Rumah Pusaka Emak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku nak ceritakan sedikit tentang rumah pusaka emak aku yang ada di Negeri Sembilan. Sebelum tu,izinkan aku ceritakan serba sedikit tentang keadaan rumah tu
Rumah pusaka emak aku ni terletak dekat sebuah kampung, di kawasan bukit yang agak tinggi. Di bahagian bawah bukit banyak lagi rumah yang didiami orang kampung tapi tidak di sebelah atas bukit. Kebanyakan rumah dah ditinggalkan, dan apa yang menariknya rumah pusaka emak aku ni terletak betul hujung dekat atas bukit tu. Rumah rumah atas bukit yang lain semua dekat sebelah lain dan kebanyakan dah kosong. Belakang rumah pulak ada ladang getah dan hutan. Toilet kat luar. Haram malam memang aku tak buang air la..
Walaupun sunyi,tapi rumah pusaka emak aku ni masih lagi didiami oleh sepupu dia (pakcik sepupu aku la kiranya). Beliau ni tinggal sorang2. Kental beb, walaupun rumah dah pernah diganggu. Gangguan jenis apa? Meh aku cerita satu2
Pertama nya, masa kenduri dekat rumah makcik aku. Semua orang pergi kenduri dekat rumah yang dibawah bukit. Masa jam menganjak 9 pm lebih, bapak aku balik dulu ke rumah pusaka ni. Dia pun macam biasa, menjalankan tanggungjawab manusia lepas kenyang makan iaitu tidur. Tengah sedap tidur, tiba2 dia terdengar bunyi orang main guli sebelah telinga dia. Dia steady lagi. Tapi bila mak aku dengan yang lain2 balik je,dia terus ajak balik rumah atas alasan adik2 aku masih kecil, takut dia orang lemah semangat. Dekat pukul 11 jugak kami balik KL haha.
Satu lagi kes masa pakcik sepupu aku ni sorang2. Tengah syok dia tidur kat beranda rumah, tiba2 dia dgar bunyi bising dekat dapur. Jarak beranda dengan dapur jauh yo. Sebab syak kucing selongkar dapur (cari late night snack maybe) pakcik aku pun pergi la dapur. Dalam samar samar malam tu, dia boleh nampak ada lembaga putih (pandangan belakang) tengah mengangkang sambil selongkar bekas periuk nasi. Mau tak berderau d***h. Tapi dia tak tegur la benda tu,terus pergi sambung tidur.
Setakat ni gangguan macam tu je berlaku. Alhamdulillah gangguan yang kasar takde lagi. Pakcik sepupu aku masih steady duduk situ. –DA5-

DA5

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.2]

5 thoughts on “Rumah Pusaka Emak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.