Hai assalamualaikum dan salam sejahtera.Nama aku Fira. Hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang rumah lamaku.Rumah itu sudah lama aku dan keluarga duduki.Tetapi pada 2017 , kami terpaksa berpindah disebabkan masalah peribadi. Tanpa membuang masa aku akan ceritakan….
Rumah itu hanya satu tingkat sahaja…ruangnya sangat luas dan bertentangan dengan futsal. Kami sekeluarga sudah biasa dengan pelbagai gangguan . Sampaikan sudah bosan dengan gangguan yang sama. Dulu ibuku hanya seorang suri rumah. Ibu akulah kerap diganggu apabila berada di rumah seorang diri.
*CERITA IBU DIGANGGU*
Ibu sedang memasak di dapur. Sebelum ibu memasak, ibu membuka televisyen agar tidak rasa sunyi. Apabila ibu kembali ke ruang tamu, televisyen sudah tertutup. Ibu ketika itu sangat pelik kerana tadi televisyen dibuka tetapi selepas habis memasak televisyen tertutup sedangkan ibuku berseorangan di rumah. Ibu membiarkan sahaja dan terus masuk ke tandas. Bila kembali lagi ke ruang tamu dan televisyen terbuka pula. Ada juga ibuku berulang kali ditindih pada waktu malam. Sampaikan ibu ku sudah lali dan membiarkan sahaja. Selepas kejadian itu, ibu selalu diganggu dengan bayangan hitam yang besar. Makhluk tersebut akan muncul di area dapur sahaja. Aku pun pernah nampak makhluk itu sekali sahaja. Nasib bukan berulang kali seperti ibuku.
*CERITA AKU DIGANGGU*
Aku asyik termenung di atas katil. Mataku masih belum mengantuk. Kakak -kakak aku semua sudah dibuai mimpi. Baru hendak melelapkan mata, tiba aku ternampak seakan-akan bayangan abang ngah aku yang melulu masuk ke dapur. Aku terus pergi ke dapur tiada lansung abang ngah aku. Aku pergi biliknya dan tanya sama ada lalu di bilik ku unutuk ke dapur tetapi abang ngahku kata dia lansung tak pergi ke dapur dan sedang asyik bermain game ketika itu.
Maaf lupa nak bagitahu aku dan kakak-kakakku tidur akan buka pintu bilik dan kalau hendak ke dapur atau tandas mesti kena lalu depan bilik kami dahulu. Aku tanya dekat abang long dan abang Akir aku sama ada pergi ke dapur . Malang sekali tidak . Aku pun apa lagi berlari terus masuk bilik dan kunci pintu . Sejak itu kami tidur akan mengunci pintu kerana takut akan kejadian sama berulang lagi.
Pada suatu hari,aku sedang menyiapkan kerja sekolahku pada waktu malam dan sambil mendengar lagu di dalam bilik. Ketika itu hanya aku seorang sahaja dalam bilik. Hampir aku menyiapkan kerja sekolahku, tiba-tiba tingkap di dalam bilik itu diketuk berulang kali dengan sangat kuat. Aku hanya membiarkan sahaja dan bila aku tidak melayan ketukan itu, benda itu mula memanggil nama ku dengan suara yang mendayu-dayu. Aku membuka seribu langkah meninggalkan bilik itu tanpa menutup lampu dan kipas. Apa lagi mengamuk ibuku bila bil elektrik naik disebabkan aku.
*CERITA KAKAK ATIRAH*
Ini kakak pertama aku. Dia anak nombor tiga. Anak nombor satu dan dua iatu abang long dan abang ngah. Pada suatu malam, kakak athirah sedang lena dibuai mimpi indah. Tiba -tiba dia dikejut oleh seseorang . Buka sahaja mata, rupanya kakak sharifah aku. Tetapi yang peliknya mata kakak sharifah ketika itu besar dan hitam. Dia pun tengk di katil sebelah dan kakak sharifah sedang dibuai mimpi. Apa lagi kakak athirah terus selubung dalam selimut. Dlaam bilik tu ada dua katil. Aku kongsi dengan kakak sharifah manakala kakak athirah berkongsi dengan kakak ain . Tetapi makhluk itu tetap ada di situ sambil merenung. Dengar sahaja enjin kereta ayah aku, makhluk itu terus ghaib dan kakak ahirah terus lari pergi ke bilik ibu. Kejadian ini sudah lama terjadi sejak kami masih sekolah rendah lagi.
*CERITA KAKAK AIN*
Kakak ain anak nombor lima. nombor empat abang Akir. Semasa kejadian kakak ain masih kecil ketika umurnya enam tahun tak silap akula. pada waktu malam dia tidur diruang tamu menghadap bilik ibuku. Ibuku pun di ruang tamu juga masa tu sebab nak temankan kakak ain. Sedang asyik dibuai mimpi. Kakak ain tersedar kerana terdengar suara wanita yang bilangannya seperti ramai sedang berbual dan bergelak sakan. Buka saja mata, dia ternampak seperti enam orang wanita yang memakai baju seperti baju kebaya berwarna hijau dan keemasan di dalam bilik ibuku. Wanita-wanita itu sedang berhias dan memakai barang solek kepunyaan ibuku.
Sedang terleka melihat mereka, tiba-tiba salah seorang dari mereka perasaan yang kakak ain melihat mereka. Kakak ain terus menangis dan memeluk ibuku kerana wanita -wanita itu merenung dengan mata yang merah. Ada juga ketika kakak ain sedang tidur, kakinya direntap dengan kuat sekali sampaikan ada kesan gengaman tangan di kakinya. Lama juga kesan itu hilang dan ayahku membawa kakak ain ke perubatan islam. Lupa lagi nak bagitahu waktu kecil-kecil kami tidur diruang tamu sampai darjah satu. Maaf tau lupa nak bagitahu.
Itula setakat ini. Sebab banyak lagi gangguan yang kami hadapi .Sampaikan banyak kali makhluk itu merupai ahli keluarga. Kami memang merancang ingin membawa perubatan islam datang ke rumah tetapi ayah aku tidak benarkan kerana ni tempat mereka . Kita hanya penyewa sahaja di sini kalau kami halau mereka , mereka akan menganggu lebih ganas lagi atau akan mengambil nyawa kami. Juga kenapa kami tak pindah pada masa itu kerana ayah masih belum cukup duit untuk menyewa rumah lain .Sekarang adik-beradikku semua dh besar dan berkerja. Tinggallah aku sahaja yang masih melanjutkan pelajaran. Dan mereka yang bantu membawa sewa rumah yang baru ini alhamdulilah nasib tak duduk rumah lama tu lagi .
Sekian dariku Fira. Assalamualaikum .
Kalau nak aku kongsikan lagi pasal rumah lama ni boleh saja .Maaf kalau ada typo ke apa okay sebab semua manusia ada buat salah ….sekian..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
hahahaa banyak gila adik beradik,hhahaa aq plk yg kira berapa adk beradik dia haha