RUMAH PUTIH

As salam, nama aku chempaka, aku ada 1 kisah yang nak dikongsikan . Untuk pengetahuan, aku ni anak bongsu sangat susah untuk dapat keluar melepak dengan kawan-kawan , arwah mak aku tegas orangnya ( Al Fatihah untuk mak ), ayah aku bekas tentera, so harap maklumlah ya.

Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2004-2005, zaman tu aku pakai handphone nokia lampu putih. Ada 1 hari tu arwah mak aku suruh aku pergi ke rumah kawannya untuk mengambil barang, barang apa aku dah tak ingat. Dalam hati bukan main seronok, ya lah mana tak seronok sebabnya dapat keluar malam dengan motor. Masa tu aku tak terfikir langsung nak ajak kawan untuk temankan aku.

Aku bersiap dan hidupkan enjin skuter .

“Arghh.. motor ni buat hal lagi”

Electric starter tak boleh guna, maka aku terpaksa la hidupkan enjin dengan guna cara kick starter. Yang buat aku malasnya sebab terpaksa turun motor dan menurunkan ‘double stand’. Mak aku menjengah kat pintu sambil menegur aku yang masih terkial-kial nak hidupkan enjin skuter.

Mak : Hah, tu kang jangan melencong ke lain pulak, ayah ko balik tengok ko tak ada kat rumah kang membebel pulak orang tua tu.

Aku : Ala, kalau ayah marah kang, orang cakap la mak yang suruh..hahaha.

Aku bergerak laju menuju ke lorong rumah kawan mak aku ( cik kiah ), rumah cik kiah ni terletak di belakang kawasan masjid. Agak sunyi dan seram sebenarnya kalau lalu pada waktu malam sebab aku terpaksa melalui lorong yang gelap dan jalan yang hanya boleh memuatkan sebiji kereta.

Sampai saja aku aku disimpang belakang masjid, aku rase seakan malam yang hening dan aku memperlahankan motor. Aku masuk dilorong kedua untuk menuju ke rumah cik kiah, malangnya aku rasa hari tu seperti lorong ni jauh masuk ke dalam sepatutnya selepas aku masuk lorong tadi akan terus nampak rumah cik kiah ni. Aku terus menyusuri lorong tu sampai tahap aku rasa lain macam dah.

“Apsal jauh ke dalam pulak rumah makcik kiah ni” getus aku dalam hati.
Tetiba aku ternampak sebiji rumah putih dipenghujung lorong dan aku perasan juga tak ada sebiji rumah pun masa aku mula-mula masuk lorong ni tadi. Aku tak fikir panjang, aku terus patah balik untuk keluar menuju ke simpang tadi. Sepanjang lorong tu aku hanya ditemani dengan cahaya dari lampu motor sahaja. Sesampai aku disimpang luar tadi aku berhentikan motor untuk telefon mak aku untuk bertanya rumah cik kiah.

Aku : Mak, rumah cik kiah lorong berapa?

Mak : Laaahhhh, ko tak pergi lagi ke rumah cik kiah? Dah pukul berapa ni?

Aku : Salah masuk lorong rasanya sebab tak jumpa pun rumah dia.

Mak : Rumah cik kiah ko lorong 2 la, tak kan dah pindah pulak orang tua tu.

“Betul lah aku masuk lorong 2 tadi” getus aku dalam hati.

Aku pun mula memulas throttle dengan perlahan menuju ke lorong 2. Sesampai aku dilorong yang aku salah masuk tadi aku nampak ianya bukan lah lorong tapi sebidang tanah lapang yang seakan ada rumah baru nak dibina kerana ada banyak longgokkan batu bata, pasir dan simen yang ditutup dengan zink.

Aku seperti baru tersedar, aku kaget. Masa tu la aku dah mula rasa sesuatu mengikutiku. Aku terus pergi ke rumah cik kiah. Sesampai aku depan rumah cik kiah, jadi 1 hal pula kerana jarak antara pintu pagar dengan rumah cik kiah tu sangat la jauh, aku bagi salam 5-6 kali tak ada orang jawab, tak dengar agaknya. Aku telefon mak, suruh mak telefon cik kiah tu bagi tahu aku dah sampai depan rumah.

Lagi sekali mak aku membebel bagai tahu dah lewat sangat kenapa aku baru sampai kat rumah cik kiah tu. Aku pelik juga, lewat apa nya sebab aku keluar rumah pukul 8.00 malam, jarak rumah cik kiah tu tak sampai sepuluh minit.

Aku : Mak, orang dah sampai kat depan rumah cik kiah ni tapi tak ada orang jawab salam pun.

Mak : Dah pukul 11.00, dah membuta agaknya orang tua tu.

Mak : Engkau pergi melencong ke mana pukul 11.00 baru ko sampai situ? Bla..bla..blaaa

Aku rasa pelik dan bengang. Pelik sebab aku aku rasa baru 10 minit keluar rumah dan bengang sebab mak aku start bebel macam-macam dah. Sambil tu aku tengok jam kat telefon. Memang betul jam di telefon menunjukkan 11.05 malam.

Mak : Ko tunggu kat pagar, kejap mak telefon cik kiah suruh keluar.

Aku pun matikan telefon. Tongkat motor dan turun menuju ke pagar. Masa ni aku terlupa motor aku kena guna kick start. Depan rumah cik kiah ni amat la gelap, itu pun samar-samar cahaya dari lampu beranda rumah dia je. Kat tepi pagar rumah cik kiah ni ada pokok nangka yang sangat besar.

Sambil-sambil aku tunggu cik kiah ni keluar, aku belek-belek telefon, baca mesej dan sambil balas mesej tu aku terdengar daun-daun kering jatuh bukan sehelai tapi macam berhelai-helai. Aku tak endahkan, sedang aku taip mesej tu aku terdengar ada sesuatu melompat dari dahan ke dahan, musang agaknya. Tiba-tiba ‘gedebuk!!!’ aku halakan telefon aku ke arah pokok nangka. Aku dah keras kejung, bukan buah nangka jatuh tapi aku nampak seperti bayang-bayang legap, hitam, susuk tubuh seperti lelaki dewasa, besar wehhhh..

Aku bergerak mengundur ke belakang, bayang-bayang itu seolah-olah mahu mendekati. Aku tersentak, terkejut cik kiah buka spotlight kat laman rumahnya. Aku nampak bayang-bayang tu naik ke pokok semula. Aku berlari pergi ke motor dengan harapan start motor terus balik, barang mak aku tu esok-esok la aku ambilkan. Tapi malang nasib aku malam tu, dah la aku lupa electric stater tak boleh pakai, ibu jari kaki aku pula terkoyak masa nak turunkan ‘double stand’.
Aku kick start 5-6 kali tak hidup juga enjin.

Dalam keadaan kelam kabut aku kick start motor tu, aku perhatikan bayang-bayang kat atas pokok tu, dia cuba untuk turun mendekati aku. Aku mengelupur menghidupkan enjin motor, alhamdullilah enjin motor hidup dan masa aku kat atas motor tu, aku terdengar cik kiah terjerit-jerit dengan suami dia melarang benda tu kacau aku. Masa tu juga aku terpandang ke arah bayang-bayang tu yang jaraknya hanya 4-5 kaki dari aku. Bentuknya seperti seorang lelaki bertubuh besar berselubung dengan kain hitam.

Dalam keadaan nak pengsan, nak pitam aku kuatkan diri untuk pergi dari situ, aku terus pusingkan motor terus aku pecut balik ke rumah dengan harapan benda tu tak ikut aku balik rumah. Sampai saja aku dirumah, mak aku dah tunggu kat pintu, mak aku tidak langsung bertanya apa-apa, hanya menyuruh aku basuh kaki kat luar dan ludah 3 kali. Malam tu aku tidur dengan mak, mak bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sampai aku tertidur. Alhamdulillah aku tak demam dan mak aku pun tak marah aku tak ambilkan barang dia malam tadi, agaknya cik kiah dah bagi tahu mak aku.

Dan sampai ke hari ni aku masih teringat-ingat akan rumah putih di hujung lorong dan bayang-bayang besar kat pokok nangka tu. Sejak kejadian tu aku jadi takut nak keluar malam. Okey la, setakat ni saja kisah aku kongsikan. Ada lagi kejadian yang lain tapi akan aku kongsikan dilain hari kalau ada yang sudi baca. Harap maaf jika penulisan aku ni susah untuk difahimi kerana ini kali pertama aku mengarang. Sekian.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]
Chempaka

14 thoughts on “RUMAH PUTIH”

  1. Innalillah buat arwah mak, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
    Sungguh seram story awak ni. Kalau jadi kat saya confirm saya minta tumpang tido kat rumah cik kiah tu.

    Reply
  2. hahahaa.,.. ada hikmah jugak cu terkena ni..takde la ko rasa teringin nak kluar mlm.. kalau rasa teringin jugak nak kluar mlm, ko seru je nama nek,, nnt nek bawak ko jalan2 naik penyapu terbang nenek..nak tak? hheehe… jaga2 ada yg memerhati… zassssss!!

    Reply
  3. Hehe..mesti lawak boleh bayang macammana hang punya kalut start motor sambil dok toleh byk kali takut kena ligan ngn hantu tuu…lepas dah start tu berdesup la hang ..

    Reply
  4. Ala, citer x lengkap. Apa sbnrnye yg kacau penulis tu? Belaan cik. Kiah ke? Mcm mne mak penulis tahu? Mak penulis tu tahu ke yg cik Kiah membela..?

    Reply
  5. Perh..crta pendek to boleh tahan seram. Masa2 cemas cmni mmg leceh nak start skuter dgn kick starter😂 tringat pula dgn ego lama

    Reply
  6. Berani kau..kalau aku mmg xda la nk blh silap2 die lg laju dr aku..tup2 dh tnggu dkt simpng depn.lebih rela suruh cik kiah teman.tp risau gaak kalau tu belaan cik kia mau kd korban mlm tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.