Assalamualaikum pembaca FS! saya telah hantarkan ceritakan yang pertama dan alhamdulilah cerita itu dipublish . Terima kasih sangat buat admin FS. Siapa yang belum baca tu silala baca tajuk ” pengalaman muda” awal bagitahu banyak typo dan cerita berterabur sikit tapi masih dapat faham untuk siapa yang usaha. Haha.
Dalam cerita yang lepas saya ada janji nak ceritakan tentang rumah pusaka dan inila ceritanya.
Rumah pusaka saya ini adalah rumah peninggalan atuk dan nenek kepada anak cucu . Rumah ni dulu meriah betul. Setiap hari raya , cuti ke mesti ada yang datang melawat . Tapi , lepas arwah tok ayah pergi , rumah tu jadi agak terbiar sebab nenek pun tak berapa sihat takkan nak tinggal sorang kan ?jadi diminta tinggal bersama dengan pakcik saya. Tapi time tu rumah tu masih jugak ada orang lawat dari hari ke hari . Sekarang , dah kosong betul rumah tu. Dah disewa sekali . Skip je la hahah.
Pertama –
Cerita yang pertama saya ingat ialah cerita mak saya sendiri ceritakan kepada saya. Ok time tu mak saya baru lahirkan abang sulung saya . Then , one night tu dia nangis . Dalam pukul 1/2 pagi macam tu , mak saya bangun pegi dapur nak buat susu .
Yang ni kena bagitahu takut tak paham .. rumah pusaka ni ruang tamu kat depan sekali . Nak pegi ke ruang bilik² ( banyak bilik ) mesti naik tangga . Tak tinggi pun dalam 2/3 tangga . Nak ke dapur pulak .. dari ruang bilik tu kena turun balik. Kira struktur rumah tu macam turun naik. Tapi sebelum sampai kat dapur , ada satu ruang lagi . Bersambung je dengan dapur , tapi kosong aaa susah la nak explain . Tapi kat situ ada mesin jahit dengan sofa single .
Ok sambung. Dengan keadaan yang tak berapa nak sedar , mak saya turun ke dapur nak buat susu . Pastu dia ternampak la satu lembaga , pakai baju putih rambut panjang tengah duduk dekat sofa depan dapur. Tapi mak terus straight je pegi dapur . Bukan sebab dia tak kisah , tapi dia tengah mamai time tu haha sampai dapur je dia dah start sedar dah , segala bulu meremang katanya . Dia buat cepat-cepat pastu terus nak pegi bilik balik. Ontheway nak balik tu benda tu dah takde.
Esok paginya , mak ceritala dengan family , time tu tok ada lagi dia cakap , benda tu memang ada , kira macam penjaga rumah tapi , tak semua nampak , even atok sendiri tak nampak . Atok cakap lagi siapa yang nampak benda tu maksudnya hidup dia akan senang nanti . Antara orang yang nampak benda tu dalam family , paklong dengan mak je .
Kedua –
Masa ni kecik lagi , dengan kazen semua datang ramai-ramai tidur kat rumah pusaka tu. Then , tiba-tiba kazen sorang ni, agak tua antara kami semua plan nak camping dekat depat rumah .
Tanah Rumah pusaka ni besar . Kira keluasan dan besar rumah tu ambik suku je tanah tu . Jadi , nenek pegi gunakan semua baki tanah untuk tanam pokok-pokok macam pokok durian , manggis, rambutan, kelapa dan lain-lain. Agak jauh sikit dari rumah , jadi depan rumah tu ada ruang untuk kitorang camping tapi dekat dengan pokok-pokok tu sikit.
Kitorang pun camping kat situ , ramai jugakla tapi dah dibahagi . Masa malam tu , taktau la yang lain dah tidur ke belum tapi saya dapat nampak satu entiti taktau apa panjat pokok sebelah khemah laju gila. Menggigil badan woo . Dahla khemah sebelah pokok , saya yang paling tepi . Even nampak samar-samar je sebab kemah bukan clear kan tapi serious dah tahu dah time tu benda tu bukan manusia.
Esok paginya , semua berkumpul dalam rumah. Pikir apa , rupanya semua ada cerita masing-masing malam tadi . Antaranya , ada yang nampak benda duduk atas pokok lama betul. Rambut panjang. Selain tu, ada yang dengar nama diorang kena panggil , pastu kemah bergerak la, dengar bunyi orang berjalan la . Tu antara cerita yang ingat. Time tu kecik lagi jadi tak banyak ingat.
Ketiga-
Masa yang sama dengan kazen , tapi time ni tidur dekat ruang bilik tu . Parent semua tidur dekat dalam bilik. Saya tidur tengah sebab memang famous bab penakut haha abang sulung saya tidur dekat dengan tangga nak ke dapur . Dah best-best tidur dalam pukul 2/3 pagi , abang tiba-tiba bangun pastu dia duduk dekat tempat dia . Tidur atas toto je time tu. Lepas dia duduk , dia toleh tengok dekat ruang depan dapur , tempat yang ada sofa tu . Terus dia lari masuk bilik parent.
saya sedar time tu , tapi tak berani nak bangun. Pastu entah dari mana datang bangang tu , saya pegi bukak mata . Kecik je dahtu nampak ada benda tengah berdiri dekat tangga yang untuk turun ke dapur . Terus nangis diam-diam pastu terlelap. Takut gila .
Keempat-
Yang ni latest . Rumah tu sekarang , orang sewa . Tapi sebelum tu , rumah tu diwaris ke anak bongsu atau adik bongsu ayah saya. Patutnya paklong yang dapat, tapi adik bongsu ayah adalah satu-satunya anak perempuan atok jadi.. tu yang diwariskan rumah ke atas nama dia. Saya panggil dia makcik .
Makcik ni jenis percaya benda-benda halus. Tapi dia tak alim . Lepas je rumah tu diwaris , dia pegi buang penjaga rumah tu. Ye, yang mak saya nampak tu . Pastu dia pegi sewakan rumah tu dengan orang .
Haa start dia buang benda tu , benda lain masuk . Duduk dalam rumah tu. Ye la , rumah tu kosong kan , takde jaganya lagi. Benda lain la menetap . Maybe datang dari hutan dekat dengan rumah tu. Habis semua penyewa dia ganggu.
Ni ayah yang cerita. Saya tak percaya pastu ayah cakap ada gamba benda tu. Dia kecik je. Kuku panjang , rambut serabai , tapi rambut pendek. Dahtu dia berbulu. Ayah kata nak tunjuk gambar tapi lupa lak nak tuntut gamba tu . Lepas ni nak pegi tuntut aaa eh rasanya tak berani kot nak tengok emm.
Haa tu dia antara cerita yang saya ingat tentang rumah pusaka keluarga. Tak tahu seram ke tak , maybe ada yang macam cliche tapi ini 100% true story and saya yang mengalami ni trauma betul . Balik kampung , memang tak ah nak duduk sana. Hmm harap enjoy la baca ! Kalau ada salah silap sorry ya . “Tegurlah” dekat ruang comment.
Sekian,
Shà
Thanks for the story Sha. Sampai sekarang penyewa tu masih diganggu ke mcmana?
Yg so called penjaga tu dia punya description mcm Kak Pon..scary-!
Your welcome.. denga cerita dh dibuang dh benda2 yg ada kat rumah tu sbb tak ada lagi complain 🙂 kann time tu kecik lagi time tengok kak pon tu hm hahah
Seram kalo rumah ada penjaga
Best ceritanya…tersusun rapi….harap2 org yg sewa umah tuu dpt cari jalan penyelesaian utk trus menyewa disana…
Thank you!! ❤
Kalau cerita rumah lama2 ni memang seram…
Steady sya.
Jom….
Ada pnjga umah lama biasa tu..tp klau slalu tunjukn diri..parah tu..
Seram citer ni..teruskn bercerita lg…
Betula tu , dia tak kacau pun.. tapi yg sure benda tu memang dh ada lama kat rumah tu kira dia dpt tengok family kitorang ni membesar .. bila dia salu tunjukkan diri tu maybe nk tengok muka anak cucu la kutt – tu mak ckp la hhaha
wlpn pun die tak ganggu tapi klao dah nampk macam tue mau tak seram..
Kannn seram siyess! Dh bertahun dh rupa dia maseh juga diingat aaa :’
cikpeah nie kalo tgk hantu dekat tv pun dok terbayang jer nie kan pulak nmpk depan mata..
bila anak2 dh dewasa msg2 akan ade rmh msg2 (kebiasaan faktor kerja) makan rumah tinggalan jrg ade org nak duduk. last2 pilihan disewakan je. yg ptg rumah jgn biar kosong.
Suka baca cerita rumah lama macam ni. Orang tua-tua dulu memang ada yang membela makhluk ghaib macam ni untuk jaga harta benda tapi perbuatan ini syirik. Cuma, ilmu pengetahuan mereka cetek zaman dulu-dulu. Apa yang mak cik awak buat itu betul tapi lebih baik selepas ‘dibersihkan’, rumah itu sepatutnya diletak bawah perlindungan Allah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran. Wallahu’alam.
“Makcik ni jenis percaya benda-benda halus. Tapi dia tak alim . Lepas je rumah tu diwaris , dia pegi buang penjaga rumah tu.” Syabas la buat macik.. tak elok kot letak penjaga untuk jaga rumah kita..
aku ada problem untuk mentafsir.. yg paham tolong jelaskan kat aku..
1/2 pagi
2/3 tangga
2/3 pagi
Bukan family punya , tpi tak dibuang jdi kitorang anggap je sebagai penjaga.. // 1/2 pagi = 1 atau 2 pagi . Yg lain tu pndai2 la phmkan hahaha
ok da paham haha maseh
walau tak alim..makcik buang benda tu…ni yg sepatutnya….kdg2 sedih bila org zaman dulu tak tinggal solat…rajin puasa…tp tu lah bela penjaga dirumah/kebun…ermmm…kan dah bertentangan dlm Islam…memohon pertolongan dari yang bukan Allah…
Penjaga tu bukan family kitorang punya, dia dtg dri luar jugak tpi tak dibuang , tu yg dia menetap trus dri zaman nenek moyang kitorang .. tpi disebabkan benda tu dibuang , benda lain yg menganggu pulak masuk , yg lama punya tak kacau org tpi sometimes dia muncul² hehe
Best best.. Cerita tersusun. Syok gak baca
cter boleh la. kalau olah best sikit, mesti lg gempak.
Suke baca true story Fiksyen nii…dr mlm ke mlm baca,pepagi tdo balik sampai boleh mimpi nampak hantu,siyes seblm nii tak pernah nampak hantu walau dlm mimpi,sedar2 bila bibir nii tersebut kalimat allahu akbar,siyes seram laa weeii walau setakat mimpi,nak cite pun masih ada rasa Scary😂😂😂
Nak tengok gambarrrr