  belakang sekali. Kami mula naik ke tangga, dan bila dah sampai dekat atas, Ada 2 bilik, Satu bilik belah Kiri Dan Satu lagi belah Kanan. Kami berbincang dan mengambil keputusan untuk berpecah. Aku Dan Ungku masuk bilik belah Kanan manakala Afiq Dan Alif pula masuk bilik belah kiri.

Bila Afiq sampai depan pintu, Pintu bilik tu memang dah buka, So Dia masuklah dan diikuti Alif pula dekat belakang Dia. Bilik tu memang nampak suram sangat sebb dah lama ditinggalkan. Masa Dia masuk bilik tu dia ada nampak Satu lubang kecil dekat dinding lalu dia pon tengok lubang tu lama2 dan tiba2 Afiq menjerit sebab dia Kata nampak ada orang main cak2 dengan dia dekat lubang tu… Dia pon Lari meninggalkan Alif bersendirian… Alif cakap masa Afiq Lari tu Dia nampak Ada Satu sosok tubuh Hitam tiada muka duduk depan dia. Makhluk tu duduk dekat kerusi dalam bilik!!!!! tanpa membuang masa, dia pon Ape lagi larilah dan tinggalkan kitaorang berdua.

Kali ni, pengalaman Aku Dan Ungku pula ketika masuk ke dalam bilik.  Aku dan Ungku masuk bilik tu perlahan-lahan, tiba-tiba aku terdengar suara berbisik kat aku.  “Huhuhuhuhuhu” panjang giler! bisikan tu aku dengar. Aku Tanya Ungku kalau-kalau dia dengar pape ? Dia cakap ” mane ade suara pape kau ni! Mengarot je!!!” Aku pon diam Dan berlari meninggalkan Ungku bersendirian. Ungku tergamam dan kehairanan. Ungku pon ape lagi Kejar aku tapi malangnya, Dia tersadung Dan jatuh. Aku hanya sempat berlari Dan menangis….. Ungku jerit nama Aku sekuat kuat hati Dia jerit ” Sab! Sab! Sab! Tolong Aku, Aku takut Sangat!!!” Aku mengendahkan Kata katanya Dan berlalu pergi sebab aku ketika itu memang teramat takut. Dengan izin tuhan Ungku pon dapat berdiri Dan Dia berlari sepantas pantasnya keluar dari rumah tu. Ungku punyalah geram kat aku sebb tak tolong dia. Masa tu memang tak ingat dah nak selamatkan sesiapa. masing-masing dah seram dan rasa takut….

Kami pun masing2 bercerita dengan apa yang kami alami setelah keluar dari rumah tersebut. Rupanya Afiq terkencing dalam seluar kerana teramat takut. Memang terhidu bau hancing gilerrr!!! Ungku pulak terasa sakit kaki dan betis. Malam tu, Afiq tidur dekat rumah Alif. Gangguan dorang berdua berterusan. Dorang berdua kena kacau malam tu…. Diorang nampak lembaga hitam petang tadi yang main cak2 dengan Afiq tu. Harap-harap Afiq tak terkencing malam tu…

Alhamdulilah Aku tak kena kacau, tapi Ungku pula kenakacau. Katanya, masa tu malam2 mak bapak Dia balik lewat sikit so, dia tinggal sorang dekat rumah. Dia cakap sedang dia dok makan Maggi depan TV,  lepastu ada satu kerusi dalam rumah dia bergerak gerak.  Ungku ketakutan lalu dia pon tunggu dekat luar sampai mak bapak dia balik. Mak bapak dia pulak balik masa dah nak tidur. Jenuh juga Ungku menunggu dalam keadaan ketakutan.  Ketika dia nak tutup TV, and Dia terjumpa tulisan merah belakang TV dia yang bertulis ” Ungku Sabrina Sephia” iaitu nama panjang Dia. Kesian Ungku rasa tidak tenteram malam tu.

Sekian, tu jelah kisah ringkas yang Aku boleh ceritakan….Aku Minta maaf kalau tersalah ejaan atau cerita Aku tak best, Sekali lagi sekian terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]
Nur Sabrina Satil

4 thoughts on “Rumah Kosong Berpuaka”

  1. Cerita not bad and kalau boleh teruskan bercerita tapi cuba untuk mantapkan ayat atau tukar penggunaan ayat tu. Jangan hiraukan comment negative. And also cuba betulkan capital letter and penggunaan penanda wacana. Tu je. 8/10 😉

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.