Rumah Sewa Berpenghuni Di Pahang

Assalamualaikum…
Ni kisah aku masa zaman belajar dulu. Macam biasa, bila dah dapat result SPM aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Pahang. Tempat terpencil memang tempat benda-benda tu lah kan.

Selesai pendaftaran terus ke blok penginapan pelajar,aku memang datang awal pon amik kunci sebab nak bilik ground floor sebab malas naik turun tangga. Pelajar disediakan tempat tinggal ala-ala apartment memang selesa ada dapur ada ruang tamu ada balkoni, dalam rumah tu ada dua bilik A & B, setiap bilik ada 2 katil single dan aku orang pertama yang masuk rumah tu.Masa dapat kunci memang hati kuat nak bilik A. tapi try masuk kunci tak boleh bukak, nampaknya memang aku ditakdirkan dapat bilik B.

Lepas da kenal housemate bagai terus la orientasi selama seminggu, masa ni takde kejadian pelik pun atau pun aku tak sempat nak layan perasan sebabnya sebelum subuh dah keluar sampai la pukul 12 malam baru la senior lepaskan balik bilik, dengan keadaan penat tu memang tidur tak bangun.

Ok kisah seram bermula, dah selesai orientasi rehat pon dah cukup aku bermula la kejadian pelik dekat aku dan 3 orang housemate aku Lily, Nana, Sara. Selepas minggu orientasi tu kami bau bangkai yang sangat busuk, busuk dia tak payah cakap la, tapi kitorang sedapkan hati mungkin ada bangkai binatang m**i ke apa dalam rumah tu sampai bau busuk sangat. Bau busuk tu berlarutan sampai ke seminggu, kitorang memang dah carik mana bau bangkaitu tapi tak dapat nak tahu bau tu datang dari mana sebab bau tu macam datang dari setiap sudut.

Sebabkan dah rasa tak sedap hati jumpa warden report pasal bau ni. Diorang pon datang untuk check tapi diorang pon buntu mana datang bau ni dalam masa yang sama muka diorang da lain, macam tanda-tanda ada penghuni lain memang jelas kat raut wajah diorang tapi hal tu sampai situ je pastu buat senyap pasal rumah kitorang.

Beberapa hari lepas tu, kawan aku sara bangun pagi ada kesan cakar pada muka elok je tiga garis. Time tu memasing da risau dan rasa benda ni da melampau sebab cakar-cakar. Kawan aku sara ni pun cerita la hal sebenar, masa masuk rumah tu dia datang dengan keluarga dia termasuk nenek dia, nenek dia ade pesan dengan dia kalau ada apa-apa kol bagi tahu dan nenek dia ade tingalkan air yasin. Dia cakap nenek dia memang dapat rasakan sesuatu tapi dia tak cerita pun dekat kitorang sebab taknak kitorang takut. Sara ni kira kuat iman la dari kitorang bertiga.

Tapi selagi tak nampak depan mata memang kitorang tak layan la, tapi yang paling tak bestnya setiap kali aku tidur walaupon siang atau pon tidur-tidur ayam aku asik kena himpap memang kaku tak boleh gerak. Sejak dari tu aku kurang tidur sebab takut sampai pukol 5 pagi kadang tak tidur. Ada sehari tu, mungkin hari yang malang untuk aku sebab aku boleh nampak benda tu.

Ceritanya aku tak boleh tidur dan aku bergayut dengan kawan lelaki aku sampai pukul 5 pagi, pastu aku nak tidur ni aku pakai earphone dengar lagu sebab aku ni takut ada orang pangil aku. Sebab kan aku dok pikir lama-lama aku tertidur lagu pon masih on. Aku terdengar ada suara lembut mendayu panggil nama penuh aku, ye nama penuh aku! aku ingat roommate aku yang panggil (ye roommate aku lama da tidur lena katil sebelah aku ) tapi aku ingat aku pakai earphone macam mana boleh dengar suara ni, aku pon buka mata perlahan-lahan aku nampak susuk tubuh gemuk pendek pakai telekung muka benda tu putih macam pakai bedak sejuk tapi bibir dia panjang mcm joker merah, lama badan aku keras kaku mulut aku macam terkunci aku yakin aku tak mengigau aku memang nampak real. Lepas aku baca doa-doa (masa ni macam-macam doa aku baca haha) aku da rasa ringan suara da kuar aku terus jerit sampai roommate aku bangun dan tenangkan aku.

Aku pon cerita la apa yang aku alami dekat mak aku, mak aku ni pun jumpa kawan dia dan kawan dia berubat dari jauh untuk aku, dia cakap benda ni besar berbulu yang paling best makcik tu cakap dia duduk dekat bilik aku. Aku n roommate aku apa lagi memang start aritu berhimpit 4 orang dekat bilik A, masuk bilik B untuk solat dan waktu siang atau sebelum tidur je. Lama-lama aku dah tak tahan dengan ganguan dan perasaan takut sebab benda-benda tu aku sorang yang kena teruk ganguan teruk. Roommate lain kena biasa-biasa je. Diorang pon macam tak percaya cakap aku. Family aku pon suruh aku berhenti belajar. Aku akur je cakap orang tua.

Lepas sebulan macam tu housemate lama aku Lily contact aku cakap lepas aku keluar dari rumah lepas seminggu diorang kena lagi teruk. Siap main tutup lampu, hempas pintu, Lily ni nampak benda tu baring sebelah Nana masa bangun dari mamai, benda tu gelakkan dorang, memang teruk la dorang cerita sampai parents dorang terpaksa mengamuk dekat warden untuk mintak tukar bilik.

Itu jela ceritanya, dan benda tu masih ada lagi sampai sekarang sebab aku dengar lagi lepas geng-geng aku keluar ,geng india pulak duduk tapi lepas 2 bulan kena keluar juga. Aku taknak bagitahu kolej mana bilik berapa. Cukup la jadi sejarah silam aku nampak live. Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

NF

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Rumah Sewa Berpenghuni Di Pahang”

  1. Ntah..kenapa nk ngamuk kat warden?? Itu alternatif yg family ko bole tlg? Suh ko berenti blaja?? Dan lagi satu apsal ko nak rahsiakan tempat plak?? Ko nak aniaya org?? Bagi tau la kot2 mana tau ada yg baca kat sini mngkin akan blaja kat atau duduk sana…ko jgn nak busuk hati sgt

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.