Rumah Mak

Assalamualaikum dan hi pembaca fiksyen shasha. Saya Alyn. Kisah saya ni merupakan kisah benar yang berlaku pada pertengahan tahun 2018.

Kisah bermula selepas mak meninggal dunia pada Mei 2017 dan kami adik beradik membuat keputusan untuk keluar daripada rumah mak. Disebabkan kesedihan yang kami alami dan dengan cara itu sahaja membuatkan kami untuk berhenti bersedih.

Selepas keputusan dibuat, aku memilih untuk tinggal bersama kakak sulungku yang sudah berumahtangga, dan menetap di tengah bandaraya Kolumpo yang sibuk. Jadi, kerana kesibukan kerja, aku tak sempat nak sewa lori untuk angkut barang barang aku tapi aku ambil keputusan untuk angkut sendiri naik kereta lepas habis kerja.

Waktu aku balik kerja 6 petang dan aku kena jemput anak buah aku kat sekolah yang memang berhampiran dengan tempat kerja aku. Jadi, dialah peneman aku masa tu.

Sampai kat rumah mak, dalam pukul 6.50 petang sebab anak buah aku habis kelas lambat memandangkan dia pun pengawas jadi dia kena pastikan murid lain balik dulu baru dia boleh keluar.

Sampai kat rumah mak, aku tiba tiba rasa nervous, bulu roma meremang, tengkuk rasa seram sejuk je. Aku malas nak fikir pasal Cik Han, jadi aku buat biasa jelah sebab aku tengok anak buah aku ni rileks je. Then, aku mulakan angkat kotak kotak buku, kotak baju, and bermacam lagi kotak. Masa menunduk nak angkut kotak tu, aku dapat rasakan dekat toilet tu ada orang tengah berdiri memerhati tapi bila aku pandang “orang” tu, eh takda pun. Aku tengok anak buah aku, muka rileks je. Boleh borak dengan kucing lagi. Jadi aku fikir tu cuma perasaan aku.

Kemudian, naik atas untuk ambik barang barang yang aku tak sempat nak bawak turun bawah. Masa ni, dengan bantuan anak buah aku tulah turun naik tangga. Untuk makluman, tingkat atas rumah aku ni memang agak seram keadaannya. Aku pun taktahu la kenapa. Dari umur aku 10 tahun aku duduk situ, bila naik tingkat atas aku memang rasa lain macam tapi bila cerita dengan arwah mak ke kakak ke abang ke, dorang mesti kata takde apa apa lah. And mak kata aku penakut. Hehe tapi memang betul, dari kecik sampai umur aku 23 tahun (tahun 2017, tahun terakhir mak) aku memang tidur dengan mak.

Okay sambung balik, masa naik tu aku rasa macam ada orang kat bilik abang aku (bilik no. 2). Tapi bilik tu dah kosong dua minggu awal sejak dia ikut abang sulung aku dan bila aku masuk tengok takda apa pun. Anak buah aku tanya “ucu kenapa?” Jadi aku ego, aku cakap takde ape saje je.

Dah susun barang dalam kereta, tengok sruangdah tak muat dah ni. Aku tentukan kena datang esok lagi untuk bawak mesin jahit singer yang lama tu yang guna kaki tu dan tu peninggalan arwah mak dan barang yang masih banyak kat bilik atas. Tengok jam pun dah dekat pukul 7.40 malam. Nanti kakak aku mesti bising balik malam malam macam ni. Dah start enjin kereta, nak gerak dah, tengok handphone takda.

Aku pun gesa gesa la masuk balik kat rumah nak cari. Cari kat ruang tamu takda, dahtu laju je aku nak lari naik tingkat atas. Langkah aku terhenti kat anak tangga. Sekali…. Ha! Elok berdiri perempuan tinggi yakmat rambut panjang kat bilik wardrobe kitorang tu. Kaki aku dah kaku, mulut bisu, tapi nasib baik lah anak buah aku masuk balik panggil aku. “Ucu, asal lama sangat? Handphone ucu dalam kereta lah.” Ya Allah, aku terus keluar kunci balik pintu. Masuk kereta baru aku boleh baca ayat Kursi. Anak buah aku dok tanya kenapa kenapa kenapa. Sampai rumah aku mandi dulu baru aku cerita kat dia and adik beradik lain. Dorang cuma cakap masa tu kan dah maghrib mestilah kena kacau.

Lepas kejadian aku tu, barang barang aku yang lain, aku biarkan je. Tapi memang nak ambil mesin jahit tu sebab aku suka menjahit. Lepas beberapa hari abang sulung aku pergi jugak kat rumah tu sebab nak ambil kipas, baru je dia jejak kaki dalam rumah tu dia dengar orang guna mesin jahit tu kat tingkat atas (dretttt…dretttt…dretttt) Lepas abang aku bagitahu camtu, memang taklah aku nak ambil mesin tu. Banyak lagi barang yang tak diambil disebabkan kejadian tu. Alhamdulillah lepas pindah, takda situasi menyeramkan tu. Itu je kisah aku.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]
Alyn

3 thoughts on “Rumah Mak”

  1. Napa x sewa kan umah tu.. Jika kosong mmg bercucu cicit la Jin2 dlm umah tu.. Mesti ada sebab ni Korang pindah.. Mak tu ada ilmu yg bukan2 ke

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.