Rumah Sakit Cheras

Salam FS dan semua pembace FS.. mula2 sekali terima kasih buat admin sudi share cerita sy ni.. kejadian ini berlaku semasa sy berumur 20 tahun.. mase tu tengah tunggu keputusan STPM keluar jadi sy pun kerja sementara kat salah sebuah hotel dekat Kuala Lumpur.. sy duduk dengan kakak kawan sy sebab sy asal dari perak kebetulan kakak dia pun kje hotel dan duduk kat kl..

mase tu kawan sy ni pun ade sekali kat rumah tu sebab dia tengah cuti semester USM.. pada satu malam tu kakak kawan sy ni ajak keluar sekali ngan menaiki kereta BF dia.. bf kakak kawan sy ni nama dia amar.. dia dtg amik kami keluar makan malam tu.. kiranya berempat dalam kereta tu.. kami pun dah lepas makan tu fikir2 nak buat ape malam tu..jam menunjukkan pukul 1130 malam xsilap sy..amar cadangkan gi tempat berhantu konon nak buat cam cite seekers .. jadi dia pun bawak kami ke Rumah Sakit Cheras yg dulunya xpanggil hospital.. tempat tu nak masuk macam dalam hutan.. semak sangat jalan tu tp nasib kereta tu jenis memang orang selalu bawak masuk hutan..

mase nak masuk tu sy ternampak anak kucing hitam lalu.. sy mula xsedap hati.. tapi sy diamkan aje.. dah sampai tu sy nampak hospital lama terbiar tapi kecik je xmacam hospital yg kita nampak sekarang ni.. amar berhentikan kereta.. dia cakap niat lam hati nak tengok “benda tu”.. kami hanya duduk lam kereta sebab sy dah mula nampak “benda tu” dekat tingkap hospital tu.. nampak mcm perempuan rambut pjg kebawah sedang duduk sambil tengok ke bawah.. xnampak muka sbb tutup ngan rambut dia yg pjg tu..pastu bila sy perhatikan terperinci benda tu makin mengangkat kepala dia perlahan lahan mcm nak tgk sy..amar tanya nak turun x? Kakak kawan sy terus laju ckp xpyah.. mgkin dia pun dah nampak..sy mula ckp dgn semua lam kereta tu, baik kita gerak sekarang.. sebab hati makin xsedap.. mereka pun setuju..amar pun start kereta nak undur kereta.. bila dah undur tu tetiba enjin kereta lak m**i..tapi semua xde yg panic sebab tau sebabnya… walaupun lam hati dah xkeruan.. tp cuba relax..bace ape yg patut semoga dilepaskan..

kawan sy tepuk peha sy dan dia bgtau ada sesuatu dekat tepi cermin kereta sebelah dia.. sy pun cuba tengok.. sy nampak mcm sesuatu yg sgt tinggi tapi bergelemair.. macam bnde tu lutsinar.. malam tu terang sebab ade cahaya bulan..amar start kereta byk kali dan mungkin dia ada baca sesuatu dalam hati dia.. selepas tu enjin kereta boleh start dan amar terus laju menekan minyak.. sy tgk dari cermin belakang benda yg lutsinar tu masih ada dekat situ dia xde kepala.. semasa nak keluar melalui jalan masuk hospital td, sekali lg anak kucing hitam lalu di tempat yg sama..

Kami singgah mamak dulu selepas tu sebab risau ada yg ikut balik.. cerita ni sangat lama dari zaman anak dara lg tapi tetap sy ingt rupa “benda” tu.. cuma nak bagitau kalau nak pegi tempat2 mcm tu pegi jgn ramai dan jgn biseng.. ni atas pengalaman pegi tempat2 mcm tu.. sorry kalau x seram mane.. ?

 

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.7]

3 thoughts on “Rumah Sakit Cheras”

  1. Kalau xsilap, dari foodcourt velodrom cheras nak ke Taman Midah, kalau ikut short cut boleh nampak satu klinik ni, memang horror gilerr…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.