Hi salam admin..nak share sikit pengalaman saya ketika tinggal di rumah mertua sejak dah kahwin ni..rumah mertua saya corner lot. Belakang rumah ni ada sungai..suami saya cakap tapak taman ni asalnya tanah lombong.
Masa mula-mula masuk rumah ni lepas kahwin, tak ada apa-apa gangguan pun. Tapi suami ada pesan, rumah ni ada ‘benda’. Satu family dan ada anak. Suami cerita kalau mertua saya memasak atau mengemas di dapur, mesti dia akan dengar orang panggil nama dia.
Suara yang panggil tu suara orang yang tinggal dalam rumah tu jugak. Kalau tak suara suaminya, suara anak-anaknya. Tapi bila ditanya “Haa panggil tadi kenapa?”, diorang cakap bile mase kitorang panggil pulak. Selalu sangat macam tu.
Ni turn saya pulak yang kena ganggu. Bilik kami ni ada 2 tingkap. Satu mengadap dapur, satu lagi mengadap sungai. Malam-malam bila nk tidur, ada terdengar bunyi orang ketip kuku.Ingatkan adik ipar sebab dia suka balik lewat malam. Tapi bila fikir balik, dah kenapa nak ketip kuku dekat lua rumah malam-malam macam ni. Jam dah tunjuk pukul 2.20 pagi pulak tu. Nak kepastian, saya pun keluar bilik nak tengok adik ipar saya ada di ruang tamu ke tak sebab dia punya port tidur memang atas sofa ruang tamu. Tengok-tengok dia ada je melepak main handphone sambil tengok tv. Hati dah tak sedap, terus masuk bilik dan sambung tidur. Beberapa hari sebelum tu, kami balik rumah keluarga saya. So adik ipar tumpang tidur di bilik kami. Adik ipar tengah main game ps4. Jam masa tu pukul 3 pagi. Tiba-tiba dia dengar bunyi orang ketuk- ketuk dan gegarkan pintu dapur.
Kuat dan lama pulak tu. Adik ipar dah cuak. Terus die pekik “Jangan kacau akulah! Aku tak kacau kau pun!” Tiba-tiba tak ada dah ‘benda’ tu ketuk dan gegar.
Ada sekali tu saya nak mandi. Terlupa pulak nak bawak towel sekali. Saya panggil suami mintak tolong ambilkan saya tuala. Tengah mandi tu, bunyi orang ketuk pintu bilik air. Tapi bukan ketuk biasa. Ketuk slow je macam segan-segan dan bunyi ketukan macam pakai kuku, bukan pakai tulang jari macam biasa kita ketuk tu. Saya bukak pintu, tapi tak ada orang. Saya jerit panggil suami, dia datang dan tanya “ha kenapa?”. Saya cakap” tadi abang yang ketuk ke”. Suami cakap bila pulak dia ketuk. Dia ada kat depan tengok tv. Saya terus diam.
Beberapa bulan lepas waktu maghrib, mertua dan adik ipar semua tgh solat maghrib. Tinggal saya sorang di ruang tamu. Saya tutup tv dan duduk di sofa sementara tunggu turn nak pinjam telekung adik ipar perempuan saya. Tiba-tiba saya dengar suara berbisik. Ramai.Tak tahu bunyi tu datang dari arah mana. Saya pandang atas, bawah sofa, kiri kanan tapi tak dapat tangkal arah suara tu. Nak sedapkan hati, saya bukak tv channel AFC di Astro. Tengah leka tengok, boleh pulak ‘benda’ tu tukar channel lain. Saya ingatkan saya terduduk atas remote ke apa, tapi remote semua ada atas meja sebelah tv. Saya ambil remote tu dan tukar balik channel AFC. Lebih kurang 2-3 minit lepas tu, channel tertukar dengan sendiri lagi. Terpacul pulak mulut ni cakap “eh kau ni dah kenape setann” š rasa geram pulak.Sudahnya saya tutup tv dan masuk bilik.
Baru sat2 ni tadi terdengar pulak mertua cerita dengan suami..
Mak: Hari Khamis aritu mak tidur kejap dalam bilik. Mak dengar suara anak Along (suami saya) tengah main sorang-sorang. Abah ada tidur sebelah mak. Lepastu mak rase ade tangan atad perut mak ni. Tak larat nak bukak mata, mak cakap “Amsyar jangan kacau nenek nak tidur kejap”. Tapi tangan tu tak beralih pun. Mak nak bukak mata tapi rasa mata ni macam kena gam. Langsung tak boleh bukak. Mak cuba pegang tangan yang ada atas perut mak ni. Tangan tu kasar, berbulu dan berkuku panjang. Mak cakal dalam hati, ni bukan tangan cucu aku ni. Mak cuba azan sekali, tangan tu tak beralih jugak.Sampai laa azan kali ketiga, barulah tangan tu hilang dan mak boleh bukak mata.”
Sabtu lepas 20/10/18, kami sekeluarga baru balik dari dinner dekat Bandar Enstek. Sampai rumah pukul 11.30pm. Tidurkan anak, kemas baju sikit jam dah tunjuk pukul 1am. Anak dah tidur. Saya dan suami pun nak masuk tidur. Atas kepala kitorang ni tingkap bilik (tingkap yang saya dengar bunyi orang ketip kuku). Dekat tingkap tu kami letak botol susu anak, minyak angin and few things. Rel langsir tu pulak kami gantung towel siap sepit tak nak bagi towel jatuh. Saya tengah baring dalam keadaan mengiring ke kanan mengadap anak. Maksudnya telinga kanan saya tertutup dengan bantal la kan. Tibe-tibe saya dengar suara perempuan nyanyi “hmm..mm..mmmm..hm..mm..mmm”. Bunyi sayup gile macam jauh sangat..Dua kali saya dengar, terus saya duduk dan fikir “takkan la bunyi tv, telinga kanan aku tertutup dengan bantal kot. Tapi kenapa telinga kiri aku tal dengar apa-apa”. Saya pandang tingkap tu dan rase macam ade benda putih lalu. Tak la laju berdesup tapi laju jugak laa. Tuptup towel yang saya gantung tu jatuh. Saya yang tengah mengantuk dan letih balim dari outstation semalam pun tak habis lagi, geram dan ajak suami keluar rumah. Nak tengok ape bende yang ade kat lua. Adik ipar lelaki pun ikot keluar tapi dorang tunggu dekat tepi pintu masuk je. Saya jalan ke belakang rumah yang gelap gelita tu dengan rase geram but takut laa jugak. Saya cakap “ko nak ape kacau orang malam2 ni? anak aku nak tido la!”. Saya pandang dalam semak dan atas pokok. Tapi tak ade ape. Adik ipar kate “takde apepun..masuk jela kak”. Saya pun masuk dalam rumah dan sambung tidur. Pagi esoknya, suami cakap dia terjaga dalam pukul 3am, sebab barang-barang dekat tingkap dan towel yang disangkut dekat rel langsir tu jatuh semuanya lagi. Dia cite lagi, lepas saya sambung tidur malam tu, die rase ade benda tajam-tajam kat kaki dia.At the same time, die rase macam ade bende pijak tilam katil. 2 kali tau. Dia buat xtau je n terus tido.
Sebenarnya admin, rumah ni memang ada ‘benda’ pun. Dah lama dah, sampai tak tahu macam mana nak buat. Rumah ni hari2 solat 5 waktu, hari2 mengaji, hari2 bukak azan kat tv kuat-kuat tapi still ada gangguan. Pernah panggil jiran ni. Dulu dia pernah menuntut dekat darus-syifa. Katanya bilik utama (bilik mertua) ni memang tempat dia. Laluan depan tingkap bilik saya yg mengadap sungai ni pun laluan dia. Jangan hairanlah kalau nampak or dengar apa2 dekat situ. ‘Benda’ ni suka menyakat korang satu family, lagi-lagi anak dia. Jangan takut sangat nanti lagi depa suka. Teruskan solat 5 waktu dan ngaji hari2. InsyaAllah tak ada apa-apa katanya.
Semoga admin dapat siarkan pengalaman saya ni dengan facebooker lain dan tolong doakan juga untuk kami agar gangguan ni tak berlaku lagi.
Terima kasih
seram meyh!!!
Renjis air ruqya kat luar rumah dan dlm rumah
Lebih kurang 2-3 minit lepas tu, channel tertukar dengan sendiri lagi. Terpacul pulak mulut ni cakap āeh kau ni dah kenape setannā š rasa geram pulak.Sudahnya saya tutup tv dan masuk bilik.
Part ni best and lawak… Hahahaha
Setuju amat, pasal boleh bayang dia punya level seram-seram fed-up tu.
Yang ni aku pernah…tengah seronok nonton kungfu…tetiba je channel bertukar ke chanel lain atau dari berwarna ke hitam putih dan kadang setting tv yg muncul d skrin padahal cuma aku seorang yg menonton….ni semua terjadi masa aku kerja d satu kilang dlu n tinggal menyewa di rumah teman sekampung…tp semua tu tinggal kenangan aku x tinggal menyewa di sana lg.
Perrgghhhh layan…
Seram weiiii
walaupun isi rumah dah solat 5 waktu dan diisi dengan bacaan al-quran lagi tapi tetap jugak ada gangguan menakutkan jugak ye.
ā» ni entry baru. minggu ni punya. admin dah release. fist in first out ke?
Mau meraban aku klo cenggini dia punye usik .. hmm.. mistik kronik keadaan tu.. smoge jumpa jalan harmoni utk semua, inshllh.
lagi kes parah nie tak lut langsong…seram betol.
Angkerrrr …
betul ..seramĀ² gak..tapi klau asyik gngu smpai org nk tido ..mule laa nk mrh..bile maki ngamuk bru nk senyap..kdg2 sakit ati aku dgn hantu setan ni hahahhaha..degil sgt..aku penah blik kje penatĀ² elok dh mndi mkn mlm siap kire nk tdo dh kul 11 mcm tu ade org dok gngu dkat dapur blah blakang rumah aku..dh xlayan lgi kuat dia baling2 brg kat pintu dapur..skali aku bukak pintu aku jerit kuatĀ² aku baling balik apa yg dia bling..sakit ati aku..hahaa nasib xtunjuk muka dia haha
Download surah rukyah dan pasang dari nak tido mlm sampai pagi.. Samada pasang di phone/laptop/radio.. Letak dkt tingkap bilik tu.. Biar setan tu jeran mengetuk tingkap tu.. Lagi satu lekatkan garam kasar di tingkap tu juga..
Jin…lembah yang berair dan ada anak sungai memangla suka sangat.
pagar rumah kak. kalau sekitar n9 insyaAllah saya boleh bantu.
Interesting
serammmm . tak sanggup kalau cik panda