Rumah Sewa Berpenghuni di Tapah

Assalamualaikum admin FS dan pembaca FS. Aku student UiTM Tapah sem akhir tahun ni. aku ni rajin lah jugak scroll facebook, even orang kata dah ketinggalan zaman, tah aku seronok main facebook ni.. okay cerita dia macam ni, sejak dua menjak duk scroll FB ni, aku selalu baca story dekat FS sampai aku terasa nak share jugak. mood share tu datang . hehe .sorry laa kalau tak berapa nak seram macam story orang lain. Tak kisah lah, aku nak story jugak..

kisah aku sebagai pelajar NR. Aku start duduk luar time aku sem 4. Rumah sewa aku ni betul2 tepi jalan besar, blkg rumah ada sungai, depan rumah tu hutan. Jalan dari rumah sewa aku dgn UiTM cuma makan masa 5 minit jaa, Rumah kawasan kampung tapi rumah yg aku sewa ni rumah batu. Rumah ni luas , parking boleh masuk tiga empat biji kereta. Keadaan umah kami mlm mmg gelap gelemat, kadang siapa lalu pun tak akan perasan ada rumah kat situ. mungkin terlindung pokok dan dekat dgn selekoh. Ada 6 org dlm rumah tu termasuk aku. rumah ni kami orang first yang menyewa, sebab tuan rumah taknak bagi sewa sepatutnya. kami desak sebab time tu susah dapat rumah sewa dan rumah ni yang paling dekat dengan UiTM yang kami jumpa.

Nak dijadikan cerita, aku duduk bilik blkg betul2 dekat dgn dapur dan tandas, kira mcm keluar pintu bilik terus dapur dan dekat dgn tandas. dah laa duduk sorang bilik tuu, bilik kedua Siti dan Atun dan bilik utama Minah, Peah dan Kiah (semua bukan nama sebenar). Mulanya duduk rumah tu semua okay, takde apa. happy go lucky gitu. Bulan pertama duduk, si Kiah ni selalu balik lewat pagi sebab selalu keluar dgn tunang dia. satu haritu, time semua housemate termasuk aku tengah layan cerita pukul 7 tuu,kira waktu maghrib lah, si Kiah ni duk dalam bilik main phone tiba-tiba katil dia bergoyang macam ada orang berlaga dgn bucu katil.. padahal takde siapa pun masuk bilik.

Satu malam ni si Peah ni keluar dengan classmate dia, balik lepas subuh kalau tak silap. yang lain semua tidur macam biasa, then katil si Kiah ni dekat dengan pintu, time dok mamai tuu dia dengar orang ketuk pintu, tengok kat cermin make-up (sebab bila Kiah tidur akan hadap cermin) si Peah ni duduk depan cermin.. yang si Kiah ni bengang laa, kenapa si Peah tak buka pintu sedangkan orang dok ketuk pintu kan.. dengan mamainya, si Kiah gagahkan jugak buka pintu.. dok esok tuu baru dapat tau yang ketuk tuu si Peah..sebab bilik berkunci tak boleh masuk.. habis siapa yang berdiri depan cermin?

Cuti raya pun bermula, Kiah balik kampung dekat Taiping untuk berubat, sebab dia kerap juga kena usik, rupanya anak si Lang(suir) suka dekat si Kiah, ALLAHU ! siapa suruh cantik sangat. haha. orang yang berubat si Kiah ni cakap, memang sebelum rumah tuu wujud lagi si Lang tu ada, kira tempat tinggal si Lang laa sebab dekat dgn sungai dan hutan.. patut banyak cicak rumah tu, hm!

besar-besar pulak tuu.. yg paling tak tahan tuu, tempat dia bertenggek dekat tandas, aku menyesal tanya kat kiah ni. kadang nak mandi, berak buat aku tak tenang! Pernah gak si Kiah ni keluar naik kereta dengan sorg junior, junior ni tegur lah sunyi rumah takde orang, yang Kiah selamba cakap, ada orang dekat rumah, dia duduk dekat dapur ! boleh buat lah kiah ni 🙁 tapi sejak sedar ada yang tinggal sekali , Kiah jarang balik lewat.

Majoriti semua housemate aku dikacaunya, aku jaa tak kena.mungkin nasib menyebelahi aku kot. kadang lebam badan2 dia gigit. Sepanjang duduk rumah tu, aku tak pernah lagi lah kena tinggal sorang2, kalau tinggal sorang pun aku akn keluar duduk luar, bila semua ada dekat rumah baru aku balik. satu haritu cuti pjg, semua balik rumah masing2 awal, kira khamis jumaat semua dah angkat kaki balik.. tapi si Atun ni kena tggu kawan dia sebab dia tumpang kawan tuu nak balik selatan, jadi nak taknak kena balik sabtu sebab dia menumpang.

awal pagi tengah dia lipat baju nak bawa balik, ada something yg melintas padahal semua dah balik.. punyalah nak bagitau yang dia ni wujud lah kot. esok pagi lepas subuh terus dia cabut blah, yg Si Peah pulak ada dengar bunyi bising periuk belanga kat dapur, padahal aku yg ada dlm bilik time tu, tak dengar apa pun. Hm.

Satu hari nak dekat maghrib si Siti ni tengah basuh baju dkt mesin yg dekat dgn tandas tuu, then dia nampak si Minah ni bawa beg nak keluar rumah.. dia pun tegur tanya pi mana, tapi si Minah ni tak jawab.. lama sat tuu, si Minah ni sebenarnya tengah tengok tv kat hall.. suka sangat dia mengusik, tiap minggu mesti diusiknya.

Sepanjang tempoh nak habiskan sisa2 nak duduk rumah sewa tuu, ada satu belalang ni, warna coklat perang macam tu, orang kata belalang pelesit.. tiba2 muncul. bila tegur kewujudan dia, dia hilang! last nampak duk ada dalam peti ais. macam mana dia masuk tah. Dua kali jugak laa belalang ni muncul.

Sebab takut, semua berkumpul satu bilik, time tuu cuma tinggal aku, Peah, Kiah dan Atun. lagi dua tuu balik kalau tak silap aku, time tuu tengah malam gak lah. Hari yg sama tiba2 elektrik putus. Semua dah gelabah, dah laa kawasan tuu gelap gelemat, time tuu segala surah kami buka. kami nekad untuk keluar dari rumah tuu, capai apa yang ada jaa.

So kami keluar naik kereta dgn tadak hala tujunyaa, lektrik tadak area umah kami jaa, sampai pekan Tapah lampu ada.. tapi sepanjang jalan tuu mmg gelap gelita.. buka high beam pun jalan still gelap.. pastu tau kami tidur mana malam tu? RnR tapah.. punya takutlah nak duduk rumah dalam keadaan gelap. sebelum susur keluar tol tapah tu kena tahan roadblock, polis siap tanya nak pergi mana, aku yang jadi driver time tuu pun tipu polis tu sebab takut polis suruh patah balik rumah memandangkan tapah ni kawasan black area. Esok pagi tuu balik, buka peti ais belalang tu ada lagi. hidup plak tuu, ingat mati kesejukkan!

Last Peah pukul belalang guna penyapu, bakar kat luar rumah. sejak hari tuu, aku tumpang bilik org memandangkan bilik aku kipas pulak rosak. hm kadang aku tidoq kat hall ja, padahal lagi bahaya sebab ada yg memerhati 🙁 Ada satu hari tu semua orang keluar pergi Teluk Intan, aku tak jadi ikut sebab nak p Ganu.

Nak taknak kena balik jugak rumah sewa sebab nak ambil baju. Jam 9 malam, kawasan rumah sunyi. Nak masuk bilik aku kena lalu tandas dan dapur, memang pacak bulu roma aku time tuu. Aku capai ja baju yang ada terus cabut blah.

taip ni pun rasa meremang, macam ada yang perhatikan aku. Skrg aku tak duduk rumah tuu dah,dapat tahan satu sem ja, sampai sekarang kalau dari UiTM nak balik ikut highway mesti akan terpandang rumah tuu, suram. kalau boleh aku taknak lah ada yg duduk sewa rumah tuu dah, cukup lah kami orang first yang menyewa selama empat bulan dan kami orang last yang diorang bagi sewa.

P/s : kami yang menyewa rasa belalang pelesit ni ada kaitan dengan tuan rumah, ye lah sebelum keluar rumah tu kami ada masalah dengan tuan rumah tapi Alhamdulillah dah settle cara baik sebelum keluar rumah tu , org kampung pun ada cakap yang tuan rumah ni bukan calang2 org, Wallahualam.

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *